Thursday, April 12, 2012

Semalam Adalah Peringatan Awal Allah SWT



Semalam saya rasa gumbira menonton pertabalan Yang Dipertuan Agong Malaysia yang ke 14. Sungguh bersemangat rasanya melihat Sultan Kedah ditabalkan buat kali yang kedua selepas perlantikan pertamanya pada tahun 1970 hingga 1975. Wah masuk Malaysian Book Of Record lagi tueee....

Tapi semalam jugak Acheh sekali lagi mendapat malapetaka gempa bumi. Cuma tidaklah sehebat sebelum ini. Sehingga negara-negara seperti Thailand, India, Indonesia termasuklah Malaysia mengeluarkan amaran tsunami.

Namun telahpun ditarik balik amaran itu pada malam tadi. Bertempiaran manusia lari...tapi aku pasti ramai yang lari ke arah masjid.

NAH LIHAT !!! Kebesaran Allah swt...Azab-Nya mungkin akan datang lagi.

Kenapa ?

Kerna kita sekali lagi alpa dan lupa akan Dia. Sekali lagi ramai yang kufur akan nikmat-Nya. Sekali lagi kita merasakan kitalah penakluk dunia. Sekali lagi kita sengaja memusnahkan alam-Nya. Sekali lagi kita tidak henti berbalah sesama muslim. Dan sekali lagi kita melanggar larangan-Nya.

Walhal semua itu pinjaman daripada-Nya semata.

Kita memang manusia yang tak sedar diri. Diri kita hina tapi kita anggap kitalah yang paling mulia. Sehingga kita sanggup membelakangkan-Nya.

Ingatlah azab Allah swt sepedih-pedihnya. Marilah bermuhasabah diri sentiasa. Agar kita tidak tergolong dikalangan manusia yang mungkar...