'Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari'.
Begitulah ungkapan yang boleh aku gambarkan kepada kalian. Ungkapan yang membawa makna mendalam menusuk kalbuku. Keadaan aman damai tiba-tiba menjadi kacau bilau.
Waktu hampir tengahari pada jam 11.30 pagi hari Ahad bertarikh 02/10/2011 merupakan tarikh keramat dalam hidupku. Apabila aku benar-benar dirasuk sehingga tidak sedar apa yang sedang berlaku. Aku seolah-olah di dalam fantasi alam mimpi. Berkhayal ibarat menelan ais baby.
Pada permulaannya aku hanya berselisih faham dengan suamiku. Jika difikir logik akal ia hanyalah perkara yang remeh. Namun disebabkan perasaan tidak puashati dan amarah yang berada dalam diriku. Aku seolah-olah berdendam dengan suamiku. Mungkin inilah bisikan syaitan durjana yang ingin merosakkan hati naluriku.
Syaitan latnatullah sememangnya mencari-cari peluang untuk menyesatkan hati manusia. Namun atas kelalaian ku jua, aku membiarkan setiap darah yang mengalir memanaskan zarah-zarahnya sehingga nafsu amarah ku membuak-buak didihnya di dalam tubuh ini.
Akal fikiran tidak dapat lagi mengawal saraf-saraf tunjang ku. Dengan tiba-tiba tanpa ku sedar aku telah megambil gumpalan kain lama di atas almari yang berbentuk bunjut sebesar sepemeluk lalu ku lemparkan ke muka suamiku yang mana dia sedang berbaring diatas katil untuk menenangkan dirinya atas perselisihan faham kami.
Lantas suamiku bangun dan memarahi aku. Dan aku seolah-olah seperti binatang yang mahu berkelahi dengan musuh ketatnya. Jejari tangan kanan dan kiri ini membentuk seolah-olah tangan dan kuku harimau. Lalu ku teriak pada suamiku dengan suara yang agak garau dan lantang sekali. 'Kau Manusia Celaka, Berambus Dari Sini Dengan Hantu Raya Kau Tu'. Itu bukan suara aku. Aku menghalau suamiku dengan bahasa yang kejam. Namun suamiku yang terlalu menyayangi aku, memeluk tubuh yang dirasuk ini dan memanggil adikku. 'Uda ! Tolong abang Long bawak akak kau ni ke rumah Ustaz. Dia dah kena rasuk'.
Aku yang cuba meloloskan diri dari pelukan suamiku yang kuat namun gagal. Aku gigit tangan suamiku sehingga hampir putus dagingnya. Dan aku cakar tangannya hingga berdarah serta tercabut sedikit kulitnya. Aku meronta-ronta minta dilepaskan. Tapi makin ramai yang datang memegang aku. Suamiku pada tangan kiriku, adik lelaki ku pada tangan kananku, adik perempuanku pada kaki kananku dan kawanku pada kaki kiriku. Keempat-empat mereka memegang aku dengan begitu kuat sekali hingga lebam anggota badanku. Aku memulas-mulas tanganku dan menendang-nendang kakiku minta dilepaskan. Namun tidak diendahkan mereka.
Mereka semua menarik aku menaiki kereta. Lalu pergi tanpa arah tujuan. Dimana nak bawak aku untuk dipulihkan. Aku masih meronta, menggigit, menjerit, memaki hamun, menendang, menerajang. Entah apa yang aku pekikkan aku pun tak tahu. Uda menelefon Ustaz DarruSyifa yang selalu aku mendapatkan rawatan. Sayangnya tidak diangkat. Dek kerana buntu mereka menbawa kepada seorang Ustaz yang berhampiran dengan kampung kami. Isterinya pula tidak izinkan kerana dia baru sahaja pulang dari Pulau Pinang. Lalu kawanku ini memberi cadangan untuk ke rumah seorang Pakcik di kampungnya. Mereka semua mengangguk sahaja tanda setuju. Suamiku pula tidak henti-henti menangis dan memujuk aku supaya megucap dan istifar.
Setiba di rumah Pakcik tersebut aku dibaringkan. Tapi aku bangun dengan merangkak seperti harimau untuk keluar dari rumah itu. Akan tetapi aku tersentak dengan semburan air berisi ayat Al-Quran yang dijampi oleh orang tua tadi. Lalu menjerit..Sakit..Sakit!!! Dan Pakcik berteriak kepada Jin 'Keluar Kau dan Balik ke tempat asal Kau!!. Aku membalas ' Aku tidak akan sesekali keluar dan ini tempatku. Aku sudah lama berada dengan manusia ini !!!...
Pakcik melemparkan lagi airnya tadi..dan memegang kakiku..aku terbaring lemah lalu pengsan tidak sedarkan diri. Mereka kejutkan aku untuk pastikan aku sedar. Aku bukakan sayup-sayup mataku.
Kami pulang ke rumah. Suami mendukung tubuhku yang lemah longlai dan disuruhnya aku berehat. Aku pula meminta untuk makan pulut kuning. Aku seperti mengidam..tapi suamiku bertegas tidak mahu berikan aku makan pulut kuning. Ustaz DarruSyifa menghubungi adikku semula dan bertanya apa yang telah terjadi. Dia menyuruh mereka membawa aku untuk merawat pada malam itu juga.
Mungkin pada tanggapan kalian akulah isteri yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Aku ingin jelaskan bahawa yang melakukan itu bukan aku..bukan diri aku!! Aku Dirasuk!! aku tidak sedar apa yang telah terjadi. Saka Harimau Jadian !!! Ya saka..jin yang telah berpindah-randah dalam tubuh keturunanku. Dan kini aku pula warisnya. Konon fungsinya untuk melindungi keturunan kami dan warisku. Tapi padaku ia cuma mahu merosakkan dan menyakiti manusia. Kau Saka memang kejam !!!...Apa yang terjadi pada malam aku dirawat di Darrusyifa? Dan apakah kaitan Pulut Kuning dengan Saka Jin ini ? nantikan nya....
You Saka Pergi Jauh-Jauh !!! |
2 comments:
seriau ambe bce erin..huhuhu..... tp ksah erin buleh wt novel ni..hehehe
Yelah sya..aku ingat nak wat filem terus..nak saing dgn Al-Hijab...hahhaha berangan kuat ^_^
Post a Comment