Thursday, September 5, 2013

Berdua Masih Berdua


Aku selesa berdua denganmu. 8 tahun kita meniti janji. 3 tahun kita melayari akad cinta ini. Walaupun masih menunggu sang cahaya. Namun kita masih bahagia. 
Onak duri kita tempuh bersama. Ranjau berliku kita harungi jua. Pegang erat tangan ini. Usah lerai lagi. Jangan lepaskan walau dipanah api.
Sakit memang sakit. Bertahan teruslah bertahan. Biarkan apa manusia lain mahu berkata. Yang utama Cintaku hanya untukmu. Kasihku padamu sampai mati. Ini janjiku wahai suami.

TENANG


Hari ini tenang
Setenang air yang mengalir ini

Hati sedang tenang
Akal juga sedang tenang

Apa lagi yang aku cari ?
Ketenangan Abadi
 

Wednesday, September 4, 2013

Langkah


Langkah kita penuh warna.
Suka mahupun suram sebenarnya ia tetap sama.
Tetap namanya warna.

Orang lain lihat kita "Wah beruntung Dia"
Walhal mereka tidak tahu sebenarnya kita sedang terseksa

Mereka kata engkau dan aku sama saja
memang sama tapi kita berbeza.

Hidup dalam satu dunia, punya jalan cerita tersendiri.
Kisah aku 
Kisah engkau
Kisah dia
Kisah mereka

Apa yang sama ?
"Langkah" 

Walau apa pun kisah kita, semuanya teruskan melangkah.
Sakit atau selesa, terpaksa juga redah.

Percayalah suatu hari nanti langkah kita akan bersinar juga.