Friday, December 9, 2011

" Kalau Dah Tak Mampu, Buatlah Cara Tak Mampu !!! "

Tajuk entry agak dasyat bukan ? tak ke? tak takpelah.....
Aku nak tuju pada siapa ? takde sape-sape...

Cuma nak kongsi pengalaman hidup saja....

Sebenarnya inilah antara kata-kata hina yang pernah dihamburkan kepada aku dan adik-adikku suatu ketika dulu...

Dihamburkan oleh manusia yang punya hati busuk kerana lepas sorang-sorang adik beradik kami belajar ke menara gading...

Maklumlah kami dulu asal keluarga susah...

Mak cuma seorang tukang cuci di hospital.. Ayah ? entahlah...bukan aku nak memburukkan ayah aku...

Tapi dia tinggalkan mak dan kami 8 beradik gara-gara berkahwin dengan perempuan lain....

Mungkin dia lupa tanggungjawabnya sebagai seorang suami & ayah kepada 8 orang anaknya...

Bayangkanlah...masa tu umur aku 9 tahun..adik aku yang bongsu dalam perut lagi...ayah dah tinggalkan kami...

Tapi aku tak pernah benci ayah...malah aku sayang sangat pada ayah..walaupun dia hanya jaga aku sampai umurku 9 tahun je...

Dan aku pernah katakan pada ibu tiriku .......

" Jangan buang ayah andai dia sudah tua & tak mampu nak bekerja lagi...jangan hantar ayah ke rumah kebajikan orang tua...jangan campak ayah di kaki lima...jangan humban ayah ke mana-mana pun...tapi tolong hantar ayah kepadaku...aku akan jaga ayah dengan penuh kasih sayang hingga ke akhir hayatnya selagi aku termampu...."

Kenapa aku cakap begini? sebab 1 prinsip saja yang aku pegang....

" Janganlah kita membenci orang lain kerana satu kejahatannya sahaja, tapi fikirkan seberapa banyak kebaikan yang telah orang itu lakukan..."

Sebab tu aku tak benci ayah...walaupun dia tinggalkan kami...namun kebaikan ayah pada kami masa dia bersama kami dulu sentiasa aku ingat....

Ibu tiri aku memang tak suka sangat pada kami anak-anak ayah ni...aku pernah bertekak dengan mak tiri aku...gara-gara aku minta duit belanja dari ayah untuk beli lampin mak....

Ibu tiri aku cakap kiteorang adik-beradik ni mengganggu hidup dia & ayah aku...
Aku pelik sapa ganggu sapa ni?...

Aku geram sangat...aku balas " Makcik dengan ayah boleh berpisah...tapi kami anak dia takkan putus hubungan dunia & akhirat"

Mak aku sebenarnya sakit...Ketumbuhan dalam otak atau brain tumor....sebab penyakitnya mak aku sekarang sudah buta dan hilang penglihatan sampai kini kerna saraf mata nya rosak akibat ketumbuhan itu...mukanya senget sebelah kanan kerana saraf muka sudah kurang berfungsi...anggota lain yang sebelah kanan pun sudah lemah...dah 2 kali mak operation...

Sejak tu mak tak boleh bekerja lagi...tapi alhamdulillah..ada yang sudi bantu kami...mak pun dapat bantuan zakat dari Pejabat Agama Islam & Bantuan Kebajikan Masyarakat...aku berterima kasih jugak pada pihak kerajaan sebab sudi bantu kami...walaupun tak banyak tapi sekurang-kurang ringan sedikit beban mak...

Dah sedih pulak aku teringat kisah lama ... menitik air mata dah ni... ni yang malas cerita bab dulu-dulu ni...ok lupakan pasal ayah jap....

Sejak pada ayah kami tinggalkan kami...keluarga hidup susah la....
Nak makan pun susah...pernah jugaklah mak takde duit...jadi kami yang masih kecik ni hanya makan bubur nasi dengan garam je....

Aku bukan nak mohon simpati sesiapa...dan aku tau ada orang hidup lebih susah pada kami lagi...

Tapikan lain orang lain ujian nya....Itu yang Allah swt berikan dugaan pada kami...aku tau Allah swt uji kita sebab Dia sayangkan kita..Tu tanda Dia ingat pada kita...betul tak?...

Jadi kami adik beradik tanamkan azam untuk belajar sampai menara gading...nak bantu mak...nak banggakan mak...

Tapi masa aku & adik-adik dapt sambung belajar kat IPTA adalah mulut manusia yang berbunyi kurang enak didengar..." Kalau dah tak mampu, buatlah cara tak mampu "...

Bukan itu saja malah pernah ada orang cakap pada kami " Alah kau tu bukan miskin..kalau miskin mesti pakai baju koyak-koyak..."

Dan ada jugak yang cakap " Alah korang anak-anak takde ayah...mesti dah besar takkan jadi orang..rosak belake..."

 
Tapi ayat ni menjadi penyuntik semangat kami adik beradik untuk berusaha mengubah nasib hidup kami...

Alhamdulillah...sekarang hidup kami ok sikit pada dulu....bolehlah nak makan mewah sekali sekala...

Cuma aku nak pesan pada manusia yang selalu hina & pandang rendah pada orang lain....

" Hidup di dunia hanya pentas drama dan tidak kekal...yang akhirat itu abadi "

Korang janganlah salah faham ye...aku buat entry ni untuk jadikan iktibar pada kita semua...

Yang baik jadikan tauladan & Yang buruk jadikan sempadan....

Bye semua...

Thursday, December 8, 2011

Penulis "Ombak Rindu" Tidak Dapat Bayaran Setimpal ? Ye Ke Tidok ?

"Tiada apa yang tinggal," kata Fauziah lagi, " tiada sesen pun untuk saya kalau nak diikutkan bayaran yang diterima, tetapi perjanjian telah dibuat, sepatutnya pihak bertanggungjawab lebih prihatin tentang isu ini kerana apa yang diolah dari "Ombak Rindu" hampir kesemuanya adalah idea asal saya. Termasuk bait ayat yang disampaikan oleh Lisa Surihani, " Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah". Itu juga merupakan ayat yang ada di novel," ujar Fauziah.



Itu lah yang diperkatakan oleh penulis asal novel Ombak Rindu, Fauziah Ashari.

Mula - mula beliau kesal dengan pihak produksi kerana tidak memanggilnya untuk sama-sama menyertai produksi ini sebagai penasihat skrip filem tersebut.

Kini isu lain pula disuarakan penulis. Dikatakan bayaran yang diterimanya tidak setimpal dan hanya cukup-cukup untuk tambang pergi dan balik dari Johor ke Kuala Lumpur.

Filem yang sudah melebihi kutipan RM4 juta ini mengundang kontroversi pelbagai terutama dari penulis novel asalnya.

Pulak dah !!! siapa patut dipersalahkan..sejauh mana kebenarannya kita perhatikan saja apa yang berlaku seterusnya ye...

Semoga apa yang terjadi dijadikan iktibar demi memajukan industri perfileman & penulisan negara kita..

KLIK SINI untuk berita penuh...

Wednesday, December 7, 2011

Segmen | Genk Cari Blogger ...

Segmen lagi Segmen lagi dan lagi.............

Segmen ini dibawakan khas oleh Genkcorner Bah !!!

Tamak haloba tul Makwe Kintan ni...Semua nak join....

Hahaha.......biasalah nak majukan blog beginilah caranya....

Kena rajin ramah-ramahkan diri men'join' benda camni...

So pada yang sudi jadi kawan Makwe Kintan....saya ucap Terima Kasih...

Welcome to my Blog...but this is ugly blog only....hope your enjoy...

Nak join jugak segmen ni??? KLIK SINI..

Tarikh Tutup 13/12/2011 tau...cepat-cepat jangan lepaskan peluang ni...