Thursday, October 27, 2011

LOYA TEKAK DENGAN PICTURE CUMBU YOU !!!

Aku baru je lepas menerjah 1 blog ni..blog tu baru jugak kot..
Tapi euwww..NAK MUNTAH DARAH LAH!!! Boleh tak???

Ya Ampun !!!
Korang nak tau kenapa? sebab ada entry dia letak gambar cumbu ngan awek nya...
Yang jadikan aku nak muntah sangat sebab the couple is lesbian...pengkid..
Yekkkkk!!! jijik lah korang weiiiii...

Tolonglah...aku tak kisah if you nak buat blog story pasal hidup you...
Story Love about you and her..walaupun cinta you tu haram dalam agama kita...
Gasak you all lah kan...aku malas campur..nak nasihat pun dah besar gajah kan...
Itu you all punya pasal..tapi janganlah sampai letak picture you yang tak senonoh tu...
Aku loya tekak tengok lah..orang lain boleh nilai you ni..aku taknak bagitau link blog tu ye korang...
Biarlah rahsia..sape terase hati tu maaflah ye...

Memang blog tu you punya...
Dan ikut suka hati you lah nak wat entry pape pun kan...tapi jangan melampau sangat...
Tu baru sikit punya hal..kalau hal yang lebih-lebih lagi entah la...
Takpelah dosa tanggung sendirik ye..aku cuma nak berpesan sebagai seorang muslim jugak...
Bertaubatlah kita semua..kita atas dunia ni tak lama dan tak kekal..
Kembalilah pada jalan yang diredhai-Nya...

p/s : Jangan Ikut Sedap Nafsu Je Nak Tunjuk Picture Tak Senonoh Tu.. !!!

Bercinta sejenis pun pergaulan bebas jugak..so ' Please Say Nay ..I Mean NO!!! '

Monday, October 24, 2011

Ekau Jangan Nak Membongakkan Den !!!

Boto ko apo yang den baco surat kaba pagi tadi?
Boto ko Manchester City Monang bosar?
6 Gol dirembat eh mengalahkan Manchester United..
Biar Boto!!!
Ko surat kaba ni 'membongakkan' den...
Patutlah Laki den a.k.a Pakwo Kintan Golak bosar sambil Lompet-lompet jo...
Tapi den tak sokong mano-mano...
Kalau den sotuju fight ngan Pakwo Kintan malam tadi konfom kono golak dah ari ni..
Fuhhh...solamat den...^__^

MU kalah dongan MC..kosian

Tuesday, October 18, 2011

Ingat Aku Hadap Sangat !!!


Sebelum korang baca apa yang aku tulis ni pastikan hati korang sedang marah..
Kalau tak mesti baca takde feel lah!!!

Marah
Amarah
Kemarahan

Panas Hati
Panas Telinga
Panas Baran

Tak Suka
Benci
Dendam

Meluat
Meloya
Muntah Darah

Perasaan yang sering terjadi bila kita berkelahi dengan manusia lain bukan?
Apa yang aku rapik ni takde kena mengena dengan tajuk entry...
korang ni memang lurus dan berbendul..hahahaha
Sorry aku gurau je (sumpah tak lawak kan)..
Janganlah marah...^__^

senyum jelah walaupun kena marah..hehehe


NAJWA LATIF TIRU YUNA KE? EUWWW !!!


Sapa tak kenal dengan penyanyi yang baru ni kan si Najwa Latif. Lagu Cinta Muka Buku yang meletop-letop dah kat Malaysia ni. Tapi aku pelik kenapa ada orang cakap dia tiru Yuna?

Yuna is Yuna & Najwa is Najwa..tak sama lah. Kalau yang cakap sama sebab dia pakai tudung dan main gitar. Salah ke kalau yang tu sama? huhh..takkan tak boleh kot nyanyi main gitar. Abis yuna tak tiru orang lain lah yang main gitar? ofcouse tak kan walaupun belambak penyanyi pompuan nyanyi main gitar. Abis kalau bab pakai tudung plak camne? Apa salahnya si Najwa ni nyanyi pakai tudung..kan menutup aurat tu suruhan Agama.

Atleast dia pakai jugak tudung..bersopan apa..yang orang nak pertikaikan tu apesal..bukan guna duit korang pun beli tudung dia..patut support lah sikit..asik nak hentam je..camne nak maju..haihsss...hehehe this is just my opinion lah...ok lah kalau korang tak puas ati jugak bacalah benda ni..."NAJWA LATIF NAFI TIRU YUNA"..sumber aku dapat biasalah Yahoo...hehehe..

Wednesday, October 12, 2011

BELAJAR ACCA !!!


Dah 3 tahun aku kerja. Kiranya aku dah lama tinggalkan bidang belajar ni. Penuh sawang dan berabuk kepala otak fikiran aku ni. Dulu aku dah target nak kerja dulu baru sambung belajar balik. Cari pengalaman kerja lah dulu. Alhamdulillah dah 3 tahun aku kerja dengan kerajaan ni.  

Sebelum ini aku graduan dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (POLISAS). Ambil jurusan Diploma Akauntansi. Aku habis belajar Jun 2008. Pastu aku dapat tawaran lanjutkan lagi pengajian ke peringkat Degree Accounting kat Universiti Putra Malaysia (UPM). Tapi biasalah, aku bukan anak orang senang. Keluarga aku susah dan aku anak paling tua sekali. Jadi kenalah hold dulu study. Cari duit bantu family sikit-sikit. Lagipun nak bagi peluang pada adik-adik aku sambung study dulu. Kang dia orang cakap asyik muka aku je yang dapat belajar. Tak adil pulak kan. Aku pun taknak susahkan parent lagi. Kalau nak study guna duit hasil titik peluh sendiri lah. So lepas aku tolak je tawaran degree tu, Alhamdulillah aku diterima kerja dengan kerajaan sebagai Accountant Assistent. Aku memang nak sambung belajar lagi tapi kena tunggu 3 tahun kerja dulu baru boleh apply cuti untuk study full-time ni.

Bulan september baru ni pun aku dapat tawaran study lagi. Buat degree kat Universiti Teknologi Petronas (UTP). Sekali lagi aku terpaksa tolak sebab masa tu belum cukup tempoh 3 tahun kerja. Confirm kerajaan takkan luluskan cuti study aku. Memang terasa rugi sebab bukan mudah nak masuk UTP ni. Semua budak pandai tahap gaban lah kan. Tapi takpelah mungkin bukan rezeki aku lagi. So dah 2 kali aku tolak tawaran study..wuwuwuuwuuuuuuuuuu.........nangis lah sangat!!!

Panjang bebenor intro aku kan..hahahhaha padan muka korang!!!

Baru-baru ni pulak aku try apply untuk ambil program profesional accounting iaitu ACCA kat Kolej Poly-Tech MARA(KPTM). Saje gatal nak apply..hahaha. ACCA ialah Association of Chartered Certified Accountants. Ia adalah satu badan akauntan bertauliah yang berdaftar di United Kingdom (UK) dan diiktiraf di 170 buah negara termasuk Malaysia ni. ACCA adalah untuk mereka yang mahu bergelar Akauntan Bertauliah. Kalau ikutkan ia juga diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam dan setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang ada kat IPTA.

Aku dah kaji sikit pasal benda ni. Apa kelebihan program profesional berbanding degree? Antara maklumat yang aku dapat ialah :-

1. Jika buat Degree selama 4 tahun dan nak jadi akauntan bertauliah kena belajar ACCA selama 1 tahun 6 bulan. So tempoh yang akan diambil ialah selama 5 tahun 6 bulan kan.

2. Tapi jika aku ambil ACCA terus hanya makan masa 4 tahun sahaja dan aku akan boleh bergelar Akauntan Bertauliah. Dah jimat 1 tahun 6 bulan kan. Pulak tu aku ada diploma dan mungkin ada paper yang aku tak payah ambil dah. Lagi jimat masa mungkin dalam  setahun kot. Lagipun kalau buat ACCA, student jugak akan dapat degree yang dikeluarkan oleh Universiti Oxford. So Two In One lah...

Tapi kalau pada adik-adik yang tengah SPM dan mahu jadi akauntan. Bila dah dapat result spm nanti, aku sarankan ambil program profesional CAT (Certificate Accountant Technician) selama 1 tahun 6 bulan dan terus ambil ACCA dalam 3 tahun. Jadi masa 4 tahun 6 bulan akan terus bergelar akauntan bertauliah. So bayangkan kalau study umur 18 tahun dan habis 23 tahun. Umur muda tapi dah dapat title Akauntan Bertauliah dan diiktiraf. Nak mintak kerja pun senang terutama di 4 buah company accounting terbesar dunia.

Lagipun kalau study program profesional ni, pihak MARA akan taja. Sama ada anda boleh apply loan atau biasiswa dari MARA. Ha kan tak payah fikir dah bab duit ni.

Semalam pulak aku dah check result apply study kat KPTM tu..Alhamdulillah aku dapat tawaran buat ACCA kat KPTM. Cuma sekarang aku confius la..dapat pergi atau tak..kang takut Goverment tak lulus pulak cuti study aku..so aku kena confirm kan dulu lah..kalau ok semuanya aku pergi dengan senang hati. Sebab aku tak sabar nak belajar balik. Aku memang suka belajar dan cintakan ilmu ni. Tak kira lah ilmu pape pun janji yang baik. Ilmu Fardu Ain ofcouse lah wajib tuntut kan. Fardu kifayah pun wajib tuntut gak kan. Hehehe...

Tapi yang buatkan aku sedih ialah tak ramai pelajar melayu yang tahu pasal program profesional ni berbanding kaum Cina. Dia orang cuma tahu buat diploma, degree, master, PhD dan lain-lainlah. Padahal ada jalan pintas untuk jadi akauntan bertauliah pada usia muda. Pulak tu kalau yang tahu pun mereka takut nak ambil. Sebab cakap susahlah, kena tumpu betul2 lah..macam-macam. tapi pada aku belum cuba belum tahu kan. Lagipun belajar pape pun mana ada senang. Sumer susah dan kena beri tumpuan yang tinggi. Huhh pelik aku...aku bukan cakap besar ok...just my opinion je..janganlah marah..aku pun bukan pandai sangat..kalau pandai buat apa aku apply study sana sini..hurmmm...

Pulak tu IPT kat Malaysia ni tak banyak yang tawarkan program profesional berbanding oversea. So mungkin itu punca kita kurangnya pengetahuan pasal program ni selain sikap tak endah kita sendiri. Kalau kat IPTA pun hanya UiTM sahaja yang tawarkan program profesional dan salah satu IPTS ialah KPTM lah..Tapi dua-dua IPT ni khas buat bumiputra je.. IPTA lain entahlah takde plak aku tengok yang tawarkan program ni...Jadi aku nak cadangkan pihak berwajib tolong canang-canangkan hal ini. Untuk masa depan negara dan bangsa juga kan. Dunia yang semakin maju dengan pertumbuhan pesat ekonomi memerlukan akauntan bertauliah.

Sekarang ni kerajaan sudah meletakkan sasaran bahawa Malaysia akan mempunyai 65,000 orang akauntan bertauliah pada tahun 2020. Tapi setakat ni statistik masih lagi kurang 20,000 orang akauntan bertauliah. (Kalau tak silaplah. Sumber pun dari internet jugak.) Dan majoriti ialah kaum cina. So sempat ke kita nak realisasikan hasrat negara ni?..Lagi 9 tahun mungkin negara kita berstatus negara maju. Sempat ke nak lahirkan akauntan bertauliah seramai 45,000 orang lagi dalam jangka masa 9 tahun? Bagi aku tak mustahil kalau rakyat Malaysia berfikiran terbuka kan.

Selain dari ACCA, korang boleh jugak apply study kat CPA, CIMA dan sebagainya. Kalau yang Malaysia pun ada iaitu MIA dan MACPA..Jadi rajin-rajinlah terjah cari maklumat sendiri..Kalau sumer aku nak cerita kat sini naik lemak berkrim disukai ramai lah korang..cantik muka..hahahahha....

Pada kalian sumer yang tahu maklumat lanjut pasal program profesional lain atau ACCA ni lehla share kat aku pada halaman komen ye...Ok tu jelah nak share kat korang..nanti sambung balik ye..tataaaaaaaa!!!

Monday, October 10, 2011

KEMPEN WIR : Say what? Cover the butt....


KEMON..KEMON...KEMON!!! Ayuh kawan-kawan kita kempen ramai-ramai..
Sebagai muslimah mestilah kita nak jadi yang sejati kan..so untuk diri saya sendiri dan anda semua...
Mari sama-sama kita tutup aurat cara sebetulnya beramai-ramai...

Ikut tuntutan Agama Islam...Barulah kita mendapat rahmat dari Allah SWT..Insyaallah...
Pakai tudung atau hijab sudah cantik tapi tutup "VONTOT" sekali tak?..hehehe ayuh kita berubah ye..
MK sayang Kalian....

Kempen By Sue Anna Joe...Your Awesome la kak Anna!!!

PONTIANAK VS TOYOL ???

 PONTIANAK
VS
TOYOL


Huhh..berdebar rasa nak taip entry kali ni. Kalau ikutkan aku malas nak share story ni pada korang sumer. Sebab ada yang cakap aku ni beranganlah, banyak tengok dvd hantu lah, fantasi lebih-lebih lah, macam-macam feedback yang aku dapat bila aku tulis entry pasal dunia mistik ni.

Aku tak pernah paksa kalian untuk percayakan aku atau tidak. Terpulanglah..Itu hak masing-masing. Yang penting aku cerita berdasarkan apa yang aku lalui sekarang dan ini kisah benar. Bukan fantasi semata-mata. Aku tak suka nak tipu-tipu korang ni. Apa yang aku dapat? Dosa jelah kan. Aku story kat korang supaya dijadikan iktibar je.

Ok hari tu aku dah story pasal aku kena rasuk kat ENTRY ni. Malam tu jugak aku pergi mendapatkan rawatan kat DarusSyifa. Aku pergi bersama suami, mak & adik-adik aku. Sampai je kat sana ustaz mulakan rawatan. Baca surah Nabi Sulaiman a.s. Tapi lain pulak jadinya. Ingatkan aku yang kena rasuk lagi. Rupanya mak aku pulak yang menangis teresak-esak. Tapi tak tahu kenapa. Bila ustaz buat spotcheck rupanya mak aku pun ada yang duduk dalam badan dia. Ustaz tanya aku apa yang aku nampak bila pandang mak aku. Aku tengok mak aku tiba-tiba aku dapat bayangan yang Jin jenis Pontianak ada dalam tubuh mak. Rupa jin tu buruk bernanah dan bergigi taring serta rambut panjang. Ustaz pun terangkan apa yang aku cakap tadi memang betul. Selalunya kalau jenis pontianak ni diaorang akan menangis ataupun ketawa gembira sangat. So malam tu mak aku yang buat rawatan. Fuhh...Aku pun lega terselamat. hahahha...

Lepas tu ustaz tanya adik-adik aku ada tak yang sakit badan. Ada sorang adik aku yang mengaku sakit bahu. Lama dah sakit sejak keje kat Hospital Temerloh. Puas pergi berurut tapi tak elok-elok jugak. Jumpa doktor pun dah tapi still sama jugak. Sekali lagi khidmat aku sebagai penterjemah ustaz diperlukan. Ustaz tanya apa yang aku nampak bila tengok adik aku. Aku cakap nampak toyol kat bahu adik aku. Ustaz pun tanya adik aku lagi ada tak dengar cerita pape kat tempat kerja dia. Adik aku bagitau ustaz yang ramai orang ofis dia cerita pernah ada nampak toyol lompat-lompat dalam ofis dia tu. Ustaz pun cakap memang betullah toyol dah ikut adik aku balik. Bila ustaz baca ayat Al-Quran dan sentuh bahu adik aku terus hilang sakit serta-merta. Magik nya!!!..Tapi sejak hari tu aku ni jadi penterjemah pulak untuk ustaz. Ustaz cakap dia tak leh nampak benda ghaib ni. Kalau mengubat orang lehla. Aku pulak boleh nampak benda-benda gini sejak saka jin harimau ni duduk dalam tubuh aku. So ustaz gunakan aku supaya dia tahu makhluk apa yang mengganggu kami semua.

Si suami aku pulak duk perhati je apa yang aku buat masa ustaz buat rawatan kat mak dan adik aku tu. Masa perjalanan balik suami aku tanya kenapa aku happy sangat bila ustaz tak rawat aku tapi rawat mak & adik aku..Tiba-tiba aku tercakap dengan nada suara yang kasar.."Sebab aku memang nak ustaz hapuskan makhluk jahanam tu. Bila ada jin-jin lain aku jadi lemah dan asyik bergaduh je..Hahaha"..Suami aku pun terpinga-pinga..rupanya bukan aku yang cakap macam tu..tapi saka jin aku lah..Pada firasat aku mungkin saka jin ni anggap ustaz sebagai musuh tapi mahu minta pertolongan ustaz untuk hapuskan jin yang lain yang ada dalam rumah kitaorang..dia tak nak duduk berkongsi dalm rumah la kot..hehehe...

So itulah kisah masa kami buat rawatan kat DarruSyifa hari tu.. Yang pasal Pulut Kuning tu apa kena mengena pulak MK?? hehehehe.. ha ni yang aku nak bagitau ni. Menurut kata orang tua pulut kuning merupakan salah satu makanan jin.. Sejak aku ada saka yang hinggap kat tubuh ni..aku ngidam betul nak makan pulut kuning..yang peliknya kalau pulut putih tak selera nak pandang..Tapi pulut kuning waduhhhh..minat bangat gua makan beb..Bila tak dapat badan jadi lemah..tapi bila dah makan terus bertenaga. Tapi aku kena tahan nafsu tu sebab bukan aku yang nak makan pulut kuning tu. Jin Saka tu lah punya angkara..Aku malas nak layan Jin ni..lantak kau lah..nak makan pergi cari sendiri..dah tumpang badan aku banyak songeh plak!!!hahhaha...So pada korang yang suka sangat makan Pulut Kuning ni sila berjaga-jaga lah..Kalau boleh pergi dapatkan rawatan jugak. Mana tahu korang ada penunggu dalam badan jugak..hihihi...Tapi jangan jumpa bomoh karut-marut ni..syirik tau..Pergi ke mana-mana pusat perubatan Islam yang berdaftar. Salah satunya DarusSyifa lah dan pengasasnya Ustaz Dato' Dr. Harun Din..

Malam tadi aku & family sekali lagi ke DarusSyifa untuk buat rawatan..Ustaz ubatkan adik aku yang belajar kt UiTM Melaka. Sebab dia ada ketumbuhan dalam payudara nya.. Mula-mula masa scan kat hospital Doktor cakap ada 2 biji bonjolan je. Baru ni scan lagi dah bertambah jadi 4 biji bonjolan plak. So kami bawak adik jumpa ustaz untuk dapatkan rawatan. Dan malam tadi jugak aku dah kena warning dengan Jin Hantu Raya..Nak tahu kisah selanjutnya???...Tunggu Entry Akan Datang!!! Babai.........

Friday, October 7, 2011

BAJET 2012 !!!

Sekarang sedang siaran lansung Bajet 2012.. What we will get ?
Terutama penjawat awam macam aku ni...
naik gaji? dapat bonus?
hehehehe.....................^_^

Tengok jelah........................

Picture Wedding Intan & Zaid !!!

Just want share dgn korang pic kawan aku Intan Baizura time akad nikah ok...
Ala kawan yang aku pernah buat entry pasal dia ari tu...
Pic ni diambil dari Cinta Photography..dont angry with me ok..I cilok hasil kerja korang...
Series aku memang suka hasil kerja Cinta Photography ni..Cantik sangat...
Hasil kerja dia orang menarik jugak. Kualiti pun ada.
Awesome lah senang cerita. Eceh jadi promoter tak berbayarlah pulak...hahaha
So pada korang yang nak kahwin aku cadangkan mereka masuk dalam list photographer korang ye...

Hope U All Enjoy it....

Intan Baizura Si Cantik Manis...
U see..dia memang gila-gila girl kan...





Comelnya YaYa !!!
Motif Intan??



Ok nak tengok lebih lanjut lagi sila terjah website Cinta Photography ye...
Buat Intan & Zaid..aku doakan semoga berbahagia dunia & akhirat..
I LOVE U INTAN..Muah muahhhhhh....hahahahha...
merecik air liur....
babaiiii...

Tuesday, October 4, 2011

RASUKAN JIN SAKA HARIMAU !!!

'Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari'.

Begitulah ungkapan yang boleh aku gambarkan kepada kalian. Ungkapan yang membawa makna mendalam menusuk kalbuku. Keadaan aman damai tiba-tiba menjadi kacau bilau.

Waktu hampir tengahari  pada jam 11.30 pagi hari Ahad bertarikh 02/10/2011 merupakan tarikh keramat dalam hidupku. Apabila aku benar-benar dirasuk sehingga tidak sedar apa yang sedang berlaku. Aku seolah-olah di dalam fantasi alam mimpi. Berkhayal ibarat menelan ais baby.

Pada permulaannya aku hanya berselisih faham dengan suamiku. Jika difikir logik akal ia hanyalah perkara yang remeh. Namun disebabkan perasaan tidak puashati dan amarah yang berada dalam diriku. Aku seolah-olah berdendam dengan suamiku. Mungkin inilah bisikan syaitan durjana yang ingin merosakkan hati naluriku.

Syaitan latnatullah sememangnya mencari-cari peluang untuk menyesatkan hati manusia. Namun atas kelalaian ku jua, aku membiarkan setiap darah yang mengalir memanaskan zarah-zarahnya sehingga nafsu amarah ku membuak-buak didihnya di dalam tubuh ini.

Akal fikiran tidak dapat lagi mengawal saraf-saraf tunjang ku. Dengan tiba-tiba tanpa ku sedar aku telah megambil gumpalan kain lama di atas almari yang berbentuk bunjut sebesar sepemeluk lalu ku lemparkan ke muka suamiku yang mana dia sedang berbaring diatas katil untuk menenangkan dirinya atas perselisihan faham kami.

Lantas suamiku bangun dan memarahi aku. Dan aku seolah-olah seperti binatang yang mahu berkelahi dengan musuh ketatnya. Jejari tangan kanan dan kiri ini membentuk seolah-olah tangan dan kuku harimau. Lalu ku teriak pada suamiku dengan suara yang agak garau dan lantang sekali. 'Kau Manusia Celaka, Berambus Dari Sini Dengan Hantu Raya Kau Tu'. Itu bukan suara aku. Aku menghalau suamiku dengan bahasa yang kejam. Namun suamiku yang terlalu menyayangi aku, memeluk tubuh yang dirasuk ini dan memanggil adikku. 'Uda ! Tolong abang Long bawak akak kau ni ke rumah Ustaz. Dia dah kena rasuk'.

Aku yang cuba meloloskan diri dari pelukan suamiku yang kuat namun gagal. Aku gigit tangan suamiku sehingga hampir putus dagingnya. Dan aku cakar tangannya hingga berdarah serta tercabut sedikit kulitnya. Aku meronta-ronta minta dilepaskan. Tapi makin ramai yang datang memegang aku. Suamiku pada tangan kiriku, adik lelaki ku pada tangan kananku, adik perempuanku pada kaki kananku dan kawanku pada kaki kiriku. Keempat-empat mereka memegang aku dengan begitu kuat sekali hingga lebam anggota badanku. Aku memulas-mulas tanganku dan menendang-nendang kakiku minta dilepaskan. Namun tidak diendahkan mereka.

Mereka semua menarik aku menaiki kereta. Lalu pergi tanpa arah tujuan. Dimana nak bawak aku untuk dipulihkan. Aku masih meronta, menggigit, menjerit, memaki hamun, menendang, menerajang. Entah apa yang aku pekikkan aku pun tak tahu. Uda menelefon Ustaz DarruSyifa yang selalu aku mendapatkan rawatan. Sayangnya tidak diangkat. Dek kerana buntu mereka menbawa kepada seorang Ustaz yang berhampiran dengan kampung kami. Isterinya pula tidak izinkan kerana dia baru sahaja pulang dari Pulau Pinang. Lalu kawanku ini memberi cadangan untuk ke rumah seorang Pakcik di kampungnya. Mereka semua mengangguk sahaja tanda setuju. Suamiku pula tidak henti-henti menangis dan memujuk aku supaya megucap dan istifar.

Setiba di rumah Pakcik tersebut aku dibaringkan. Tapi aku bangun dengan merangkak seperti harimau untuk keluar dari rumah itu. Akan tetapi aku tersentak dengan semburan air berisi ayat Al-Quran yang dijampi oleh orang tua tadi. Lalu menjerit..Sakit..Sakit!!! Dan Pakcik  berteriak kepada Jin 'Keluar Kau dan Balik ke tempat asal Kau!!. Aku membalas ' Aku tidak akan sesekali keluar dan ini tempatku. Aku sudah lama berada dengan manusia ini !!!...

Pakcik melemparkan lagi airnya tadi..dan memegang kakiku..aku terbaring lemah lalu pengsan tidak sedarkan diri. Mereka kejutkan aku untuk pastikan aku sedar. Aku bukakan sayup-sayup mataku.

Kami pulang ke rumah. Suami mendukung tubuhku yang lemah longlai dan disuruhnya aku berehat. Aku pula meminta untuk makan pulut kuning. Aku seperti mengidam..tapi suamiku bertegas tidak mahu berikan aku makan pulut kuning. Ustaz DarruSyifa menghubungi adikku semula dan bertanya apa yang telah terjadi. Dia menyuruh mereka membawa aku untuk merawat pada malam itu juga.

Mungkin pada tanggapan kalian akulah isteri yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Aku ingin jelaskan bahawa yang melakukan itu bukan aku..bukan diri aku!! Aku Dirasuk!! aku tidak sedar apa yang telah terjadi. Saka Harimau Jadian !!! Ya saka..jin yang telah berpindah-randah dalam tubuh keturunanku. Dan kini aku pula warisnya. Konon fungsinya untuk melindungi keturunan kami dan warisku. Tapi padaku ia cuma mahu merosakkan dan menyakiti manusia. Kau Saka memang kejam !!!...Apa yang terjadi pada malam aku dirawat di Darrusyifa? Dan apakah kaitan Pulut Kuning dengan Saka Jin ini ? nantikan nya....

You Saka Pergi Jauh-Jauh !!!