Thursday, January 3, 2013

Ketumbuhan ? Oh hati Janganlah Pilu....

Maafkan aku jika aku sekarang kurang untuk update entry baru. Aku tak seaktif dulu dah..kurang idea barangkali..

Aku lebih fikirkan keadaan diri sendiri sekarang ni..nak luahkan apa pun tak tau dah...sibuk nak selesaikan apa yang patut aku selesaikan. Rasa nak menitik air mata ni..tapi tahankan saja sebak dada...

Minggu lepas aku ke Klinik Pakar Obstetrik & Ginekologi HOSHAS. Kalau paramedik taulah apa mende tu..alah klinik pakar sakit puan la...

Doktor sahkan aku ada ketumbuhan pada belakang tiub falopio rahim. Ketumbuhan tu sebesar 7cm dan telah menyekat kedua-dua tiub rahim aku. 

Sebab tu aku tak dapat mengandung sampai sekarang. Perjalanan sperma ke ovum tersekat selama ini. Maka tidak berlakulah persenyawaan..fuhhh cakap macam budak blaja medic je..yelah dulu cita-cita aku nak jadi Jururawat..tapi mak tak bagi..nasiblah...

So 16/01/2013 ni aku akan masuk wad dan 18/01/2013 ialah tarikh aku akan jalani pembedahan..

Memang aku doakan semuanya selamat & berjalan lancar...tapi hati aku hari-hari terasa hiba sangat..

Cuma aku taknak tunjukkan pada orang sekeliling aku yang aku tengah sedih & runsing sebenarnya..aku buat muka bodoh je...ada jugak kawan aku pelik tengok aku dan tanya "Eh kau ni relaks je..macam tak risau pun"....aku jawab " Abis takkan aku nak meroyan plak"...hahaha

Suami aku plak cuba hiburkan hati aku..dia sedaya upaya tunaikan apa yang aku nak...aku cakap je nak apa & nak makan pe..mesti dia belikan...best gak kadang...aku tau dia risaukan aku...walaupun dia cuba buat muka se"happy" nya dan seperti tiada pape berlaku...aku tau dia cuma taknak aku sedih je...

Yang aku lebih risau bila doktor kata dia tak dapat nak pastikan sama ada tiub aku tu masih elok atau sudah rosak..kalau rosak maka peluang untuk aku dapatkan anak hanya melalui cara Tabung Uji (IVF) yang sudah sah makan kos RM10 ribu....

Aku redha dugaan yang Allah swt berikan pada aku & suami.. Jika aku ditakdirkan tiada anak didunia ni..aku cuma harap akan ada anak di akhirat nanti..Insyaallah kalau mampu kami nak ambil anak yatim untuk dijaga...

Aku tak mahu berputus asa lagi...Aku hanya mampu berdoa pada Allah swt supaya tiub tidak rosak...aku cuma kesian pada suami je..dia memang mahukan zuriat bersamaku...

Suami aku kata " Abang tak kisah kalau takde anak..takpelah kalau tu sudah takdir Tuhan kita terima saja...tapi abang taknak kehilangan sayang..abang taktau nak hidup macam mana kalau sayang takde nanti..."

Tapi jujur aku katakan..aku kini setiap saat teringatkan MATI....ajal maut ditangan-Nya....

Aku mahu lebih dekat dengan Maha Pencipta...Dia lebih tahu segalanya...Kerana aku tahu aku layak aku insan dipilih-Nya untuk pikul ujian ini..Terima Kasih Ya Allah...

Ketenangan
p/s : Kata Imam Syafie..."Berapa ramai manusia yang dalam kelalaian sedangkan kain kapannya terus ditenun"...






Tuesday, December 4, 2012

Love Bunga Querida Mekapkan Adik Aku

Baru- baru ni memang family aku sibuk bukan main. Maklumlah adi aku yang no. 2 tu kawin..uihh kalau cerita pasal kenduri kendara ni sampai besok pun tak abis..nanti la aku story pasal kengkawin ni..malas nak taip huhu....

Masa menyambut menantu adik aku pakai khidmat Love Bunga Querida sebagai mak andam dia..Aku yang rekemen kat adik aku masa dia sibuk cari mak andam belah menyambut menantu nanti..Adik aku tengok blog dia teruslah berkenan nak booking Bunga tu...

Aku memang suka baca blog si Bunga ni..lagipun hasil mekap dia Ahaiiiiii OHSEM !!!

Tak caya ? meh nengok antara pic adik aku yang aku credit dari blog Bunga...




 Cantikkan hasil kerja Bunga...

Bunga kata adik aku ni mirip Linda Onn..Nak tau baca la Entry Ni.. yo yo ooo la Linda Onn..hahaha

Kalau Bunga terbaca entry akak ni jangan pelik ye..macam mana akak leh curi picture adik akak ni walaupun Bunga dah buat disable right click..haha...print screen ye dik...maaf la pinjam je..huhu....

p/s : Mekap Bunga memang berbaloi..harga amatlah berpatutan...nanti aku nak booking dia gakla...untuk photoshoot..huhu

Thursday, November 29, 2012

Selamat Hari Lahir Makwe Kintan

Salam semua...



Hari ni aku happy jugakla..sebab hari ni hari lahir aku tanggal 29/11..

Maka genaplah umurku 25 tahun hari ni...

Dah abis zaman remaja..mula untuk melangkah ke alam dewasa walaupun dah bergelar isteri selama 2 tahun 5 bulan...

Selama ni tak rasa cam dewasa..selalu perasan muda je sokmo...huhuhu....

Boleh dah nak bergelar ibu ni...doakan saya supaya dikurniakan anak cepat ye..tak sabar nak lalui alam pregnant & melahirkan...

Tak sabar jugak nak mendidik anak...mencurahkan segala ilmu yang ada...mengajar anak apa itu erti kehidupan...wah wah wah....

Malam tadi tepat jam 12.00 am suamiku Pakwe Kintan orang yang first wish my birthday...dah tido tapi bangun balik kejutkan aku & wish "Selamat Hari Lahir Sayang" terus kucup dahi aku dan sambung balik berkeruhhhh....

Aku mamai-mamai pun "thanks abang"....mata lelap mulut bercakap..hahaha...

Apa pun ada lagi impian yang harus dikejar....dalam mimpi...bye...

p/s : "Nak Kek"