Tuesday, February 28, 2012

Diganggu Hantu Pokok

Seramlah pulak tengok...

Alkisah paranormal yang berlaku pada suamiku. Malam ahad lepas kami bergaduh sikit. Bukanlah teruk sangat. Just selesih pendapat je. Takde UFO (periuk belanga) terbang pun dalam rumah...hehe...

Suami aku ni jiwa sensitif sikit...punyalah dia merajuk sampai keluar rumah malam tu...tapi taklah sampai bawak kain baju dia...keh..keh...

Aku pun buat keras hati jugak. Taknak pergi pujuk dia. Aku buat bodoh jelah..

Aku tunggu jugak suami  masuk rumah balik..tak masuk jugak...so aku dengan selamba badak tidur dulu...

Lepas tu jam 2.00 pagi...aku terjaga sebab dengar orang bukak pintu...aku bangun sekali tengok laki aku daaa...

Dia terus masuk bilik landing atas katil...aku pun tidur jelah sebelah dia...dia pun start bukak cerita...

Suami : " Abang tertidur kat luar tadi...kat bawah pokok depan sana.."

Aku : " Sapa suruh merajuk lama sangat..."

Suami : " Abang kena kacau dengan hantu tadi...ada 2 ekor...
                  rupa diaorang macam kulit kayu balak...abang cakap aku tak kacau kau,
                  jangan kacau aku..."

Aku : " Padan muka...merajuk lama lagi..."

Suami : " Abang tak tahan kena kacau...abang pun masuk rumahlah...
                  nak tidur dengan sayang...(buat muka tak boleh blah)"

Aku : " Pergilah tidur dengan hantu 2 ekor tu...(nada sinis)"

Suami : (gelak)


Aku tak taulah cerita tok laki aku tu benar atau dongengan semata..mungkin tektik nak berbaik dengan akulah tu...buatlah cerita hantu 2 ekor...so layan jelah...


p/s : " Nasib baik hantu yang kacau dia...kalau janda lawa kacau...masak aku...hehe"

Friday, February 24, 2012

Langit Bergulung



Sudah berapa lama kamu semua hidup didunia ini ? macam-macam angkakan. Dan seumur hidup kamu, pernah tak lihat langit bergulung umpama kita menggulung tikar mengkuang ? Tak pernahkan. Tapi itulah yang dialami oleh seorang sahabat ni.

Dia telah berjabat tangan dan ustaz berjubah putih yang tidak dikenali. Seraya ustaz itu berkata "Engkau Layak"..terpinga-pinga sahabat ni. Sejak dari kejadian itu dia menjadi seakan-akan orang gila. Menjerit meminta tolong.. Diri tak terurus lansung. Masa dia sakit dulu dia selalu menjerit " Allahuakhbar !!!! " dan " Dunia nak kiamat !!! "...

Satu kampung kami anggap dia sudah gila..kadang-kadang dia mengamuk pada pokok...pelik bertambah pelik..sehinggalah keluarganya membawa dia berubat dengan seorang alim ulamak...terus dia sembuh dan kembali normal...

Baru-baru adik aku bercerita tentang sahabat yang dianggap gila dulu..Adik aku tanya dia..

Adikku : " Kenapa kau menjerit bertakbir kuat-kuat dulu ?..abis satu kampung kecoh..."

Sahabat : " Kalau kau nampak apa yang aku nampak..kau jugak akan jadi macam aku."

Adikku : " Kau nampak apa ? ceritalah aku nak tau jugak..."

Sahabat : " Aku nampak langit biru tu (sambil tunjuk kat atas) bergulung-gulung macam
                    kita gulung tikar sampai nampak langit hitam. Bunyi kuat berdentum-dentum 
                    rasa pecah gegedang telinga aku. Tanah yang kita pijak ni merekah-rekah
                    macam gempa bumi..Orang yang tak beriman semua terjatuh dalam tanah tu
                    lalu tanah tu pun tertutup. Menjerit-jerit diaorang mintak tolong...
                    sebab tu aku bertakbir kuat-kuat...aku takut..."

Adikku : " Setiap hari kau nampak benda gitu ke?"

Sahabat : " Ya...setiap hari bila aku celik mata bangun pagi sampailah aku pejam
                    mata untuk tidur..."

Kini sahabat kami tu alhamdulillah dah sihat dah sudah berkeluarga pun...makin alim...tak lekang ke masjid..bagi aku sahabat ni bukan gila dulu...tapi Allah SWT memberi petunjuk kepadanya...Dia Manusia Terpilih.


CUEPACS BERI AMARAN ? SBPA TERUS SELESAI ?

" Jangan cari pasal dengan golongan ini. Mereka ialah kumpulan pelaksana dan tulang belakang kepada dasar-dasar kerajaan. Jika mereka marah mereka boleh bertukar warna menjadi Mr. Blue atau Mr. Green seperti dalam watak filem Incredible Hulk. Dan itu amat bahaya." - dipetik dari Blog Cuepacs.

Berikut antara petikan yang agak keras dikeluarkan oleh Cuepacs apabila masalah SBPA masih belum mendapat kata putus sebelum ini. Namun semalam masa aku tonton Buletin Utama TV3, SBPA sudah pun diselesaikan dan akan diumumkan sendiri oleh YAB Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Kepada semua Penjawat Awam tunggu dan lihat sajalah. "Untung sabut timbul, untung batu tenggelam" (pepatah bagi sedap hati je).



PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan 45 minit den
gan Perdana Menteri di pejabatnya di sini hari ini.

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

"Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam," katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan itu.

Omar berkata Cuepacs sendiri akan menyambut baik apa sahaja perkara yang bakal diumumkan serta mengucapkan terima kasih di atas kesudian serta kesediaan Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan dan mendengar cadangan demi kebaikan penjawat awam.

"Pertemuan hari ini menyentuh mengenai secara keseluruhan apa tuntutan serta pandangan yang dikemukakan Cuepacs selama ini berhubung permasalahan penjawat awam termasuk mengenai isu SBPA," katanya.

Omar berkata Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran yang akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Mac depan.

-- BERNAMA

Pantun 2 Kerat Pagi Jumaat


Biar Muka Macam Kartun,

Janji Perangai Sopan - Santun.


Kucing Pun Reti Duduk Sopan... :-)


Friday, February 17, 2012

Keliru Ertinya Confuse

Well tajuk memang secara random suka hati aku. Cuma ingin berkongsi kekeliruan yang pernah aku alami dulu.So what the important?.. Entahlah..dalam dunia ni ramai yang mengalami masalah keliru..Tak? Bohonglah kau kan selalu cakap " I Confuse lah !!!"

Banyak keliru..keliru identiti...tapi aku keliru kan my future career...What the hell are you talking about MK? nonsense lah !!Yelah daripada sekolah lagi aku minat subjek matematik..bila form 4 aku ambil aliran accounting..

Ye minat jugak mungkin sebab dari family berbisnes..But after spm tiba-tiba minat aku tu bertukar seperti power rangers atau sailormoon (cite masa kecik tu)...Dulunya nak jadi accountant..lepas tu minat nursing pulak...

Nak study nursing tapi dihalang bonda..(aku anak raja gopal)...Katanya..kerja kotor dan low class..hamboih..macamlah anak dia ni bagus sangat...but pemikiran orang lamakan...

Ikut jugak cakap mak..sambung diploma accounting..masa study ada kawan berenti sebab dapat masuk jururawat pelatih dengan SPA..jeles...jeles...

Abis study mintak lagi dengan mak nak study nursing...still tak bagi...kecewa sudah...Bukan aku tak boleh bawak accounting ni..tapi entahlah kenapa pendirian aku tak tetap...

Sekarang nak apply degree..sebab mak jugak aku still teruskan account ni...Aku relakan saja apa yang berlaku dan akan terjadi...restu orang tua itu lebih penting...

Maybe bukan rezeki aku disitu...aku terus berpegang pada "kunfayakun"...



p/s: " Jangan hairan jika aku suka tengok nurse ye...^__^ "




Thursday, February 16, 2012

Ingatkan Sakit Lain, Rupanya Sakit Lain

3 hari berturut-turut aku demam malam. Kerongkong juga sakit. Tak boleh nak telan apa pun termasuk air liur. Baru je ke Klinik Kesihatan kat sini. Jenuh jugak menunggu. Maklumlah klinik kerajaan selalu ramai pesakit kan. Tak putus-putus.

Bila Medical Assistant (MA) tu buat pemeriksaan, dia suruh aku ke makmal untuk ujian darah. Peliklah aku kan. Yelah rasanya macam sakit biasa je. Kenapa sampai kena buat blood test pulak. Tak taknak kena pergi jugak. Tersentap jugak bila tangan ni kena jarum tu. Jururawat tu cucuk agak kasar sikitlah. Suami aku setia tunggu kat luar. Ikut aku pergi satu bilik ke satu bilik. Dapat je ujian darah, aku pun masuk balik bilik MA tu. Dia pun tanya.....

MA : "Sebelum ni pernah kena tekanan darah rendah tak puan ?"

Aku : "Pernah encik. Tapi dah lama dah tak kena ni."

MA : "Result darah puan ni rendah sangat lah. 8.1.
           kalau orang normal antara 12 hingga 18."

Aku : "Teruk sangat ke encik?" (bingung)

MA : "Kira teruk jugaklah. Kalau bawah pada 8.0 puan kena ke hospital masuk wad.
           Boleh kena anemia. Tekak puan cuma kemerahan jelah. Tak bengkak lagi. 
          Jadi puan kena banyak makan sayur bayam, kerang, hati atau daging untuk
          tambah balik darah puan. Sebulan lagi datang balik untuk check ye."

Aku : (tergamam).

Bila keluar pada bilik MA tu terus bagitahu suami yang tunggu kat luar. Ambil ubat segunung kat farmasi dan terus balik ofis. Dalam kepala ni asyik fikir aku akan masuk wad ke? ermmm...camne rasa duk kat hospital ye...tak pernah rasa...hehe macam excited je nak masuk wadkan. Padahal orang lain semua taknak. Aku nak pulak. Bengonglah...

Suami aku pulak terus belikan sayur bayam. Kang aku kenalah masak dan makan banyak bayam tu...adeh...


Terasa lagi sakit kena cucuk tadi

Tuesday, February 14, 2012

The Winner is Me

Baru je tadi buat entri Capture Pageview ni.

Petang ni dah dapat good news.

TQ Lulu Caldina...i win...

tapi saya takde benner...so kena buatlah ye...

ada sapa-sapa nak bantu saya buatkan tak?

Saya tak pandailah...hehe...(gatai)

Capture pageview Lulu-Pages yang ke 1,000,000 by Lulu Caldina


Tadi dah hantarkan capture pageview pada Lulu Caldina.

Untuk pegeview yang ke 1 juta...

tapi tak tahulah saya ni penyertaan terpantas atau tidak...

tunggu saja leh...

jika ada rezeki boleh jadi pemenang bagi 2 orang penghantar terpantas...

i'm lucky?

i dont know?

hope so...

if not its ok guys...wish me luck...^__^

Monday, February 13, 2012

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU


Aku merajinkan diri untuk sertai segmen Benashaari.com.
Dia suruh aku berikan satu sebab kenapa kamu semua harus baca blog aku.
Sebabnya mudah je.

Blog aku ada diselitkan unsur-unsur pengajaran walaupun hanya banyak menceritakan kisah personal yang berlaku padaku seharian. (macamperasanje)
hehehe...

Lagipun aku nak tambahkan kenalan dalam dunia maya ni...
Manfaat yang baik sama-sama kita kongsikan ye...

Sudikanlah Baca Entry ini...^__^

Tips : Rahsia Melazatkan Masakan


Tips : Rahsia Melazatkan Masakan

Dunia masakan memang sinonim dengan wanita. Sudah menjadi kewajipan bagi setiap isteri atau ibu untuk memastikan makan minum si suami dan anak-anak terjaga. Namun mungkin setiap hari memeningkan kepala untuk memikirkan juadah yang mahu disediakan untuk keluarga. Si suami dan anak-anak selalunya akan mudah jemu dengan menu makanan yang hampir sama setiap hari bukan.

Satu rahsia yang ingin aku kongsikan kepada semua para isteri atau ibu atau sesiapa saja yang suka memasak. Cewah ada gaya chef tak? haha...

1. Masak Seikhlas Hati :-
Apabila kita sedang memasak, masaklah makanan tersebut dengan hati yang ikhlas. Janganlah tengah memasak buat muka berkerut seribu semata-mata nak tunjukkan kepada umum yang anda tengah sibuk didapur. Masaklah dengan hati yang girang.

2. Amalkan Zikir Dan Selawat Ketika Memasak :-
Ketika anda mengacau makanan didalam kuali, amalkanlah berzikir dengan menyebut kalimah suci Allah SWT dan selawat keatas Rasulullah SAW. Kerana menyebut kalimah yang baik ini akan memberi ransangan baik terhadap makanan serta melazatkannya.

Menurut kajian sebuah universiti di Amerika Syarikat, mereka telah melakukan eksperimen keatas makanan yang sama tetapi diisi didalam 2 bekas berasingan. Satu bekas makanan itu telah dicakapkan dengan perkataan yang baik dan satu lagi dengan perkataan yang buruk. Apabila dibiarkan kedua-dua bekas makanan itu selama seminggu didapati bekas makanan yang diungkapkan dengan perkataan baik masih lagi tidak rosak dan tiada berkulat. Namun bekas makanan yang diungkapkan perkataan buruk telah basi dan berkulat kehitaman.
Ini telah membuktikan bahawa perkataan yang baik ketika kita memasak akan membawa manfaat kepada badan manusia terutama otak.

3. Memasak Dengan Penuh Kasih Sayang :-
Ketika memasak berdoalah supaya makanan yang kita masak itu menjadi sedap dan keluarga gembira ketika menikmati juadah nanti. Kerana apabila kita berdoa bermakna kita menunjukkan kasih sayang terhadap keluarga kita. Dengan itu hubungan kekeluargaan menjadi kukuh dan harmoni.



Itu antara tips yang aku amalkan semasa memasak untuk suami tersayang. Walaupun kadang-kadang aku masak makanan yang sama hampir setiap hari, suamiku asyik puji sedap je. Kadang-kadang kalau bahan dapur dah abis, aku cuma buatkan nasi goreng kosong je. Goreng nasi dengan bawang merah dan putih, cili padi dan ikan bilis. Tu pun suami aku cakap sedap. Tak jemu dia makan. Sekali makan memang 3 pinggan suami aku bedal. Sampai licin periuk tu. Tapi aku rasa bukan sedap mana pun. Mungkin memang spesis laki aku tu kuat lantak kot...hahaha...

Takpe..yang penting aku senang hati memasak dan suami aku makan sampai habis serta tak membazir. Tu lebih baikkan...hehe...


Kuih Seri Muka..Faveret En. Suami..Lama dah aku janji dengan dia nak buatkan..tak buat-buat jugak...^__^

Cara Aku Follow Blog

Setiap hari aku akan singgah ke blog-blog baru. Namun masalah yang aku selalu hadapi ialah kotak follower pada blog mereka tidak timbul. Jadi susah untuk aku follow blog yang aku berkenan. Mungkin sebab internet kat pejabat aku ni kot. Dah memang disetup camtukan...
Kemana Box Follower itu Menghilang?





Jadi aku gunakan inisiatif lain untuk follow blog orang lain...antaranya ialah...


Tu dia Perkataan "Follow" yang aku bulatkan...mesti ada kat setiap blog kan...jadi aku tekan benda tu je secara automatik aku dah jadi follower blog mereka...hehehe



Dan lagi satu cara manual ialah....



1. Pada Dashboard mesti ada button ni kan...tekan button "ADD" tu...




2. Nanti akan keluar camni..so taipkan URL blog yang kamu mahu follow. Dan tekan button "NEXT".





3. Kemudian bila keluar benda ni, kita boleh pilih nak "Follow Publicly" atau "Follow Anonymously". Lepas tu klik button "FOLLOW" tu.





4. Sekarang kita boleh lihat yang blog tadi sudah masuk dalam "Bloglist" kita...mudahkan...



Ceh aku tau korang dah tau...saja aku nak kasi heboh je....tapi untuk yang tak tahu bolehlah guna cara ni...

Tapi aku tak pastilah samaada nama kita akan masuk atau tak dalam Box Follower yang hilang tu...hehehe...


Bye...

p/s : "psttt...mungkin aku dah follow blog  korang tau...^__^"

Thursday, February 9, 2012

Menokok Tambah

Beberapa hari lepas. Suamiku turun kebawah blok rumah kami. Saja sedut angin. Jenjalan ketepi blok lalu ternampak beberapa skru yang dah berkarat bersaiz paku tekan bertaburan di lantai. Lalu suamiku kutip. Dilihat perbuatannya itu oleh 2 orang penghuni rumah bawah kami. Suamiku dimarahi kerana benda tu tidak boleh dikutip. Ok fine suamiku letak balik benda yang berterabur tu. Naik ke rumah kami dan diceritakan kejadian yang berlaku tadi. Ok aku faham dan hanya mampu cakap "sabarlah abang"...

Tak kami duga. Penghuni yang telah marahkan suamiku membuat aduan kepada pegawai aku di ofis dan menuduh suamiku mahu mencuri. Curi apa? curi kabel elektrik kononnya. Mereka jugak cadangkan supaya kes itu dilaporkan kepada polis dan aku serta suami dihalau dari kuarters tersebut. Alasannya mereka takut akan keselamatan harta benda mereka terancam. Pihak atasan dah buat semakan ditempat kejadian dan telah mengesahkan tiada barang yang hilang pun. Aku dipanggil oleh 2 orang pihak atasan untuk mengetahui cerita sebenar. Lalu aku ceritakan sehabisnya apa yang suamiku ceritakan tempoh hari. ..ok ceritaku dan aduan mereka memang berbeza.

Aku geram memang sangat panas  hati..suamiku difitnah sampai begitu sekali..kejamnya kau manusia..suamiku hanya mengutip skru yang dah berkarat lalu diletakkan balik selepas dimarahi tapi difitnah mahu curi kabel. Lepas tu kau cadangkan laporan polis dibuat. Aku rasa kalau polis tu tau hal sebenar konfem polis dah gelak guling-guling tau. Kau cadangkan halau aku dan suami dari rumah tu. Fak Mu..aku pun bayar rumah tu tolak gaji ok. Potong elaun ITP dan COLA...suka hati kau je...apa masalah kau...aku tak pernah kacau dan amik tau hal kau lah manusia...hebat kau menokok tambah cerita...

Kau kerja taraf profesional..kau belajar tinggi...tapi rupanya kau berhati busuk...mulut longkang...menokok tambah cerita sebenar sehingga aku gelar kau "Pengadu Domba"...buat fitnah...jadi aku panggil kau "Keling"...sebab suka putar belit cerita...

Aku pun tak pasti macam mana hati budi penghuni blok aku tu...mungkin tak semua yang busuk..tapi ada jugak yang berperangai bangkai...pernah 2 bulan lepas..kami balik malam dari kampung..sampai kat kuarters parking motor kat bawah blok...tempat parking lampu jalan rosak...dan keadaan gelap...penghuni ramai balik kampung cuti sekolah...maklumlah guru kan...jadi tinggal 2 buah rumah je yang ada orang...rumah aku dan rumah bawah...suamiku buat keputusan parking bawah blok tempat yang ada lampu...senang nak tengok motor takut pape jadi...Pagi esok kami tengok tayar motor dah pancit...tolak ke kedai repair...tauke cakap tayar motor tu ada orang dah buangkan anginnya...terkejut dengar...

Kalau ye pun marah kami parking bawah blok apasal tak bagitau face to face atau letakkan nota...ni tak terus kau pancitkan tayar tu...nampak sangat hati kau bangkai...manusia apa lah mereka ni...

Mulai skang aku dah berhasrat takkan duduk lama dalam daerah ni...nak mintak sambung belajar atau nak mintak posting tempat keje lain...kalau boleh luar pada pahang ni...tapi aku maafkan apa yang manusia tu buat pada kami...redha jelah...

Sunday, February 5, 2012

Pelayar Dunia


Wahai pelayar dunia ...

Kita belayar mengharungi bahtera sementara...

Destinasi kita sepatutnya sama...

Menuju kepulauan syurga abadi nun diatas sana...

Namun halatuju kita sentiasa tersasar dari landasan latitudnya...

Sehingga kita semakin jauh membuat lencongannya...

Tapi belum terlambat untuk berpatah semula...

Jalan yang lurus sentiasa dihadapan kita...

Seandainya kita telah jauh leka lagi alpa...

Berdoalah memohon petunjuk dari Yang Maha Pencipta...

Kerana pintu taubat-Nya sentiasa terbuka...

Bergembiralah bahawa peluang masih ada...

Usah bertangguh lagi tindakannya...

Kerana kehancuran semakin hampir dengan kita...

Janji Ilahi itu pasti tiba...

Untuk kehidupan nan kekal abadi hingga ke akhirnya...

Friday, February 3, 2012

Perkara Mengenai Santau Yang Perlu Anda Tahu

Santau telah wujud sejak sekian lama dan merupakan perbuatan yang dilaknat oleh Allah SWT. Ia juga adalah salah satu daripada ilmu hitam sihir kerana ia berkaitan dengan jin, syaitan dan iblis. Mereka yang mengamalkannya telah bekerjasama dengan makhluk yang dilaknat Tuhan itu. Diamalkan oleh manusia yang mempunyai kepentingan peribadi dan bersifat kejahatan. Namun tujuannya ialah untuk menganiaya manusia yang lain. Sifat iri hati dan perasaan dengki serta dendam telah menjurus mereka melakukan perbuatan sedemikian.

Santau terbahagi kepada 2 jenis iaitu :-

a) Santau Tuju
Santau ini digunakan untuk menganiaya mangsanya. Ia ditujukan khas kepada nama mangsa yang diseru. Selalunya bertujuan membalas dendam dan iri hati. Salah satu gejalanya ialah mangsa akan mengalami batuk kronik dan muntah darah atau benda-benda kotor. Ia boleh menyebabkan mangsa mengalami sakit yang teruk atau mati serta merta dan berasa diganggu oleh makhluk halus.

b) Santau Pelepas
Santau ini tidak mengenal mangsanya tidak kira golongan bayi mahupun dewasa. Ia tidak ditujukan khas kepada sesiapa. Selalunya pengamal akan melepaskan santau ini untuk menguji tahap kekuatan ilmu mereka. Santau ini juga dilepaskan pada malam bulan gelap atau tiada kelihatan cahaya bulan pada malam itu. Dan ia akan dilepaskan ditempat orang ramai contohnya rumah kenduri kendara atau kedai-kedai makan yang ramai pelanggan. Jika dikedai makan, pengamalnya akan datang sebagai pelanggan dan berseorangan untuk melepaskan ilmu hitam itu. Bermakna tidak semestinya pengamal ilmu ini adalah pemilik kedai makan tersebut. Antara gejala yang selalunya dihidapi jika terkena santau jenis ini ialah badan sentiasa sakit, sering diganggu makhluk halus, penyakit gatal pada tubuh yang sukar dirawat dan sukar sembuh. Ia juga membahaya dan boleh membawa mudarat serta maut.

Untuk mengelakkan terkena Santau ialah :-
- Jangan tinggal solat 5 waktu.
- Rajin membaca Al-Quran
- Amalkan zikir
- Mulakan membaca Bismillah sebelum melakukan sesuatu termasuk makan dan minum
- Amalkan membaca Surah Al-Fatihah, Kursi, Al-ikhlas, Al-falakh  dan An-nas selepas solat dan sebelum tidur.
- Digalakkan tidak keluar rumah selepas waktu maghrib jika tiada hal kepentingan.
- Jangan mengamalkan pulang lewat malam ke rumah.
- Amalkan memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah.

Jika anda ialah salah seorang mangsa santau, haruslah berpantang makan. Jangan makan sebarang jenis limau atau makanan berasid serta makanan laut seperti sotong, udang dan ketam kerana ia dapat menguatkan lagi santau tersebut. Amalkan mandi air garam kasar dan air Surah Yasin kerana ia boleh melemahkan santau. Dapatkan juga rawatan di pusat-pusat rawatan perubatan Islam yang menggunakan sepenuhnya ayat Al-Quran dan jangan berjumpa bomoh atau pawang yang boleh membawa perkara syirik.

Saya telah memperoleh ilmu ini daripada seorang Ustaz semasa mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Darrusyifa.

Semoga ia berguna kepada anda. Wallahualam...

Thursday, February 2, 2012

Sudah Jatuh Ditimpa Motor

Ibarat pepatah melayu lama "Sudah Jatuh Ditimpa Tangga". Tapi kali ni aku modenkan sedikit pepatah kurun ke berapa entah lah. Perkataan tangga ditukar dengan motor. Ini alkisah semalam punya hal.

Malam tadi selesai memasak dan sambil menunggu kepulangan suami tersayang. Pintu rumahku diketuk. Aku bingkas berlari anak ke pintu utama dengan perasaan yang sedikit berdebar. 'Dup..dap..dup..dap...' jantung berdegup laju sedikit daripada biasa. Aku memberanikan diri seraya bertanya..."Siapa tu?"...lantas soalan aku dijawab.."Abang ni Sayang..." Fuh lega sedikit rasanya..suamiku dah pulang. Tapi selalunya dia akan bersiul sambil naik tangga ke tingkat 4 rumah kami..dah memang pe'el dia..lepas tu akan bagi salam...tapi kali ni tak pulak...Pantas aku buka kunci pintu.

Terkejut melihat keadaan suamiku. Seluar Jeans koyak dilutut kanan dan berdarah. Cepat-cepat aku sambut suami. " Kenapa ni abang? Luka-luka ni..." suami aku tak menjawab pun..masuk je terus ke bilik air dengan jalan terencot-encot...

Aku perhatikan tubuhnya. Banyak luka berdarah..siku, lutut, ibu jari kaki, dagu, dan sedikit calar dibadan...debar tadi lebih laju pulak...

Aku pun berkejar ke bilik dan ambilkan tuala serta kain pelekat. Aku beri pada suami sementara dia membersihkan badannya yang agak comot...

Bila suamiku keluar dari bilik air..aku ambilkan minyak gamat dan mahu sapukan pada luka itu...tak berpuashati...tanya lagi..."Abang kenapa? Ok tak ni..."...barulah dia menjawab..."Abang jatuh motor..kat selekoh tadi tengah bawak tiba-tiba jatuh sebelah kanan dan heret abang. Motor pulak hempap abang. Tu yang teruk sikit ni..jalan tu licin kot..mungkin ada minyak kat jalan tar tu.."

Sedih tengok keadaan suami...sudahlah jatuh ditimpa motor pulak..malam tadi aku sudah menjawat jawatan baru...menjadi Jururawat Tak Terlatih tanpa gred untuk suami...sapu ubat dan suapkan dia makan...aku nak bawa dia ke hospital..supaya luka tu dicuci oleh jururawat...lagipun takut jangkitan kuman...dia berkeras tak mahu pergi...katanya jururawat hospital ganas...cuci luka kasar...takut sakitlah tu kan...bagi aku adatlah...dah nama jururawat...takkan nak berlembut...kerja semua kena pantas..ramai pesakit lagi tunggu...

Malam tadi tak lenalah aku tidur..sebab risaukan suami...dia tak dapat tidur jugak...baru terasa bisa luka-luka tu tengah malam...Hari ini aku tak bagi suami pergi kerja...duduk rumah...makan aku siapkan untuk dia...rehat jelah ye...tapi hairan jugak aku...tengok keadaan motor tak teruk sangat...cuma cermin sisi je pecah...

Mungkin sudah suratan Ilahi...redha...

p/s: Semoga abang cepat sembuh...