Friday, February 21, 2014

Endometriosis Diet

Endometriosis Diet

Ramai yang mesej aku tanya bagaimana aku boleh sembuh dari penyakit endometriosis. Sedangkan ramai lagi diantara kami ni yang masih bertarung dengan penyakit ini. Berbulan-bulan malah ada yang bertahun-tahun. Ada juga sudah lebih 2 kali menjalani pembedahan buang ketumbuhan endometriosis ini. Tetapi masih lagi belum sembuh kerana endo mereka berulang kembali.

Well, aku pun tak pandai nak bagitahu sebenarnya. Tapi yang aku boleh kongsikan salah satunya ialah pemakanan. Perlu diingat pemakanan yang sihat amat penting untuk penghidap endometriosis. Untuk meningkatkan imunisasi tubuh melawan dan merawat penyakit. Sebab itu pemakanan sihat dan seimbang amatlah penting bagi penghidap endo. Walaupun aku telahpun disahkan sembuh akan tetapi aku masih lagi menjaga pemakanan seharian aku. Kerana endometriosis ialah penyakit yang berisiko berulang selagi wanita tersebut mempunyai haid. 

Nah di atas itu antara carta pemakanan yang saya amalkan selama ini. Setiap hari saya juga akan minum limau nipis suam tanpa gula selepas makan. Anda juga boleh gantikan buah lemon atau nenas untuk dijadikan jus harian itu. Limau, lemon dan nenas kaya dengan vitamin C yang mampu merawat endo dan mencegah endo dari berulang. Anda boleh baca gambar diatas dan jangan lupa amalkan ye. 

In shaa Allah kesungguhan kita berusaha merawat penyakit ini pasti akan dibalas juga dengan kesembuhan dari Allah SWT. Yang penting jangan putus asa. Berdoa bersungguh-sungguh kerana setiap penyakit itu datang dari Allah SWT dan Dia juga yang memiliki penawar-Nya.

Oh ye, aku juga mahu kongsikan apakah supplement yang boleh diambil oleh penghidap endometriosis. Antaranya lihat gambar di bawah ye.

Vitamin Untuk Endometriosis
 
Aku tak ambil semua sekali supplement ini. Yang aku amalkan hanyalah vitamin C dan B sahaja. Lebih bagus jika anda ambil vitamin E sekali. Semasa tempoh rawatan lucrin dulu aku ambil calcium juga. Sebab semasa rawatan tersebut, tulang kita akan kehilangan kalsium tau. So akan rasa sakit-sakit tulang dan badan serta cepat letih. Kepada penghidap endo yang sedang mengambil rawatan lucrin atau zoladex tu bolehlah amalkan vitamin calcium sepanjang tempoh rawatan tu. 

Perlu dingat lagi, penghidap endometriosis tidak digalakkan mengambil supplement yang mempunyai kolagen. Kerana kolagen berkaitrapat dengan estrogen. Ia boleh meransang meninggikan estrogen dan mempercepatkan pembesaran endo. Malah ia boleh mengakibatkan pendarahan teruk semasa kedatangan haid. Saya cakap berdasarkan pengalaman saya dulu semasa saya amalkan supplement yang ada kolagen. Maybe lain tubuh lain pula imunisasinya.

Anda juga boleh mengambil krim cara sapu atau pil cara makan progestrone yang banyak dijual difarmasi atau dipasaran luar. Ia boleh meningkatkan hormon progestrone anda, sekaligus mengawal tumbesaran endo dan boleh mengecilkannya. Kita pesakit endo ini mempunyai hormon progestrone yang rendah dan estrogen yang tinggi. Kerana itu endometriosis adalah salah satu penyakit berkaitan kesuburan. 

Bagi penghidap endo yang telah berkahwin, peluang untuk hamil itu tipis selagi ada endo dan hormon estrogen & progestrone ini tidak seimbang. Jika berjaya hamil pun, risiko untuk keguguran berlaku di trimester pertama adalah tinggi. Makanya berusahalah untuk seimbangkan kedua-dua hormon tersebut. In Shaa Allah rezeki itu datang dari Allah, tepat pada masa, tidak akan tercepat atau terlewat walau untuk sesaat.

Dan lagi satu yang penting kawal stress anda. Aku akui memamg sukar untuk kita menangani stress. Aku pun sekarang masih lagi stress kadang-kadang. Hidup kita tak boleh lari dari masalah. Tapi untuk menjadi bahagia dan tenang itu adalah pilihan. Pilihlah untuk happy walau kita dilanda masalah. 

Kalau kita tidak cuba kawal stress, hormon estrogen kita akan meningkat & menjadi lebih tinggi, serta ia akan mempengaruhi endo dengan menjadikan endo kita lebih cepat membesar. Ingat tau !.. cuba bertenang dan tersenyum sentiasa.. In Shaa Allah kita akan peroleh bahagia.. bye dear.. I Love You All Endo Sisters .. Never Give Up ! (n_________n)

p/s: "Selalu Berfikiran Positif"

Saturday, February 1, 2014

Kuantan Oh Kuantan

27/1/2014 yang lalu aku dan suami ke Kuantan, Pahang. Aku ada temuduga naik gred Penolong Akauntan W27. Selesai saja urusan penting tu awal dalam jam 10.30 pagi. Jadi suami bawa jalan-jalan sekitar daerah kuantan dan pekan bandar diraja. Seronok bukan main kami ni. Maklumlah sudah agak lama kami berdua tak makan angin macam tu. Masing-masing sibuk sangat dengan tugasan harian terutama akulah..hehe... apa yang sibuk sangat tak tahulah sampai takde masa nak bercuti-cuti Malaysia.. alahai.. 


Oh ye pasal temuduga tu nanti aku update entry lain ye.. sebab entry ni nak bercerita tentang makan angin bersama suami saja.. hihihi.. Takla segempak blog lain bila cerita tentang trip bercuti diaorang je mesti best kita baca, sampai kita pun excited nak pergi juga kat tempat diaorang pergi tu. Cuma tula masa dan kos selalu jadi kekangan.. kesian (simpati pada diri sendiri)   (-..-)

Okey lepas aku habis je interview, terus kami laju-laju turun dari bangunan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang kat Bangunan BSN tu. Perut aku tiba-tiba pedih sangat. Padahal aku dah sarapan masa singgah kat bandar Maran pagi tu. Sebab tu aku benci kalau berdebar. Mesti perut aku buat hal. Geram betul...

Kami menuju ke Esplaned Kuantan. Rasanya dulu-dulu orang panggil tempat tu Benteng Kuantan.. haaa ni mak aku la bagitau.. kalau dia tipu maknanya aku pun tipu jugaklah. Tapi takkan mak aku nak tipu aku kot.. eh eh berani ye kau nak kata mak kau "kencing" kau.. anak apa kau ni ? (-___-)

Kat esplaned tu biasa jelah tengok sungai dan kapal-kapal nelayan lalu.. tapi bau sungai tu tak best la.. kuat bau hanyir.. agaknya sebab selalu jadi laluan kapal kot.. sebab tu berbau kan..


Kemudian kami pusing-pusing kejap bandar kuantan, jalan jem jugak kat dalam bandar tu. Suami pun kata dia nak bawa aku pergi Pantai Sepat. Okey jugak aku pun setuju. Lagipun aku memang suka pantai. Aku tak suka tempat yang sesak-sesak ni. Serabut je rasa otak. Kami pun menuju kesana. Kat sana pemandangan cantik. Bagi aku pantai sepat ialah pantai paling cantik di kuantan. Berbanding dengan Pantai Teluk Cempedak, Pantai Balok dan Pantai Cherating bagi aku biasa-biasa je. Mungkin sebab kawasannya dah banyak yang terusik. Jadi kecantikan semulajadi kawasan tu dah hilang. Pantai sepat kurang orang datang situ. Tapi pemandangan memang awesome la.. Ramai juga ambil gambar wedding kat pantai tu. So memang sesuai untuk yang nak cari ketenangan macam aku ni. Kan best kalau suami aku bagi bawak bantal toto kat situ, mesti aku yang lena dulu.. ZZZzzz...

Eh terlena pulak aku menaip entry ni... hahaha (sambil lap air liur menjejeh) (-..-)


Dah hilang pedih perut aku tadi, kami teruskan lagi perjalanan ke daerah Pekan Bandar Diraja.. Suami aku kata nak cari makan tengahari, mula-mula tak rancang pun nak ke pekan tu, suami aku punya hal lah.. konon nak makan kat Pantai Sepat tu je.. Cari-cari kedai makan, banyak kedai tapi dia tu memilih.. sambil dia drive aku tunjuk " ha tu kedai makan, jom makan kat situ" suami jawab "tak best..kita jalan depan lagi"... aku tunjuk lagi still jawapan dia sama.. sampai kami tersesat kat Lapang sasar TUDM.. aku cuak dah, mana tak cuaknya papan tanda besar "AWAS KAWASAN BERBAHAYA"... silap-silap kalau kami terpijak bom ke, terkena peluru dari Jet TUDM ke, tak ke kau balik umah, family kau standby baca talkin je untuk kau.. takpe-takpe arwah baik orangnya.. haaa yo yo oooooo.....

Last-last sampai jugak kami kat bandar pekan tu. Semata-mata order nasi ayam dan air sirap je.. aku hangin je dengan laki aku ni.. punyalah memilih kedai just nak makan nasi ayam je ? WHAT THE FOOD ! nasi ayam kat pantai sepat tadi ada... taklah sedap mana pun.. Tapi aku tau suami aku tu sebenarnya nak berjalan je.. mengabiskan minyak petrol kan... redhakan aje... (-___-) Habis makan kami pun singgah masjid solat zohor dulu.. Teruskan lagi perjalanan sampai ke sempadan Johor.. Over tau suami aku ni.. Cuma yang aku ingat masa jalan kat pekan tu cuma Penjara Penor je.. tempat lain macam ingat-ingat lupa dah.. Okeylah pekan.. best jugak kan...


Dah puas ronda Pekan-Kuantan kami pun pulang. Lalu depan kem TUDM kat Batu 10 tu, konon nak lah ambil gambar Helikopter Nuri dari jauh tapi hampeh.. pagar kawasan tinggi sangat.. nampak kipas helikopter je.. kira okeylah tu.. kipas pun jadilah janji nampak.. haha.. 


Abaikan muka suami aku yang tengah comot tu ye.. dia makan kacang time tu sampai tersembur-sembur keluar, punya gelojoh.. nampak sangat tak berapa senonoh.. alahai laki sape ? segan nak ngaku aku..haha
Sempat lagi singgah Bandar Maran semula untuk minum petang. Sampai rumah terus dua-dua pengsan tidur..ponek weiii... well kan aku dah kata trip aku ni tak best pun macam blog orang lain.. korang yang baca konfem menguap-nguap kan.. tak teruja lansung cerita aku ni kan.. dah aku memang takde skill pun nak bercerita.. nasiblah korang baca.. hahaha.. dan aku nak bagitau satu lagi, minyak kereta aku tiba-tiba terjimat pulak.. Dari Temerloh-Maran-Kuantan-Pekan just isi minyak RM30 je.. kereta viva aku la.. pergi balik siap ronda-ronda lagi.. haaa minyak shell memang baguskan.. menepati trademark dia "Lebih kilometer dengan shell".. hehe promote ni.. check CPUV tadi dah bertambah Alhamdulillah rezeki.. okey jumpa lain entry.. bye..

Monday, January 20, 2014

Ringkasan Januari

Hari ini saya update entry baru. Dengan cerita bulan Januari yang seringkas mungkin. Tak mahu kusutkan kepala memikirkan ayat-ayat cinta lagi. Ahaks.. 

Apa yang saya buat dalam bulan Januari ini ? Tiadalah yang menarik sangat pun, cuma meneman suami botakkan kepalanya serta bersiar-siar pada malam hari di pasaraya. Sambil berangan-angan mat jenin super koya giler..

1. Si Botak -
Rambut suami punyalah super tebal so saya suruh dia botakkan kepala ala-ala budak rekrut askar kat Pusat Asas Darat (PUSASDA).. Biar nampak keaskaran tu.. haha.. kalau dia berambut, suruh dia berdiri sebelah warga Bangladesh.. rasanya tak perlu DNA lagi.. yakin memang 'rakan senegara' .. haaaaa haaaaaa... (gelak isteri kejam).



2. Terluka -
Ini cerita kat pejabat. Punyalah nak kejar bayaran untuk penutupan akaun kerajaan awal bulan januari yang lalu. Tak sedar rupanya jari sudah luka. Menaip tak ingat dunia. Selaju-lajunya sambil nyanyi lagu "kalau aku kaya, aku berhenti kerja...lalala..".... rasanya jari tercedera akibat ketajaman 'ubat stapler' tu kot.. Alahai 2 titik je pun darahnya tapi aduan 1 dunia boleh baca.. eh ada ke orang baca blog aku ni ? (-..-)


3. Cubaan -

Ada satu malam di bulan Januari, saya dan suami makan diluar. Habis makan kami bersiar-siar dalam pasaraya. Suami saya punya excited dengan barangan bayi, habis semua dicubanya. Testing- testing.. tengoklah tu sambil tanya "ok tak abang pakai ni ? ada anak abang nak beli benda ni, senang bawak anak pergi jalan.."...

Masalahnya anak takde lagi, mengandung pun tak lagi aku ni.. ermm its okey 'rezeki sampai tepat pada masa'.. Berusahalah ye.. hikhik ^_^

 Comelkan baju baby ni ? GERAMMM !!!


 Tenunglah lama-lama abang oiii..ambil berkat sikit sorang.. ahaks !




Tapi dalam pasaraya tu aku berkenan dengan baju jenama POLO. Tangguh dulu membeli untuk suami sebab mahal boleh meleleh air liur pastu lap semula.. macam tu punya mahal.. so tunggu YES jela baru beli.. 
YES = Year End Sale... lapuk dah baju tu nanti (-_-)



Yang ini pun bolehlah tahan lawanya.. diulang.. lapuklah baju tu nanti.


4. GreenDay -


Macam biasa sebelum ke office pagi-pagi akan merenung ke luar balkoni rumah dulu.. hijau hijau hijau ops ada biru putih dan lain-lain warna.. Pokok kelapa tu, aku tunggu dia tinggi sampai kat balkoni aku setiap hari, sebab aku nak petik buah kelapa tu dengan mudah.. boleh minum hari-hari.. tapi masalahnya bilaaaaa ???

5. Doa -


Nah aku kongsikan doa supaya suami isteri makin sayang. Sebenarnya tak kisah sesiapa pun boleh amalkan doa ini. Untuk ibu bapa dan anak, adik-beradik, rakan-rakan.. semua boleh.. eh eh pakwe makwe tak digalakkan kot.. hihihi..


6. POYOS !

Iklan. Jenama tudung 'ikan bawal' will coming soon dipasar malam berhampiran anda.. (n_______n)

Akhir kata entry ini 'TAMMAT'.. ringkas ke ? macam panjang jugaklah kan.. nasiblah korang membaca.. hahahaa..