Wednesday, August 29, 2012

Aku Mohon Maaf Kawan

Salam semua & Selamat Hari Raya yang ke berapa eh ?..Tak ingat doh..huhu

Aku cuma mahu mohon ampun dan maaf jika lepas ini aku jarang sudah update blog serta dengan sengaja membiarkan ia bersawang dek lelabah. hehe..

Aku sedang sibuk sekarang ini. Tengah ulangkaji untuk interview naik gred Insyaallah bulan 9 ni. Aku berdoa supaya diberikan rezeki itu. 

Dan aku juga sedang berusaha untuk dapatkan anak. Aku berdoa supaya Allah swt kurniakan kami anak pada tahun hadapan. (Hajat nak anak kembar..cewah) Yelah dah hampir 3 tahun kami berumahtangga. Hope so..

Serta aku juga berdoa agar kehidupan kami akan lebih baik tahun hadapan. Sepanjang berumahtangga ni pelbagai badai yang datang. Hanya bersabar saja. Harap semua masalah yang sedang melanda kami ini akan surut & hilang. 

"Hari ini Allah swt beri kita hujan siap ribut petir..Insyaallah esok lusa diberikan-Nya kita pelangi"..=)

Anyway aku harap kamu semua dapat maafkan kesalahan aku sepanjang aku menulis blog cikai ni. Kot-kotla ada yang terasa hati dengan penulisan aku yang kadang-kadang agak terbuka. Kalau tersinggung maafkan saya ye. hehe..

Aku bukan nak tutup blog ni terus. Cuma aku tak bersedia lagi nak up date macam dulu..sementara ini biarla blog ni kesepian dulu ye..Macam lagu Najwa Latif "KOSONG...KOSONG..."

Dan terima kasih kepada yang sudi baca blog aku ni. Walaupun tak meletop dan tak sefemes mana..(sedar diri pun..huhu) tapi kepada yang sudi singgah tu terima kasih okey...

Insyaallah jika aku kembali nanti akan aku buat sesuatu yang anda semua boleh menang hadiah..apa tu ?..syhhh..tunggu...

Bye..

Skang aku dah gemok..korang caya tak ? =) caya la ye..tolongla caya..punca makan rendang banyok..huhu

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Kawan =)


Rumah aku yang beralamat Batu 5 Temerloh Pahang. 

Mohla beraya ok. 

Kalau nak aku datang beraya rumah korang sila tinggalkan Nama, no tipon & alamat kalau sudilah. 

Tapi syarat mestilah area Temerloh dan daerah sekitar sahaja. 

Kang ade yang suh pi kedah mampoih la cek..jauh nau..

Insyaallah aku akan datang bersama MK Rangers..hahaha baru je tubuh geng ni..

ok bye...happy sokmo..maaf zahir & batin ye !!!

Tuesday, August 14, 2012

Search Keywords Hari Ini..ish..ish..




Apa nk dikata =)

Berfikiran Negatif ?

 
Kes 1 :

Situasi semasa berbuka puasa berdua.

En. Suami : Sayang beli ke lauk pucuk ubi tempoyak ni ?
Aku : Haah abang. Kenapa, tak sedap ke ?

Kes 2 :

Situasi semasa En. Suami mahu mengerjakan solat.

En. Suami : Sayang basuh baju abang ni pakai sabun yang baru beli tu ye ?
Aku : Haah abang. Kenapa, busuk ke bau sabun tu?


Berdasarkan 2 contoh situasi diatas. 

En. Suami telah berkata " Sayang ni suka fikir negatif la"..Dan kata-kata itu adalah semalam okeh...

Situasi bukan rekaan semata-mata. Malah ia benar-benar berlaku. 

Maka soalan aku..apakah memang aku suka berfikiran negatif ?...ermm....

p/s : "Tanya sendiri jawab sendiri"



Thursday, August 9, 2012

Dato' Siti Nurhaliza Test Lesen Memandu JPJ

Korang nak tengok macam mana rupa Dato' Siti Nurhaliza test lesen memandu ? Meh aku bagi korang tengok..huhu...enjoy....!!!






Sumber : Fanpage JPJ Pahang

Dulu aku kerja kat JPJ Kuantan. Sekarang dah bertukar..hehe

Mase ni dia test dekat Jelapang, Temerloh Pahang.

p/s: "Cute Siti Bawak Motor kan =) "

Wednesday, August 8, 2012

Gigi Maria Elena Kuning ?


Search Keywords yang sungguh pelik untuk hari ini.

Aku tak tahula apa motif sebenar bagi modus operandi beliau.

Nak tengok sangat gigi Si Maria Elena kuning ke ? Nape plak cari kat blog aku ?

Carilah kat belog "Peliks" tu ha tuan dia. hahaha...

Setahu aku dia seorang blogger yang sentiasa gosok gigi. Ke aku salah ?

Sis Magia anda tolonglah jawab sendiri boleh ? I konfuis dalam dilema dah.

p/s : =)

Senggugut ? Cubalah Penawar Ini

Salam semua. Sihat ? Lama aku tak berupdate blog rupanya. Kali ni untuk para wanita pulak. Tapi lelaki yang bergelar suami pun boleh baca jugak..sape-sape jelah..

Korang selalu tak senggugut time period or datang bulan ? Aku sejak kawin ni boleh kata tiap bulan senggugut. Sakit tak dapat nak cakaplah. Tuhan je yang tahu. Masa belum kawin dulu tak penah pulak aku kena senggugut. Memang pelik bin ajaibla kan. Tapi semua kuasa Allah swt siapa yang tahu. 

Baru hari ini aku tahu punca sebenar senggugut itu. Maka aku nak share dengan korang akan penawarnya. Sebab aku nak cuba ikhtiar. Memandangkan senggugut aku tahap melampau sampai aku tak boleh bangun dan kaki aku kejang berjam-jam. Sakit sangat woiiii....


Baru aku tau ini kerja syaitan iblis laknatullah...hampeh...

Jom kita cuba ye. Mane tahu nanti sembuh sakit kita. Yelah bulan lepas aku period kena senggugut yang sakit teramat sangat-sangat (sakit betullah tu). Lepas tu aku rase macam ade benda nak keluar. Aku pegi bilik air nak kencing. Sekali keluar seketul daging sebesar tapak tangan. Korang cuba bayangkan daging besar tapak tangan ? Besar ke tak ? patutlah sakit melampau-lampau..

Dan kawan aku cakap kalau perempuan yang dah kawin senggugut payah nak dapat anak. Sebab tu kena sembuhkan dulu sakit tu..mungkin jugak..ermm..

En. suami aku jugak jadi mangsa tolong urutkan perut aku ni. Aku memang respect dia sebab penyabar betul. Jenis aku kalau sakit aku akan maki hamun orang..hahaha...memang dia jadi mangsala...

Aku cakap "Abang ni senang je cakap sabar-sabar. Yang tanggung sakitnya sayang !!!"

Kesian dia. Tapi lepas tu aku minta ampun balik. Kang tak pepasal diiktiraf isteri durhaka. Neraka jahanam tempatnya..huhu..tak nak...

Pasni nak beli madu kat kedai depan tu..bye..