Friday, April 27, 2012

SPONTAN BERSAMA BEN ASHAARI



"Segmen ni simple jer .. SPONTAN BERSAMA BEN ASHAARI ..
Blogger masuk ke blog blogger yang join segmen ni pastu akan bagitau secara spontan melalui komen di blognya ..
BEST atau TAK BEST ! , blog dia tu ..
Maknanya pengunjung tu tengok sekali lalu je la tanpa baca entri di blog dia .. Haaa .. ok tak ? Hanya dua je .. Blogger tak leh kecik hati yer ..
Kira kalau dah join tu , kena open sikit la..
Lagi pon antara BEST ngan TAK BEST je ..
BEST atau TAK BEST !" - kata abg ben...hihi...

So kalau nak join sila klik banner ye...
Tutup 9.00 mlm ni... 


The Sparkle Project by Yuna With Samsung

HELLO !!!...

Yuna need your help for the latest project 

" The Sparkle Project" With Samsung GALAXY Note.


What you need to do is...Give your "IDEAS"...

and the themes is THE SPARK OF LOVE....

for the music video Yuna song SPARKLE !!!


So what are you waiting for?

Please..please...please guys...

Hurry up....share & submit your ideas NOW....


Maybe You Will "SPARKLE"....

For more details CLICK HERE 

Sunday, April 22, 2012

Malunya...Macam Mana Boleh Lupa ?

2 minggu lepas aku baca iklan di website UITM Terengganu mengenai Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UITM. So Jumaat hari tu aku dengan semangatnya membuat panggilan ke UITM Dungun untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sekali bila call ..................

Aku : Hello...

Tukang Jawab : Selamat Pagi. Pos Kawalan..

Aku : Pos Kawalan ? Encik nombor ni Uitm Dungun ke?

Tukang Jawab : Ya..Saya pengawal keselamatan kat sini. Boleh saya bantu ?

Aku : Boleh sambungkan ke Perhubungan Pelanggan.
          Saya nak tanya pasal Biasiswa Tenaga Pengajar Muda.

Tukang Jawab : Oh..minta maaf ye puan. Hari ini hari Jumaat negeri
                                Terengganu cuti am. Takkan puan tak tahu?
                                 Puan telefon hari Ahad ye.

Aku : Alamak maaf encik saya lupa Terengganu cuti jumaat & sabtu.
           Terima kasih ye.

Tukang Jawab : Sama-sama..


Malu woi malu !!!..Sah sah aku kena gelak dengan Pak Guard tu...Macam mana aku boleh terlupa yang Terengganu cuti Jumaat. Padahal masa aku belajar dulu kawan-kawan aku majoriti orang 'Ganu Kita'...



p/s : " ishhh...banyak makan semut tonggek lah ni..."



Friday, April 20, 2012

Produk Penjagaan Kulit Mary Kay

Kamu semua tahu jenama Mary Kay ? Mestilah tahukan. Jenama popular tu. Sekarang aku dalam percubaan menggunakan produk penjagaan kulitnya. Kali pertama aku cuba tester terus jatuh cinta tau. Rasa okey saja.

So aku dah order satu set untuk dipakai. Kulit muka aku jenis berminyak. Ini menbuatkan muka mudah naik jerawat. Dan kulit aku ni manja sikit. Tak boleh cuba sebarangan produk.  Mulalah gatal-gatal. Nak kata sensetif tak jugaklah. Jadi aku pun rasa nk kongsikan dengan korang ye apa produk yang aku akan pakai.


Ini adalah antara produk Skin Care Mary Kay. Produk ini 100% bahan semulajadi dan tiada bahan kimia. Dijamin selamat. Dan produk ini juga tidak dijalankan ujian keatas haiwan. So tak perlu risau ye.

Ada 3 set. Untuk kulit kering, normal & berminyak. Aku akan pakai yang Formula 3 tu.

Dalam satu set lengkap terdapat pencuci muka, penyegar (Toner), Masker dan pelembab.

Sekarang ini pulak ada "Tawaran Istimewa". Jika beli set Skin Care ini iaitu pencuci muka, pelembab & masker hanya berharga RM228 serta diberi percuma penyegar.

Selalunya satu set lengkap ini berharga RM296. Hebatkan promotion ini. Jimat RM68. Tapi kena cepat-cepat sebab promotion ini hanya pada 16 April 2012 sehingga 15 May 2012 sahaja. Tak terlambat lagi.

Sedikit tips mencuci muka yang ingin aku kongsi :-

1) Semasa anda mencuci muka, cucian bermula dari dagu dan kemudian keatas secara pusingan dari luar ke dalam.

2) Gosok muka dengan menggunakan 2 jari sahaja iaitu jari tengah dan manis. Jangan terlalu menekan ketika menggosok umpama membasuh pinggan. Kerana muka kita bukan periuk belanga untuk ditonyoh menghilangkan kotoran. Terutama kulit muka berjerawat, memang tidak boleh berkasar. Supaya jerawat itu tidak pecah & bakteria merebak ke kawasan muka yang lain. Kulit muka ialah bahagian paling lembut. So kena berhalus je..

3) Cukuplah mencuci muka dengan 2 kali gosokkan sahaja kerana jika lebih dari itu akan menyebabkan kotoran masuk kembali ke dalam liang roma muka kita.

4) Boleh membasuh muka menggunakan air suam sebelum mencuci wajah bagi membuka liang roma. Selepas itu bilaslah dengan air sejuk untuk menutup kembali liang roma muka.


Ini gambar aku masa belajar kat kuantan dulu. Muka berminyak, berjerawat & masalah parut. Sakang kurang sikit sebab dah kahwin kot.

Jadi aku nak basmi masalah tu semua sekali dengan produk Mary Kay. Hope berjaya. Nanti aku akan tunjukkan hasilnya 3 hingga 4 bulan lagi ye..

Ada lagi produk lain yang aku nak share. Tapi entry akan datanglah ye.

p/s: "Semangat Berkobar-kobar"

Wednesday, April 18, 2012

GA Lelaki Kacak RM100


Give give Away !!! Horeyyyy

GA lagi aku join..saja mengisi masa lapang.

Lagipun ofcouselah join GA nak menang hadiah.

Kot-kot ada luck ke kali ni...hihi...

GA ni bukan untuk "Lelaki Kacak Malaya" je ye.

"Wanita Hari Ini" pun boleh join.

Apa tunggu lagi...Mohla meramaikan jemaah.

So sape yang nak join jugak klik ke banner tu ye.

Tuesday, April 17, 2012

Barangan Garnier Untuk Direbut #3 by Pupel Liyana



Yippiiiiiiiii !!! I really like Garnier....so i join this giveaway

Boleh rebut sampai hari :
JUMAAT MINGGU DEPAN ( 27 APRIL 2012)

Pemenang : Cabutan Bertuah

Sape nak join sila klik banner diatas ye...

HASRULHASSAN.COM Promosikan Blog Aku



Aku join segmen hasrulhassan.com lagi.

Kali ni tak ingatlah yang ke berapa aku join segmen dia.

Dia pun pernah review blog aku dulu..Hehe...

Tapi sebab memenuhi syarat yang dah dia tetapkan.

Maka tanpa segan & silu aku nak masuk jugak. Tak kira tak kira nak jugak!!!

Nama Blog Laskar Cinta sebab aku minat lagu Laskar Cinta dari sebuah Band Indonesia iaitu DEWA.

Nama Blogger ofcouse Makwe Kintan a.k.a MK

Mula Berblog bulan Julai 2011

Kenapa Berblog ? Suka penulisan. Pasal tu SPM subjek BM dapat A1..hehe..& i love information..

Selama aku berblog memang banyak informasi yang bagus aku tahu...

Thats why i love blog very much....thats all thank you...

Monday, April 16, 2012

Mansuh PTPTN Tidak Relevan


Demontrasi semalam gegarkan Malaysia. Mahasiswa menuntut agar mansuhkan PTPTN. Aku tidak setuju. Mengapa aku tidak setuju. Ini pendapat aku.

1. PTPTN hanyalah pilihan bagi pelajar untuk berhutang. Maka para pelajar boleh memilih sama ada untuk meminjam ataupun tidak. Di negara kita mempunyai lebih dari 50 biasiswa. Tapi kebanyakan kita hanya tahu biasiswa JPA, MARA, Petronas atau seantero yang glamer dengannya sahaja. So apakata usaha untuk dapatkan biasiswa lain menanggung anda belajar. Jangan harap pada PTPTN sahaja. "Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". MARA serta Kerajaan Negeri masing-masing juga sediakan pinjaman dan pembayaran balik tidak membebankan.

2. Jika PTPTN dimansuhkan, jumlah keseluruhan hutang terakru (bahasa akaun) ialah RM48 bilion. Kau ingat sikit ke jumlah tu? Macam 48 sen je ye? Kalau tiada sumber untuk cover balik jumlah tersebut, maka negara akan menanggung keberhutangan lapuk yang series.

3. Kurangnya daya saing & usaha para pelajar. Mengapa aku katakan begitu? Kerana jika semuanya secara percuma. Kebanyakan pelajar akan malas belajar dek tidak payah fikir nak bayar hutang. Maka CGPA atau pointer akan jadi sambil lewa sahaja.Setiap semester takpayah fikir nak kejar pointer tinggi. "Kalau dapat 2.0 pun rasa ok sebab takde hutang. Abis belajar tak payah fikir kerja sangat. Kerja TLDM (Tidur,Lepak Dan Makan) pun ok dah. Hutang takde. ADA AKU KESAH!!!" Betul tak ?

4. Negara akan kekurangan para cerdik pandai. Bila semuanya free maka generasi yang sudah "naik lemak" tidak akan memiliki kualiti cendiakawan taraf internasional. Sebab kemalasan anak bangsa yang melanda kurangnya berusaha untuk menjadi dikalangan terbaik. Tapi maksud "naik lemak" bukan antologi untuk orang gemuk dan bukan juga para penggemar Nasi Lemak 2.0.

5. Bagi pelajar yang mendapat keputusan SPM kurang bagus, tapi masih mahu sambung belajar serta taraf pendapatan keluarga yang sederhana atau miskin. Mungkin untuk bersaing dapatkan biasiswa agak sukar kerana syarat biasanya mahu pelajar cemerlang. Jika PTPTN dimansuhkan, dari mana lagi sumber kewangan yang boleh golongan ini perolehi? Belajar bukan setakat yuran pengajian & yuran lain-lain. Buku & alatan belajar nak kena beli. Makan minum dan sara hidup diri juga perlu difikirkan. Taraf hidup semakin tinggi.



Cadangan aku kepada Kerajaan kita :-

1. Bukan mansuhkan PTPTN tapi hapuskan servis caj tinggi keatas pinjaman yang agak membebankan peminjam selama ini termasuk aku...hehe.

2. Beri pengecualian bayaran balik kepada pelajar  yang mendapat CGPA 3.75 keatas atas iaitu Pinjaman ditukar menjadi Biasiswa . Bagi pelajar yang mendapat pointer 3.30 keatas hanya perlu bayar 10% sahaja. Ini adalah pengiktirafaan kerajaan atas usaha gigih mereka menjadi pelajar terbaik. Contoh seperti MARA.

3. Kadar bayaran balik bulanan yang rendah dan setara setiap bulan. Sekarang ni kalau yang tidak memilih sistem UJRAH, bayaran balik bulanan akan meningkat tahun demi tahun. Jadi apakata samaratakan sahaja bayar bulanan tu every month sehingga habis hutang dengan kadar yang rendah.

4. Cadangan lain ialah hapuskan yuran pengajian dan yuran-yuran yang difikirkan membebankan para pelajar. Cukuplah bayar yuran asrama & yuran aktiviti kampus atau lain-lain yang dirasakan perlu sahaja. Itu barulah namanya "Pendidikan Percuma"..bukan semuanya kena percuma.

Ini yang aku nampaklah. Kalau perlu aku akan tambahkan lagi opinion aku ni akan datang. Korang jangan cakap kat aku " Kau tahu apa ? Kau rasa ke apa yang kami rasa ?!!"

Eh tolong sikit ye. Aku jugak graduan macam korang. Aku pun peminjam PTPTN. Aku pun buat bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji. sekurang-kurang aku reti bayar hutang dari ada orang tu "Time Pinjam Tahu, Time Bayar Liat Bukan Main." Dan adakah aci jika student yang dulu pinjam PTPTN banyak belanja untuk Hanphone baru canggih every semester, Tengok wayang, keluar dating, topup semata untuk bergayut lama-lama dengan pakwe serta bukan untuk belajar sangat tidak perlu bayar balik. Tak aci..tak aci !!!

Dan kepada adik-adik di bangku sekolah. Sila terapkan sikap menabung duit dari sekarang. Kalau dah ada simpanan tak perlu buat pinjaman belajar lagi. Buat yang perlu sahaja kalau perlulah. Kan jimat tu..kalau sehari simpan RM1.00 pun okey dah. Setahun jadi RM365.00. Kalau 10 tahun dah jadi RM3,650. Belum campur duit raya lagi...haha...Dah boleh bantu ibu bapa bayar yuran masuk belajar ke Universiti nanti. Kurang beban orang tua sikit kan.

Ibu bapa juga sila terapkan sikap menabung dikalangan anak-anak. Bukannya sikap berhutang macam hutang perabot rumah di Courts atau kedai Singer. "Jangan tumpahkan kuah hutang ke nasi ye. Nanti jadilah nasi hutang".

Kepada peminjam yang liat bayar hutang PTPTN ni. Bayar-bayarlah weh...nanti adik-adik, anak-anak, sedara mara korang jugak yang nak pinjam untuk belajar. Fikirkan juga orang lain. Jangan fikir diri sendiri je. Sebab aku fikir adik-adik aku nak belajar akan datanglah aku bayar balik pinjaman. Lagipun Islam ajar "Hutang Wajib Bayar Sebelum Mati".


p/s : "Brunei kaya minyak pun tak bagi semua percuma pada pelajar. Tak caya KLIK SINI."

Thursday, April 12, 2012

Semalam Adalah Peringatan Awal Allah SWT



Semalam saya rasa gumbira menonton pertabalan Yang Dipertuan Agong Malaysia yang ke 14. Sungguh bersemangat rasanya melihat Sultan Kedah ditabalkan buat kali yang kedua selepas perlantikan pertamanya pada tahun 1970 hingga 1975. Wah masuk Malaysian Book Of Record lagi tueee....

Tapi semalam jugak Acheh sekali lagi mendapat malapetaka gempa bumi. Cuma tidaklah sehebat sebelum ini. Sehingga negara-negara seperti Thailand, India, Indonesia termasuklah Malaysia mengeluarkan amaran tsunami.

Namun telahpun ditarik balik amaran itu pada malam tadi. Bertempiaran manusia lari...tapi aku pasti ramai yang lari ke arah masjid.

NAH LIHAT !!! Kebesaran Allah swt...Azab-Nya mungkin akan datang lagi.

Kenapa ?

Kerna kita sekali lagi alpa dan lupa akan Dia. Sekali lagi ramai yang kufur akan nikmat-Nya. Sekali lagi kita merasakan kitalah penakluk dunia. Sekali lagi kita sengaja memusnahkan alam-Nya. Sekali lagi kita tidak henti berbalah sesama muslim. Dan sekali lagi kita melanggar larangan-Nya.

Walhal semua itu pinjaman daripada-Nya semata.

Kita memang manusia yang tak sedar diri. Diri kita hina tapi kita anggap kitalah yang paling mulia. Sehingga kita sanggup membelakangkan-Nya.

Ingatlah azab Allah swt sepedih-pedihnya. Marilah bermuhasabah diri sentiasa. Agar kita tidak tergolong dikalangan manusia yang mungkar...

Monday, April 9, 2012

Konfius !!! Siaran ABPBH Atau Histeria ?



Malam tadi ABPBH berlansung dengan jayanya. Aku sekadar tengok dalam tv kat rumah je. Tak kuasa aku nak pergi Genting Highland semata-mata nak tengok artis berjalan kat red carpet.

Lebih baik aku bentang red toto depan tv. Leh landing sambil "Wuuuu...Guling-guling macam tenggiling" (ayat kartun sinchan)...haha...

Masa award yang awal-awal diumumkan pemenang tu, ada pulak suara pontianak menjerit-jerit. Ni bukan hantu betul ye. Ni orang jadi hantu. haha...Dan aku pasti suara tu dari penonton wanita. Dah macam budak asrama kena histeria pulak. 

Kot ye pun nak raikan artis yang menang, takyahlah sampai menjerit mengalahkan langsuir mengilai. Tapi nasib baiklah awal-awal je over jerit tu. Tak sampai habis siaran. Kalau tak mau pecah speaker tv aku masa menonton malam tadi....hahaha...

Apa pun tahniah buat Aaron Aziz sebab menggondol Anugerah Bintang Popular 2011. Rezeki lepas kontroversi nama sebenar Aaron Aziz ialah Mat Harun bin Mat Aziz Mustapa...hahaha...sapelah buat April Fool ni kan.

Leh pulak tau nama orang tu dalam IC. Padahal tengok IC dia pun tak pernah. Suka hati je buat fitnah. Ha tengok kan dia dah menang. Orang sebar fitnah dapat apa? haha....



p/s: "Ataupun sebenarnya aku menonton bersama "Cik Ponti" ? Oh tidak !!! "

Sunday, April 8, 2012

Cukuplah Kontroversi Amalina Che Bakri


Aku baru je tengok rancangan NONA di TV3 tadi..temubual esklusif  dengan Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2004 Amalina Che Bakri. Tahun yang sama aku ambil SPM. Kira kita orang ni sebayalah kan. Tapi aku taklah sehebat dia..haha...

Dia sekarang masih lagi belajar. Dan merupakan antara pelajar cemerlang di institusi yang sedang dituntutnya. Siap buat buku perubatan & penyelidikan kanser lagi..Kau hado?.. 

Bagi aku segala soalan atas desas-desus yang melanda dia selama ini telah pun dijawab dan patut dihentikan. Janganlah ada lagi spekulasi yang negatif.

Cukup-cukuplah korang buat andaian ke atas dia. Biarlah apa pun yang dia nak buat. Janji dia bahagia. Kalau pasal aurat atau pakaian dia aku pun malas nak komen. Dia sendiri tau mana baik mana buruk. Dah besarkan. Mak dia ada lagi untuk tegur dia ok..

Sebaya aku maknanya umur dah 25 tahun. Dah nak masuk alam dewasa pun. (Puihh!! tapi aku masih perangai budak lagi..apa celop ?)

Kalau korang nak nasihat pun biarlah cara baik. Ni aku baca komen-komen budak-budak ni siap maki hamun caci hina sampai keluarga dia pun kau hina apa kes tot ?...

Kot ye pun korang nak jadi orang jadi baik..janganlah korang tunjukkan sikap korang yang tak baik plak...camne orang nak ikut...hishhh...

Tu namanya ibarat "Ketam Mengajar Anak Berjalan"...paham kan peribahasa ni...kalau tak paham rujuk kamus dewanlah...

Anyway ...Yang Sudah Tu Sudahlah, Buat Apa Nak Dikenang Je Lagi !!!...


Wednesday, April 4, 2012

Apa Susah ? Nikah Jelah !!!

PASANGAN remaja ditahan dua kali dalam
tempoh 10 jam di hotel murah dan rumah sewa
sekitar Kubang Pasu, semalam.


" JITRA: Tidak serik - itulah gambaran sesuai bagi sepasang kekasih yang ditangkap khalwat dua kali dalam tempoh 10 jam oleh kakitangan Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu di dua lokasi berbeza di sini, semalam. Pasangan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 19 dan 20 tahun itu kali pertama ditangkap berdua-duaan di sebuah rumah sewa di Taman Mahsuri di sini, jam 12.05 tengah malam kelmarin, dan dicekup kali kedua di sebuah motel murah di Taman Ehsan, dua kilometer dari lokasi pertama kira-kira jam 10 pagi semalam. "-Sumber

Inilah masalah orang sekarang. Makin ramai tak ingat Tuhan. Jalan penyelesaian nikahkan jelah. Jangan kita tanya dulu soal tanggungjawab si lelaki pada rumahtangga dia nanti. Yang penting nikah dulu. Halal kan hubungan tu. Supaya tidak lagi bergelumang dosa. Dah kawin nanti pandai lah dia orang fikir tanggungjawab tu.

Daripada terus tambah dosa zina lebih baik buat pahala walaupun terpaksa. Tak rugi pun kahwin. Dan jangan fikir soal belanja kenduri atau hantaran. Yang wajib ialah maskahwin. Walimatulurus tu buat doa selamat kat masjid pun dah okey. Yang penting masyarakat tahu pasangan itu sudah jadi suami isteri yang sah.

Buat apa nak takut "Apa orang akan kata nanti"... Tapi "Takutlah apa azab Allah SWT nanti"...Sekian.....wassalam.....



p/s : "Islam Itu Sebenarnya Mudah. Tapi Kita Yang Buat Ia Susah"

Monday, April 2, 2012

Siap Siaga !!!



Tajuk tak tahan macam nak pergi perang. Tekanan demi tekanan. Biasalah bila tiba awal bulan ni banyak sangat laporan yang perlu dihantar. Sibuk jugaklah katakan (cakap sibuk tapi dan lagi update blog..cis !!!)..

Tadi aku jeguk kejap website SPA..nak tengok status jawatan yang aku pohon.. terkedu kejap apabila melihat status bagi jawatan Penolong Juruaudit yang aku apply apabila "Melepasi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya"...apa maknanya ?

Maknanya ialah mungkin aku akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan jawatan itu pada bulan 7 nanti..hadoiiii...makanya kena bukak buku & study balik...aku pernah temuduga jawatan tu tahun 2010 lepas..tapi gagal sebab 1 soalan je..penemuduga tu tanya aku "Siapa yang lantik Juruaudit Negara ?..menteri atau Yang dipertuan Agung"..

Aku pun otak dah tepu...aku jawab menteri...sekali penemuduga tu pun cakap jawapan awak salah...yang lantik Juruaudit Negara ialah Yang dipertuan Agung...so kantoilah aku...tapi memang patut pun aku gagal...tak ready lansung...naik pangkat nak tapi membaca malas...hahaha...kali ni kalau ada rezeki lagi aku akan buat betul-betul...taknak main-main dah...Gagal sekali tak bererti gagal selamanya...


p/s : "Tunggu status permohonan jawatan penolong akauntan pulak..lepas ke tak..."