Saturday, September 7, 2013

Apa Guna Sahabat ?


Saat orang lain ada sahabat. Berkongsi suka duka. Menumpang bahu sahabatnya tatkala mengalir airmata. Jujur aku katakan aku tiada sahabat. Kawan ramai tapi sahabat tiada. 

Memang sejak kecil aku tiada sahabat yang aku percaya untuk aku luahkan apa saja. Baru saja mahu cari sahabat, ada saja halnya. Yang tikam dari belakang lagi ada. Tak guna aku ada sahabat. Tempat aku mengadu hanya Allah, ibu ayahku dan Suamiku sahaja. 

Biarlah orang mahu kata apa pun. Aku kenal diri aku siapa. Mereka hanya menilai aku luaran. Tapi mereka tidak merasai apa yang telah aku lalui. Aku cukup bahagia dengan diri aku sekarang. Aku bersyukur dengan apa yang ada. Andai sampai mati aku ditakdirkan tiada sahabat, aku pasrah..tidak mengapa.. 

Pada kalian yang punya sahabat baik, hargai dia. Pada kalian yang telah dilukai hati oleh sahabat, maafkan saja dia. Pada kalian yang telah mengguris hati sahabat, minta maaflah. Kerna perkataan Maaf itu sangat besar ertinya. Dunia ini hanya perlukan orang yang minta maaf & suka memaafkan. Moga kalian & sahabat berkekalan silaturrahimnya. Ukhwah Fillah!

Friday, September 6, 2013

Hati Bunga


Malam ini malam apa ? oh bukan malam sunat ye. Terlepas dah semalam. Aku masih lagi di pejabat. Biasa rutin kerja lebih masa. Kadang-kadang rasa nak berhenti kerja sekarang ni jugak. Mulalah menyanyi lagu "Kalau Aku Kaya" ~Awie Rafael feat Altimet~

Tunggu suami datang jemput. Dia pun baru habis kerja. Sejak aku aktif kembali menaip blog 2 - 3 hari ini, asyik cerita hal suami je kan. Perasan tak ? Mesti ada yang naik meluatkan ?.Agak jelah.. Yelah aku nak cerita apa lagi. Tiada yang menarik pun pasal aku ni. Orang tiada anak macam ini lah..hihi..

Oh ye, aku dah habis injection lucrin 6 cycle. Lepas ni tunggu kedatangan period yang telah disengajakan stop oleh doktor. Monopous sementara. 6 bulan tu..terasa sekejap pulak..masa mula-mula suntik rasa macam lamanya nak habiskan 6 dose for 6 month. Sekarang abis dah treatment tu. Lepas ni cuba hamil semula. Harap ketumbuhan endometriosis aku tak berulang lagi. In Shaa Allah ada rezeki aku akan hamil juga nanti. Doakan aku boleh ?

Sebab tu hati aku terasa berbunga-bunga je sekarang.. Oh My Baby.. Can't Wait !!

Oh Suamiku Skandal


Selalu juga suami aku cerita. Kawan-kawan dia tanya yang dia skandal dengan siapa ? Sebab mereka selalu terserempak dengan suami aku bersama dengan perempuan. Begitu mesra. Bagai pasangan muda hangat bercinta. umpama cinta remaja.

Aku cuma ketawa sambil menggelengkan kepala. Dalam hati agak cemburu jugak sebenarnya. Tapi aku ambil inisiatif untuk tidak nampak yang aku cemburu tu. Cover sikitlah. Aku pun ada ego jugak. 

Nak je aku tanya "siapa perempuan skandal abang tu ?".. Ish.. tapi tak terkeluar soalan tu. Aku percaya pada suami yang dia takkan main kayu tiga belakang aku. Lagipun aku tak nampak lagi depan mata sendiri perempuan mana yang dia keluar sambil bermesraan tu. Tiada bukti sahih. Tapi kalau betul apa yang dicanang-canang kawan dia tu..menangis tak berlagu lah aku.

Tak boleh tidur dibuatnya. Betul ke suami aku ada skandal lain ? Aku kena siasat sampai lubang cacing. Aku nak kenal jugak bakal madu aku tu. Kalau tuhan dah takdirkan aku hidup berpoligami aku redhakan saja. Nak buat mcam mana lagi. Itu kehendak suami aku kan.

Baru-baru ni aku keluar makan dengan suami. Sampai kat kedai makan kebetulan ada kawan suami aku sedang makan dengan isteri dan anaknya. Suami aku senyum je pada kawan dia dari jauh. Habis je diaorang makan, kawan suami aku pun datang dekat pada kami. Dia cakap perlahan pada suami aku. Dia ingat aku tak dengar kot. Dia kata "Eh ko keluar dengan skandal ko ni bini kat rumah ko tak tau ke ?"

Suami aku balas "Oh ni skandal aku merangkap isteri aku yang sah"...Tergamam kejap kawan dia tu macam orang bingung. Suami aku sambung lagi "Inilah isteri aku yang korang semua ingat skandal tu. Kami dah 3 tahun kahwin. Cuma takde anak je lagi..."

Senyum aku mendengarnya.. Kawan dia kata "Hebat korang ye, 3 tahun dah kahwin tapi masih nampak macam hangat bercinta. romantik je berbual"....

Memang..rasanya ramai yang kata kami macam tu. Mungkin sebab kami takde anak lagi kot. Sepanjang perjalanan balik ke rumah aku senyum je. Nasib baik aku tak marah suami gertak dia suruh bagitau siapa skandal dia tu. Kalau tak malu muka nak letak mana tak taulah...hehe...