Thursday, June 28, 2012

Designer Collection By COSWAY

Lama tak ber"update" blog ni..bak kata LdySunshine...kekurangan idea dan kebuntuan pemikiran lah akak..hehe...

Kalau post yang lepas aku bercerita produk MaryKay yang aku pakai..tapi kali ni produk lain pulak boleh ?

Pasti ramai yang tahu produk Designer ini kan. Inilah pilihan aku. Wangian yang sebenarnya menjadi kan seperti aku wanita dambaan aaaaaaaa.........tak nak sebut lah..jap lagi ada fikir lucah pulak...hahaha...

Dan semestinya yang lebih digemari ialah Designer Collection R Series....



Tengok tu..sweet nya pink kan...Aku bukanlah pencinta pink sebab aku suka warna yang terang seperti warna merah, kuning, oren...kalau biru dan hijau pun nak yang terang jugak...

Bau wangi produk ni buat aku "jatuh cinta kali pertama banyak kali"...emmm camne tu ya....?

Terutama Hand & Body Lotion aku memang suka pakai....everyday lah jugak..nak tidur pun pakai...suami aku pun suka baunya...dia cakap aku wangi sokmo...yela kang busuk bau longkang mesti dia taknak dekat dengan aku....

Ini antara koleksi yang ada dalam R Series....


Harga produk ini pun berpatutan. Kira mampulah beli. Nak beli yang mahal harga ratus ratus tu kena tengok "Belanjawan Negara" dulu...jap g kalau main beli je ikut nafsu tengah bulan ada makan maggi laki bini...hahaha...

Apa pun "This Is Best Bro" trademark Nabil dalam Maharajalawak...lain kali aku cerita produk lain pulak yang aku suka pakai okey...tataaaa....

Friday, June 22, 2012

5 Bandar Paling Popular Di Dunia Tahun 2012

Antara bandar yang menjadi tumpuan pelancong dunia pada tahun ini.

Istanbul   

Singapura

Bangkok

Paris
London

Bangunan Paling Unik Di Dunia



Di Malaysia ada tak bangunan yang unik rekabentuknya?

Makin Ramai "Tukang Karut" Dalam Politik


Bila menjelang pilihanraya mulalah ramai buat kerja part-time jadi "Tukang Karut". Kes yang tak pernah diungkit tiba-tiba wujud. Ajaib betul "Tukang Karut" tu ye. Pandai buat lawak bangang. Dalam surat khabar cerita itu ini. Dalam internet fitnah sana sini. Macamlah korang betul sangat.

Dua-dua sama jelah. Buatlah kempen ikut suka korang. Yang aku nak tengok jangan korang tipu duit rakyat sudahlah.

Manifesto tu jangan lupa realisasikan. Bukannya wujud bila masa PRU je. Dah tamat PRU manifesto jangan terus simpan dalam stor kat rumah. Jangan pulak buat bungkus nasi lemak ye. Jap lagi rakyat mengamuk jadi "Hantu Kak Limah Balik Rumah" barulah terhegeh-hegeh nak tunaikan. Tak kiralah parti mana pun. Biru, hijau merah gasak.

p/s: "Dia perlukan kita time pilihanraya je. Tapi kita perlukan dia setiap masa. Kalau dia tunjuk eksen dengan kita, RIJEK je. Susah apa. Ikut suka kitalah nak pangkah dia ke tak. Kan ?"

Friday, June 15, 2012

SEGMEN JOM BIKIN FILEM Bersama Mak Dara

Mak Dara buat segmen ni...Andai aku pengarah filem....aku akan buat filem ini.........


Tajuk filem aku ialah MALBAT bermaksud Malaysian Batalion. Iaitu sebuah filem aksi berkisarkan perjuangan tentera malaysia yang dihantar ke negara asia barat yang sedang bergolak iaitu Afghanistan. Masa tu lepas berlaku peperangan antara pihak tentera Amerika & Pejuang Taliban. Tentera Malaysia dihantar kesana sebagai tentera pengaman.

Pelakon utama aku nak pilih Remy Ishak.. Sebab dia ada ciri-ciri ketenteraan yang aku nak. Cewah ! Watak Utama Remy Ishak dalam filem aku ni sebagai Kapten Ramzi. Sebelum join tentera dia seorang budak yang pendiam & taat pada ibu bapa. Lepas abis blaja di universiti, Ayah dia suruh jadi guru sebab ayahnya juga seorang guru. Namun Ramzi punya hasrat untuk join tentera kerana cintakan negara. Dia tak mahu jadi guru. Kebetulan pihak kementerian pertahanan ada buka pengambilan untuk rekrut pegawai kadet tentera. Ramzi dalam diam pergi temuduga tersebut dan berjaya terpilih. Bila ayahnya dapat tahu je terus mengamuk. Ramzi yang selalunya patuh kata ayah, kini dia berdegil. Dia pergi jugak walaupun tanpa restu orang tua.

Masa dalam rekrut macam2 cabaran dia kena tempuh. Kena buli dengan jurulatihnya iaitu Eman Manan yang membawa watak Mejar Syukri. Jurulatih ini seorang yang garang dan kejam. Masa dalam rekrut Ramzi ada kawan baik iaitu Shahiezy Sam yang membawa watak Khairul. Tapi jurulatih gelarkan khairul sebagai Pok Chek. Sebab Khairul asal kelantan, pastu paling kecik antara geng dia dan paling riuh skali mulutnya serta seorang yang kelakar. Hahaha...

Bila dah abis rekrut masing-masing mulakan tugas di tempat yang diarahkan. Selepas 2 tahun keje, Ramzi diberi arahan oleh orang atas untuk dihantar bertugas ke Afghanistan sebagai tentera pengaman dalam Misi MALBAT. Mulanya Ramzi memang berat hati nak pergi tapi sebab tugas terpaksa akur. Ramzi balik kampung mintak restu orang tua sebelum kesana. Tapi ayah dia masih lagi marah dan tak mahu pandang pun muka Ramzi masa dia salam & cium tangan ayahnya.

Bila dah sampai di maskas MALBAT Afghanistan, biasalah sesi suai kenal dengan pegawai tentera disana. Ketua tertinggi dalam misi tersebut ialah Rosyam Nor yang membawa watak Leftenan Kolonel Badrul. Seorang yang tegas dan serius. Bersama Ramzi menyertai misi itu ialah Zulhuzaimi memegang watak Faizal, Hans Isaac memegang watak Adam dan Johan Ashaari sebagai Roslan. Masing-masing berpangkat Kapten. Masa bertugas disana Faizal & Roslan kawan baik. Mereka memang tak suka pada Ramzi dan sentiasa iri hati pada Ramzi. Tak tahulah kenapa. Adam pulak baik dengan Ramzi.

Satu hari mereka berempat mendapat arahan dari Leftenan Kolonal Badrul supaya menjalankan tugas risikan di suatu kawasan pendalaman. Mereka pergi dengan menaiki land rover dan bila tiba satu kawasan gurun, mereka diserang pejuang kerana pejuang tu ingat mereka tentera Amerika. Tembak menembak, bom meletup sana sini. Adam terkorban dalam serangan. Roslan dan Ramzi tercedera kerana terkena tembakan. Faizal memapah Roslan untuk menyelamatkan diri. Ramzi ditinggalkan kerana pejuang-pejuang tersebut meluru kearah mereka. Dan menikam Ramzi bertubi-tubi. Bila pejuang itu semua beredar, sekumpulan saudagar yang menaiki unta lalu disitu dan terjumpa Ramzi. Salah seorang saudagar itu turun dan memeriksa yang Ramzi masih hidup. Mereka membawa Ramzi ke perkampungan mereka untuk dirawat.

Ramzi dibawa tinggal bersama Pakcik Hassan iaitu salah seorang penduduk kampung disitu. Pakcik Hassan punya seorang anak gadis bernama Mardiyah. Watak Mardiyah dilakonkan oleh Maya Karin. Seorang yang lembut, pemalu serta anak yang taat pada ayahnya. Pakcik Hassan & Mardiyah yang merawat Ramzi hingga sembuh.

Ramzi mula sukakan Mardiyah kerana ketulusan hatinya. Perasaan cinta mula berbunga antara mereka. Pakcik Hassan juga tidak membantah hubungan Ramzi & anaknya. Semakin hari Ramzi semakin pulih. Tapi ada dikalangan penduduk kampung itu menjadi tali barut pejuang tersebut. Mereka menghantar maklumat kepada kumpulan mereka akan kewujudan orang luar iaitu Ramzi di kampung tersebut.

Pada suatu malam, kumpulan pejuang itu menyerbu rumah Pakcik Hassan dan mengugut dan memukul supaya menyerahkan Ramzi kepada mereka. Pakcik Hassan telah terlebih dahulu menyuruh Mardiyah menyembunyikan Ramzi di belakang rumah mereka. Pakcik hassan yang enggan beri kerjasama mati ditembak kumpulan pejuang. Mardiyah tidak dapat menahan sebak lalu menangis ketika mengintai pejuang itu membunuh ayahnya. Tindakannya itu  disedari oleh salah seorang dari kumpulan tersebut lalu mereka berdua ditangkap. Ramzi terpaksa bertarung dengan kumpulan tersebut demi mempertahankan Mardiyah dari dibunuh. Ramzi rampas senjata M16 milik kumpulan itu lalu membawa Mardiyah lari. Berlaku adegan tembak menembak.

Tiba-tiba satu das tembakan mengenai belakang Mardiyah. Masa tu part memang sedihlah. Mardiyah yang berlumuran darah menyuruh Ramzi tinggalkan dia dan menyelamatkan diri. Ramzi tak mahu tapi dipaksa oleh Mardiyah. Akhirnya Mardiyah menghembuskan nafas yang terakhir. Ramzi memeluk erat Mardiyah dan menangis. Lalu diangkat mayat Mardiyah dan menyelamatkan diri dari serangan kumpulan pejuang itu. Ramzi berjalan digurun sambil membawa mayat Mardiyah. Lalu ditanamnya disitu. Tentera Malaysia yang selama ini mencari Ramzi akhirnya menjumpainya di kawasan gurun itu.

Ramzi dibawa pulang ke markas MALBAT. Namun keadaannya seperti orang yang putus asa. Leftenan Kolonal Badrul memberikannya semangat kembali untuk meneruskan misi itu. Faizal & Roslan yang dahulunya tidak suka pada Ramzi kini sudah berubah. Mereka meminta maaf kepada Ramzi atas kesilapannya sewaktu mereka diserang dulu. Ramzi, Faizal & Roslan akhirnya menjadi kawan.

Kumpulan pejuang tersebut tidak berpuashati selagi tidak dapat membunuh Ramzi. Lalu mereka merancang untuk menyerang Markas MALBAT. Suatu malam markas itu diserang. Berlaku petempuran antara kumpulan pejuang dengan tentera Malaysia. Tentera Malaysia sehabis mungkin mempertahankan markas. Apakah kesudahan kisah filem ini.....? Tunggu bila aku jadi pengarah filem & ada bajet juta-juta untuk bikin filem ye...ingat buat filem main dua posen ke?....

Kepada Mak Dara maaflah kalau saya terlebih sudah...ni bukan segmen dah ni..ni namanya review syok sendiri...hahahahaaaaaaaaaaaaaaa................

Buat yang sudi baca entry panjang aku terima kasih banyak2....sian korang kering tekak baca entry aku kan....

Sapa nak join segmen ni KLIK SINI .......bye.........

Wednesday, June 13, 2012

Lelaki Juga Obses Untuk "CANTIK"


Selalunya "Cantik" kita akan kaitkan dengan wanita. Namun pada zaman serba urban sekarang, kaum lelaki juga tidak ketinggalan mahu "Cantik". Lelaki "CANTIK" ? Lelaki "NYAH" ke? Bukanlah..

Aku saja guna perkataan cantik untuk lelaki kerana cantik itu subjektif. Tidak ada hukum hakam alam didunia ini mewajibkan perkataan cantik hanya untuk wanita. Cuma mentaliti majoriti dari masyarakat kita akan kata "Oh Cantik Hanya Untuk Wanita".

Apa itu Lelaki Cantik ? Lelaki cantik ialah lelaki yang menjaga penampilan dirinya. Namun ada juga lelaki mempunyai sifat terlalu obses untuk kelihatan "CANTIK". Buktinya lihatlah iklan-iklan dimedia cetak & elektronik. Produk penjagaan diri wanita dan lelaki kini seimbang. Kalau dahulu produk kecantikan muka hanya untuk wanita. Model iklan juga wanita. Namun kini produk tersebut juga dikeluarkan untuk lelaki dan modelnya ofcouselah lelaki. Takkan pompuan pulak....

Kan Dah Kata Lelaki Juga "CANTIK"


Permintaan yang tinggi dikalangan lelaki menjurus kepada pengeluaran produk penjagaan diri untuk mereka. Tapi memanglah tak salah kalau lelaki gunakan produk perempuan. Cuma kang ada pulak orang sangka buruk. Contohnya " Eh Leman, gua tengok lu kacak betul skang. Lu pakai susuk ke?!!....Pastu Leman jawab " Taklah. Gua guna "Fair & Lovely" je. Putih gebu kulit gua..." Okey mana yang tak sporting tu memang akan gelak berdekah-dekahlah kat leman kan.

Sebab tulah ada produk Nivea for men, SG Men ..macam-macamlah...Lagipun jenis kulit lelaki dengan wanita kan berbeza...Kulit lelaki agak kasar sikit. Kulit perempuan lembut. Tapi kalau kulit jantan pun lembut aku rasa dia suntik botok ngan kologen tu...haha...

Yang penting kalau Lelaki 'CANTIK' itu selalunya Lelaki Maskulin. Yeke ?...hee...

Obses atau tidak itu terpulang pada individu. Cuma yang obses ni terlalu sangat menjaga penampilannya. Kalau jantan tu lalu depan awek-aweks konfem kontrol kacak. Bajet macam dia lah lelaki paling kacak dalam Malaya...kalah Aaron Aziz...

Apapun obses cantik bukan untuk wanita saja, malah lelaki pun sama. Semua orang mahu cantikkan ? Saya mahu, anda mahu, mereka juga mahu. Ada ke yang tak mahu "CANTIK"????

Maso mudo dulu eden "CANTIK" bonar. Kalah Brad Pit....

Farida Waller Ratu Cantik Thailand 2012

Farida Waller telah dilahirkan di Natpimol Natthayalak, Thailand. Anak berdarah kacukan Thailand-Australia telah dinobatkan Ratu Cantik Thailand 2012. Acara kemuncak Pertandingan Ratu Cantik Thailand telah diadakan di Siam Pavalai Royal Grand Theater. Farida Waller akan mewakili negaranya dalam Pertandingan Ratu Cantik Dunia yang dijangka akan berlansung penghujung tahun ini.



Beliau telah menerima 1 juta hadiah wang tunai, barang kemas, satu jenama baru Toyota Prius dan banyak lagi.




  P/S : "Biar Muka Macam Cartoon, Janji Perangai Sopan Santun"

Monday, June 11, 2012

Blogger Paling Popular Di Singapura

Singapura atau nama jolokannya "Kota Singa" memang terkenal dengan pusat pelancongannya. Namun negara itu juga mempunyai seorang blogger yang sangat popular disana. Blogger XiaXue atau nama sebenarnya Wendy Cheng. Jumlah pageview sehari Blog XiaXue ialah 40,000. Bayangkan betapa popularnya dia kan. Fanpage XiaXue pun sudah melepasi 90,000 orang yang LIKE di Facebook. Kalau blogger - blogger popular di Malaysia ada tak pageview sehari macam blog XiaXue ni...heehee...Tak mustahil blogger kita akan ada yang setanding dengan dia nanti..ke dah ada?....Jom layan gambar dia...

Sumber : Blog XiaXue




Friday, June 8, 2012

Fatin Liyana Layak Masuk ABPBH ?

Tak payah sebutlah nama blogger popular tu. FL, FL, FL...si Fatin Liyana dah memang retis sangat satu malaysia. Kalaulah para blogger ni boleh dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular..Rasanya Aaron Aziz pun konfem kalah. Tapi tak dapatlah lawan Dato' Siti Nurhaliza. Dia lagi ramai fan. Kalau fanclib tu entah berapa puluh ada kat facebook agaknyalah...

Aku baru je buat entry pasal PANAS ! Fatin Liyana Dalam Ebook Seks ? bulan Mei lepas..Dan pageview nan hadoi...bagi aku agak banyaklah kan...yelah blogger ciput cam aku ni sapelah nak kesah...hehe..

Tuu diaaa !...Pageview bukan main lagi...yelah mungkin pada korang tak heran sebab pageview 1 entry ribu riban...tapi aku ni jadi jakun lah sebab first time dapat gini...

Betullah cakap Blogger Hasrul Hassan...buat entry pasal orang glamer konfem traffic canak canak naik...

Aku pulak memang peminat si FL...eh tapi aku pun suka jugak sorang Fatin ni....FS or Fatin Suhana...

Tak percaya baca entry JIWA KACAU TENGOK 2 FATIN !!!

Alala...Kenapalah kamu berdua cantik & cun melecun ye...melecur mata jantan tengok...

So Aku nak hantar cadangan kepada Berita Harian supaya bukak pencalonan blogger jugak...
Blogger pun bintang apa...macam selebriti jugak.... heee...peace.

Thursday, June 7, 2012

Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500


Syarat-syarat
- Follow blog miss z [nanti miss z akan follow korang balik]
- Letak header miss z dan linkkan ke entri ini
- Buat entri  bertajuk : Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500
- Nyatakan bilangan follower anda
- Pastikan follower blog anda KURANG daripada 500 orang
- tag kalau nak tak tapi pastikan diorang tahu :)
- hantar link entri anda ke ruangan komen
  Link entri BUKAN link BLOG
  hantar di ruangan komen entri ini BUKAN tempat lain
- Tamat segmen : 12 JUN 2012, Jam 10 pagi

Untuk join klik picture diatas...

Jemput Baca Entry Pilihan Saya

Aku buat list 7 entry pilihan aku. Entry ni yang lama punya. Masa baru-baru ada blog dulu. Harap kamu sudi baca ye. Menarik atau tidak terpulang pada penilaiaan kamu yang membacanya.



SELAMAT MEMBACA & ENJOY !


1. SUKA UNGKIT - MENGUNGKIT???

2. Ooppss!!! Cinta Kamu Terlarang....

3. Terasa Hati Lah Pulak!!!!

4. Memperkotak katikkan

5. Ahh !!!

6. Stail Photoshoot Idaman Ku !!! 

7. LOYA TEKAK DENGAN PICTURE CUMBU YOU !!!

 

 

 

Wednesday, June 6, 2012

Komen Pembaca Kualiti Vs Kuantiti. Pilihan Anda ?

Bila kita masuk blog popular seperti Fatin Liyana, beratus-ratus komen yang ada untuk satu entry blog dia bukan. Tapi itu sekarang. Dulu masa dia mula-mula bergelar blogger pun, komen pembaca taklah segempak sekarang. Ada jugak entry dia yang tiada komen dari pembaca. Tapi bukan bermakna tiada komen tiada orang yang baca entry itu ye.

Sama juga macam kita. Terutama blogger baru seperti aku ni. Buatlah entry sebagus mana pun, komennya hanyalah pembaca setia. Terima kasihlah kepada yang sudi komen entry aku selama ni. hahaha....

Aku pernah buat entry Jangan Mengharap Komen Pembaca dulu. Tapi sebenarnya komen juga penting untuk bantu kita menilai kelemahan bagi setiap hasil penulisan. Cuma bila berblog ni kenalah bersedia menerima kritikan yang agak pedas dan kurang enak didengar.

Walaupun aku baru berblog, tapi aku juga pernah menerima komen yang kurang menyenangkan. Aku cuma buat entry pasal rukun negara sempena hari merdeka. Tapi disalah tafsir oleh anonymous yang mensabitkan hukum hudud pula. Apakadehal !!

Ada jugak orang yang pernah baca blog aku, lepas tu kutuk perli dalam facebook dia. Tapi aku telan jugak. Jika komen  itu positif walaupun ayatnya kasar, tak salah untuk kita pertimbangkan. Jika komen negatif dan kita rasa ia buang masa untuk difikirkan, abaikan sajalah.

Komen beribu riban memanglah kita suka. Itu menunjukkan mereka suka baca isi blog kita. Tapi nak jumpa komen yang betul-betul berkualiti ni memang susah.

Bagi aku kualiti atau kuantiti, aku tak kisah. Yang penting orang suka baca blog aku. Itu sudah cukup. Taknak komen pun takpelah. Tiada syarat wajib pun bila baca blog kena komen. Hee..ok bye..

Pencen Menyanyi ?

"AMARAN : Entry tidak bergambar. Jika suka sila baca. Jika tidak suka sila pangkah tetingkap blog"



HOLA ! Pagi yang ceria..eceh padahal kat ofis keje belambak. Nampak sangat mengular dalam internet kepunyaan pejabat. Biasalah aku ni nak tenangkan fikiran yang serba serbi tension. Aih pagi-pagi buta dah tension. Spekulasi yang sungguh kolot...

Minggu lepas balik rumah mak. Lepaskan rindu kesumat seorang anak yang rasis dan penuh kepura-puraan. Aku pun tak faham nak buat ayat sebenarnya. So main bantai jela ye. Sian korang yang membaca...ahhh gasak !

Mak aku ni sekarang tabiat baru dia hari-hari pasang radio PahangFM. Pelik jugaklah bonda tercinta yang aku kenal dulu suka sangat HOTFM. Tapi kini sejak umur sudah 50-an tukar siaran pulak dia. Faktor umurlah tu...

Mak aku suruh masuk pertandingan menyanyi lagu P.Ramlee kat Kuantan minggu depan. Aku pelik jugak kenapa mak aku ni beriya suruh masuk pertandingan tu?..

Takkan dia tak tahu yang anak dia ni dah pencen awal dari masuk apa-apa pertandingan nyanyian. Dulu masa zaman belajar memanglah aktif..tapi sejak kawin ni suami aku kurang izin lah...

Mak aku siap cakap "Along kau masuklah pertandingan nyanyi lagu P.Ramlee tu..mak jamin kau akan menang"....hamboih mak aku...penuh confident anak dia ni akan menang..

Aku tanya jugak suami aku malam tadi pasal hasrat mak aku tu..tiba-tiba suami aku cakap masuk jelah...

Yoyo ooo la suami aku tu...kang time nak pegi mulalah seribu alasan diberi supaya aku tak dapat pergi...

Baik aku teruskan pencen nyanyi aku ni kan...heehee...

Tuesday, June 5, 2012

My Anniversary Wedding ... Apa Patut Buat ?


Ulangtahun perkahwinan aku dan suami semakin hampir. 18/6/2012 ini genaplah kami berkahwin selama 2 tahun. Tapi aku konfius nak sambut macam mana ya...

Aku cadang nak buat Photoshoot Outdoor dengan pakai baju pengantin balik dan bermekap..eceh nampak sangat aku je sebenarnya yang nak melawa..hahaha...

Tapi suami aku taknak pakai baju pengantin balik...cuma nak photoshoot outdoor je...pakai biasa biasa jelah dia nak....malu katanya...konon-kononla...heh tak sporting lansung...

Aku nak buat photoshoot outdoor sebab aku dan suami memang jarang sangat ada gambar bersama. Masa bercinta sebelum kahwin dulu tak pernah kita orang bergambar bersama macam pasangan lain..sebabnya tak tahulah kenapa...

Jadi sekarang yang ada hanyalah gambar kahwin kitaorang jelah...

Suami aku punya idea jugak ni...dia cakap "Kenapa kita takde gambar berdua yang biasa ye?..gambar kawin je ada...apakata kita tangkap gambar untuk tunjuk kat anak nanti nak tak sayang...?"

Aku angguk je sebab ok jugak idea tu...

So korang ada tak cadangan lain yang best-best lagi? 

Tapi tak mau la mahal sangat kos nya...tak mampu doo...

Atau ada tak mana-mana photographer yang sudi taja memoir photoshoot kami? Taja MUA dan Wardrobe ? hahaha...

Hamboih engkau...sume mintak taja...bajet retis ni....

Boleh tak? kesianla pada kami ni...2 tahun kawin takde anak lagi (orang lain kawin berpuluh tahun takde anak tak kecoh)...eh honeymoon pun tak penah pegi lagi tau...lepas kawin terus masing-masing keje...

p/s: "Sebarang cadangan sila hantarkan komen ye...heehee"

Friday, June 1, 2012