Monday, March 5, 2012

Patutkah Aku Persoalkan ?


Allah SWT mengurniakan aku akal yang waras. Namun jujur aku katakan dahulunya aku sering persoalkan kenapa itu dan kenapa macam ni. Aku tidak pertikaikan segala kejadian ciptaan Tuhan. Cuma yang selalu aku persoalkan bagaimana semua ini boleh terjadi.

Contohnya macam mana Tuhan ciptakan langit yang biru. Aku sering mendongak keatas dan memerhatikan betapa indahnya biru langit terbentang luas. Aku pernah menonton dokumentari mengenai angkasawan berlepas ke angkasa. Tapi aku tak nampak pun mereka melintasi langit warna biru itu. Tau-tau je dah ada kat angkasa dan langit sudah tukar warna hitam.

Bagaimana ini terjadi ? persoalan demi persoalan. Tidak juga aku jumpa jawapan. Aku cuba cari dalam internet juga tidak jumpa jawapannya. Aku tanya kawan-kawan. Jawapannya menghampakan aku. Aku tak berani tanya orang alim. Khuatir akan disalah anggap pula. Aku mula membaca Kitab Tafsir Al-Quran. Jawapannya...? syhhhh...

Mungkin aku tak patut mencari itu. Tapi bila aku tidak ketemu jawapannya, aku sedar yang mungkin aku tak patut mempersoalkan. Kerana ia boleh jadikan aku gila.

Ini diluar kewarasan akal manusia. Kerana manusia hanyalah makhluk ciptaan-Nya. Kebijaksanaan kita tidak akan sama dengan Yang Maha Bijaksana. Kalau langit yang biru selalu kita lihatpun, aku buntu fikirkan. Inikan pula 6 lagi lapisan langit diatas sana.

Jangan aku tanya lagi bagaimana ia terjadi. Itu semua rahsia Allah SWT. Biarkanlah ia menjadi rahsia sehingga Hari Kebangkitan Abadi. Makanya jangan aku persoalkan lagi rahsia Tuhan yang tidak akan sampai dek kewarasan akalku. Ternyata ianya terbatas...

p/s : "Dah 3 bulan aku baca & cuba fahami Kitab Tafsir Al-Quran..tapi baru semalam aku habiskan bab Surah An Nissak yakni perempuan-perempuan..Insyaallah aku akan berusaha habiskan jua"