Wednesday, November 30, 2011

Tips Blog : Jangan Mengharap Komen Pembaca ...


First time bagi tips blog...
Padahal follower & reader bukan ramai pun...
Ahhh...Makwe Kintan Tak Kesah !!!

Selalunya blogger update entry baru..
mesti tak sabar-sabar nak tunggu komen dari reader kan...
Pastu bila takde orang komen mula kita rasa down kan...


Pada pendapat aku janganlah kita mengharap sangat...
Fikir semula apa niat kita buat blog ???...


Bagi aku blog ni ekspresi diri kita...adaptasi coretan hati kita pindahkan dalam blog...
Ibarat tempat luahan hasil karya kita lah kan...


So kenapa kita nak tertunggu-tunggu orang komen entry kita...
Kalau takde orang komen tak bermakna takde orang baca apa yang kita post kan..betul tak??
Yang penting apa yang kita nak luahkan tu sampai pada reader...


Tak kisah ramai atau tak orang baca blog kita atau takde lansung...
Kelak nanti akan ada jugak orang sedar kehadiran kita dalam dunia blog ni...
Cuma biarlah masa saja yang tentukan...


Yang penting "SABAR & JANGAN PUTUS ASA"...
Sabar dalam menanti reader dan jangan cepat putus asa dalam update entry setiap hari...
Ingat ye...

" BLOG EKSPRESI DIRIKU "

Tak Sabar !!!


Tak sabar !!!
Nak tengok Filem ni...
Best ke tak....
OMBAK RINDU !!!

MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY !!!


Wassupppppp !!!

Mak Dara Buat Contest la wehhhh ...........
Jom Join ramai-ramai........

Syarat syaratnya senang je ye........

syarat syarat untuk menyertai Giveaway (GA) ini ialah:
 
1. Buat satu entry bertajuk MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY 
    dan masukkan banner di atas ke dalam entry tersebut 
 
2.Follow Blog Bicara Mak Dara
 
3BERIKAN "SATU" TAJUK FILEM
 
4. Setelah Siap , Tinggalkan URL Entry Anda Itu Di ruangan komennya. 


Kalau nak tahu hadiah dan nak join KLIK SINI ye...

Tapi yang paling penting ialah

***Nama anda (pemenang) akan Mak Dara masukkan dalam skrip terbaru Mak Dara sebuah drama bersiri 13 episod yang berjudul MAN POS MASUK KAMPUNG dan menjadi nama salah satu watak didalam skrip itu.
 
Yahoooooooooo!!!!!!! menarik bukan...so apa lagi...cekcekcekedaut............

Mak Dara suruh berikan satu tajuk filem...tajuk filem yang aku nak bagi ialah............................


" CINTA TERAGUNG "

Terima Kasih Mak Dara Sebab Contest ni Buat Aku Teruja !!!....

WordLess WeDnesDay : Banteras Rasuah !!!

Lafaz Akad Nikah Punya Maksud Tersirat ...

Sejak akhir-akhir ini ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.

"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."

Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:

"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."

Berat bukan tanggungjawab seorang suami?

Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.

Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang. Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu hendak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah S.W.T. Material juga perlu sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah S.W.T terletak pada redha Ibu bapa.

-Artikel iluvislam.com

Sumber : Klik Sini

AKU MAHU BOTAK !!!


Aku mahu botak ...
Tapi adik aku cakap tak baik menyerupai lelaki...
Bukan niat aku nak tukar jantina...

Aku mahu botak ...
Tapi suami aku cakap hilanglah keayuan aku nanti...
Terpaksa aku diam lagi...

Aku mahu botak...
Tapi mak aku cakap buatlah kalau itu yang terbaik sekali...
Keliru jadinya aku...

Aku mahu botak...
Atas dasar rambutku gugur begitu banyak sekali...
Aku tak pasti lagi...

Aku fikir banyak kali...
Keputusan masih belum temui...
Bolehkah aku botak ???...

Sayang pulak rambut yang panjang ini ...
Suami aku suruh pakai anak tudung dalam rumah...
Supaya tak berselerak lagi rambut aku yang gugur merata-rata...

aishhhhh...masih keliru aku lagi...