Wednesday, June 13, 2012

Lelaki Juga Obses Untuk "CANTIK"


Selalunya "Cantik" kita akan kaitkan dengan wanita. Namun pada zaman serba urban sekarang, kaum lelaki juga tidak ketinggalan mahu "Cantik". Lelaki "CANTIK" ? Lelaki "NYAH" ke? Bukanlah..

Aku saja guna perkataan cantik untuk lelaki kerana cantik itu subjektif. Tidak ada hukum hakam alam didunia ini mewajibkan perkataan cantik hanya untuk wanita. Cuma mentaliti majoriti dari masyarakat kita akan kata "Oh Cantik Hanya Untuk Wanita".

Apa itu Lelaki Cantik ? Lelaki cantik ialah lelaki yang menjaga penampilan dirinya. Namun ada juga lelaki mempunyai sifat terlalu obses untuk kelihatan "CANTIK". Buktinya lihatlah iklan-iklan dimedia cetak & elektronik. Produk penjagaan diri wanita dan lelaki kini seimbang. Kalau dahulu produk kecantikan muka hanya untuk wanita. Model iklan juga wanita. Namun kini produk tersebut juga dikeluarkan untuk lelaki dan modelnya ofcouselah lelaki. Takkan pompuan pulak....

Kan Dah Kata Lelaki Juga "CANTIK"


Permintaan yang tinggi dikalangan lelaki menjurus kepada pengeluaran produk penjagaan diri untuk mereka. Tapi memanglah tak salah kalau lelaki gunakan produk perempuan. Cuma kang ada pulak orang sangka buruk. Contohnya " Eh Leman, gua tengok lu kacak betul skang. Lu pakai susuk ke?!!....Pastu Leman jawab " Taklah. Gua guna "Fair & Lovely" je. Putih gebu kulit gua..." Okey mana yang tak sporting tu memang akan gelak berdekah-dekahlah kat leman kan.

Sebab tulah ada produk Nivea for men, SG Men ..macam-macamlah...Lagipun jenis kulit lelaki dengan wanita kan berbeza...Kulit lelaki agak kasar sikit. Kulit perempuan lembut. Tapi kalau kulit jantan pun lembut aku rasa dia suntik botok ngan kologen tu...haha...

Yang penting kalau Lelaki 'CANTIK' itu selalunya Lelaki Maskulin. Yeke ?...hee...

Obses atau tidak itu terpulang pada individu. Cuma yang obses ni terlalu sangat menjaga penampilannya. Kalau jantan tu lalu depan awek-aweks konfem kontrol kacak. Bajet macam dia lah lelaki paling kacak dalam Malaya...kalah Aaron Aziz...

Apapun obses cantik bukan untuk wanita saja, malah lelaki pun sama. Semua orang mahu cantikkan ? Saya mahu, anda mahu, mereka juga mahu. Ada ke yang tak mahu "CANTIK"????

Maso mudo dulu eden "CANTIK" bonar. Kalah Brad Pit....

3 comments:

LydSunshine said...

Lelaki yg jaga penampilan ni rasanya dipanggil Metro Sexual kalau tak silap. Antara saya dgn suami saya, suami saya lagi jaga kulit berbanding saya. Dia lagi beriya nak beli pencuci muka berbanding saya. Dia lagi pakai losyen lepas mandi. heheh dan saya selalu ejek dia lelaki metro sexual. Kalau omputih, biasa je guna perkataan beautiful untuk lelaki yg goodlooking. Cuma kat Malaysia je org tak gunakan perkataan cantik tu untuk lelaki.

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

tapi obses lelaki xsama ngan obses perempuan.. perempuan ni kadang2 sampai membahayakan diri sndiri sebab nk cantik je :P

Adylia Qarissa said...

lelaki cantik oauuuuummmm . tak hensem tak pe, asalkan kemas ;-)