Mak Dara buat segmen ni...Andai aku pengarah filem....aku akan buat filem  ini.........
Tajuk filem aku ialah MALBAT bermaksud Malaysian Batalion. Iaitu sebuah filem  aksi berkisarkan perjuangan tentera malaysia yang dihantar ke negara asia barat yang  sedang bergolak iaitu Afghanistan. Masa tu lepas berlaku peperangan antara pihak  tentera Amerika & Pejuang Taliban. Tentera Malaysia dihantar kesana sebagai  tentera pengaman. 
Pelakon utama aku nak pilih Remy Ishak.. Sebab dia ada ciri-ciri ketenteraan  yang aku nak. Cewah ! Watak Utama Remy Ishak dalam filem aku ni sebagai Kapten  Ramzi. Sebelum join tentera dia seorang budak yang pendiam & taat pada ibu  bapa. Lepas abis blaja di universiti, Ayah dia suruh jadi guru sebab ayahnya  juga seorang guru. Namun Ramzi punya hasrat untuk join tentera kerana cintakan  negara. Dia tak mahu jadi guru. Kebetulan pihak kementerian pertahanan ada buka  pengambilan untuk rekrut pegawai kadet tentera. Ramzi dalam diam pergi temuduga  tersebut dan berjaya terpilih. Bila ayahnya dapat tahu je terus mengamuk. Ramzi  yang selalunya patuh kata ayah, kini dia berdegil. Dia pergi jugak walaupun  tanpa restu orang tua.
Masa dalam rekrut macam2 cabaran dia kena tempuh. Kena buli dengan  jurulatihnya iaitu Eman Manan yang membawa watak Mejar Syukri. Jurulatih ini  seorang yang garang dan kejam. Masa dalam rekrut Ramzi ada kawan baik iaitu  Shahiezy Sam yang membawa watak Khairul. Tapi jurulatih gelarkan khairul sebagai  Pok Chek. Sebab Khairul asal kelantan, pastu paling kecik antara geng dia dan  paling riuh skali mulutnya serta seorang yang kelakar. Hahaha...
Bila dah abis rekrut masing-masing mulakan tugas di tempat yang diarahkan.  Selepas 2 tahun keje, Ramzi diberi arahan oleh orang atas untuk dihantar  bertugas ke Afghanistan sebagai tentera pengaman dalam Misi MALBAT. Mulanya  Ramzi memang berat hati nak pergi tapi sebab tugas terpaksa akur. Ramzi balik  kampung mintak restu orang tua sebelum kesana. Tapi ayah dia masih lagi marah  dan tak mahu pandang pun muka Ramzi masa dia salam & cium tangan  ayahnya.
Bila dah sampai di maskas MALBAT Afghanistan, biasalah sesi suai kenal dengan  pegawai tentera disana. Ketua tertinggi dalam misi tersebut ialah Rosyam Nor  yang membawa watak Leftenan Kolonel Badrul. Seorang yang tegas dan serius.  Bersama Ramzi menyertai misi itu ialah Zulhuzaimi memegang watak Faizal, Hans  Isaac memegang watak Adam dan Johan Ashaari sebagai Roslan. Masing-masing  berpangkat Kapten. Masa bertugas disana Faizal & Roslan kawan baik. Mereka  memang tak suka pada Ramzi dan sentiasa iri hati pada Ramzi. Tak tahulah kenapa.  Adam pulak baik dengan Ramzi. 
Satu hari mereka berempat mendapat arahan dari Leftenan Kolonal Badrul supaya  menjalankan tugas risikan di suatu kawasan pendalaman. Mereka pergi dengan  menaiki land rover dan bila tiba satu kawasan gurun, mereka diserang pejuang  kerana pejuang tu ingat mereka tentera Amerika. Tembak menembak, bom meletup  sana sini. Adam terkorban dalam serangan. Roslan dan Ramzi tercedera kerana  terkena tembakan. Faizal memapah Roslan untuk menyelamatkan diri. Ramzi  ditinggalkan kerana pejuang-pejuang tersebut meluru kearah mereka. Dan menikam  Ramzi bertubi-tubi. Bila pejuang itu semua beredar, sekumpulan saudagar yang  menaiki unta lalu disitu dan terjumpa Ramzi. Salah seorang saudagar itu turun  dan memeriksa yang Ramzi masih hidup. Mereka membawa Ramzi ke perkampungan  mereka untuk dirawat.
Ramzi dibawa tinggal bersama Pakcik Hassan iaitu salah seorang penduduk  kampung disitu. Pakcik Hassan punya seorang anak gadis bernama Mardiyah. Watak  Mardiyah dilakonkan oleh Maya Karin. Seorang yang lembut, pemalu serta anak yang  taat pada ayahnya. Pakcik Hassan & Mardiyah yang merawat Ramzi hingga  sembuh.
Ramzi mula sukakan Mardiyah kerana ketulusan hatinya. Perasaan cinta mula  berbunga antara mereka. Pakcik Hassan juga tidak membantah hubungan Ramzi &  anaknya. Semakin hari Ramzi semakin pulih. Tapi ada dikalangan penduduk kampung  itu menjadi tali barut pejuang tersebut. Mereka menghantar maklumat  kepada kumpulan mereka akan kewujudan orang luar iaitu Ramzi di kampung  tersebut. 
Pada suatu malam, kumpulan pejuang itu menyerbu rumah Pakcik Hassan dan  mengugut dan memukul supaya menyerahkan Ramzi kepada mereka. Pakcik Hassan telah  terlebih dahulu menyuruh Mardiyah menyembunyikan Ramzi di belakang rumah mereka.  Pakcik hassan yang enggan beri kerjasama mati ditembak kumpulan pejuang.  Mardiyah tidak dapat menahan sebak lalu menangis ketika mengintai pejuang itu  membunuh ayahnya. Tindakannya itu  disedari oleh salah seorang dari kumpulan  tersebut lalu mereka berdua ditangkap. Ramzi terpaksa bertarung dengan kumpulan  tersebut demi mempertahankan Mardiyah dari dibunuh. Ramzi rampas senjata M16  milik kumpulan itu lalu membawa Mardiyah lari. Berlaku adegan tembak  menembak.
Tiba-tiba satu das tembakan mengenai belakang Mardiyah. Masa tu part memang  sedihlah. Mardiyah yang berlumuran darah menyuruh Ramzi tinggalkan dia dan  menyelamatkan diri. Ramzi tak mahu tapi dipaksa oleh Mardiyah. Akhirnya Mardiyah  menghembuskan nafas yang terakhir. Ramzi memeluk erat Mardiyah dan menangis.  Lalu diangkat mayat Mardiyah dan menyelamatkan diri dari serangan kumpulan  pejuang itu. Ramzi berjalan digurun sambil membawa mayat Mardiyah. Lalu  ditanamnya disitu. Tentera Malaysia yang selama ini mencari Ramzi akhirnya  menjumpainya di kawasan gurun itu.
Ramzi dibawa pulang ke markas MALBAT. Namun keadaannya seperti orang yang  putus asa. Leftenan Kolonal Badrul memberikannya semangat kembali untuk  meneruskan misi itu. Faizal & Roslan yang dahulunya tidak suka pada Ramzi kini sudah  berubah. Mereka meminta maaf kepada Ramzi atas kesilapannya sewaktu mereka  diserang dulu. Ramzi, Faizal & Roslan akhirnya menjadi kawan.
Kumpulan pejuang tersebut tidak berpuashati selagi tidak dapat membunuh  Ramzi. Lalu mereka merancang untuk menyerang Markas MALBAT. Suatu malam markas  itu diserang. Berlaku petempuran antara kumpulan pejuang dengan tentera  Malaysia. Tentera Malaysia sehabis mungkin mempertahankan markas. Apakah  kesudahan kisah filem ini.....? Tunggu bila aku jadi pengarah filem & ada  bajet juta-juta untuk bikin filem ye...ingat buat filem main dua posen  ke?....
Kepada Mak Dara maaflah kalau saya terlebih sudah...ni bukan segmen dah  ni..ni namanya review syok sendiri...hahahahaaaaaaaaaaaaaaa................
Buat yang sudi baca entry panjang aku terima kasih banyak2....sian korang  kering tekak baca entry aku kan....
Sapa nak join segmen ni KLIK SINI .......bye.........

4 comments:
Wah...ada bakat jadi penerbit/pengarah filem ni...hehe...nape x pilih Adi Putra lagi mantap kot :)
waduh..pas wat entry ni bru teringat adi putra..tp xpela ske remy ishak lg...hehe
wah ... siap ade sinopsis lagi ye sis... saya wat poster je... xreti nk krang2 cter ni :)
Hahaha.... serius best cerita ni. Kretipnya awk karang cerita. Tapi pakcik hassan tu org Melayu atau org Afgan?
Alaa... apsal Adam mati. Cedih kiter. Adam hensem.
Post a Comment