Monday, January 20, 2014

Ringkasan Januari

Hari ini saya update entry baru. Dengan cerita bulan Januari yang seringkas mungkin. Tak mahu kusutkan kepala memikirkan ayat-ayat cinta lagi. Ahaks.. 

Apa yang saya buat dalam bulan Januari ini ? Tiadalah yang menarik sangat pun, cuma meneman suami botakkan kepalanya serta bersiar-siar pada malam hari di pasaraya. Sambil berangan-angan mat jenin super koya giler..

1. Si Botak -
Rambut suami punyalah super tebal so saya suruh dia botakkan kepala ala-ala budak rekrut askar kat Pusat Asas Darat (PUSASDA).. Biar nampak keaskaran tu.. haha.. kalau dia berambut, suruh dia berdiri sebelah warga Bangladesh.. rasanya tak perlu DNA lagi.. yakin memang 'rakan senegara' .. haaaaa haaaaaa... (gelak isteri kejam).



2. Terluka -
Ini cerita kat pejabat. Punyalah nak kejar bayaran untuk penutupan akaun kerajaan awal bulan januari yang lalu. Tak sedar rupanya jari sudah luka. Menaip tak ingat dunia. Selaju-lajunya sambil nyanyi lagu "kalau aku kaya, aku berhenti kerja...lalala..".... rasanya jari tercedera akibat ketajaman 'ubat stapler' tu kot.. Alahai 2 titik je pun darahnya tapi aduan 1 dunia boleh baca.. eh ada ke orang baca blog aku ni ? (-..-)


3. Cubaan -

Ada satu malam di bulan Januari, saya dan suami makan diluar. Habis makan kami bersiar-siar dalam pasaraya. Suami saya punya excited dengan barangan bayi, habis semua dicubanya. Testing- testing.. tengoklah tu sambil tanya "ok tak abang pakai ni ? ada anak abang nak beli benda ni, senang bawak anak pergi jalan.."...

Masalahnya anak takde lagi, mengandung pun tak lagi aku ni.. ermm its okey 'rezeki sampai tepat pada masa'.. Berusahalah ye.. hikhik ^_^

 Comelkan baju baby ni ? GERAMMM !!!


 Tenunglah lama-lama abang oiii..ambil berkat sikit sorang.. ahaks !




Tapi dalam pasaraya tu aku berkenan dengan baju jenama POLO. Tangguh dulu membeli untuk suami sebab mahal boleh meleleh air liur pastu lap semula.. macam tu punya mahal.. so tunggu YES jela baru beli.. 
YES = Year End Sale... lapuk dah baju tu nanti (-_-)



Yang ini pun bolehlah tahan lawanya.. diulang.. lapuklah baju tu nanti.


4. GreenDay -


Macam biasa sebelum ke office pagi-pagi akan merenung ke luar balkoni rumah dulu.. hijau hijau hijau ops ada biru putih dan lain-lain warna.. Pokok kelapa tu, aku tunggu dia tinggi sampai kat balkoni aku setiap hari, sebab aku nak petik buah kelapa tu dengan mudah.. boleh minum hari-hari.. tapi masalahnya bilaaaaa ???

5. Doa -


Nah aku kongsikan doa supaya suami isteri makin sayang. Sebenarnya tak kisah sesiapa pun boleh amalkan doa ini. Untuk ibu bapa dan anak, adik-beradik, rakan-rakan.. semua boleh.. eh eh pakwe makwe tak digalakkan kot.. hihihi..


6. POYOS !

Iklan. Jenama tudung 'ikan bawal' will coming soon dipasar malam berhampiran anda.. (n_______n)

Akhir kata entry ini 'TAMMAT'.. ringkas ke ? macam panjang jugaklah kan.. nasiblah korang membaca.. hahahaa..

Thursday, January 16, 2014

Hilang



Aku taip, aku delete, aku cuba menaip lagi, aku delete lagi, aku skali lagi menaip, sudah panjang, lalu fikir semula, aku delete terus semua.. mahu meluahkan sesuatu disini, tapi tak keluar, mahu membentak tapi masih kawal diri, mahu menjerit, tapi suara aku bersembunyi, mahu menangis pun airmata dh tak sudi mengalir lagi, mahu menyendiri tapi takut dengan bayang sendiri. 

Dan harus bagaimana lagi ? 

Siapa sudi bawa aku lari dari realiti ? Siapa mahu beri aku kata-kata menusuk "jantung jiwa" ? 

Ya mungkin benar sudah hilang rasa itu dalam hati. Rasa yg bertahun aku ukir tapi Tuhan padamkan hanya dalam sebulan.. kenapa aku perlu menipu diri sendiri lagi ? Kenapa perlu simpan mengasihani ? Kenapa bersungguh aku berusaha menaruh sayang dan harapan sedangkan itu cuma siulan dibibir ?

Bodoh aku memang bodoh. Simpan saja hati itu baik-baik. Suatu hari pasti akan hadir insan yang menghargai.

Friday, January 10, 2014

LD Venus Elken TERBAIK !



Sudah hampir sebulan aku mencuba produk LD Venus dari Elken ni. Alhamdulillah sebelum period bulan 12 hari tu sempat jugak ambil sebotol LD Venus ni.. Kemudian "Miss Period" pun keluar. Best sebab sudah tiada senggugut. Darah period pun lancar dan tiada ketul-ketul darah tu.. Tempoh period pun just 5 hari saja & cuma pakai pad saiz slim saja.. selesa sangat !


Walaupun aku sudah disahkan sembuh endometriosis oleh doktor, tapi aku tahu hormon estrogen & progestron dalam badan ini masih tak seimbang lagi. Maklumlah aku susah nak kawal stress dalam kepala ni.. Memang jenis aku memikir je.. aduhai.. tak boleh dibuang tabiat tu dari dulu lagi.. 


Period bulan 11 yang lalu aku senggugut 2 -3 hari jugaklah.. itu yang aku risau takut darah period melimpah ke belakang rahim semula & tumbuh endometriosis balik.. Risau sangat.. Aku kena berhati-hati..

Sebab tu aku mencuba produk Elken ni. Dah lama sebenarnya kawan aku suggestkan.. tapi bertangguh-tangguh aku ni.. Baru nilah aku beli.. ahaks.. 

Alhamdulillah hasilnya senggugut hilang, badan tak letih & sangat bertenaga melakukan aktiviti harian...

Apa kandungan LD Venus ini ye ? Jom kita tengok ....


Sedikit Penerangan LD Venus :
Hormon membentuk sistem endokrin dan bertanggungjawab untuk fungsi perkembangan, pertumbuhan, metabolisme dan penghasilan sepanjang hayat wanita. Perubahan fisiologi sering disebabkan pergolakan hormon semasa fasa kritikal baligh, mentruasi, kehamilan dan menopaus untuk menunjukkan keperluan berbeza badan, justeru mempengaruhi kualiti kehidupan.

Dalam perubatan Cina, organ hati, buah pinggang, sistem endokrin dan penghasilan adalah saling berkaitan dan memberikan nutrien kepada sistem ini dalam kombinasi holistik herba dapat membantu memperbaiki kesihatan keseluruhan di samping menghapuskan simptom fisiologi spesifik atau ketidakselesaan.

LD-Venus Gold diformulasikan menggunakan formula herba teruji dengan herba Cina bergred tinggi seperti Dang Gui, Dang Shen, Dan Shen, Bai jiang Cao, Yi Mu Cao dan Huang Qi untuk membantu mengawal atur kitaran haid, memperkaya darah, membantu dalam pemulihan selepas bersalin dan mungkin menawarkan kelegaan kepada wanita yang mengalami menopaus.

LD-Venus Gold dipek dalam botol kecil dan tidak memerlukan persediaan atau dididihkan. Ia disijilkan halal dan tidak mengandungi hormon, bahan kimia atau ramua tiruan.

20 botol dalam sekotak

** Ibu mengandung dan wanita dalam tempoh haid dinasihatkan untuk berhenti mengambil LD~VENUS GOLD. Dinasihatkan untuk bermula 2-3 hari selepas berakhirnya kitaran haid


Ramuan Utama LD Venus Gold :
- Radix Angelicae Sinensis (Dang Gui)
  • Memperkaya darah, mlancarkan peredaran daras, melaraskan haid, melegakan sakit haid, membantu memperkuat daya pengecutan uterus
- Radix Codonopsis Pilosulae (Dang Shen)
  • Menambah tenaga (qi) dalam limpa dan perut, meningkatkan daya penghadaman dan penyerapan makanan
  • Menambahkan bilangan sel darah merah hemoglobin
- Radix Salviae Miltiorrhizae (Dan Shen)
  • Membantu menyingkirkan darah beku dan melegakan sakit haid
- Herba Patriniae (Bai Jiang Cao)
  • Menghapuskan toksin, mengurangkan haba patogenik dan keradangan, melancarkan peredaran darah, mengurangkan darah beku
- Herba Leonuri (Yi Mu Cao)
  • Melancarkan peredaran darah, melaraskan haid, mengurangkan kesakitan haid, memperkaya darah dan membantu dalam pengecutan uterus
- Radix Astragali Seu Hedysari (Huang Qi)
  • Menambahkan tenaga (qi), merawat masalah prolaps organ
(Ramuan di atas dapat menjadikan rumusan ini mencapai kesan penyuburan darah, menambah tenaga, mencairkan darah beku dan menjadi bahan penyingkiran haba patogenik dan toksin yang terbaik.)


Fungsi Utama LD Venus Gold :
  • Membantu memperbaik tekstur kulit, pigmentasi dan lingkaran mata
  • Membantu menggalakkan peredaran darah
  • Membantu meningkatkan tenaga
  • Membantu memperbaik kesejahteraan umum
  • Membantu  dalam mengawal atur dan memberi khasiat kpd kaum wanita yang sedang pulih selepas bersalin.
 
LD Venus Gold TIADA
-kesan sampingan
-kandungan hormon
-kandungan bahan kimia
-bahan tambahan tiruan
-tiada keperluan untuk menyediakannya sendiri
 
Aku beli dengan harga ahli RM170 sekotak.. kalau beli bukan harga ahli mahal lagi pada tu la.. hehe...
 
Untuk lebih tepat LD Venus ini sebenarnya baik untuk rahim wanita. Ia seimbangkan hormon, melancarkan haid, mengurangkan senggugut dan banyak lagi fungsi lain. So jika korang ada masalah kewanitaan tu, aku sarankan korang try la LD Venus ni okey. Tapi ini hanya ikhtiar sampingan saja, yang paling penting korang kena jaga pemakanan harian yang sihat, kawal stress & bersenam.. Dapatkan di stokis Elken atau Agen-agen Elken terdekat atau layari website ini http://www.elken4u.com/

Motivasi By MK

" Jadikan 'MASALAH' Itu Sebagai Platform Untuk Mencipta 'PAHALA'. Kerna Itulah Tujuan Utama ALLAH SWT Menciptakan Masalah Buat Kita. "