Friday, November 4, 2011

Jatuh Cinta Dengan Ben Ashaari ?


Jeng..jeng..jeng.. Tajuk yang memang mencari nahas ni...hahahahahahahahaha !!!!!!!
Ok ..fine..fine..sila perbetulkan tanggapan ye...
Aku bukan tangkap cintan dengan En. Ben tu lah...aku cuma dah jatuh hati dengan blog dia je...
So jangan salah fahamlah ...
Tak mau kontroversi ni..kang tak pepasal aku kena terajang kungfu dengan wife dia...
Laki aku a.k.a Pakwe Kintan pun memberikan sepakan penalti yang mantap kepada aku terus masuk gol dan lepas tu laki aku berlari keliling padang sambil menjerit GOLLLLL!!!!!..ahaks..

Ya blog Ben Ashaari..sekarang blog santai ni dah masuk dalam list yang aku mesti terjah setiap hari secara tak tersengaja..aku pun kenal blog ni melalui member satu IPTA dulu..dia pun blogger jugak iaitu cik sya...

Malah semalam memang aku terkejut dan ternganga besar kerana En. Ben sudi follow blog aku..wah wah wah...rase nak pengsan lah orang glamer sudi baca blog aku yang merapu meraban ni...En. Ben , I nak Sain You Leh?!!(sambil tangan gentel baju ala ala gedik gitu) ~__^ hehehe...

Semalam aku wat surat rasmi sebagai tanda En. Ben dah jadi rakyat blog aku..tapi ari ni aku delete surat rekaan semata-mata tu..sebab rasa cam merapu tahap gaban je..so buang lagi senang kan..hehehe...

Untuk En. Ben...TQ sebab sudi join blog saya...hope u enjoy to read  this ugly blog..kikiki...

Pencarian Blog Follower Bawah 500...Hip Hip Horey !!!


Satu segmen yang terbest jugak pernah aku sertai. Si blogger c genk ni  yang buat..
Untuk blogger baru macam aku ni memang sesuai sangatlah kan...
Boleh tambahkan koleksi blog yang aku nak terjah nanti..
Selain tu diharapkan dapatlah jugak blog aku ni diketahui umum...hehehe..
kalau sudi leh lah followme (macam iklan je)...
nescaya aku akan follow korang balik..janji (sambil angkat tangan kanan) ^__^

Korang pun join lah segmen ni...tapi bersyarat ye..baca kt bawah ni :-

Syarat-syart penyertaan

 Sila pastikan follower anda bawah 500
 Follow genk [terpulang, lebih baik follow ]
 Buat entri bertajuk : Pencarian Blog Follower Bawah 500
 Letak banner di atas dan linkkan ke entri ini
 Dah siap, hantar link anda ke ruangan entri ini
 Tarik Tutup : 11 November 2011, jam 2 petang

 kepada yang tidak layak  nak join tu,korang BW je lah ea..hehehe ^^.
Dapat kenal-kenal dengan blogger lain ^^
SELAMAT BERSEGMEN

 SILA PASTIKAN ANDA HANTAR LINK ANDA DI ENTRI INI BUKAN DI ENTRI UNTUK SENARAI PESERTA.HARAP MAKLUM!!

P/S : Dah tau jangan buat-buat tak tau...~__^

Awak Ada Idea Tak? Moh Join MyIdeas..


Ok saya nak kembali ke dunia realiti kali ni..saya tak mahu berilusi sebagai presiden republik bagi negara yang mahu saya cipta sendiri..

Hakikatnya saya masih lagi seorang warganegara Malaysia dan amat menyayangi tanah air sendiri. Titik...^_^

Kamu semua ada tak idea untuk memperkasakan sistem pentadbiran dan pengurusan negara kita yang tercinta ni ? mesti adakan..kalau tak ada takkan lah merungut pasal pengurusan negara..betul tak? hehehe

So kali ni saya nak warwarkan pasal satu laman web yang dibangunkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) serta Yayasan Inovasi Malaysia. Laman sesawang ni bagus tau..semua orang boleh join. Tak kisah anda student atau bekerja, muda atau tua, lelaki atau perempuan, cantik atau hodoh..(hehe ni ayat merapu je)...so semua leh join..

Sumbangkan idea sebanyak mungkin. Setiap bulan ada tema yang berlainan. Idea anda mestilah ikut tema pada bulan tersebut ye..Dan yang paling penting anda kena daftar dulu..alah buat akaun macam facebook jugak..

Jika idea anda bernas mungkin akan dipertimbang untuk digunapakai dalam pengurusan sistem negara kita. Awesome kan... So let go bebeh !!! tunjukkan rasa cinta anda kepada negara kita dengan menyumbang idea yang kreatif tu...

Jom Join Sekarang Jugak : MyIdeas