Friday, September 30, 2011

Dari Gaji 3 Lapis Ke Gaji 1 Lapis Sektor Awam? Siaplah Harga Barang Naik Berlapis-Lapis !!

Gaji satu lapis sektor awam diwujud semula, naik hingga 40 peratus





Oleh G Manimaran
KUALA LUMPUR, 30 Sept — Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus.
Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”.
Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek).
“Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu.
Minggu lalu, The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum.
Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.
Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Satu sumber berkata, “langkah ini (memperkenalkan sistem saraan baru) juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred.”
“Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat,” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB.
Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu.
“Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak menjadi kenyataan.
“Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam ... kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700, bergantung pada skim dan gred masing-masing,” kata sumber itu sambil menambah, maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan.
“Kalau dari segi peratusan, kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus, mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus,” kata sumber itu lagi.
Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan.
SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam.
SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar, menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai kuota.
Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi. Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali lagi membawa kepada kontroversi.
The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini, yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991.
Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.
Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.
Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini.
Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa.
Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

Sumber : YAHOO

P/S : Alhamdulillah..kalau betullah kan..tapi jangan harga barang naik berlapis-lapis dahla ye..^__^

Wednesday, September 28, 2011

Istimewa Buat Intan Baizura...

Entry kali ni aku tuju khas untuk kawan aku yang sangat gojes...Yes she is beautiful girl !
Her name is Intan Baizura. Dia kawan aku masa kerja kat JPJ Kuantan dulu..2 tahun jugak aku kerja kat sana. Aku start kenal Intan masa mula-mula dia posting dari Putrajaya ke office aku kat Kuantan. Awal tahun 2009. Firstday Intan lapor diri dan kita orang berkenalan. Mula-mula aku terpandang wajah Intan je, dalam hati aku terus cakap "WOW!!! Lawanya budak ni"..series ok Intan memang cantik..secantik namanya...

Intan ni punya perangai gila-gila & nakal sikit..nampak cam perempuan yang sopan & kemelayuan je..tapi rupanya hampeh. Dialah kaki sorok kasut atau barang orang & suka pedajalkan orang. Hahahahha...

Peristiwa yang aku tak boleh lupa masa Intan pedajalkan aku..Masa tu aku tak kawin lagi..single mingle lagi ok..anak dara youuuu..tapi dah kena chup dengan Pakwe Kintan dah masa tu..

Aku keluar makan dengan Intan & officemate aku sorang lagi namanya Kak Nunu..opsss silap..Kak Nurul...
Kita orang bertiga keluar time rehat. Singgah kejap kt Watson. Kak nurul nak beli barang apa tah.. Tiba-tiba si budak Intan ni tarik aku kat satu rak ni.. Dia pun mula la temberang aku macam-macam..Intan ambik satu kotak ni..cantik jugak kotak tu. Warna-warni tau..gambar love-love..

Dia cakap tu bedak compact. Bedak tu ok lah, elok lah. Dia cakap skang dia pakai bedak tu..haishhh macam-macamlah aku kena kencing dengan budak ni...Aku ni lurus bendul sikit..Intan cadang kat aku suruh beli..Aku memang dah pegang kotak tu dah..tinggal nak pergi bayar je..

Pastu aku tengok lah cashier kat kaunter tu dok senyum-senyum pandang aku..Cashier tu lelaki..Yang Kak Nurul ni aku pelik jugak..duduk jauh-jauh dari aku..pastu tahan gelak..Aku lagi bertambah heran ngan kelakuan budak-budak ni..Aku pun tengok jenama kotak yang dikatakan 'Bedak' tadi...Tulis kat kotak tu "LOVE BOX"..aku pelik tak pernah dengar pun jenama ni...Aku pun apa lagi tengok lah balik rak aku amik Love Box tu...Sekali jeng...jeng...jeng...aku terpandang perkataan "CONDOM" kat kotak Love Box tu..."Ha kondom ? terus aku jerit kat Intan....

"Kuang ajar kau intan"!!!....kau kenakan aku...natang tol....!!!hahahha..... terus Intan & Kak Nurul lari keluar sambil gelakkan aku..yang budak laki cashier tu plak ngelepor sukakan aku...korang bayangkan aku dah nak bayar tau tak...Malu giler sehhhhhhhhh!!!!!...Ha tapi tulah kenangannya..Aku tak boleh lupa kejadian tu tau..sampai sekarang aku ingat lagi...Kalau imbas balik aku mesti akan gelak sorang-sorang..tapi takla sampai tahap gila...banyak lagi kenangan aku dengan kawan-kawan ni yang aku tak dapat lupa..dan yang ni salah satunya..

Sekarang aku dah kat office yang baru..posting ikut suami tersayanglah katakan. Rindu plak kat kawan-kawan office lama..Tapi 24/9/2011 baru ni Intan dah kawin tau..dah jadi isteri orang..Harap perangai kau berubahlah Intan..lebih sopan..hahahhahha...jangan marah...Aku nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT INTAN & ZAID...Moga hubungan kalian bahagia serta mendapat berkat & rahmat dari Yang Maha Esa dan semoga berkekalan dunia & akhirat...amin...

Pic Intan & Zaid ni aku cilok dari website Cinta Photography.



Si budak intan dah jadi bini oranglah... :-)








Tuesday, September 27, 2011

JIWA KACAU TENGOK 2 FATIN !!!

Baru je tadi aku singgah blog si FATIN SUHANA. MK bacalah pasal dia punya entry terbaru Pelancaran Album baru Dato' Siti Nurhaliza Tarudin. Sangat menerujakanlah. Dahla aku memang peminat Dato' CT. Tapi aku cuma pernah pergi tengok Konsert Fantasia Tour tahun 2004 dulu jelah. Tu pun sebab dia buat kat Temerloh, Pahang daerah aku lah kan. hehehe...Dulu time sekolah rajinlah beli kaset lagu CT ni. Pastu ada budak pinjam tak pulangkan sampai sekarang. Mungkin dia nak buat harta lah kot. Tapi aku halalkan jelah. Siap kalau gambar CT ada dalam paper atau magazine memang aku guntinglah. Tampal dalam buku koleksi aku. Pastu siap buat buku lirik lagu CT lagi. Hambik kau...minat sangat aku pada CT ni..sekarang benda-benda tu dah hilang..aku pun tak tau mana aku simpan.. dah kena bakar dengan adik aku kot..buat semak je dalam rumah..kahkahkah...

Aku bukan nak share kat korang pasal Dato' Siti yang letop-letop gojes tu. Aku nak cite pasal 2 orang Fatin yang femes emes ni. Kalau dalam dunia blogger ramai dah kenal dia orang ni. Sape lagi kalau bukan FATIN LIYANA & FATIN SUHANA. Aku ni antara follower setia dia orang berdua. Blog yang wajib dibuka setiap hari mesti blog mereka. Hari-hari nak baca post terbaru dia orang. Sebab mereka ni gojeslah. Lagipun aku suka tengok pic mereka yang cantik-cantik tu. Tak puas mata memandang. Tambah plak bila ANNAS EASKEY yang photoshoot pic dia orang. Pehhh!! lagi terkesima ditambah terkeduan bila tatap gambar tu.

2 Fatin ni plak selalu jadi model untuk fesyen muslimah. Lagilah aku suka nengok. Pastu mekap dia orang Curlassss Youuuuuu!!! Mesti nak try jugak mekap cam dia orang ni. Padahal aku bukan reti mekap pun. Kadang-kadang je rajin. Selalunya mesti malas nak tacap-tacap muka ni. Pegi keje pun hambar je face aku. Sampai suami aku si Pakwe Kintan tegur. "Cubalah pakai lipstik cikit. Ni dah macam mayat"...kuang ajor tol Laki aku..nasib baik suami kalau orang lain dah lama cakap " Kang Ni Makan Dia"...hahahahha...

Tapi memang "JIWA KACAU" lah aku kalau hadap blog fatin-fatin ni..Kalau aku jadi lelaki kan aku mesti ngorat fatin-fatin ni. Untung jadi awek aku lah..pastu buat bini terus..Kalau boleh nak pinang dua-dua sekali...biar dia orang bermadu...nanti leh wat filem "BINI - BINIKU FATIN". hahahahaha...

Dah-dah jangan merepek banyak sangat ye MK. Korang jangan layan aku lama-lama. Takut kang aku jadi gila meroyan payah plak nanti. Tak pepasal masuk wad sakit jiwa pulak. Gara-gara fatin-fatin aku jiwa kacau. Kalau aku dapat jadi cam dia orang kan bes..teringin jugak nak jadi model muslimah ni..tapi aku ni tak cantik...muka jerawat ngan parut je...ermmmm jangan mimpilah MK..ok korang tu jelah..taknak taip panjang lagi..dah tak ber idea lah..hahahha...

Picture kat bawah ni aku 'Cilok' dari blog Fatin Suhana...harap beliau tak marah ye...LOVE U FATIN !!!



Fatin Suhana & Fatin Liyana...Dua-dua Lawa Lah!!!

Eh Cik Epal Gonjeng & Annas Easkey Pap Pap Oley pun ade...Curlass Youuu!!!



Bye Korang !!!

Sunday, September 25, 2011

SYOKNYA JADI PEREMPUAN !!!



WOW !!! Jarum jam dah tunjuk pukul 1.00 pagi. 
Tapi aku still tak tido lagi..Mata memang nak pejam..
tunggu jap lah kan..nak update blog dulu.. 
Tapi takde entry yang bagus lah nak share dengan korang. 
Tiba-tiba terlintas nak tulis pasal 'SYOKNYA JADI PEREMPUAN'.

Mesti korang yang lelaki tertanya kan apa yang 'syok' jadi perempuan ni.
Sape berjantina perempuan taulah macam mana syok tu.
Bukan syok yang otak kuning, biru, hijau ya...
Bab tu Gua tak layan ok...titik

Syok sebab :-
1. Perempuan Cantik
Semua perempuan cantik. Sudah cukup sempurna diciptakan oleh Tuhan. 
Cuma rupa kita je yang berbeza-beza ni. Kulit macam-macam kaler lah. 
Tapi still cantikkan. Kita ni kan pelbagai rupa.
Mestilah masing-masing ada kelainan dan kelebihan. 
Hidung mancung, kulit putih, mata besar, bibir merekah 
dan sebagainya adalah kelebihan kita. 
Tapi kita jangan suka menghina orang lain. 
Cakap mereka tak cantik macam kita. 
Tak setandinglah, apalah. 
Sebab mereka mungkin ada kelebihan yang mungkin kita tiada. 
Tapi yang paling penting adalah Cantik Hati Budi. 
Barulah cantik semuanya. 
Apa guna muka & badan cantik tapi mulut macam longkang
(suka sakitkan hati orang lain). 
eewwww...taknak busuklah!!

2. Perempuan Lembut
Perempuan memang selalu dikaitkan dengan kelembutan.
Sifat lembut juga adalah salah satu daya tarikan seseorang wanita itu. 
Terutama pada kaum lelaki.
Kebanyakan mereka suka pada wanita yang lembut perwatakannya. 
Yelah kalau dah ganas macam cerita 'Bini-Biniku Gangster' sapa nak dekat. 
Silap-silap lelaki nak ngorat korang pun terbantut tau.
Dah terbayang kalau kawin dengan korang confirm 
gaduh abis pinggan mangkuk melayang.
Jiran sebelah mesti ingat korang beli 'UFO'. Hahahahha..
Silap-silap mak mentua pun rejek korang dari list calon menantu...
So kalau perempuan yang tak lembut sifatnya tu belajarlah jadi lembut ye..
Kalau tak lembut jugak rendamkan diri korang pakai SOFTLAN. 
Gerenti lembut you !! :-)

3. Perempuan Tabah
Ha...kalau ikut kajian dari sape tah, aku tak ingat nama. 
Perempuan adalah lebih tabah dari lelaki.
Kebanyakan perempuan memang punya sifat sabar yang tinggi. 
Betul tak tipulah..
Tak puas hati pulak..nak bukti ke..senang je..
Cuba kita lihat seorang ibu masih mampu menyara 10 orang anak 
walaupun sudah ketiadaan suami.
Namun seorang ayah belum tentu mampu menguruskan 
seorang anak walaupun isterinya baru seminggu berpisah.
Maknanya MK nak tanya berapa ramai 
ibu tunggal berbanding bapa tunggal kat Malaysia ni?
Orang perempuan boleh hidup takde lelaki,
tapi lelaki susah nak hidup tanpa perempuan.
Baru berpisah ngan isteri sebulan dah sibuk nak cari kawin lainkan. 
Kalau yang bini baru meninggal dunia tu orang cakap merah lagi kuburnya.
Tapi tak dinafikan tak semua lelaki camtu..cuma kebanyakanlah...
Kan dah nampak. baru tunjuk contoh sikit je ni. belum list yang lain-lain lagi.
So korang kaum adam kena terima hakikat ye.
Perempuan Lebih Tabah Dari Lelaki !! Wekkkkkk....

4. Perempuan Senang Masuk Syurga
Ya ni berita baik buat kaum hawa.
Golongan kita ni senang sangat nak masuk syurga sebenarnya.
Allah SWT dah berjanji perempuan akan masuk syurga jika kita 
Taat pada perintah agama, taat dan jaga maruah 
serta makan minum keperluan suami 
dan taat pada ibu dan bapa. 
Ha kan senang je..
cuma ramai jugak perempuan yang masuk neraka 
sebab tak ikut seperti yang disyariatkan. 
Ish...takutlah MK...
so harap kita semua tak macam ni lah ye...
mintak jauh dari api neraka...

5. Perempuan Dipandang Tinggi Oleh Islam
Ini lagi satu kelebihan kita.
Islam tak pernah merendahkan martabat kaum wanita.
Malah kita diletakkan ditempat yang tinggi dan terpuji.
Pengorbanan wanita dihargai oleh agama kita.
Contohnya bab menutup aurat. 
Mungkin ada wanita yang cakap Islam ni tak up to date.
Larang pakai macam-macam.
tapi kita kena ingat semua Hukum Allah SWT bersebab.
Yang paling mudah perumpamaan 'Wanita Ibarat Berlian Permata'.
Kalau kita ada satu permata yang paling mahal didunia, macam mana kita jaga?
Mestilah kita balut dengan kapas dulu..taknak bagi calar..
Balut dengan kain berkualiti, pastu simpan dalam peti besi, 
kita kunci, kita mangga atau rantai.
takut orang pegang atau curi dan boleh rosakkan permata itu. 
Pastu kita simpan dalam bilik kebal yang kita sorang je tau no. kod pintu bilik tu.
Kita taknak orang lain tau. kalau dah selalu dipandang orang 
permata tu mestilah lama-lama pudar warna dan kilauannya. 
Orang pun jadi jemu..
Haduih...letih taip...ha camtulah ibaratnya perempuan dalam Islam.
harga diri wanita hanya untuk suaminya yang sah je...
Begitu Islam menjaga maruah wanita..
Biarlah orang nak cakap kita kolot dan kuno..
janji kita tak tambah dosa kan...




Ha so pada kaum perempuan bersyukurlah ye...
Anda telah dijadikan sebaik-baik kejadian...
Tak payahlah korang susah payah nak tukar jantina plak...
Buang masa, buang duit, dan buang karen je...
Yang lebih teruk adalah tambah dosa bertimbun-timbun apehal...
Banggalah Anda Seorang Wanita !!!
Tataaaa...

tetibe...   
'SAYA BANGGA JADI PEREMPUAN'

Friday, September 23, 2011

Stail Photoshoot Idaman Ku !!!

Ramai dikalangan kita suka bergambar kan. Terutama Orang Pompuan.
Tipulah kalau korang tak suka.
 Tapi aku ni sebenarnya tak suka bergambar. Betul aku tak tipu korang.
Rasa nampak tak cantik je bila tengok hasilnya.

Aku mengaku memang aku cerewet sikit. Tapi tak semua perkara ok.
Kalau bab nak berposing masa tangkap gambar ni memang aku nan hadoi tak reti la...
But i'm still have my dream in photoshoot....

Sebab aku suka yang kelainan..tak suka yang nampak biasa-biasa je...
Cewah !! amboi angan-angan MK ni bukan main lagi..
Macamlah kau tu super duper model yang letop-letop.hehe..
Tapi series ok...aku memang nak photoshoot yang lain dari lain punya..
Imaginasi aku ni agak tinggi jugaklah...

Bagi aku setiap gambar yang dihasilkan merupakan karya seni
yang perlu di amati dan difahami.
Ia adalah ilham sang jurugambar kepada modelnya.
Itulah luahan hati naluri sang jurugambar. Yes! ia datang dari hati..

Hahahaha...tengok aku dah berfalsafah macam profesor kan..
Dah korang jangan layan aku lebih-lebih..kang kuar benda lain plak...
Maklumlah aku kan Terbaik Merapu !!!

Kat bawah ni aku nak bagi antara contoh photoshoot yang aku suka...
Kalau boleh aku nak buat macam ni...nengoklah...

Ni berangan nak photoshoot dengan Pakwe Kintan..hehe..
macam ni pun boleh kan...
Wow ni aku minat...lagi gempak..
macam ni ok tak?
Ewww..style U..
Pehh!!

nak buat dengan Pakwe Kintan macam ni boleh tak..
tapi kang korang ckp aku tak senonoh walaupun kte orang laki bini.
Ni pun cantik jugak..











Agak-agak Pakwe Kintan nak tak buat gini dgn aku?? kena pelangkung kot..


Nak amik gambar dalam air lah...=)




Ini Ekspresi Muka...Awesome tau !!!










Haaaaaaaaa....amacam!! mesti ternganga mulut korang..
dah dah lap air liur tu..

Tapi aku still nak kekalkan muslimah aku ye..berhijab !
Takkan semata-mata nak amik gambar camni kne freehair plak..
Mau dapat penampor laju-laju By Pakwe Kintan..hahah
So ni jelah yang aku nak share dengan korang ye...
Diharap angan-angan aku nak photoshoot camni termakbullah...
Pada korang mungkin nampak biasa je kot...tp pada aku pic ni gempak..LIKE ME :-)



P/S Buat Photographer : Sila Kesian Pada Makwe Kintan...*Wink..Wink...*



Thursday, September 22, 2011

Berita Baik Untuk Penjawat Awam : Najib kaji bonus lumayan atau naik gaji sektor awam bagi Bajet 2012


KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.
The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.
Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.
Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.
“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.
Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.
Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen.
Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.
“Perdana Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet akan mengatasi isu sara hodup selepas pemotongan subsidi baru-baru,” kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.
Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.

Sumber : YAHOO News

Tuesday, September 20, 2011

Ahh !!!

Ahh...

Kosa kata ringkas tapi padat.

Selalu digunakan bila melenting.

Contohnya :-

Mak : Pergi angkat kain kat jemuran, hari dah petang.
Anak : Ahh !! malaslah. mak ni bising. nak tengok tv pun tak senang.

Juga boleh digunakan bila tak setuju pendapat orang lain.

Contohnya :-

Kawan : Aku cadang kita buat trip ke oversea nak tak?..
Lawan : Ahh !! dalam Malaysia sudahlah. Kau anak orang kaya bolehlah cakap banyak.

Ada juga digunakan untuk mengeluh.

Contohnya :-

Adik : Ahh...ayah adik dapat nombor corot exam.
Ayah : Takpelah..pasni belajar rajin lagi. Nanti tak corot dah..

Mungkin juga digunakan bila membenci seseorang.

Contohnya :-

Girl : Kita putus !!! Aku dah meluat dengan perangai haram kau tu..
Boy : Ahh !! Tak kesah..Ingat aku hadap sangat kau...


Walaupun perkataan 'Ahh' sama dari ejaan namun membawa maksud berbeza.



p/s : Gunakan 'Ahh' Sebaik - baiknya ^__^

Sunday, September 18, 2011

KENAPA SAYA SUKA ANNAS EASKEY?

Annas Easkey

Apabila saya berbicara tentang Annas Easkey, sudah pasti ramai yang mengenali jejaka ini. Namanya juga sudah sering meniti dibibir dan menjadi bualan hangat didalam dunia fotografi. Beliau telahpun berjaya melakarkan namanya setanding dengan jurugambar bertaraf profesional. Terkenal dengan gelaran 'Sentuhan Ajaib', Annas mampu mengolahkan hasil karyanya dengan kelihatan seakan bernyawa. Sudah tentu apabila menatap sahaja gambar yang dihasilkan oleh Annas, ia mampu membuatkan kita terkesima dan terpesona seperti melihat kejelitaan sang bidadari yang berasal dari kayangan.

Memiliki bakat yang tersendiri anugerah daripada Yang Maha Esa, membuatkan Annas sering menjadi pilihan para Pereka Fesyen handalan Malaysia untuk bekerjasama dengan beliau. Malah Artis-Artis tersohor negara juga turut tidak ketinggalan mencari peluang untuk mendapatkan hasil kreatif Annas Easkey. Namanya yang sering disebut-sebut dan disenaraikan dalam carta jurugambar membuatkan beliau kini begitu sinonim dengan pentas peragaan. Maka tidak hairanlah jika Annas Easkey sering menjadi rebutan dalam dunia fotografi.

Kagum dan sangat teruja. Ini yang saya boleh ungkapkan tatkala deria mata merenung hasil karya Annas. Seperti tidak menyangka jejaka yang baru berusia 23 tahun mampu mencetuskan revolusi dalam setiap penghasilan karyanya. Beliau seakan sudah mempunyai pengalaman puluhan tahun dalam bidang tersebut. Tranformasi yang dilakukan ke dalam gambar beliau mampu meledak hati sanubari sesiapa sahaja yang melihatnya.


Annas merupakan Siswa tahun akhir jurusan Bachelor Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran dari UiTM Segamat. Ini memberikan beliau satu kelebihan untuk memasarkan karyanya. Dari segi menyusun strategik bidang perniagaan, saya boleh melabelkan Annas telah berjaya. Saya yakin ilmu yang telah diperoleh Annas dalam bidang pemasaran ini digunakan sebaik mungkin dan telah membantu memajukan kerjaya beliau sehingga ke hari ini. Bagi saya Annas Easkey memang layak dikategorikan seorang Usahawan Fotografi Bumiputra yang terbaik.

Saban hari pabila saya membuka blog Annas Easkey, mata dan hati ini seakan bekerjasama merenung dan menjiwai setiap keping gambar yang dihasilkan olehnya. Annas benar-benar ikhlas dan komited terhadap setiap keping gambarnya. Seakan tiada cacat cela dari pelbagai aspek. Sempurna dan teliti karya yang dihasilkan oleh Annas. Tidaklah nampak seperti 'Melepaskan Batuk Ditangga' sahaja.

Annas yang bijak menguruskan masa antara pelajaran dan kerjaya, membuatkan beliau kini menjadi idola ramai anak muda termasuklah saya terutama kepada mereka yang ingin menceburi bidang sepertinya. Ternyata Annas Easkey telah membuktikan kepada masyarakat dan telah membuka mata mereka bahawa  kejayaan dalam kerjaya mampu seiring dengan pelajaran.

'Jika Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya'. Begitulah perumpamaan yang boleh saya berikan atas penat lelah dan susah payah Annas dalam membina kerjaya sebagai seorang jurugambar. Saya dapat melihat kesungguhan Annas Easkey terhadap setiap tugas yang beliau lakukan. Annas memang seorang yang kuat berusaha dan tidak kenal erti putus asa. Walaupun tidak pernah sekali saya berhadapan dengan Annas, namun daripada penceritaan dalam blog beliau, saya dapat membaca dan merasai kesungguhannya.



Bermutu dan berkualiti tinggi. Itulah jawapan saya jika ditanya akan hasil kerja Annas Easkey. Sikap beliau yang profesional terhadap tugasnya membuatkan ramai memberi keyakinan dan kepercayaan kepada Annas. Annas juga tidak pernah memilih siapa pelanggan yang ingin mendapatkan khidmatnya. Tidak kira sama ada anda seorang yang cantik atau tidak, memiliki tubuh yang lansing ataupun tidak, atau berapa usia anda pun tetap akan dilayan sama rata sahaja. Sikap rendah diri yang dimiliki membuatkan Annas disenangi oleh sesiapa sahaja yang mendapatkan perkhidmatannya.

Tidak dapatlah saya menyangkal dan menafikan bahawa Annas memang seorang jurugambar yang kreatif dan inovatif. Idea yang ditonjolkan oleh beliau mampu memberi kelainan dalam setiap keping hasil karyanya. Annas mempunyai identiti yang tersendiri tanpa meniru dari mana-mana jurugambar sedia ada. Bakat yang dimiliki oleh Annas Easkey juga mampu menandingi jurugambar berkelas antarabangsa. Mungkin pada satu hari nanti, beliau akan menjadi antara rakyat Malaysia yang berjaya dipersada dunia terutama dalam bidang fotografi ini.

Andai mahu diluahkan segalanya, memang banyak yang saya mahu kongsikan bersama anda tentang Annas Easkey. Namun inilah yang terbaik saya luahkan kepada anda ' KENAPA SAYA SUKA ANNAS EASKEY'. Saya sentiasa mendoakan kejayaan Annas Easkey. Semoga perkara yang dilakukan oleh beliau menjadi contoh kepada kita semua terutama generasi muda. Terbaik Annas...

Bagi kalian yang mahu mengenali Annas Easkey, layari BLOG ANNAS atau FANPAGE ANNAS di facebook.

Tuesday, September 13, 2011

Yuna Dah Nekad Nak Berhijrah Ke Amerika Syarikat Lah !!!

Awesome !

12 Sept - Walaupun terpaksa berulang-alik dari Malaysia ke Amerika Syarikat sejak tahun lalu, ianya membuahkan hasil apabila pelantun lagu hit "Dan Sebenarnya", Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna telah dilamar oleh sebuah syarikat rakaman antarabangsa, Fadel Label.
Termaktubnya perjanjian tersebut, misi Yuna untuk melebarkan sayap seni secara global tercapai apabila dia dikhabarkan bakal melahirkan album debut Inggeris penuh pada awal tahun depan yang akan menampilkan kolaborasi bersama beberapa figura hebat persada seni antarabangsa seperti Pharrell Williams dan Guy Sebastian.

Malah bagi memudahkan proses pembikinan albumnya agar berjalan dengan lancar, Yuna merasakan satu langkah terbaik untuk berhijrah ke Los Angeles buat jangka masa panjang.
"Saya cukup beruntung kerana di sana, saya tidak perlu bersusah-payah mencari tempat tinggal mahupun menyediakan duit poket kerana semuanya telah ditanggung oleh syarikat rakaman. Mereka telah menyediakan sebuah pangsapuri bahkan turut memberi wang belanja untuk saya setiap bulan," kata Yuna ketika ditemui sempena majlis pelancaran In-Touch with Canon dan majlis makan malam Aidilfitri di Restoran Saloma di sini semalam.

Berkongsi tentang perkembangan album terbarunya, Yuna menyatakan dia masih dalam proses pembikinan album dan setakat ini sudah menyiapkan hampir 30 buah lagu baru malah masih lagi menulis beberapa lagu baru bersama Pharrell.

Menyentuh tentang peminatnya di tanah air pula, Yuna yang sudah berada di Malaysia sejak lima hari sebelum Aidilfitri menegaskan penghijrahannya ke sana tidak bermakna karier seninya juga peminatnya di sini akan diabaikan. Sebaliknya Yuna akan terus menghiburkan peminatnya di sini yang telah banyak mendukung karier seninya sejak hari pertama lagi.

Jelas penyanyi berkulit hitam manis ini lagi, walaupun terpisah jauh dia tetap akan berkomunikasi bersama peminatnya melalui laman sosial Twitter dan Facebook. Dengan cara itu mereka boleh berkongsi apa juga kisah dan pengalaman yang diperolehinya di sana.

"Seboleh-bolehnya, saya akan memastikan setiap enam bulan pasti ada persembahan untuk peminat saya di Malaysia. Seperti yang saya lakukan sekarang, jadual seni diisi sepenuhnya bersama media dan peminat dan saya serahkan semua urusan kepada pihak pengurusan saya di sini," tambah Yuna lagi.
Yuna akan beraksi di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) sempena siri konsert musim terbaru orkestra berkenaan yang akan berlangsung hari ini dan esok (13 September)

Sumber : http://my.news.yahoo.com/yuna-nekad-berhijrah-ke-amerika-syarikat-085400185.html

Monday, September 12, 2011

DOA PEMANIS WAJAH DARIPADA SURAH NABI YUSUF...

Kecantikan memang tidak dapat dipisahkan dengan golongan Hawa. Ada juga yang sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk tampil cantik menawan. Namun ada juga mereka yang tidak pernah berpuashati dengan kecantikan yang dianugerahkan oleh Ilahi..

Sebenarnya semua manusia ini adalah cantik tidak kira lelaki mahupun wanita. Kita diciptakan oleh Allah SWT sebagai makhluk yang paling sempurna asal kejadiannya jika mahu dibandingkan dengan makhluk yang lain. Mengapa perlu melabur wang & harta kerana mahu mengejar kecantikan yang bersifat tidak kekal. Ada cara berlandaskan Islam yang boleh kita amalkan supaya kita akan kekal mempesona dimata makhluk yang lain. Namun bersederhanalah menjaga kecantikan kerana yang penting adalah memanjatkan kesyukuran pada Yang Maha Pengasih akan kecantikan yang diperoleh dan mencari keredhaannya supaya hidup kita diberkati dan dirahmati oleh-Nya.

'Biar Rupamu Hodoh Dimata Mereka, Namun Indah Dipandang Yang Maha Esa'

Bukan rupa yang cantik menjadi taruhan, tetapi hati budi yang ikhlas menjadi dambaan...

Jika ingin menjadi penyejuk mata pada pandangan umum, cuba amalkan ayat ini sebagai doa harian.
Surah Nabi Yusuf ayat 4 :-

إِذۡ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبتِ إِنِّي رَأَيۡتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوۡكَبًا وَالشَّمۡسَ
وَالۡقَمَرَ رَأَيۡتُهُمۡ لِي سَاجِدِينَ(4)

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".

Khasiatnya :-


* Selalu disayangi oleh sesiapa sahaja
* Wajah menjadi berseri-seri
* Manis dipandang orang

Insyaallah jika mengamalkan doa ini setiap hari akan berseri raut wajah anda bak bidadari.
Tattaaaaaaaaaaa!!!!!!!
Kecantikan Hati Budi Yang Akan Kekal Abadi..

gorgeous kan...Dia Fatin Liyana..Sorry FL saya curikk pic awak sbb awk cantik sgt..jgn mrh!!!

Sunday, September 11, 2011

LATIHAN PERBARISAN TENTERA MALAYSIA SAMA TAK DENGAN TENTERA KOMUNIS???


Cuba korang tengok tentera komunis menyambut hari kenegaraannya.  
Tentera China dan Korea berbaris.
Kita pasti akan kagum semasa melihat perbarisan mereka yang begitu rapi dan serentak serta berdisiplin.

Nak tahu rahsianya, jom lihat gambar-gambar di bawah ini.

08051901 blog Bagaimana Tentera Komunis Berbaris Dengan Begitu Rapi Sekali
Perasan tak ada jarum kecil di selitkan di celah kolar baju antara leher
Jika pusing sedikit, pasti akan tercucuk ke dalam kulit.
08051902 blog Bagaimana Tentera Komunis Berbaris Dengan Begitu Rapi Sekali

Belakang badan disokong dengan kayu agar dapat berdiri dengan tegak.
08051903 blog Bagaimana Tentera Komunis Berbaris Dengan Begitu Rapi Sekali
08051904 blog Bagaimana Tentera Komunis Berbaris Dengan Begitu Rapi Sekali


08051905 blog Bagaimana Tentera Komunis Berbaris Dengan Begitu Rapi Sekali

Video : Trailer Pra Perkahwinan Nabil & Zira Sebagai Teaser!


trailer THE PROPOSAL from lhmediatv on Vimeo.

To Be Continue...

Information to Accounting Student : Diploma Lanjutan Akauntansi @ Politeknik Ungku Omar

Makwe Kintan adalah budak akaun..so MK dah tanya pasal Diploma Lanjutan Akauntansi pada Pengurusan Politeknik..So ni maklumbalas dia orang...hope beri maklumat pada korang ye...
Assalamualaikum,
Soalan 1: Apakah kelebihan jika mempunyai Diploma Lanjutan Akauntansi ini ?
Diploma Lanjutan Akauntansi ini berdasarkan kepada kurikulum dari ACCA.
Oleh itu, graduan dari program ini akan mendapat pengecualian dari ACCA untuk 5 paper lagi di peringkat fundamentals level (Skill examination).   Paper-paper tersebut adalah:
1. F5 - Performance Management
2. F6 - Taxation
3. F7 - Financial Reporting
4. F8 - Audit and Assurance
5. F9 - Financial Management
Graduan hanya perlu mengambil 5 paper lagi untuk sampai ke professional level.
Begitu juga untuk graduan yang mempunyai degree, mereka juga perlu mengambil 5 paper ini.  Selain daripada itu, tempoh pengajian untuk Dip Lanjutan lebih pendek daripada program degree, yang mana pada akhirnya kedua-dua graduan ini juga perlu mengambil 5 paper lagi bagi mencapai professional level.
Soalan 2 : Adakah kelulusan ini boleh digunapakai dalam pekerjaan untuk memohon jawatan berkaitan terutama sektor kerajaan.
Kelulusan ini amat berharga untuk Sektor swasta, di mana gaji yang lebih tinggi akan ditawarkan jika mempunyai diploma lanjutan ini.  Bagi sektor kerajaan pula pihak JPP cuba memohon agar tahap dip lanjutan diberi pengiktirafan sama seperti degree level iaitu pada tahap P1T1 seperti dahalu.  Tetapi ianya masih dalam proses perbincangan antara JPP dan MQA.
Soalan 3 : Jika menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, adakah kelulusan ini boleh diambil kira untuk memendekkan sesuatu tempoh pengajian tersebut.
Secara amnya, jika cik nurul ingin menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dinasihatkan untuk terus ke peringkat ini tanpa melalui diploma lanjutan kerana pihak JPP belum membuat mapping pengecualian kursus dengan mana-mana universiti.
Sebab objektif program diploma lanjutan ini untuk menyediakan pelajar ke arah pensijilan profesional,.
Diharap pihak cik berpuashati dengan jawapan yang disediakan.
Sebarang kemusykilan sila hubungi saya di talian 016-2759555
Regards,
Mazillah Azleen binti Mazlan
Bahagian Pembangunan Kurikulum
JPP

Thursday, September 8, 2011

Aku Dan Roh !!!


Makwe Kintan & Jennifer Love Hewitt Ada Persamaanlah!!!
 Haihss...mood minggu ini adalah mood mistik. Aku nak cerita kat kalian pasal pengalaman aku tentang ghost whisperer ni. Betul!!! aku tak tipu korang. Aku rasa macam dah nak sama dengan Jennifer Love Hewitt kat dalam movie Ghost Whisperer tu. Kan dia boleh nampak dan berinteraksi dengan roh. Aku suka gak cite ni.Hehehe...(gelak pulak..gila MK ni)

Nak kongsi pasal satu kisah yang pernah terjadi pada aku awal tahun 2011 ni. Mula-mula aku selalu mimpi seorang perempuan yang memegang pisau dan telah membunuh. Kawasan tu berbukit. Di puncak bukit tu penuh dengan darah. Perempuan yang membunuh tu kejar aku dengan pisau dan nak bunuh aku. Dia asyik cakap pada aku "Ni Semua Salah Kau". Bila bangun pagi je mesti badan aku sakit-sakit terutama bahagian belakang pinggang dan tengkuk serta tulang belakang. Aku jugak selalu mimpi seorang bayi lelaki selalu datang padaku.

Aku pun tak tau kenapa setiap malam mimpi yang sama je. Lepas dah berbulan-bulan mimpi yang sama, satu malam masa aku tidur di rumah mertuaku. Dalam keadaan gelap gelita aku tersedar sebab terdengar suara perempuan berbisik kt telinga aku. Dalam jam 1.00 pagi jugak la. Tiba-tiba aku nampak kelibat putih lalu depan mata aku. Seram sejuk dibuatnya. Aku cuba kejutkan suami aku a.k.a Pakwe Kintan. Tapi orang tua tu tak bangun plak. Tidur mati agaknya. Aku takut sampai nak terkencing dah ni. Tapi tahan jela weiii!!!..

Lepas tu aku cuba tidur balik. Tak boleh lena dah. Benda tu asyik kacau aku je. Aku jadi naik geram. Rasa takut tadi tiba-tiba hilang. Aku jadi berani plak dalam keadaan gelap macam tu. Aku jadi nak marahlah kan. Dahla letih ngantok nak tidur. Pastu dia kacau plak aku. Memang nak kena ni.

Aku beranikan diri memanggil 'Benda' tu. Dialog kat bawah ni...

Aku : Siapa kau ni?
         Kalau berani keluarla tunjukkan diri kau?
         kalau tak keluar aku bunuh kau!!!

Roh : *Tiba-tiba menjelma sambil berdiri di penjuru bilik tidur.
           Berpakaian putih dan berambut panjang.
           Rupa agak samar-samar sebab keadaan bilik gelap gelita.*

Aku : Siapa kau? Kenapa suka ganggu aku ha?!!

Roh : Aku mahu kau tolong aku..(Tiba-tiba bersuara)..

Aku : Tolong apa? Kenapa aku pulak yang kau pilih?Siapa Kau?!!

Roh : Aku roh yang tidak aman.
        Langit dan bumi tidak menerima aku atas dosaku yang lampau.
        Aku mati dibunuh oleh orang yang aku sayang.

Aku : (terkejut) Apa dosa kau dah buat sampai langit
         dan bumi taknak terima kau?

Roh : Dulu semasa aku hidup, aku telah berbuat dosa besar.
         Berzina dengan teman lelaki aku sehingga aku mengandung
         anak diluar nikah.
         Bila dia dapat tau aku mengandung, dia suruh aku gugurkan.
         Tapi aku tak mahu. Aku taknak buat dosa lagi dengan membunuh.
         Dia tidak mahu menanggung malu.
         Lalu membunuh aku dengan benda keras.
         Dia hentak benda tu kat belakang badan dan tengkuk aku
         sehingga aku mati.
         Sekarang aku tidak aman sehingga hari kiamat.
         Tuhan tidak mahu ampunkan dosaku.
         Aku mahu cari anak yang pernah ada dalam perutku dulu.
         Aku tak jumpa anak aku.
         Aku tahu anak aku selalu jumpa dengan kau.
        Tolong aku. Aku nak anak aku..

Aku : Patutlah aku selalu sakit belakang badan dan tengkuk.
         Rupanya kau dibunuh dengan cara itu.
         Jadi bayi lelaki tu anak kau lah ya.
         Aku tak boleh nak tolong kau. Aku hanya manusia biasa.
         Aku tidak ada kuasa apa-apa.
         Tapi aku akan berdoa pada Allah SWT
         supaya ampunkan dosa kau dan
         supaya langit terima kau kembali.
         Nanti kau boleh jumpa anak kau balik.
         Tapi aku mintak  kau jangan ganggu aku lagi lepas ni.
         Aku tak dapat nak tolong kau.

Roh : Tak mengapa. Aku pergi dulu...

Tiba-tiba roh perempuan tu terus hilang. Dan sekarang aku dah tak mimpi atau kena ganggu dengan Roh tu lagi. Aku pun tak percaya aku bercakap dengan benda macam tu. Aku tak tau apa tujuan sebenar benda tu. Sama ada betul atau tak apa yang dia cerita pada aku..Wallahualam...
Tapi yang penting ia jadi pengajaran pada aku dan harap pada kalian jugak. Yelah sebelum maut menjemput kita lebih baiklah bertaubat nasuha cepat-cepat. Takut nanti jadi macam roh ni. Bumi dan langit taknak terima kerana dosa kita yang telah kita buat.

Lagi satu pada firasat aku lah kan, mungkin dia tak dapat jumpa dengan roh anaknya sebab bayi itu tidak bersalah. Maksudnya bayi tiada dosa. Jadi tak dapatlah dia jumpa dengan anaknya sebab dia kan dah melakukan perkara mungkar.

Untuk pengetahuan kalian, cerita ni aku tak pernah lagi cerita pada sapa-sapa pun. Termasuk pada suami dan keluarga aku. Aku taknak dia orang semua fikir yang bukan-bukan pulak. Selama ni cerita ni aku simpan kemas dalam diari hidup aku. Tapi kali ni aku nak berkongsi dengan kalian agar jadikan iktibar. Aku sebenarnya memang boleh nampak cikit-cikit benda ghaib ni. Sejak sekolah rendah lagi. Aku pun tak tau kenapa. Tapi pernah ada benda halus datang pada aku dan nak ber'Tuan' kan aku. Dia mengaku aku 'tuan' dia. Tapi aku taknak. Syirik kalau aku bela benda-benda gini. Ibarat menyekutukan Allah SWT pulak. Insyaallah selagi aku kuat akan aku bertahan dari godaan makhluk halus ni. Bila dia orang nak ganggu atau masuk dalam tubuh badan aku, cepat-cepat aku baca Surah Al-fatihah, Surah Kursi dan Surah Tiga Qul. Jadi benda tu lari la. Tak jadi nak masuk dalam badan aku.

Sekarang aku tengah berubat dekat Pusat Perubatan Islam DaruSyiffa kat cawangan Mentakab. Ustaz bagi tahu suami aku yang memang aku boleh nampak alam ghaib. Tapi itu biasalah. Perkara ghaib memang wujud dan kita sebagai umat Islam wajib mempercayainya. Lagipun Ustaz cakap aku ada Saka Harimau Jadian yang telah aku dapat dari keturunan ayahku. Mungkin sebab tu aku boleh nampak makhluk halus kot. Nanti entry yang lain aku akan kongsi pasal penyakit Saka aku ni ye. Jadi terpulanglah pada kalian nak percaya atau tak cerita aku ni. Sebab aku tau ada dikalangan manusia tak percaya pada benda ghaib ni. Mereka fikir ni semua karut. Siapa yang pernah alami macam aku ni tau lah macam mana seksanya. Suami aku yang dulu tak pernah percaya pun sekarang dah percaya bila tengok keadaan aku. Mungkin ni semua ujian Tuhan. Aku terima dengan redha. Aku tahu semua ni ada hikmahnya. Semua perkara yang berlaku ni atas keizinan Allah SWT. Kun Fayakun...Ok nanti jumpa lagi..babaiiii...

Scary tak?? Cilok dari En. Google!


Tuesday, September 6, 2011

Adikku Dirasuk Bunian

Entry MK Kali ni agak mistik sedikit. Ini berdasarkan pengalaman MK yang pernah dilalui. Mungkin ada sesetengah orang tidak percaya dengan hantu, sihir, saka dan pelbagai lagi alam mistik ni. Tapi percayalah tak kira la ia hantu pocong ke, pontianak ke, toyol ke atau pape jenis hantu pun. Ia sebenarnya adalah sama termasuklah bunian. Mereka semua adalah golongan Jin & Iblis yang pelbagai rupa. Mereka juga seperti kita yang ada pelbagai agama. Jin juga ada yang menganuti agama Islam seperti kita. Dan selalunya ia tergolong dalam spesis bunian.

Pernah terjadi pada tahun 2010, adik perempuan MK iaitu Sakinah mengalami histeria di sekolahnya. Yang merasuk adik MK dikatakan spesis bunian. MK tahu pun melalui adik perempuan MK yang seorang lg. Namanya Imah. Dia yang pergi ambil Sakinah untuk dibawa balik ke rumah setelah disuruh gurunya.

Semasa dirumah kami, Sakinah meracau-racau, mengamuk dan marah kerana membawanya pulang ke rumah. Tapi sebenarnya yang marah itu bukan adik aku. Sakinah tak sedar pun. Imah yang telah berinteraksi dengan Jin ni. Antara perbualan mereka seperti kt bawah ni...

 Imah : Siapa Kau?
Jin     : Aku Jin..Bunian la bodoh..Engkau manusia bodoh!!
Imah  : Apa nama kau?
Jin     : Nama aku Salahudin. Aku agama Islam!
Imah  : Kenapa kau kacau adik aku?
Jin     : Sebab aku suka adik kau..Adik kau ni cantik..lagipun aku kesian kt dia..
           Selalu kena buli dengan abangnya..Kamu manusia jahat! Aku nak bawa adik kau duduk
           kat alam aku. Aku nak jaga dia..
Imah : Kau lelaki atau perempuan?
Jin    : Aku lelaki lah bodoh..kalau aku perempuan buat apa aku suka pada adik kau ni!
          dah jangan tanya banyak sangat..kang aku rasuk kau pulak nak?!!
Imah : *terdiam*..


Lebih kurang macam ni la perbualan dia orang. MK pun tak berapa ingat dah jalan ceritanya. Tapi yang pasti lepas tu terus bawak Sakinah pergi berubat kat seorang ustaz ni. Lepas pada tu ada jugak 2 3 kali sakinah dirasuk. tapi sekarang dh ok sebab Sakinah kuatkan semangat dia. Sebelum dia histeria dulu, Sakinah cakap dia ada nampak benda selalu perhatikan dia kt sekolah. Rupanya seperti orang tua berjubah hitam dan berjanggut panjang. Juga Sakinah ada ternampak seekor beruk yang besar dan bermata merah di dalam bilik guru sekolahnya.

Sekarang Sakinah dah kuat semangat. Kalau dia nampak benda macam tu lagi dia taknak layan. Buat tak tau je. Selalu baca ayat Al-quran untuk lindung diri dari dirasuk Jin tu lagi. MK juga nak ingatkan pada kalian semua. Jangan sangka semua Jin bunian baik. Terdapat juga yang jahat. Macam manusia juga ada yang baik dan ada yang jahat.Walaupun mereka islam tapi mereka tetap golongan Jin. Bermakna jangan cepat terpedaya dengan kebaikan mereka. Mungkin mereka buat baik pada manusia ada muslihatnya. Tujuan mereka juga hanya satu iaitu menyesatkan manusia hingga hari kiamat. Wallahualam...

Firman Allah ;
يَا بَنِي آدَمَ لا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ
Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
(Al-Araf :27)

Friday, September 2, 2011

Memperkotak katikkan

Kotak Katik?
Sebenarnya aku pun tak berapa faham jugak definisi perkataan ni. Aku dapat masa tonton TV3 tadi. BrainScan Movie. Best plak ayat ni. Terus jadi tajuk entry aku kali ni. Setahu MK la kan makna perkataan ni adalah memperSENDAkan sesuatu atau orang lain. Yeke? Yelah kot. Bantai jelah.

Dalam dunia ni macam-macam pe'el manusia yang kita jumpa. Antaranya ni lah dia. Manusia yang suka mempersendakan orang lain. Satu perangai yang tidak elok lansung. Janganlah kita ingat kita ni bagus sangat. Orang lain ada lebih hebat pada kita. Kalau kaum wanita suka sangat memperkotak katikkan pakaian perempuan lain. Asyik kutuk je. Siap gelakkan lagi. HELLO!! Ini fesyen ok. sape-sape pun boleh pakai apa yang dieorang nak. Boleh pakai ikut stail camne pun. Tapi yang penting kenalah tutup aurat berlandaskan syariat Islam ye. Cewah ceramah lah plak kau MK!!!. Kalau orang tu berfesyen tak kena pada tempatnya, tegurlah cara baik. Jangan bagi aib dia pada orang keliling plak. Ha kalau kau pandai sangat apa salahnya kau ajar mereka yang tak pandai tu. Tak rugi pun beb.

Yang si lelaki plak. Korang pun sama je. Asal nampak kaum sejenis pakai baju selekeh sikit atau tak hensem, korang pun kutuk kaw kaw punya. Kasi gelak ramai-ramai. Pastu cari point gaduh. Tunjuk sapa handal. Siap keluar ayat "Wa Tengok Lu Kecik Besar Kecik Besar Je Der". Hek eleh lu ingat lu hebat sangat ke? boleh blah la WOI!!. Kau pun karate tak reti. nak gaduh plak pehal. Kau tak tau kemampuan budak lain. Sekali jentik nangis la lu balik rumah carik mak..hahahah...(Sumpah tak lawak)

Ibarat camtulah kotak katik ni.. So kesimpulannya korang tak payahla nak "memperkotak katikkan" orang lain. Kerana semua manusia tidak sempurna. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Mungkin rupa kamu cantik atau kacak, tapi tak semestinya kamu budak pandai atau anak orang kaya. Mungkin kamu kaya, cantik/kacak dan pandai plak tu. Tapi kamu mungkin tak boleh berdikari macam orang lain. Lagipun mempersendakan orang lain ni adalah menjelikkan. Tak cantiklah punya perangai camni.

Berpijaklah pada bumi yang nyata. Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.

Ok Papaiiii!!!

Kerabat Kotak Bukan Kotak Katik

New Vlog : Belum Try Belum Tau by ShahrinCool

Come Dance With Me!!!Bruno Mars - The Lazy Song

Thursday, September 1, 2011

Bukan Ikut Kata Hati...Tapi Gara-Gara Mulut Macam Longkang!!!

Aik nape MK nak share entry  camni lak...???
Ermmm...pelik-pelik....
Aku kesian pada Pakwe Kintan...
Adalah sebab munasababnya...
Have some problem with they family...
Aku sebagai isteri turut berkongsi suka duka suamiku...
Walau seburuk mana pun Pakwe Kintan tetap suamiku dunia & akhirat...
Orang asyik mengeji & menghina dia...walaupun orang yang terdekat dengannya...
Tapi mereka tidak pernah tanya apa masalah yang dihadapi oleh Suamiku tersayang....
Mereka tak pernah mencari punca sebenar Pakwe Kintan jadi begitu....
Hanya aku sahaja memahami beliau...
Yelah kalau bukan aku isterinya yang memberi dorongan & semangat..nak harap sapa lagikan...
Orang lain cuma tahu mengutuk, mencerca & mengeji....aku tak mau mention sapa-sapa la....
Kalau yang berkenaan tu baca silalah paham ye...sedar balik apa yang kamu telah lakukan
terhadap pakwe kintan...sekarang dia macam tak mau lagi balik ke sana...
Puas aku pujuk & suruh...Aku cakap pada Pakwe Kintan camni....

Makwe Kintan : "Abg tak baik camni, pegila jumpa mereka..merekakan bukan org lain...
                          dunia akhirat takkan putus hubungan abg dgn dieorg...Biar syg je yg camni
                          dengan dieorang...lagipun syg kan org luar...
                          mereka anggap syg ni menumpang dalam kuarga dieorg je"...
 
Pakwe Kintan : " takpelah..abg lebih selesa disini dengan syg..syg lebih paham keadaan abg...
                          Dieorang tak paham..hanya tau kutuk, hina caci abg..
                          ungkit segala kebaikan yang dieorg dah buat..
                          macamlah abg tak penah buat baik pada dieorg sumer...
                          buruk & teruk sgt ke abg ni syg sampai dieorg wat abg camni??
                          Dahla tak pernah hormat pada abg, bila abg tegur mula cakap macam2...
                         abg tegur bukan sebab apa pun...abg taknak dieorg jd macam abg,
                         lgpun abg kan yg tua sekali...tapi sumer ego dgn abg...
                         biarlah dieorg nak cakap pape pun pasal abg...
                         tp yang penting abg jd camni bukan sebab ikutkan hati seperti
                         yang dikatakan oleh dieorg sumer...
                        abg jadi gini gara-gara mulut darah daging sendiri
                        yang tak tau nak jaga hati orang lain...hanya nak orang jaga hati dia saja...
                        kalau ikutkan hati abg dah lama pegi tampar mulut dia tu...
                        kurang hajar sangat...selalu berlagak macam dia bagus je...
                        tak sedar diri ramai org keliling tak suka kat dia tu...
                        tapi abg senyap je..bila dieorg ckp ngan abg layan baik...
                        sumer abg simpan dlm hati ni...Tuhan je yang tahu...
                        syg dh byk tolong abg...bwk abg berubat sana-sini....
                        sama-sama susah senang dgn abg...takpelah syg hari ni kita susah,
                       akan dtg Insyaallah kita akan senang jugak...
                       yg penting abg tak boleh hilang syg...syg semangat abg untuk hidup...
                        janji dengan abg kita tempuh segala ujian yang Allah SWT bagi ni sama-sama ye..."

Pilu hatiku bila aku dengar suamiku berkata begini...memang selama ni Pakwe Kintan kalau ada masalah dia hanya mengadu pada aku sahaja...Dia cakap kalau mengadu pada orang lain bukan paham pun...kutuk lagi adalah....aku kadang-kadang tak paham jugak manusia ni..kenapa ramai yang tiada hati perasaan...bercakap ikut sedap mulut je...bila kita cakap bisa tau plak nak marah...ish...ish...

Suami Isteri ni Ibarat Aur dengan Tebing jugak...kalau cubit peha kiri, peha kanan akan terasa...
Kalau ada orang yang kutuk dan hina Pakwe Kintan, maka Makwe Kintan jugak akan terasa...
Kerana kami suami isteri...Tuhan telah jodohkan kami...supaya kami melayari bahtera bersama-sama
Bagi aku, hubungan suami isteri ibarat mendaki Gunung Everest...
Why???...sebab apa-apa cabaran yang datang mesti diharungi bersama...jika salah seorang pentingkan diri maka hancurlah impian menggapai kejayaan...semasa mendaki jika salah seorang terjatuh, yang seorang lagi mesti turun kembali mendapatkan pasangannya dan memapah mendaki semula untuk menuju ke puncak gunung yang didaki mereka itu...itulah pengorbanan...itulah kerjasama...itulah tolak ansur...itulah matlamat dalam rumahtangga untuk mengecapi nikmat bahagia....

Sebagai manusia kita mesti selalu muhasabah diri...jangan cepat menuding jari pada orang lain atas kegagalan dan masalah yang dihadapi...cari punca dan sebabnya...kalau bukan kerana angin masakan pokok boleh bergoyang...setiap perkara ada puncanya...jika orang tak mahu bertegur dan berbaik dengan kita bukan kerana mereka terlalu mengikut hati tetapi mungkin kerana kelalaian kita dalam berkata-kata menyebabkan orang lain tersinggung....Jika kita mahu orang menjaga perasaan kita, terlebih dahulu kita perlu menjaga hati perasaan orang lain...janganlah ingat seperti kita tidak pernah bersalah...bak kata pepatah "Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa"...

Hanya perkataan 'Maaf' mampu membetulkan kembali keadaan sediakala...namun manusia memang penuh dengan egois...perkataan yang mudah sukar untuk dilafazkan dibibir mereka...kerana mereka sentiasa berfikir yang kesalahan mereka tidak menjadi hal pada orang lain...padahal mereka tidak menyedari bahawa setiap perkataan yang pedih itu boleh menghiris hati sanubari manusia lain dan akan mengalir darahnya sampai bila-bila....Ingatlah...memohon maaf adalah penawar pada hati yang luka lara...

Aku juga sentiasa ingat pesan mak aku "hari ni kita sakitkan hati orang, Akan datang orang akan sakitkan hati kita pulak...entah-entah lebih teruk dari yang kita buat"...Oleh itu jagalah lidah anda apabila berkata-kata, kerana mulut juga boleh hancurkan segalanya...kerana mulut boleh berperang saudara...

Semoga apa yang dilalui oleh kami ini menjadi iktibar pada kalian....
berpesan-pesan adalah tugas kita sebagai muslim...

See You All The Next Entry!!!