Tuesday, September 6, 2011

Adikku Dirasuk Bunian

Entry MK Kali ni agak mistik sedikit. Ini berdasarkan pengalaman MK yang pernah dilalui. Mungkin ada sesetengah orang tidak percaya dengan hantu, sihir, saka dan pelbagai lagi alam mistik ni. Tapi percayalah tak kira la ia hantu pocong ke, pontianak ke, toyol ke atau pape jenis hantu pun. Ia sebenarnya adalah sama termasuklah bunian. Mereka semua adalah golongan Jin & Iblis yang pelbagai rupa. Mereka juga seperti kita yang ada pelbagai agama. Jin juga ada yang menganuti agama Islam seperti kita. Dan selalunya ia tergolong dalam spesis bunian.

Pernah terjadi pada tahun 2010, adik perempuan MK iaitu Sakinah mengalami histeria di sekolahnya. Yang merasuk adik MK dikatakan spesis bunian. MK tahu pun melalui adik perempuan MK yang seorang lg. Namanya Imah. Dia yang pergi ambil Sakinah untuk dibawa balik ke rumah setelah disuruh gurunya.

Semasa dirumah kami, Sakinah meracau-racau, mengamuk dan marah kerana membawanya pulang ke rumah. Tapi sebenarnya yang marah itu bukan adik aku. Sakinah tak sedar pun. Imah yang telah berinteraksi dengan Jin ni. Antara perbualan mereka seperti kt bawah ni...

 Imah : Siapa Kau?
Jin     : Aku Jin..Bunian la bodoh..Engkau manusia bodoh!!
Imah  : Apa nama kau?
Jin     : Nama aku Salahudin. Aku agama Islam!
Imah  : Kenapa kau kacau adik aku?
Jin     : Sebab aku suka adik kau..Adik kau ni cantik..lagipun aku kesian kt dia..
           Selalu kena buli dengan abangnya..Kamu manusia jahat! Aku nak bawa adik kau duduk
           kat alam aku. Aku nak jaga dia..
Imah : Kau lelaki atau perempuan?
Jin    : Aku lelaki lah bodoh..kalau aku perempuan buat apa aku suka pada adik kau ni!
          dah jangan tanya banyak sangat..kang aku rasuk kau pulak nak?!!
Imah : *terdiam*..


Lebih kurang macam ni la perbualan dia orang. MK pun tak berapa ingat dah jalan ceritanya. Tapi yang pasti lepas tu terus bawak Sakinah pergi berubat kat seorang ustaz ni. Lepas pada tu ada jugak 2 3 kali sakinah dirasuk. tapi sekarang dh ok sebab Sakinah kuatkan semangat dia. Sebelum dia histeria dulu, Sakinah cakap dia ada nampak benda selalu perhatikan dia kt sekolah. Rupanya seperti orang tua berjubah hitam dan berjanggut panjang. Juga Sakinah ada ternampak seekor beruk yang besar dan bermata merah di dalam bilik guru sekolahnya.

Sekarang Sakinah dah kuat semangat. Kalau dia nampak benda macam tu lagi dia taknak layan. Buat tak tau je. Selalu baca ayat Al-quran untuk lindung diri dari dirasuk Jin tu lagi. MK juga nak ingatkan pada kalian semua. Jangan sangka semua Jin bunian baik. Terdapat juga yang jahat. Macam manusia juga ada yang baik dan ada yang jahat.Walaupun mereka islam tapi mereka tetap golongan Jin. Bermakna jangan cepat terpedaya dengan kebaikan mereka. Mungkin mereka buat baik pada manusia ada muslihatnya. Tujuan mereka juga hanya satu iaitu menyesatkan manusia hingga hari kiamat. Wallahualam...

Firman Allah ;
يَا بَنِي آدَمَ لا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ
Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
(Al-Araf :27)

No comments: