Sunday, April 20, 2014

Hijrah

Assalammualaikum semua pembaca blog aku..

Maaf sebab aku lama sungguh menyepi. Memang sengaja menyendiri, mencari-cari apa erti hidup ini. aku cuma aktif di FB saja buat masa ini. 

Entah tiada mood dan idea nak menaip dalam blog. Kalau dulu sehari mesti ada sekurang-kurang satu entry. Kemudian makin lama makin susut jangkaan entry tu. Kini berbulan sudah baru nak menaip semula.

Perubahan pada diri tidak banyak pun. Macam tu juga. Cuma kini aku mahu lebih dekat dengan sang Pencipta. Aku mahu lebih mengenali Maha Agung. Aku mahu mendalami kebesaran-Nya. Aku mahu hayati kasih sayang-Nya. 

Masalah yang aku alami sebelum ini masih tiada jalan penghujung. Mungkin belum tiba waktunya. Belum diizinkan Ya Rabb. Mahu lagi Dia melihat airmata aku menitis, mahu lagi Dia mendengar rintihan pedih, mahu lagi Dia menguji sejauh mana sabar dan tabahnya hatiku ini. 

Alhamdulillah setahun sudah aku sembuh dari penyakit endometriosis. Setakat ini aku rasa sungguh sihat, mampu menikmati kebahagian bersama suami seperti pasangan lain. Walaupun masih ada yang tidak lengkap dalam hidup kami yakni zuriat, namun aku bersyukur betapa nikmatnya hidup berumahtangga, mampu beroleh pahala sebagai seorang isteri. In shaa Allah andai sudah tercatat rezeki anak itu buat kami pasti datang jua tepat pada masa. Kami berdua redha dan ikhlas menerima Qada & Qadar.

Kini inilah diriku, hijrah ke arah yang diredhai-Nya, kalian doakan supaya aku Istiqomah dalam melaksanakan kewajipan dan ketaatan pada-Nya. Boleh kan ? Fisabilillah.. Laa Tahzan Innallaha maa'na ..