Wednesday, November 30, 2011

Tips Blog : Jangan Mengharap Komen Pembaca ...


First time bagi tips blog...
Padahal follower & reader bukan ramai pun...
Ahhh...Makwe Kintan Tak Kesah !!!

Selalunya blogger update entry baru..
mesti tak sabar-sabar nak tunggu komen dari reader kan...
Pastu bila takde orang komen mula kita rasa down kan...


Pada pendapat aku janganlah kita mengharap sangat...
Fikir semula apa niat kita buat blog ???...


Bagi aku blog ni ekspresi diri kita...adaptasi coretan hati kita pindahkan dalam blog...
Ibarat tempat luahan hasil karya kita lah kan...


So kenapa kita nak tertunggu-tunggu orang komen entry kita...
Kalau takde orang komen tak bermakna takde orang baca apa yang kita post kan..betul tak??
Yang penting apa yang kita nak luahkan tu sampai pada reader...


Tak kisah ramai atau tak orang baca blog kita atau takde lansung...
Kelak nanti akan ada jugak orang sedar kehadiran kita dalam dunia blog ni...
Cuma biarlah masa saja yang tentukan...


Yang penting "SABAR & JANGAN PUTUS ASA"...
Sabar dalam menanti reader dan jangan cepat putus asa dalam update entry setiap hari...
Ingat ye...

" BLOG EKSPRESI DIRIKU "

Tak Sabar !!!


Tak sabar !!!
Nak tengok Filem ni...
Best ke tak....
OMBAK RINDU !!!

MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY !!!


Wassupppppp !!!

Mak Dara Buat Contest la wehhhh ...........
Jom Join ramai-ramai........

Syarat syaratnya senang je ye........

syarat syarat untuk menyertai Giveaway (GA) ini ialah:
 
1. Buat satu entry bertajuk MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY 
    dan masukkan banner di atas ke dalam entry tersebut 
 
2.Follow Blog Bicara Mak Dara
 
3BERIKAN "SATU" TAJUK FILEM
 
4. Setelah Siap , Tinggalkan URL Entry Anda Itu Di ruangan komennya. 


Kalau nak tahu hadiah dan nak join KLIK SINI ye...

Tapi yang paling penting ialah

***Nama anda (pemenang) akan Mak Dara masukkan dalam skrip terbaru Mak Dara sebuah drama bersiri 13 episod yang berjudul MAN POS MASUK KAMPUNG dan menjadi nama salah satu watak didalam skrip itu.
 
Yahoooooooooo!!!!!!! menarik bukan...so apa lagi...cekcekcekedaut............

Mak Dara suruh berikan satu tajuk filem...tajuk filem yang aku nak bagi ialah............................


" CINTA TERAGUNG "

Terima Kasih Mak Dara Sebab Contest ni Buat Aku Teruja !!!....

WordLess WeDnesDay : Banteras Rasuah !!!

Lafaz Akad Nikah Punya Maksud Tersirat ...

Sejak akhir-akhir ini ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.

"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."

Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:

"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."

Berat bukan tanggungjawab seorang suami?

Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.

Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang. Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu hendak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah S.W.T. Material juga perlu sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah S.W.T terletak pada redha Ibu bapa.

-Artikel iluvislam.com

Sumber : Klik Sini

AKU MAHU BOTAK !!!


Aku mahu botak ...
Tapi adik aku cakap tak baik menyerupai lelaki...
Bukan niat aku nak tukar jantina...

Aku mahu botak ...
Tapi suami aku cakap hilanglah keayuan aku nanti...
Terpaksa aku diam lagi...

Aku mahu botak...
Tapi mak aku cakap buatlah kalau itu yang terbaik sekali...
Keliru jadinya aku...

Aku mahu botak...
Atas dasar rambutku gugur begitu banyak sekali...
Aku tak pasti lagi...

Aku fikir banyak kali...
Keputusan masih belum temui...
Bolehkah aku botak ???...

Sayang pulak rambut yang panjang ini ...
Suami aku suruh pakai anak tudung dalam rumah...
Supaya tak berselerak lagi rambut aku yang gugur merata-rata...

aishhhhh...masih keliru aku lagi...

Tuesday, November 29, 2011

Hari Ini Umur Aku Bertambah Sudah !!!

Yey !!!! Hip Hip HoReYYYY!!!!!!!!!!!!!!..............
Selamat Hari Lahir Makwe Kintan...
Genap 24 Tahun umur aku hari ni...
29/11 its my birthday....
Tak payah party la...
Yang penting aku bersyukur pada Allah SWT atas rahmat & nikmat yang aku dapat selama ni...
Matlamat aku supaya dapat rezeki lebih lagi pada tahun 2012 nanti....
Aku sentiasa berdoa agar diberi kesihatan yang baik, diberi rezeki untuk dapat zuriat, diberikan rezeki untuk naik pangkat..haha berangan...dan diberi rezeki untuk sambung belajar semula...i love study...
Hope my dreams come true...amin..

Friday, November 25, 2011

Air Mata Suami Tersayang ...


Tak tahu nak ungkap macam mana...
Semalam aku lansung tak dapat bangun...
Demam yang amat teruk...
Kepala rasa sakit dan berat...
Jadi tak dapat ke tempat kerja & buat segala tugas seorang isteri di rumah...
Makanya tugas itu diambil alih oleh suami tersayang...
Terpaksa juga suamiku tidak kerja semalam...
Pagi-pagi lagi dia sudah ke pejabat aku untuk beritahu pegawai yang aku tak dapat hadir ke pejabat kerana kesihatan tidak mengizinkan...

Kemudian dia membelikan aku ubat kerana aku tak mampu untuk berjalan ke klinik...
Pulang saja ke rumah suamilah yang buat segala tugas yang selalunya aku buat...
Diberinya aku makan ubat dan disuruh berehat...
Lalu dia mengemas dari dapur, bilik hingga ke ruang tamu.
Dia juga membasuh dan menyidai pakaian.

Menjelang jam 9.00 pagi suami ke pasar menaiki motor...
Membeli sedikit barangan dapur untuk dijadikan juadah tengahari...
Nasibnya kurang baik apabila motor dinaiki tiba-tiba rosak ditengah jalan...
Terpaksa ditolak dalam keadaan cuaca panas menuju ke rumah seorang saudaranya...
Suamiku mahu meminta pertolongan saudara itu untuk meminjam motornya sebentar...
Mahu menghantar barangan dapur yang dibeli tadi ke rumah dan kemudian ke bengkel untuk baiki motornya...
Namun hati manusia siapa yang tahu...saudara yang tidak mahu menolong..memberikan seribu macam alasan...
Suamiku terpaksalah beredar dari rumahnya dalam keadaan dukacita...
Ditolaknya lagi motor sejauh perjalanan sehingga sampai ke bengkel...
Berjalan kaki pula suamiku dari bengkel motor untuk kembali ke rumah kami...

Tiba saja di rumah diletakkan barangan tadi di dapur lalu masuk ke bilik baring di sebelah aku...
Diceritakan hal yang berlaku dalam keadaan air mata berlinangan...

Cuma satu ayat yang membuat aku tersentuh pabila suamiku berkata
"Terasa hati abang dengan dia tu, minta tolong tapi macam-macam alasan"

Lalu aku yang tidak berdaya hanya mampu memujuk suamiku...
"Sabarlah abang..biarlah dia tu..hari ni hari kita, esok lusa Allah sahaja yang tahu"

Suamiku mengesat linangan airmata terus menuju ke dapur untuk sediakan juadah tengahari...
Bertungkus lumus dia di dapur...aku tahu letihnya yang tadi belum hilang lagi...
Aku dah suruh suamiku berehat dahulu namun tak diendahkan pun...

Selesai sahaja suami ku memasak...dibawanya ke bilik untuk menyuapkan aku makan...
Kalau ikutkan sakit aku tak selera nak makan...semua yang masuk ke mulut terasa pahit...
Hilang deria rasa lidah semalam...namun demi menjaga hati suami aku paksa juga diri ini untuk telan semuanya...

Suami aku mengusap kepala aku dan dengan nada bergurau...
"Nanti abang sakit sayang jaga abang pulak ye" 

Aku cakap...
"Mestilah, abangkan suami sayang..Terima kasih untuk semua hari ini abang"

Ya Allah aku bersyukur sangat-sangat kau kurniakan aku suami seperti ini...
Dialah racun dia juga penawarnya...

Teringat pula lagu P. Ramlee...

"Berkorban Apa Saja..."
"Harta Ataupun Nyawa..."
"Itulah Kasih Mesra..."
"Sejati Dan Mulia..."

Wednesday, November 23, 2011

WordLess WedNesDay : Fever Attack Me !!!

Sobs.....Sobs....
Kurang berkata-kata...
Kurang aktifkan diri...
Demam , batuk, selesema, sakit pinggang...
Tapi masih lagi ke tempat kerja...   :-(


Seperti Ini Akan Diriku Kini...

Thursday, November 17, 2011

Hari Ni Aku Sedih ...



Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........
Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........
Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......

Nangis lagi ni.....

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......
Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

Nak nangis lagi boleh tak ??? Ok dah dah aku stopkan nangis aku ye....
Suami aku janji nak bawak aku pegi JPJ pagi tadi...
Sebab aku nak hidupkan lesen memandu aku yang dah dekat sebulan mamposnya...
Aku lupa lah yang lesen aku dah mati bulan oktober hari tu...
Memang patut kerajaan buat tarikh mati lesen sama tarikh birthday...
Konfem aku ingat...ni untuk orang cam aku...(pandai kerajaan perli aku ye)
Memang sesuai sangatlah kan...pelupa dan nyanyuk..padahal muda remaja lagi aku ni...*wink-wink*

Yang jadi aku sedihnya sebab sampai skang suami aku tak datang amik aku...
Pastu roadtax kereta aku pun baru mati jugak semalam...
Tak perasan lagi...haish...napelah pelupa benor aku...
Mana suami aku ni...aku malas nak pegi sendiri...
Jalan dekat dengan ofis aku ni selalu ada roadblok polis & jpj...
Tak pepasal kereta aku kena sita...
Encik Polis mesti cakap " Balai cerita...balai cerita..."
Mongok tol!!!

Ok itu saja aduan untuk hari ni...bye..sambung nangis balik...

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Wednesday, November 16, 2011

Bait - Bait Kosa Indah ...


Boleh Tak Anda Olah Ikut Kefahaman Anda ....

Aku Nak Tau Boleh ? ...

Hari Yang Senget !!!

Petang dah ni...tapi still kat ofis lagi...
Kengkonon pekerja cemerlang lah aku duk kat ofis lama-lama...
Tak hengat nak balik dah ye...hahaha...
Waduh aku bingung dong !!!
Aku tunggu suami la...lambat benor dia amik aku petang ni...
Mungkin banyak keje jugak lah tu....
So skang ni aku dah jadi sengat kepala sebab lama sangat hadap komputer....
Tak caya ???? tengok kat bawah ni ....


.........







..........



















Ha kan dah cakap...senget dah ni...
Macam ni lah aku skang...huhu...^__^

152,182 Bilangan Anak Luar Nikah Di Malaysia !!!


Terkejut mak !!! Ramai benor anak tak sah taraf kat Malaysia ni..
Tak Caya ke??? Baca Kat Sini ...
Dah terbukti yang dosa besar zina ni semakin berleluasa di negara kita...
Tulah gejala sosial kat negara kita ni dah semakin teruk lah...
Gerun aku ... Berbalik kita pada ajaran Islam...
Hidup kita mesti berlandaskan Syariat ALLAH SWT...
Bertaubatlah kita semua..
Ke nak tunggu Yang Maha Esa turunkan bala kepada kita semua...
Takkan masa tu baru nak Taubat Nasuha kot ???
Mari bermuhasabah diri... Kenang balik kenapa jadi camni...
Jangan tuding jari salah kan orang lain pulak...
Kita semua salah...masing-masing kena jalankan peranan kita..
Peranan Umat Islam supaya berpesan-pesan sesama saudara seagama...

WordLess WednesDay : TerBang !!!


Hehe...~_^

Tuesday, November 15, 2011

Tips Untuk Cikgu !!!

Semua para guru dan bakal guru...
Kalau ada anak murid yang malas buat kerja sekolah...
Boleh cuba cara kat bawah ni untuk hukum anak murid tu..
Konfem pasni dia orang rajin tau...



hahahaha...

Sah Makan Mcdonald Jadi Gemuk !!!

Tak caya ??? Kat bawah ni bukti !!!... ^__^


 Hahahaha... takut aku nak makan McD pasni...hehe...

Monday, November 14, 2011

Malaysia Sebenarnya Kaya ... Tapi Entah Ler ...

1) Perihal Minyak Petrol :-


Malaysia & Arab Saudi..Negara pengeluar minyak..
Minyak petroleum kita berkelas pertama atau 'A'..namun dieksport ke luar...
Kita beli minyak berkelas 'C' untuk digunakan oleh rakyat...
RON95 ... risiko kepada kenderaan jika berlaku kemalangan...
enjin akan mudah terbakar...
Kita jual RM 1.90 seliter RON95 & RM 2.70 seliter bagi RON97...
Alasan ikut harga pasaran dunia...
Arab saudi jual minyak petrol kepada rakyatnya
cuma RM 0.40 seliter duit malaysia..
mereka ikut harga pasaran dunia tak??? (pelik sambil garu kepala)
Tapi mereka yang berkuasa bandingkan harga minyak kita
dengan Thailand dan Singapura..
Logiklah mereka bukan pengeluar minyak...
kenapa tak dibanding dengan Brunei yang
sama pengeluar minyak dengan kita ??...huhh!!!


2) Perihal Kenderaan :-


Malaysia & Jepun..Negara pengeluar kereta sendiri...
Kita import kereta luar negara untuk pasaran Malaysia..
cukai / duti atas kereta import lebih 300%..
Kawan aku belajar kat Jepun cakap harga
kereta Honda Jazz di Jepun RM 7000 duit Malaysia lebih kurang..
apabila dijual di negara kita berlipat kali ganda harganya...
Alasan supaya rakyat utamakan kereta nasional...
tapi ada tak kereta baru jenama nasional kita yang 
harganya RM 7000 jugak macam kat Jepun...
Kancil baru pun 20 ribu paling kurang rasanya...
Mengikut cerita teman-teman yang pernah berada di negara Arab,
orang kat sana kalau kereta Toyota Camry rosak tinggal je tepi jalan..
Pastu pegi kedai beli kereta baru... 
Kita camtu jugak ke??...kereta buruk rosak pun duk tunggu lagi..
nak beli baru dengan kadar segera punya mahal giler !!!


Justifikasi :-

Malaysia sebenarnya kaya...tapi kaya cukai dan duti..
ya kita adalah antara negara di dunia yang tertinggi kadar cukainya...

Bagi aku salah satu faktor kenapa kes jenayah rompak, curi, samun dan ragut meningkat adalah kerana gaji atau pendapat rakyat yang rendah
namun kadar harga pasaran barangan isi rumah yang tinggi...

Contoh kejadian :-

Suatu hari aku di kedai makan...
Bila gula naik 10 sen sekilo..air sirap kat kedai makan pun naik 10 sen jugak segelas...
Aku tanya balik tuan punya kedai..."awak letak sekilo gula ke dalam segelas air tu??"

Sekarang kalau orang tanya mana pergi hasil negara kita yang kaya ni...
aku akan jawab "ENTAH LER....."


P/S : Harga minyak RON95 & RON97 tu kalau tak betul bagitau aku kat komen ye...
        aku lupa masa taip entry ni...selalunya pegi stesen minyak aku main isi je...
        cakap ISI PENUH ye...hehehe...harga minyak kan selalu berubah...^__^

Friday, November 11, 2011

Boleh Awak LIKE Picture Saya Tak? ^__^

Actually this is first time I join the contest..
Jadi saya dengan rendah diri memohon jasa baik anda semua yang saya sayang untuk LIKE gambar saya...
Hehehe boleh tak?....I LOVE U lah sumer...
Gambar ntah semak mana ada hati saya mau join contest...porah MK!!!hehehe...

LIKE lah ye...~__^

Anak Chef Wan Ni Macam-Macam Hal Lah !!!


Korang pun dah tau kan kes anak chef wan ni...
Ke chef Riz ni dia rasa handal sangat dah sampai nak menipu je???....
Entahlah...tapi pada aku biasalah dunia sekarang ni...
Manusia tak sempurna dan akan buat silap...
So maafkan jelah dia...
Hope jadi pengajaran untuk semua ye...


BY

Kerja Halal Gaji Haram !!!



Amboi hari Jumaat ni bukan main lagi tajuk entry kan...
Kalahkan khutbah Jumaat je...hehehe...

Bukan pape pun...tadi aku borak dengan rakan ofis aku...
Tiba-tiba aku terdetik dalam hati dan tercakap...

MK         : "Akak..kadang saya terpikirlah..halal tak gaji saya ni..."

Ofismate  : "Eh, kenapa pulak pikir camtu..??? (kehairanan)"

MK         : " Taklah..memang kerja kita halal..tak disangkal..tapi gaji kita ni...
                    kita kerja dari pukul 8 pagi hingga 5 petang...
                    Tapi betul ke kita tumpu penuh pada kerja kita??...
                    Tu belum campur yang duk ngular keluar, makan masa time keje,
                    Urusan peribadi time keje, borak time keje..siap ngumpat orang plak tu..."

Ofismate    : "ermmmmm..."

MK           : "Pastu kita bising cakap gaji kita kecik la...kerajaan kejam lah...hehehe"

Ofismate    : "Haah kan...ntah berkat tak gaji kita ni...patut rasa selalu tak cukup je gaji.."


Hahahahha terkantoi sudah!!! ..tapi aku bukanlah teruk bebenor ye..
cuma kadang-kadang terlalai je...

Cuma nak menginsafi terhadap perbuatan yang teruk tu je...
So korang ada tak rasa macam yang aku rasa ni...??? *wink*
Kalau korang jenis pekerja yang terbaik tak buat cam aku kadang-kadang buat ni...baguslah...
Kira halalan toyyiba lah gaji korang...hehehhe...jangan ikut perangai aku tau...hehehe...
Tapi mulai saat ni dah target dah...nak berubah jadi lebih baik pulak...

Taknak dah buat benda-benda lagha ni...free free je Malaikat catit dosa kan...
Yoyo ooooooooo je aku ni kan...
Kang buat balik lahtu...manusia mudah alpa....

P/S : Checklist Diri Sendiri Okey !!!

HasrulHassan Jelajah dan Gegar Blog 2011 !!


Pada siapa yang belum mengenali aku lagi...
Blogger Makwe Kintan adalah pemilik penuh blog Republik Makwe Kintan ini.
Dulu dikenali dengan Makwe Kintan Vs Pakwe Kintan.
Tapi bila dinilai balik aku buat penjenamaan baru blog ni
dengan tukar namanya..cewah macam hebat sangat..hehehe..

Mula menjadi blogger part-time pada 04/08/2011...
so aku memang blogger yang baru sangatlah kan...
orang cakap baru nak merangkak lah...

Semua blogger mesti ada target untuk blog yang dibina tu...
Matlamat aku untuk permulaan menjadi blogger supaya blog aku
diketahui dan dibaca umum.
Boleh kita sama-sama kongsi cerita dan idea kan....
Alhamdulillah tercapai dah...Walaupun tak punya ramai follower dan viewer lagi...
aku tak kisah dan taknak kejar benda tu sangat..
yang penting niat aku ikhlas untuk berkongsi dengan pembaca...

Insyaallah untuk tahun depan aku akan berusaha
menyediakan informasi dan maklumat terkini serta berguna
untuk dikongsi kepada pembaca sekalian...
blog ni tiada tema yang ditetapkan..
so aku boleh story apa saja asalkan ia bermanfaat...
dan yang penting supaya pembaca aku terhibur.
Terhibur??? (sumpahtaklawak) ^__^

Entry ni sebenarnya untuk aku join segmen HasrulHassan Jelajah dan Gegar Blog 2011 !!..
Kalau korang nak join jugak pi terjah blog dia yang aku dah link kt atas tu ye...

Ok Salam perkenalan semua dan terima kasih kerana sudi jelajah kat Negara Jajahan Aku...
Welcome To Republik Makwe Kintan...

Thursday, November 10, 2011

Kategori Blogger !!!

Sepanjang aku berblog dan blogwalking orang lain...
Macam-macam jenis blogger yang aku jumpa...
Antaranya.....

Blogger Gila-Gila..


Blogger Jiwa Kacau..

Blogger Happy Selalu..


Blogger Pengotor Pun Ada Tau...


Blogger Panas Baran...


Blogger Berilmu & Berilmiah


Blogger Yang Sentiasa Menasihati....


Blogger Suka Menuduh ??


Blogger Berpandangan Jauh

Dan

Blogger Misteri...Pun Ada Jugak...



Aduhhh...penat...hahahhaha
Sebenarnya banyak lagi kategori blogger ni...
Malas aku nak cerita panjang boleh tak???hehehe...
Korang nak masuk kategori yang mana???
Terpulang pada individu lah nak jadi yang mana...
Yang penting maklumat yang  kita ada tu sampai pada pembaca...
So "RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL" hehehe ^__^

Wednesday, November 9, 2011

Suami Support Habis !!!


Malam tadi sambil bersantai menonton tv dengan suami...
Tiba-tiba je suami aku cakap pada aku ...

" Sayang kalau nak sambung belajar biarlah masa umur muda dan tiada anak lagi ni. Nanti kalau dah ada anak jadi rumit sikit lah..."

Aku pun buat muka pelik kat suami...dia sambung lagi dan cakap...

" Memang ramai orang yang ada anak sambung belajar..tapi abang nak sayang sambung study sekarang supaya sayang dapat tumpu sepenuhnya pada pelajaran tu...."

Aku pun tanya..."abis abang camne?"

Lalu suami aku jawab..."Abang takpe..abang boleh survive la..lelaki campak kat mana pun boleh hidup..."

Ye suami aku memang sporting bab belajar ni...support aku abis...tapi kalau bab lain kurang sporting sikit...hehe...terutama bab pakaian dan pergaulan...

Aku nak pergi keje pakai kebaya pun suami tak bagi sebab cakap "nampak bentuk badan sayang nak tunjuk kat sapa?"....

Kalau nak jalan dengan kawan-kawan pun suami aku akan tengok jugak sapa kawan aku...kalau yang jenis gedik sikit dia taknak bagi...sebab takut aku terikut plak...hahaha..

Kadang-kadang memang aku rasa jugak terkongkong tapi bila fikir balik banyak betul tindakan suami aku tu...Dia nak menjaga maruah aku sebagai wanita...lagipun sebab dia sayang pada aku...aku kan isterinya...

P/S: Lelaki yang baik akan melindungi dan menjaga kehormatan wanita..bukan merosakkannya...

Ratu Cantik Dunia ...

Miss World 2011

Okey semalam aku tengok news kat yahoo.
Result for Miss World 2011 dah tau sape kan..
Dia dari venuzuela...eh betul aku eja kan?..
Ya pada dasarnya memang dia ni cantik..
tapi...................................................................





















Pada aku wanita ni lebih cantik.
Aku lebih suka title Ratu Cantik tu aku berikan kepada wanita ini...^__^
Aku jumpa gambar ni kat dalam internet.
Rasanya dia orang Indonesia.
Sekali tengok terus terpukau.
So aku simpan supaya dapat ditatap setiap hari.
Bagi aku wajahnya seperti bercahaya..............
Mungkin pada kamu dia biasa sahaja...
Namun pada aku dia teristimewa...
Walau apa pun kecantikan hanya pinjaman daripada ALLAH SWT sahaja...
Tidak akan kekal...

P/S : Ratu Cantik sebenar ialah mereka yang mempunyai hati budi yang baik
dan terpuji serta kehidupannya berlandaskan syariat Islam....~_^


Sunday, November 6, 2011

Terima Kasih Abang (Suamiku)...

Abang...
Hari ini berderai jatuh air mata sayang..
Tatkala bangun untuk solat subuh...
Terlihat sekeping nota yang abang letakkan diatas meja..
Terima kasih kerana telah menghadiahkan lagu ini...
Puitis dan indahnya bait-bait kata...
Akan sayang simpan sebaiknya ...
Semoga cinta kita akan kekal abadi...
Terima Kasih Suamiku...

Permata (Untuk Isteri Ku)

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

I Love U Abang ...

Friday, November 4, 2011

Jatuh Cinta Dengan Ben Ashaari ?


Jeng..jeng..jeng.. Tajuk yang memang mencari nahas ni...hahahahahahahahaha !!!!!!!
Ok ..fine..fine..sila perbetulkan tanggapan ye...
Aku bukan tangkap cintan dengan En. Ben tu lah...aku cuma dah jatuh hati dengan blog dia je...
So jangan salah fahamlah ...
Tak mau kontroversi ni..kang tak pepasal aku kena terajang kungfu dengan wife dia...
Laki aku a.k.a Pakwe Kintan pun memberikan sepakan penalti yang mantap kepada aku terus masuk gol dan lepas tu laki aku berlari keliling padang sambil menjerit GOLLLLL!!!!!..ahaks..

Ya blog Ben Ashaari..sekarang blog santai ni dah masuk dalam list yang aku mesti terjah setiap hari secara tak tersengaja..aku pun kenal blog ni melalui member satu IPTA dulu..dia pun blogger jugak iaitu cik sya...

Malah semalam memang aku terkejut dan ternganga besar kerana En. Ben sudi follow blog aku..wah wah wah...rase nak pengsan lah orang glamer sudi baca blog aku yang merapu meraban ni...En. Ben , I nak Sain You Leh?!!(sambil tangan gentel baju ala ala gedik gitu) ~__^ hehehe...

Semalam aku wat surat rasmi sebagai tanda En. Ben dah jadi rakyat blog aku..tapi ari ni aku delete surat rekaan semata-mata tu..sebab rasa cam merapu tahap gaban je..so buang lagi senang kan..hehehe...

Untuk En. Ben...TQ sebab sudi join blog saya...hope u enjoy to read  this ugly blog..kikiki...

Pencarian Blog Follower Bawah 500...Hip Hip Horey !!!


Satu segmen yang terbest jugak pernah aku sertai. Si blogger c genk ni  yang buat..
Untuk blogger baru macam aku ni memang sesuai sangatlah kan...
Boleh tambahkan koleksi blog yang aku nak terjah nanti..
Selain tu diharapkan dapatlah jugak blog aku ni diketahui umum...hehehe..
kalau sudi leh lah followme (macam iklan je)...
nescaya aku akan follow korang balik..janji (sambil angkat tangan kanan) ^__^

Korang pun join lah segmen ni...tapi bersyarat ye..baca kt bawah ni :-

Syarat-syart penyertaan

 Sila pastikan follower anda bawah 500
 Follow genk [terpulang, lebih baik follow ]
 Buat entri bertajuk : Pencarian Blog Follower Bawah 500
 Letak banner di atas dan linkkan ke entri ini
 Dah siap, hantar link anda ke ruangan entri ini
 Tarik Tutup : 11 November 2011, jam 2 petang

 kepada yang tidak layak  nak join tu,korang BW je lah ea..hehehe ^^.
Dapat kenal-kenal dengan blogger lain ^^
SELAMAT BERSEGMEN

 SILA PASTIKAN ANDA HANTAR LINK ANDA DI ENTRI INI BUKAN DI ENTRI UNTUK SENARAI PESERTA.HARAP MAKLUM!!

P/S : Dah tau jangan buat-buat tak tau...~__^

Awak Ada Idea Tak? Moh Join MyIdeas..


Ok saya nak kembali ke dunia realiti kali ni..saya tak mahu berilusi sebagai presiden republik bagi negara yang mahu saya cipta sendiri..

Hakikatnya saya masih lagi seorang warganegara Malaysia dan amat menyayangi tanah air sendiri. Titik...^_^

Kamu semua ada tak idea untuk memperkasakan sistem pentadbiran dan pengurusan negara kita yang tercinta ni ? mesti adakan..kalau tak ada takkan lah merungut pasal pengurusan negara..betul tak? hehehe

So kali ni saya nak warwarkan pasal satu laman web yang dibangunkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) serta Yayasan Inovasi Malaysia. Laman sesawang ni bagus tau..semua orang boleh join. Tak kisah anda student atau bekerja, muda atau tua, lelaki atau perempuan, cantik atau hodoh..(hehe ni ayat merapu je)...so semua leh join..

Sumbangkan idea sebanyak mungkin. Setiap bulan ada tema yang berlainan. Idea anda mestilah ikut tema pada bulan tersebut ye..Dan yang paling penting anda kena daftar dulu..alah buat akaun macam facebook jugak..

Jika idea anda bernas mungkin akan dipertimbang untuk digunapakai dalam pengurusan sistem negara kita. Awesome kan... So let go bebeh !!! tunjukkan rasa cinta anda kepada negara kita dengan menyumbang idea yang kreatif tu...

Jom Join Sekarang Jugak : MyIdeas

Tuesday, November 1, 2011

MANTAPKAN PROFESION KEJURURAWATAN (PART 1) !!!


Amende lah tajuk entry aku kali ni...macam tah pape je...
Koya best la tu kan...
Hahahaha...Kali ni aku nak story pasal bidang nursing ni...

Aku bukanlah orang yang selayaknya nak berbicara tentang hal ni...
Aku pun bukan lah seorang jururawat yang mahukan keadilan
yang sama dengan jawatan yang lain...

Tapi aku pernah meminati profesion ni satu masa dulu...
Aku pernah bercita-cita ingin menjadi seorang jururawat ketika muda dulu
(eh sekarang dah tua ke? )

Ini hanyalah pendapat dan pandangan seorang rakyat Malaysia
yang berangan nak jadi Presiden untuk negara yang mahu dibinanya
sendiri iaitu Republik Makwe Kintan...ahaks...berangan...

Profesion Kejururawatan adalah satu bidang yang sangat mulia..
bukan setakat disisi masyarakat..namun juga disisi agama kan..

Seorang jururawat perlu mempunyai sifat dan perwatakan yang 
penyayang, cergas, sopan, penyabar, jujur, prihatin,
berupaya berkomunikasi dengan baik serta mempunyai sikap
yang positif.

Selain dari itu, seorang jururawat juga perlu mempunyai ciri-ciri seperti :-

Sentiasa meningkatkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran jagaan perawatan dan perubatan terkini seiring dengan kemajuan dan perkembangan teknologi perubatan semasa.

• Sentiasa mematuhi etika kerja bagi mencapai taraf kerja yang cemerlang

 Berfikiran kritis, sentiasa kreatif, inovatif, dedikasi, komited dalam tugas, mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta mempunyai kepakaran dalam bidang perawatan kepakaran tertentu.

 Berdisiplin, bekerja berpasukan dan mematuhi peraturan pada setiap masa.


Tanggungjawab seorang jururawat juga bukanlah semudah yang disangka.
Ia membabitkan nyawa manusia.
Jururawat adalah mata dan telinga bagi doktor untuk merawat dan memantau situasi pesakit.
Maka tidak hairanlah mereka digelar petugas barisan hadapan dalam sektor kesihatan.

Mereka juga terpaksa berkorban masa dan tenaga demi kepentingan orang lain.
Cuti yang tidak menentu serta waktu kerja mengikut syif.

So memang aku tabik spring lah pada insan yang bergelar staffnurse (toing..toing!!!)

Jasa dan bakti mereka memang tidak boleh ditukar dengan nilai wang ringgit.
Pengorbanan mereka sangatlah besar kepada negara.

Jika kita mahu menilai sesebuah negara tersebut sama ada ia bagus atau sebaliknya,
3 sektor utama perlu dinilai iaitu pendidikan, pertahanan dan kesihatan.

Jadi tidak hairanlah di Malaysia ni kerajaan memberi peruntukan besar kepada 3 kementerian terpenting ini berbanding kementerian yang lain...

So kepada stuffnurse sila banggakan diri anda sebab anda sebenarnya diutamakan..hehehe

Tu Bi Kontiniu..yey!!!