Sunday, December 10, 2017

14 minggu

     Aku dah lupa macam mana nak menulis blog.

    Aku mahu berkongsi yang hari ini tepat aku sedang hamil 14 minggu. Tiada rawatan yang aku buat, hanya doa & solat sunat bersama suami.

    Allah Azzawajalla memakbulkan doa kami setelah lebih 7 tahun kami menanti. Doakan aku & anak sihat serta boleh melahirkan dengan normal .


Friday, May 20, 2016

Banding

Hidup ini jangan buat perbandingan antara kau dengan orang lain. Kau sakit dia sakit. Kau kata kau boleh kuat. Lalu kau soal kenapa dia tak boleh kuat macam kau ? Kau lupa satu sebenarnya. "Kemampuan". Tahap mampu kau takkan sama dengan tahap mampu dia. Walau situasi kau alami sama dengan dia, tapi mampu tu takkan sama. Rumah lain-lain, diri pun lain-lain. Betul ujian Allah atas kemampuan masing-masing. Tapi untuk jadi setabah sekuat sesiapa pun akan ambil masa wei ! Sabar adalah pembelajaran sepanjang hayat. Bersyukurlah kau mampu kuat dengan cepat. Ada orang ambil masa lama nak jadi sekuat kau.

Tuesday, January 27, 2015

Jangan Cakap "Puas"

Tadi makcik cleaner kat office aku tanya "awak tak pergi berubat ke bagi mengandung ?"
Aku jawab "dah puas makcik.."
Lepas tu dia pun balas "Jangan cakap 'puas', tak elok. Awak patut usaha lagi."

Ermmm... barangkali makcik ni tak faham maksud 'puas' yang aku sebut tu. 
Mungkin dia ingat aku dah berputus asa. Sebenarnya tak pun. 

'Puas' yang aku maksudkan ialah dah macam-macam cara. Dah macam-macam aku makan. Dah macam-macam doa. Dah macam-macam tempat. Dah macam-macam ikhtiar. Pendek kata dah macam-macamlah.

 Dan kini aku hanya berserah pada takdir. Inshaa Allah ada rezeki ada. Tapi bukan putus asa tau. Aku tak pernah berhenti untuk cuba.

Lagipun soalan dia tu tak spesifik sangat. "awak tak pergi berubat". So aku pun buat andaian soalan dia tu tanya aku ni tak berusaha lansung ke. 


p/s : Atau mungkin juga aku yang salah faham dengan soalan dia.