Monday, April 2, 2012

Siap Siaga !!!



Tajuk tak tahan macam nak pergi perang. Tekanan demi tekanan. Biasalah bila tiba awal bulan ni banyak sangat laporan yang perlu dihantar. Sibuk jugaklah katakan (cakap sibuk tapi dan lagi update blog..cis !!!)..

Tadi aku jeguk kejap website SPA..nak tengok status jawatan yang aku pohon.. terkedu kejap apabila melihat status bagi jawatan Penolong Juruaudit yang aku apply apabila "Melepasi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya"...apa maknanya ?

Maknanya ialah mungkin aku akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan jawatan itu pada bulan 7 nanti..hadoiiii...makanya kena bukak buku & study balik...aku pernah temuduga jawatan tu tahun 2010 lepas..tapi gagal sebab 1 soalan je..penemuduga tu tanya aku "Siapa yang lantik Juruaudit Negara ?..menteri atau Yang dipertuan Agung"..

Aku pun otak dah tepu...aku jawab menteri...sekali penemuduga tu pun cakap jawapan awak salah...yang lantik Juruaudit Negara ialah Yang dipertuan Agung...so kantoilah aku...tapi memang patut pun aku gagal...tak ready lansung...naik pangkat nak tapi membaca malas...hahaha...kali ni kalau ada rezeki lagi aku akan buat betul-betul...taknak main-main dah...Gagal sekali tak bererti gagal selamanya...


p/s : "Tunggu status permohonan jawatan penolong akauntan pulak..lepas ke tak..."

2 comments:

Nur Kiasatina ^_^ said...

Hi .. Awesome blog and nice entry ! . Done follow u !! I'll always support your blog ! :DD Chills :*

http://secret-domokun.blogspot.com/

Ckin Kembaq said...

gud luck..kena rajin study ni..hehe