Saturday, August 23, 2014

Tiub Fallopio

Sejahtera ke atas kalian..



Hari khamis yang lalu aku menjalani ujian HSG untuk kali ke 2. Ujian ini untuk check sama ada tiub fallopio rahim kita tersumbat (block) atau tidak (unblock). Tahun lepas aku dah buat sebelum operation endometriosis. Keputusannya tiub fallopio aku tersumbat kedua-dua kiri kanan tu. 

Jadi tahun ini aku nekad untuk buat sekali lagi ujian ini. Bagi menyedapkan hati bahawa aku benar-benar yakin tiub rahim ku dah tak bermasalah lagi. Setiap hari aku berdoa supaya Allah bukakan saluran tiub aku. 

Alhamdulillah keputusan ujian HSG terbaru ni memang tidak disangka-sangka. Kedua-dua tiub fallopio aku dah tak tersumbat lagi. 3 kali inject cecair dye. Kali 1 & 2 tak sakit, tapi kali ke 3 sakit macam senggugut.. fuhh tahan jela...nasib baik tak lama.. 

Masa doktor inject dye tu aku boleh nampak pada monitor xray aliran cecair dye tu mengalir ke tiub. Aku dengar nurse berborak dengan doktor masa tu. Diaorang kata "Tiub dan rahim dia ni dah cantik, mungkin masih belum rezeki lagi untuk dia hamil..." tersenyum aku mendengarnya.

Syukur sangat-sangat. Aku sudah ada peluang untuk hamil secara natural. Sebelum ni doktor hanya beri harapan yang aku boleh hamil melalui kaedah IVF sahaja. Tapi aku tangguhkan sebab tak mampu dari segi kewangan. RM10ribu kos IVF belum masuk kos ulang alik hospital dari Pahang ke KL.  Oh memang tak berkemampuan.

Kalau tanya apa yang aku amalkan untuk unblock tiub, aku cuma banyak makan buah nenas, minum jus limau nipis/lemon suam tanpa gula setiap hari setiap kali lepas makan, adakala aku makan bawang putih mentah dijadikan ulam makan bersama nasi. Banyak makan buah & sayur segar.. macam tu jela.. berdoa & jangan putus asa itu yang penting.

Selesai saja ujian, nurse pesan pada aku "Doa banyak-banyak ye puan, Inshaa Allah lepas ni ada rezeki puan hamil.."

aamiin...

Allah SWT tunjukkan kekuasaan-Nya..Kuasa "KUNFAYAKUN".. InshaaAllah lepas ini akan teruskan treatment yang lain pula.