Wednesday, August 29, 2012

Aku Mohon Maaf Kawan

Salam semua & Selamat Hari Raya yang ke berapa eh ?..Tak ingat doh..huhu

Aku cuma mahu mohon ampun dan maaf jika lepas ini aku jarang sudah update blog serta dengan sengaja membiarkan ia bersawang dek lelabah. hehe..

Aku sedang sibuk sekarang ini. Tengah ulangkaji untuk interview naik gred Insyaallah bulan 9 ni. Aku berdoa supaya diberikan rezeki itu. 

Dan aku juga sedang berusaha untuk dapatkan anak. Aku berdoa supaya Allah swt kurniakan kami anak pada tahun hadapan. (Hajat nak anak kembar..cewah) Yelah dah hampir 3 tahun kami berumahtangga. Hope so..

Serta aku juga berdoa agar kehidupan kami akan lebih baik tahun hadapan. Sepanjang berumahtangga ni pelbagai badai yang datang. Hanya bersabar saja. Harap semua masalah yang sedang melanda kami ini akan surut & hilang. 

"Hari ini Allah swt beri kita hujan siap ribut petir..Insyaallah esok lusa diberikan-Nya kita pelangi"..=)

Anyway aku harap kamu semua dapat maafkan kesalahan aku sepanjang aku menulis blog cikai ni. Kot-kotla ada yang terasa hati dengan penulisan aku yang kadang-kadang agak terbuka. Kalau tersinggung maafkan saya ye. hehe..

Aku bukan nak tutup blog ni terus. Cuma aku tak bersedia lagi nak up date macam dulu..sementara ini biarla blog ni kesepian dulu ye..Macam lagu Najwa Latif "KOSONG...KOSONG..."

Dan terima kasih kepada yang sudi baca blog aku ni. Walaupun tak meletop dan tak sefemes mana..(sedar diri pun..huhu) tapi kepada yang sudi singgah tu terima kasih okey...

Insyaallah jika aku kembali nanti akan aku buat sesuatu yang anda semua boleh menang hadiah..apa tu ?..syhhh..tunggu...

Bye..

Skang aku dah gemok..korang caya tak ? =) caya la ye..tolongla caya..punca makan rendang banyok..huhu