Wednesday, October 23, 2013

MIMPI BUAT UJIAN KEHAMILAN

Gambar Ehsan Google. Saja Perbesaq kan kasi semangat Fuh !

Aku masih lagi tersenyum saat aku menaip entry ini. Teringat hal mimpi malam tadi. Pertama kali dalam hidup aku bermimpi buat Pregnant Test.. Memang aku rasa seperti realiti masa aku berada dalam mimpi tu. Sebelum ini banyak kali sudah aku mimpi yang aku hamil.. Berapa kali pun aku tak ingat dah.. tapi hampa sebab itu cumalah mimpi & memang aku tak pernah hamil pun sejak aku dah nikah 3 tahun 4 bulan ini.

Yela dulu penyakit endometriosis menghalang aku dari hamil. Sekarang doktor sudah sahkan aku bebas dari penyakit itu. Alhamdulillah. Dan aku kan baru saja habis rawatan suntikan Lucrin 6 bulan untuk hentikan period. Tapi sehingga kini period aku tak juga muncul. Doktor kata period selalunya akan muncul 11 minggu dari suntikan lucrin yang terakhir. Last aku kena suntik 12/8/2013 yang lalu. Bila aku kira minggu ni sudah minggu ke 11. Tapi period masih belum juga tunjukkan tanda yang ia akan datang. 11/10/2013 yang lepas aku buat lagi pregnant test tapi hampa keputusan 1 line je. Negatif.. but its ok.. aku tak sedih sebab aku dah biasa dengan hal negatif-negatif ni..haha..

Cuma mimpi malam tadi tu, aku mimpi aku buat pregnant test dan keputusannya 2 line. Positif & aku memang happy sangat !.. Kemudian aku terjaga jam 4 pagi tadi.. Aku terpinga-pinga ini mimpi atau real. Barulah aku sedar yang itu semua mimpi.. Lalu aku panjatkan doa pada Allah dari surah Ali-Imran ayat 38 seperti yang selalu aku amalkan dalam sujud terakhir solat, dalam solat sunat dhuha, dalam doa selesai solat & dalam apa juga keadaan jika aku teringat untuk membacanya.. Tak apa aku tetap happy sebab aku tak pernah lagi mimpi macam itu. Aku yakin ia pasti akan jadi kenyataan juga. Kerna aku percaya pada Zat Yang Maha Esa. Dia menurunkan rezeki kepada sesiapa saja yang Dia inginkan & Tiada apa jualah yang mampu menghalang. Masanya adalah tepat pada waktu tidak akan cepat atau lambat walaupun sesaat. In Shaa Allah..

Kegembiraan yang aku dapat hari ini juga adalah satu rezeki. Alhamdulillah.. Walaupun gembira itu cuma datang dari mimpi. Aku sangka yang Allah hanya mahu hiburkan hati aku saja dengan beri mimpi gembira seperti itu. Aku bersyukur kehadrat -Mu Ya Tuhan..

Tadi aku ajak suami pergi farmasi untuk beli pregnant test lagi. Aku mahu mencuba lagi kali ini. Aku beli test yang paling murah..jenis strip je.. sebab aku kedekut sikit kali ini.. Ingat nak test pagi esok..ataupun malam ni ke kalau tergerak hati nak buat sangat..sebab period tak datang jugak ni..apa cerita..? Korang nak tunggu keputusannya ke ? tak payahla malu aih ! hihi...