Monday, February 13, 2012

Tips : Rahsia Melazatkan Masakan

Dunia masakan memang sinonim dengan wanita. Sudah menjadi kewajipan bagi setiap isteri atau ibu untuk memastikan makan minum si suami dan anak-anak terjaga. Namun mungkin setiap hari memeningkan kepala untuk memikirkan juadah yang mahu disediakan untuk keluarga. Si suami dan anak-anak selalunya akan mudah jemu dengan menu makanan yang hampir sama setiap hari bukan.

Satu rahsia yang ingin aku kongsikan kepada semua para isteri atau ibu atau sesiapa saja yang suka memasak. Cewah ada gaya chef tak? haha...

1. Masak Seikhlas Hati :-
Apabila kita sedang memasak, masaklah makanan tersebut dengan hati yang ikhlas. Janganlah tengah memasak buat muka berkerut seribu semata-mata nak tunjukkan kepada umum yang anda tengah sibuk didapur. Masaklah dengan hati yang girang.

2. Amalkan Zikir Dan Selawat Ketika Memasak :-
Ketika anda mengacau makanan didalam kuali, amalkanlah berzikir dengan menyebut kalimah suci Allah SWT dan selawat keatas Rasulullah SAW. Kerana menyebut kalimah yang baik ini akan memberi ransangan baik terhadap makanan serta melazatkannya.

Menurut kajian sebuah universiti di Amerika Syarikat, mereka telah melakukan eksperimen keatas makanan yang sama tetapi diisi didalam 2 bekas berasingan. Satu bekas makanan itu telah dicakapkan dengan perkataan yang baik dan satu lagi dengan perkataan yang buruk. Apabila dibiarkan kedua-dua bekas makanan itu selama seminggu didapati bekas makanan yang diungkapkan dengan perkataan baik masih lagi tidak rosak dan tiada berkulat. Namun bekas makanan yang diungkapkan perkataan buruk telah basi dan berkulat kehitaman.
Ini telah membuktikan bahawa perkataan yang baik ketika kita memasak akan membawa manfaat kepada badan manusia terutama otak.

3. Memasak Dengan Penuh Kasih Sayang :-
Ketika memasak berdoalah supaya makanan yang kita masak itu menjadi sedap dan keluarga gembira ketika menikmati juadah nanti. Kerana apabila kita berdoa bermakna kita menunjukkan kasih sayang terhadap keluarga kita. Dengan itu hubungan kekeluargaan menjadi kukuh dan harmoni.



Itu antara tips yang aku amalkan semasa memasak untuk suami tersayang. Walaupun kadang-kadang aku masak makanan yang sama hampir setiap hari, suamiku asyik puji sedap je. Kadang-kadang kalau bahan dapur dah abis, aku cuma buatkan nasi goreng kosong je. Goreng nasi dengan bawang merah dan putih, cili padi dan ikan bilis. Tu pun suami aku cakap sedap. Tak jemu dia makan. Sekali makan memang 3 pinggan suami aku bedal. Sampai licin periuk tu. Tapi aku rasa bukan sedap mana pun. Mungkin memang spesis laki aku tu kuat lantak kot...hahaha...

Takpe..yang penting aku senang hati memasak dan suami aku makan sampai habis serta tak membazir. Tu lebih baikkan...hehe...


Kuih Seri Muka..Faveret En. Suami..Lama dah aku janji dengan dia nak buatkan..tak buat-buat jugak...^__^

3 comments:

Aine Ainun said...

Wah,bagus ni...
Betul,walopun simple menu, kalo kita iklas, akan tetapy menyelerakan family;)

Makwe Kintan said...

Hehe...^__^

LydSunshine said...

point yg ke 2 tu selalu lupa. ish.ish.