Kenang kembali kisah 7 tahun dulu. Aku pernah ditanya beberapa perkara mengenai Islam oleh seorang rakanku yang beragama Kristian. Namun jawapan yang aku berikan tidaklah sehebat tarafnya ustaz atau ustazah atau alim atau ulamak. Jauh sekali bertaraf wali. Aku akui masih banyak yang perlu dipelajari & perbaiki. Jahilnya ilmu akhirat aku ini. Dan aku hanya dapat memberikan jawapan yang membolehkan rakanku itu berfikir dengan mudah. Tiada pula aku hujahkan Hadis Nabi SAW ataupun Firman Allah SWT kerna aku sememangnya tidak layak untuk nyatakan hal itu. Maklumlah aku terasa begitu hina diri ini. Malu dengan Yang Maha Esa. Bagaimanalah jika aku menghadap-Nya kelak ?
Sambung semula...
Antara perbualan kami ketika itu...
Soalan 1 :-
Kenapa wanita Islam ketika solat memakai telekung putih ? Wajib warna putih ye?
Jawapan :-
Bukan macam tu. Islam tak mewajibkan pun solat pakai pakaian putih. Warna lain dibenarkan juga untuk pakai ketika solat asalkan pakaian itu bersih.Cuma warna putih kan cerah. Kalau kotor senang nak nampak. Islam mengajar penganutnya supaya sentiasa jaga kebersihan. Inikan pula nak menghadap Tuhan mestilah kena bersih.
Soalan 2 :-
Hari tu saya ada pergi rekriasi kat air terjun. Saya lihat seorang pemuda sedang solat di situ dekat kawasan lapang tu. Masa itu sudah petang dalam jam 5.00 petang. Dia menghadap matahari. Kenapa dia solat kat situ & bukan kat masjid atau surau ? Dan kenapa dia menghadap matahari ? Dia sembah matahari ke?
Jawapan :-
Islam tidak pernah menetapkan solat mestilah di masjid atau surau sahaja. Di mana-manapun kami boleh bersolat. Asalkan tempat itu bersih. Walau dimana jua kami berada solat itu lebih penting. Maka bersolatlah dimana-mana pun asalkan tempatnya bersih.
Mengenai pemuda tadi. Dia bukan sembah matahari. Memandangkan pada ketika itu waktu petang. Matahari terbenam arah barat bukan? jadi penentuan bagi kiblat adalah arah matahari terbenam iaitu arah barat. Dia tidak sembah matahari tapi solat menghadap kiblat seperti yang ditetapkan oleh Islam.
Soalan 3 :-
Saya ada tengok berita mengenai jemaah haji yang mati dipijak. Kenapa sampai mati kena pijak? Adakah Islam yang mengajar umatnya supaya jadi begitu? Bagi saya ini perkara yang tidak eloklah.
Jawapan :-
Sebenarnya begini, saya beri satu contoh. Cuba bayangkan gereja yang awak pergi pada hari ahad itu dipenuhi dengan 2 juta orang kristian yang mahu melakukan ibadah. Tempat yang terhad tetapi dikerumini oleh begitu ramai manusia pada satu ketika. Pihak pengurusan gereja juga telah menetapkan peraturan untuk memudahkan semua orang melaksanakan ibadah bukan ? Tetapi masih ada lagi segelintir yang melanggar peraturan tersebut. Pastu keadaan pada ketika itu terus bercelaru dan menyebabkan ada yang mati akibat dipijak. Adakah awak akan salahkan terus Agama awak? Tidak sama sekali bukan. Yang salah bukanlah agama tapi penganutnya yang tidak mahu ikut peraturan tersebut.
Sama juga seperti kami. Di Mekah semasa musim mengerjakan Haji. Umat Islam yang datang dari seluruh pelusuk dunia berkumpul disana. Pelbagai bangsa dan budaya tetapi beragama yang sama iaitu Islam. Kamu pernah lihat Mekah di TV kan. Bagaimana tempatnya ? Bukanlah tempat yang luas. Tapi yang hadir disitu lebih dari 2 juta orang Islam.
Pihak pengurusan Arab Saudi telahpun menetapkan peraturan tertentu supaya memudahkan perjalanan & kelancaran Ibadah Haji. Namun masih ada yang berdegil tidak mahu mematuhi peraturan tersebut. Sedangkan mereka tengah bersesak-sesak untuk sempurnakan ibadat masing-masing. Bila ada yang tidak mahu ikut peraturan maka keadaan jadi bercelaru. Sebab itu terjadinya peristiwa jemaah Haji mati dipijak. Puncanya kerana salah mereka sendiri yang tidak mahu ikut peraturan. Malah pentingkan diri.
Islam tidak pernah mengajar umatnya perkara yang tidak elok. Sedangkan Islam juga punya peraturan yang wajib dipatuh oleh setiap umatnya supaya hidup ini tidak terjerumus kepada perkara yang buruk. Islam tidak salah. Agama tidak salah. Yang patut dipersalahkan adalah orang-orang yang tidak mahu ikut peraturan itu.
Soalan 4 :-
Kenapa wanita Islam wajib tutup aurat ? Tak rimas & tak panas ke pakai tutup macam tu ?
Jawapan :-
Okey saya beri lagi satu contoh. Jika awak ada satu permata berlian yang termahal didunia. Bagaimana awak menjaganya ?
Sudah tentu awak akan balut permata itu dengan kapas bermutu tinggi agar tidak tercalar & tidak terjejas kecantikan bentuk dan warnanya. Dibalut pula dengan kain yang berkualiti supaya tidak disentuh habuk. Disimpan pula dalam kotak berkunci. Kemudian dimasukkan pula kedalam peti besi yang bernombor siri. Peti besi itu awak letakkan didalam sebuah bilik khas yang mempunyai sistem keselamatan tinggi. Dilengkapi CCTV dan pancaran laser sana sini. Supaya tidak akan ada seorang pun dapat mencuri atau melihat permata berlian itu. Kerana awak sahaja yang boleh melihat kecantikannya. Kalau oarang lain lihat & sentuh pasti mudah rosak, pudar warna & kurang kualitinya bukan ?
Begitu juga wanita didalam Islam. Kami diletakkan di tempat yang paling mulia & tinggi. Islam sangat menjaga maruah wanita. Kerana maruah wanita itu tidak ternilai harganya. Tidak boleh dibeli dengan harta mahupun wang ringgit. Hanya orang tertentu sahaja yang dibolehkan melihat kecantikan kami. Umpamanya suami yang telahpun sah disisi agama. Aurat wanita adalah maruahnya. Maka maruah itu perlu dilindungi & dijaga sebaiknya. Wanita yang baik akan menjaga maruahnya supaya tidak tercemar oleh mata-mata "si buaya"...hehehe...
Itulah antara soalan yang pernah diajukan kepada aku dulu. Panjang lebar aku jawabkan. Dan aku sentiasa doakan supaya rakanku itu diberi hidayah oleh Allah SWT untuk memeluk Islam.
Dia seorang lelaki yang sangat baik. Walaupun dia beragama Kristian namun dia tidak pernah minum arak, tidak mengamalkan seks bebas dan tidak lakukan perkara buruk. Kerana katanya semua itu tidak elok. Dia memang punya moral diri yang baguslah.
okey itu jelah. Akhir kata.....
p/s : "Jika jawapan aku berikan itu salah, mohon tolong betulkan ye kawan =)"