Tuesday, October 4, 2011

RASUKAN JIN SAKA HARIMAU !!!

'Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari'.

Begitulah ungkapan yang boleh aku gambarkan kepada kalian. Ungkapan yang membawa makna mendalam menusuk kalbuku. Keadaan aman damai tiba-tiba menjadi kacau bilau.

Waktu hampir tengahari  pada jam 11.30 pagi hari Ahad bertarikh 02/10/2011 merupakan tarikh keramat dalam hidupku. Apabila aku benar-benar dirasuk sehingga tidak sedar apa yang sedang berlaku. Aku seolah-olah di dalam fantasi alam mimpi. Berkhayal ibarat menelan ais baby.

Pada permulaannya aku hanya berselisih faham dengan suamiku. Jika difikir logik akal ia hanyalah perkara yang remeh. Namun disebabkan perasaan tidak puashati dan amarah yang berada dalam diriku. Aku seolah-olah berdendam dengan suamiku. Mungkin inilah bisikan syaitan durjana yang ingin merosakkan hati naluriku.

Syaitan latnatullah sememangnya mencari-cari peluang untuk menyesatkan hati manusia. Namun atas kelalaian ku jua, aku membiarkan setiap darah yang mengalir memanaskan zarah-zarahnya sehingga nafsu amarah ku membuak-buak didihnya di dalam tubuh ini.

Akal fikiran tidak dapat lagi mengawal saraf-saraf tunjang ku. Dengan tiba-tiba tanpa ku sedar aku telah megambil gumpalan kain lama di atas almari yang berbentuk bunjut sebesar sepemeluk lalu ku lemparkan ke muka suamiku yang mana dia sedang berbaring diatas katil untuk menenangkan dirinya atas perselisihan faham kami.

Lantas suamiku bangun dan memarahi aku. Dan aku seolah-olah seperti binatang yang mahu berkelahi dengan musuh ketatnya. Jejari tangan kanan dan kiri ini membentuk seolah-olah tangan dan kuku harimau. Lalu ku teriak pada suamiku dengan suara yang agak garau dan lantang sekali. 'Kau Manusia Celaka, Berambus Dari Sini Dengan Hantu Raya Kau Tu'. Itu bukan suara aku. Aku menghalau suamiku dengan bahasa yang kejam. Namun suamiku yang terlalu menyayangi aku, memeluk tubuh yang dirasuk ini dan memanggil adikku. 'Uda ! Tolong abang Long bawak akak kau ni ke rumah Ustaz. Dia dah kena rasuk'.

Aku yang cuba meloloskan diri dari pelukan suamiku yang kuat namun gagal. Aku gigit tangan suamiku sehingga hampir putus dagingnya. Dan aku cakar tangannya hingga berdarah serta tercabut sedikit kulitnya. Aku meronta-ronta minta dilepaskan. Tapi makin ramai yang datang memegang aku. Suamiku pada tangan kiriku, adik lelaki ku pada tangan kananku, adik perempuanku pada kaki kananku dan kawanku pada kaki kiriku. Keempat-empat mereka memegang aku dengan begitu kuat sekali hingga lebam anggota badanku. Aku memulas-mulas tanganku dan menendang-nendang kakiku minta dilepaskan. Namun tidak diendahkan mereka.

Mereka semua menarik aku menaiki kereta. Lalu pergi tanpa arah tujuan. Dimana nak bawak aku untuk dipulihkan. Aku masih meronta, menggigit, menjerit, memaki hamun, menendang, menerajang. Entah apa yang aku pekikkan aku pun tak tahu. Uda menelefon Ustaz DarruSyifa yang selalu aku mendapatkan rawatan. Sayangnya tidak diangkat. Dek kerana buntu mereka menbawa kepada seorang Ustaz yang berhampiran dengan kampung kami. Isterinya pula tidak izinkan kerana dia baru sahaja pulang dari Pulau Pinang. Lalu kawanku ini memberi cadangan untuk ke rumah seorang Pakcik di kampungnya. Mereka semua mengangguk sahaja tanda setuju. Suamiku pula tidak henti-henti menangis dan memujuk aku supaya megucap dan istifar.

Setiba di rumah Pakcik tersebut aku dibaringkan. Tapi aku bangun dengan merangkak seperti harimau untuk keluar dari rumah itu. Akan tetapi aku tersentak dengan semburan air berisi ayat Al-Quran yang dijampi oleh orang tua tadi. Lalu menjerit..Sakit..Sakit!!! Dan Pakcik  berteriak kepada Jin 'Keluar Kau dan Balik ke tempat asal Kau!!. Aku membalas ' Aku tidak akan sesekali keluar dan ini tempatku. Aku sudah lama berada dengan manusia ini !!!...

Pakcik melemparkan lagi airnya tadi..dan memegang kakiku..aku terbaring lemah lalu pengsan tidak sedarkan diri. Mereka kejutkan aku untuk pastikan aku sedar. Aku bukakan sayup-sayup mataku.

Kami pulang ke rumah. Suami mendukung tubuhku yang lemah longlai dan disuruhnya aku berehat. Aku pula meminta untuk makan pulut kuning. Aku seperti mengidam..tapi suamiku bertegas tidak mahu berikan aku makan pulut kuning. Ustaz DarruSyifa menghubungi adikku semula dan bertanya apa yang telah terjadi. Dia menyuruh mereka membawa aku untuk merawat pada malam itu juga.

Mungkin pada tanggapan kalian akulah isteri yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Aku ingin jelaskan bahawa yang melakukan itu bukan aku..bukan diri aku!! Aku Dirasuk!! aku tidak sedar apa yang telah terjadi. Saka Harimau Jadian !!! Ya saka..jin yang telah berpindah-randah dalam tubuh keturunanku. Dan kini aku pula warisnya. Konon fungsinya untuk melindungi keturunan kami dan warisku. Tapi padaku ia cuma mahu merosakkan dan menyakiti manusia. Kau Saka memang kejam !!!...Apa yang terjadi pada malam aku dirawat di Darrusyifa? Dan apakah kaitan Pulut Kuning dengan Saka Jin ini ? nantikan nya....

You Saka Pergi Jauh-Jauh !!!

Friday, September 30, 2011

Dari Gaji 3 Lapis Ke Gaji 1 Lapis Sektor Awam? Siaplah Harga Barang Naik Berlapis-Lapis !!

Gaji satu lapis sektor awam diwujud semula, naik hingga 40 peratus





Oleh G Manimaran
KUALA LUMPUR, 30 Sept — Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus.
Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”.
Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek).
“Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu.
Minggu lalu, The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum.
Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.
Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Satu sumber berkata, “langkah ini (memperkenalkan sistem saraan baru) juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred.”
“Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat,” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB.
Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu.
“Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak menjadi kenyataan.
“Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam ... kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700, bergantung pada skim dan gred masing-masing,” kata sumber itu sambil menambah, maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan.
“Kalau dari segi peratusan, kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus, mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus,” kata sumber itu lagi.
Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan.
SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam.
SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar, menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai kuota.
Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi. Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali lagi membawa kepada kontroversi.
The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini, yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991.
Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.
Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.
Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini.
Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa.
Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

Sumber : YAHOO

P/S : Alhamdulillah..kalau betullah kan..tapi jangan harga barang naik berlapis-lapis dahla ye..^__^

Wednesday, September 28, 2011

Istimewa Buat Intan Baizura...

Entry kali ni aku tuju khas untuk kawan aku yang sangat gojes...Yes she is beautiful girl !
Her name is Intan Baizura. Dia kawan aku masa kerja kat JPJ Kuantan dulu..2 tahun jugak aku kerja kat sana. Aku start kenal Intan masa mula-mula dia posting dari Putrajaya ke office aku kat Kuantan. Awal tahun 2009. Firstday Intan lapor diri dan kita orang berkenalan. Mula-mula aku terpandang wajah Intan je, dalam hati aku terus cakap "WOW!!! Lawanya budak ni"..series ok Intan memang cantik..secantik namanya...

Intan ni punya perangai gila-gila & nakal sikit..nampak cam perempuan yang sopan & kemelayuan je..tapi rupanya hampeh. Dialah kaki sorok kasut atau barang orang & suka pedajalkan orang. Hahahahha...

Peristiwa yang aku tak boleh lupa masa Intan pedajalkan aku..Masa tu aku tak kawin lagi..single mingle lagi ok..anak dara youuuu..tapi dah kena chup dengan Pakwe Kintan dah masa tu..

Aku keluar makan dengan Intan & officemate aku sorang lagi namanya Kak Nunu..opsss silap..Kak Nurul...
Kita orang bertiga keluar time rehat. Singgah kejap kt Watson. Kak nurul nak beli barang apa tah.. Tiba-tiba si budak Intan ni tarik aku kat satu rak ni.. Dia pun mula la temberang aku macam-macam..Intan ambik satu kotak ni..cantik jugak kotak tu. Warna-warni tau..gambar love-love..

Dia cakap tu bedak compact. Bedak tu ok lah, elok lah. Dia cakap skang dia pakai bedak tu..haishhh macam-macamlah aku kena kencing dengan budak ni...Aku ni lurus bendul sikit..Intan cadang kat aku suruh beli..Aku memang dah pegang kotak tu dah..tinggal nak pergi bayar je..

Pastu aku tengok lah cashier kat kaunter tu dok senyum-senyum pandang aku..Cashier tu lelaki..Yang Kak Nurul ni aku pelik jugak..duduk jauh-jauh dari aku..pastu tahan gelak..Aku lagi bertambah heran ngan kelakuan budak-budak ni..Aku pun tengok jenama kotak yang dikatakan 'Bedak' tadi...Tulis kat kotak tu "LOVE BOX"..aku pelik tak pernah dengar pun jenama ni...Aku pun apa lagi tengok lah balik rak aku amik Love Box tu...Sekali jeng...jeng...jeng...aku terpandang perkataan "CONDOM" kat kotak Love Box tu..."Ha kondom ? terus aku jerit kat Intan....

"Kuang ajar kau intan"!!!....kau kenakan aku...natang tol....!!!hahahha..... terus Intan & Kak Nurul lari keluar sambil gelakkan aku..yang budak laki cashier tu plak ngelepor sukakan aku...korang bayangkan aku dah nak bayar tau tak...Malu giler sehhhhhhhhh!!!!!...Ha tapi tulah kenangannya..Aku tak boleh lupa kejadian tu tau..sampai sekarang aku ingat lagi...Kalau imbas balik aku mesti akan gelak sorang-sorang..tapi takla sampai tahap gila...banyak lagi kenangan aku dengan kawan-kawan ni yang aku tak dapat lupa..dan yang ni salah satunya..

Sekarang aku dah kat office yang baru..posting ikut suami tersayanglah katakan. Rindu plak kat kawan-kawan office lama..Tapi 24/9/2011 baru ni Intan dah kawin tau..dah jadi isteri orang..Harap perangai kau berubahlah Intan..lebih sopan..hahahhahha...jangan marah...Aku nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT INTAN & ZAID...Moga hubungan kalian bahagia serta mendapat berkat & rahmat dari Yang Maha Esa dan semoga berkekalan dunia & akhirat...amin...

Pic Intan & Zaid ni aku cilok dari website Cinta Photography.



Si budak intan dah jadi bini oranglah... :-)