Tuesday, March 6, 2012

Simpan Impian Hamil Kembar


Setiap pasangan suami isteri menginginkan zuriat yang soleh dan baik. Aku juga begitu. Sudah hampir 2 tahun aku mendirikan mahligai bersama suami. Namun masih lagi belum dikurniakan zuriat daripada Ilahi. Kerana aku tahu yang anak itu amanah-Nya yang mesti dipelihara sebaik-baiknya. Semua ibu dan bapa juga mengimpikan anak-anak yang baik.

Namun aku mempunyai impianku sendiri. Aku mahu anakku kembar dan lelaki. Jika suatu hari nanti, Allah SWT memakbulkan doaku untuk hamil kembar lelaki, maka aku akan namakan anak-anak itu MUHAMMAD JIBRAIL & MUHAMMAD MIKAIL.

Bukan itu sahaja, malah aku akan cuba terapkan kepada anak-anakku supaya minat menyertai bidang ketenteraan dewasa kelak. Untuk berjuang pertahankan Agama, Bangsa & Negara. Kalau boleh biarlah mereka menjadi juruterbang pesawat pejuang TUDM. 

Muhammad bermaksud Yang Terpuji. Ia juga merupakan nama kepada Rasul dan Nabi yang terakhir. Jibrail pula ialah malaikat yang menyampaikan Wahyu Allah SWT kepada para rasul. Perihal lanjut Malaikat Jibrail anda baca SINI. Mikail ialah malaikat yang menyampaikan rezeki. Perihal lanjut Malaikat Mikail pula anda baca SINI.

Akan tetapi impian aku yang terbesar ialah supaya ada dikalangan keturunanku dari anak cucuku termasuk dalam golongan orang-orang soleh yang memperjuangkan dan menegakkan Islam di bumi ini. Aku sentiasa berdoa supaya akan ada dikalangan anak cucuku yang akan meyertai Panji-panji hitam yang keluar dari timur membawa kalimah Lailahaillallah pada akhir zaman nanti bersama Imam Mahdi dan disaat Nabi Isa Al Masih anak Maryam diturunkan kembali ke bumi untuk memperbetulkan akidah kaum Nasrani dan umat Islam serta umat manusia yang sudah jauh tersesat serta menghapuskan Dajjal dan kuncu-kuncunya sebelum tiba hari kehancuran.

Kerana impian inilah aku berjanji kepada diriku sendiri jika aku dikurniakan anak kembar lelaki maka akan aku didik dan berikan ilmu agama secukupnya kepada mereka. Fardu ain dan fardu kifayah akan aku seiringkan supaya ilmu-ilmu itu diperturunkan kepada keturunanku nanti. Aku sanggup korbankan harta dunia semata-mata untuk pendidikan anak-anakku kelak.

Aku tahu semua ini hanyalah perancangan aku sahaja. Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui kemampuan hamba-Nya. Namun jika aku dikurniakan anak selain dari impianku itu. Aku tetap akan bersujud dan bersyukur akan nikmat-Nya. Wallahualam...

Monday, March 5, 2012

Patutkah Aku Persoalkan ?


Allah SWT mengurniakan aku akal yang waras. Namun jujur aku katakan dahulunya aku sering persoalkan kenapa itu dan kenapa macam ni. Aku tidak pertikaikan segala kejadian ciptaan Tuhan. Cuma yang selalu aku persoalkan bagaimana semua ini boleh terjadi.

Contohnya macam mana Tuhan ciptakan langit yang biru. Aku sering mendongak keatas dan memerhatikan betapa indahnya biru langit terbentang luas. Aku pernah menonton dokumentari mengenai angkasawan berlepas ke angkasa. Tapi aku tak nampak pun mereka melintasi langit warna biru itu. Tau-tau je dah ada kat angkasa dan langit sudah tukar warna hitam.

Bagaimana ini terjadi ? persoalan demi persoalan. Tidak juga aku jumpa jawapan. Aku cuba cari dalam internet juga tidak jumpa jawapannya. Aku tanya kawan-kawan. Jawapannya menghampakan aku. Aku tak berani tanya orang alim. Khuatir akan disalah anggap pula. Aku mula membaca Kitab Tafsir Al-Quran. Jawapannya...? syhhhh...

Mungkin aku tak patut mencari itu. Tapi bila aku tidak ketemu jawapannya, aku sedar yang mungkin aku tak patut mempersoalkan. Kerana ia boleh jadikan aku gila.

Ini diluar kewarasan akal manusia. Kerana manusia hanyalah makhluk ciptaan-Nya. Kebijaksanaan kita tidak akan sama dengan Yang Maha Bijaksana. Kalau langit yang biru selalu kita lihatpun, aku buntu fikirkan. Inikan pula 6 lagi lapisan langit diatas sana.

Jangan aku tanya lagi bagaimana ia terjadi. Itu semua rahsia Allah SWT. Biarkanlah ia menjadi rahsia sehingga Hari Kebangkitan Abadi. Makanya jangan aku persoalkan lagi rahsia Tuhan yang tidak akan sampai dek kewarasan akalku. Ternyata ianya terbatas...

p/s : "Dah 3 bulan aku baca & cuba fahami Kitab Tafsir Al-Quran..tapi baru semalam aku habiskan bab Surah An Nissak yakni perempuan-perempuan..Insyaallah aku akan berusaha habiskan jua"


Friday, March 2, 2012

Susah Ke Nak Jadi Blogger Hebat?



Think ! Think !...apa yang susah sangat nak jadi blogger ni ?
Senang je...Cuma nak jadi blogger hebat tu yang susah...
Dah ramai orang kat Malaysia ni ada blog.

Tapi untuk tarik perhatian orang lain tu yang susah.
Nak bagi orang semua tahu yang blog kita wujud.
Lepas tu nak bagi dia orang semua jadi follower blog kita dengan rela hati.

Tapi follower penting ke ?
Pentinglah...kalau ramai follower maknanya blog kau femes taraf selebriti lah..
Tak payah susah-susah "sumbang"kan lagu pergi ujibakat MENTOR..
Apa kau buat jadi perhatian dan ikutan orang...

Bila kau post entry baru walaupun mengarut mesti berduyun-duyun orang nak komen..
Sapa dulu komen mesti akan taip laju-laju camni "1st..hehe" atau " Yey ! aku pengomen pertama" atau " Akhirnya aku jadi yg pertama"...walaupun sebenarnya mereka tak baca pun entry tu lagi...

Kalau nak naikkan blog kau cepat senang je...
Cari pasal dengan artis atau blogger popular...tapi bagi aku cara tu dah lapuk sikit kot...
Sebab dah ramai blogger buat camtu...

Nak gempak kau cari pasal dengan kerabat Raja atau menteri...
Hehe..buat fitnah sikit...pastu blog kau masuk berita TV dan surat khabar terus...
So mudahlah blog kau nak naikkan...follower bertambah...

Tak payah susah-susah promote dalam Facebook atau Twitter...
Dan tak payah buang masa join segmen bagai...
Tapi kalau kau kena saman atau polis datang tangkap aku tak tanggung ye...Ha Ha...

Dah aku melalut petang buta ni...mengantuk sebenarnya..

Jangan buat benda yang tak baik tu..kalau nak blog kita femes kena berusaha & bersabar..
Nak follower ramai pun kena bersabar jugak..Suatu masa nanti orang akan sedar jugak blog kita tu wujud...jangan risau ye!