Thursday, March 29, 2012

LOL : Karangan Bahasa Melayu Yang Hancus !!!






Senarai Jawatan Kerajaan Yang Terlibat Dengan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam


Bagi pemohon-pemohon jawatan kerajaan yang memohon secara online di website Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Calon yang terpilih akan menduduki Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam. Senarai jawatan yang perlu dilalui melalui peperiksaan itu ialah seperti berikut :-

-Penguasa Kastam Gred W41
-Penguasa Bomba Gred KB41
-Juruaudit Gred W41
-Pegawai Imigresen Gred KP17
-Pegawai Antidadah Gred S41
-Pegawai Kebudayaan Gred B41
-Pegawai Penguasa Bomba Gred KB29
-Penguasa Kastam Gred W41
-Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41
-Perangkawan Gred E41
-Latihan Separa Perubatan Gred U29
-Ahli Fotografi Gred B17
-Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
-Leftenan Muda Maritim Gred X13
-Laskar Kelas II Gred X1
-Pereka Gred B27
-Pembantu Pertahanan Awam Gred KP17
-Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
-Penerbit Rancangan Gred B27
-Penolong Akauntan Gred W27
-Penolong Juruaudit Gred W27
-Penolong Kawalan Trafik Udara Gred A29
-Setiausaha Pejabat Gred N27
-Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
-Penolong Pegawai Penerangan Gred S27
-Penolong Pegawai Kurator Gred S27
-Penolong Pegawai Psikologi Gred S27
-Penolong Pegawai Antidadah Gred S27
-Pegawai Psikologi Gred S41
-Penguasa Penjara Gred KX41
-Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
-Penolong Pegawai Latihan Gred E27
-Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred J29
-Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27
-Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP27
-Penolong Pegawai Penguatkuasa (JPJ) Gred N27
-Leftenan Maritim Gred X15

Jadual peperiksaan telah dikeluarkan oleh pihak SPA. Dan untuk maklumat lanjut mengenai tarikh, bulan dan hari peperiksaan akan dijalankan sila KLIK SINI.



p/s : " Aku mohon Penolong Akauntan, Penolong Juruaudit & Lefntenan Muda Maritim.
         Kalau ada rezeki kena panggil exam tak pasal-pasal kena bukak buku balik. Adoiiii "

Wednesday, March 28, 2012

Mahu Kaya ? Jangan Kerja Kerajaan !!!



Siapa dikalangan kita tak mahu hidup kaya ? Semua manusia nak kaya raya hartakan. Tapi yang aku lihat sekarang ni ramai mahu minta kerja Kerajaan supaya dapat hidup senang. Dulu aku pun fikir macam tu jugak.

Tapi bila dah rasa sendiri macam mana kerja kerajaan ni, taulah susah payahnya. Bagi aku kalau kamu berangan nak hidup senang dengan kerja kerajaan, tak payah mimpi lah. Tak senang mana pun.

Sebab itulah kebanyakan staff kerajaan bukak perniagaan. Tapi bukan atas nama dia orang sendiri. Mereka daftar dengan SSM atas nama isteri, anak-anak, sedara mara atau sahabat handai yang tak terlibat dengan goverment.

Sebab kami kakitangan kerajaan (kalau tak silap aku) tak boleh memiliki perniagaan atas nama sendiri. Makanya terpaksa pinjam nama orang lain dan kalau nak menjalankan apa-apa pekerjaan sendiri pun kena minta kebenaran ketua jabatan @ majikan terlebih dahulu serta tidak mengganggu tugas hakiki.

Kami pun kena isytihar harta atau aset yang kami ada 5 tahun sekali. Isytihar ni bertujuan supaya harta yang dimiliki tidak meragukan.

Contohnya kalau seorang staff goverment pakai kereta toyota alphad yang harga suku juta tapi hanya berjawatan pembantu tadbir (kerani) sahaja serta isteri tidak bekerja.

Adakah logik seorang staff goverment itu membeli aset yang mahal dengan kadar gaji bulanan 1K je sebulan ? ia adalah meragukan. Berkemungkinan staff tu terlibat dengan rasuah @ pecah amanah. Bukan setakat kena isytihar harta milik sendiri malah isteri & anak2.

Sebab itu, kalau kamu mempunyai mentaliti mahu jadi kaya, aku sarankan janganlah berangan nak kerja kerajaan. Banyak lagi sebenarnya peraturan dalam kerajaan ni. Ingat senang ke?

Baiklah kamu bukak bisnes sendiri, sendiri majikan, sendiri pekerja, apa2 risiko sendiri tanggung. Daripada kerja kerajaan, pegawai atas salah guna kuasa, kita bawahan terbabit disoal siasat sama dengan SPRM. Tak pasal-pasal kita pulak dijadikan kambing hitam.

Apakedehal ? Faham maksud aku kan? Lagipun 9/10 rezeki tu dari perniagaan. Jadi apa nak takut dengan risiko.

Ramai cakap kerja kerajaan ada pencen. Masa tua senang. Senang sebab dapat duit bulanan je. Tapi berapa sangat duit pencen tu. Kadar ekonomi meningkat. Harga barang naik selalu. Tak senang jugakkan?

Ramai jugak cakap kerja kerajaan senang kalau sakit masuk hospital free. Hek kamu free!! Masuk wad hospital kena bawak surat GL jugak (GL ialah surat pelepasan) benda ni rekod dalam buku perkhidmatan. Bila pencen nanti ganjaran kena tolak untuk bayar balik caj hospital tu. Jadi mana yang senangnya? Sama je.

Yang senang ialah buat hutang dengan bank. Cepat je lulus. Orang bank pun "senyum lebau" je..tu ye senang. Tapi senang tambah hutang tak elok jugak.

Gaji kerja swasta sebenarnya lebih besar dari kami ni. Kamu tiap tahun naik gaji berapa? Kenaikan gaji tahunan kami tak sampai RM100 pun. Bonus kadang ada kadang takde. Kalau ada pun sebulan gaji dan 2 kali bayar..hahaha (Lawak Ke Der?)

Kamu "BrainWash" baliklah..aku malas nak cakap banyak..kang aku kena boikot pulak...



p/s: "Barangsiapa tanya kenapa aku kerja kerajaan, aku send virus"


Tuesday, March 27, 2012

Kalau Gaji Amah RM700, Aku Sedia Letak Jawatan !



Bukan nak ungkit tapi nak membangkit. Baru ni kerajaan Indonesia mahukan 1Amah 1Tugas dengan kadar gaji RM700 sebulan. Bermakna rakyat dia yang kerja sebagai pembantu rumah di Malaysia hanya akan buat satu tugasan untuk majikan.

Bagi aku dia orang ni melampau lah. Aku dulu masa kerja kilang kat Shah Alam pun gaji RM450 je sebulan. Kerja pulak kadang-kadang 12 jam jugak. Sekarang ni aku kerja dengan kerajaan pun gaji kasar seribu lebih je.

Bayangkan dia orang makan sah-sah majikan tanggung. Tempat tidur konfem ada. Nak kerja dengan gaji RM700 untuk satu tugasan. Urusan rumahtangga ada banyak tugasan. Memasak,  membasuh, mengemas, jaga anak lagi. Macam-macam...Jadi berapa banyak yang majikan kena keluarkan duit untuk bayar gaji amah sebulan? Mau beribu kan...

Bukan aku nak korang bencikan orang Indonesia ni. Tapi kadang-kadang mereka ni keterlaluan lah... mengada-ngada..aku harap kerajaan kita jangan bagi muka sangat kat "Orang Seberang" tu..

Dulu masa penubuhan Malaysia, negara Indonesia paling tak suka sekali...mereka kecam kita dengan "Ganyang Malaysia"...mereka pernah bakar bendera negara kita dan macam-macam lagi kan...tapi kita ni bangsa "Lembut Hati"...bagi jugak muka..tapi last-last "Orang Seberang" tu jugak datang negara kita cari makan. Ramai datang secara haram pulak tu...Ibarat "Dah ludah, Jilat balik"...

Tolonglah ye "Orang Seberang"..kalau nak gaji mahal-mahal kau balik negara kau...kami kat sini pun bukan orang kaya sangat...nak cari makan pun terkial-kial lagi...Kau datang sini kami tak jemput dan kalau kau balik tempat kau pun kami tak halau..

Datang sini nak cari makan takkan sampai kami kena layan kau macam raja pulak...kami dah terima kau masuk negara kami pun kira bersyukurlah...

Kerajaan Malaysia kalau payah sangat urusan dengan "Orang Seberang" yang banyak cekadak tu...lebih baik kita ambil amah dari Narathiwat atau Patani Thailand...Meraka pun ramai Islam dan susah pulak tu...kita tolong mereka lagi bagus...

Kalaulah kerajaan kita setuju cadangan dia orang tu...aku rela letak jawatan. Kerja amah kat rumah aku sendiri...berbaloi-baloi...aku mintak suami aku bayar gaji aku 1 tugas RM700...pastu konfem dia cari "Bini Baru"...hahaha....



p/s : " Ayah aku "Orang Seberang" jugak..Sedara mara ramai kat sana..
          Kebanyakan mereka iri hati dengan rakyat Malaysia...
          Sebab mereka ingat kita kaya raya hidup senang kat sini"

Monday, March 26, 2012

Usin Bunga ... TERBAIK !!!

Kredit Pic dari blog Benashaari.com
" Ada kerja adalah duit, takde kerja takdelah duit, takde duit mintak dengan Mak Ngah..Bank Mak Ngah Bank Termengah - mengah "

Dialog ni memang aku tak tahan betul dengar zizan cakap. Berguling-guling aku ketawa tengok drama ni..suami aku pun tak habis-habis gelak..payah nak buat suami aku tu ketawa.

Dia series orangnya. Tapi lawak zizan boleh buat dia ketawa. Maknanya bestlah cerita ni..

Bagi aku satu lagi drama terbaik yang  berjaya tawan hati aku selepas Warkah Cinta Mat Rock.  hadoi...aku tak payahlah terangkan sinopsis cerita ni...lagipun ramai dah tengok kan...

Aku harap akan banyak lagi cerita melayu yang boleh bikin gempar satu Malaya...


p/s : " TERHIBUR "

Cuci Gigi Lah Sangat !



Pagi tadi aku ada appointment dengan Doktor Gigi di klinik pergigian kerajaan. Nak buang karang gigi yang sudah berabad pada celah-celah gigi ni...sebenarnya ni lah first time aku pergi cuci gigi (aduh kantoi)...

Korang mesti bayangkan gigi aku yang kuning pekat dan berlumut ye dok...hehehe...aku taklah sehabat tu (bahasa pahang maknanya pengotor)...berus gigi 3 kali setahun eh tak la...sehari...
Masa datang buat check minggu lepas doktor cakap gigi aku okey..sihat cekononnye...takde yang berlubang dan tak kena tampal pun...so kena buat temujanji datang pagi tadi...lama jugak ye cuci gigi...ada jugak setengah jam...

Tapi ngilu tak dapat nak cakap lah...rasa nak tepis-tepis je tangan doktor tu masa dia cuci gigi aku...rasa macam kena gergaji gigi...darah banyak keluar...geli geleman lah...entah-entah aku ada tertelan darah dan karang gigi tu...euwww...redha jelah...


Penat woi nganga mulut setengah jam...pastu kena pulak pegang penyedut air liur...tangan aku ni ikut je mana doktor tu tarah gigi aku...bagi air disedut oleh penyedut tu...doktor pulak tolak tangan aku pelan-pelan...Nasib dapat doktor baik...lembut pulak tu...Dr. Athirah...suara halus je...kalau dapat doktor ganas konfem koyak rabak mulut aku agaknya...hahaha pepandai je tambah ayat unsur negatif...doktor baik sumer...mana ada kejam-kejam ni...sebab tu dia orang jadi doktor...

Bila dah siap Dr. Athirah pun berpesan..."Lepas ni bila minum air sejuk akan rasa ngilu. Tapi seminggu je. Jangan lupa kumur dengan air suam campur sudu teh garam. Untuk kurangkan ngilu & darah. "...

"Baiklah doktor"...hehe...untuk korang jangan lalai jaga gigi ye..kalau gigi rosak kena cabut senyum pun 'manis' je...

aku ada satu petua untuk share dengan korang...kalau taknak gigi cepat rosak ...lebih afdal gosok gigi dengan berus periuk atau berus jamban..konfem bersinar-sinar gigi korang ibarat kedipan bintang dilangit...tu pun kalau nak ikutlah...aku tak kisah...kahkahkah...


"Cantik tak Gigi I ?"



p/s : " Dr. Athirah pakai vizer masa cuci gigi aku. Tapi bukan vizer helmet motor ye..untuk elak merecik air liur aku kat muka cantik dia...^__^ "

Friday, March 23, 2012

Mari Mohon Latihan Separa Perubatan Tajaan KKM


Rasanya semua dah tau tapi saya tetap nak bagitahu jugak. Kepada adik - adik lepasan SPM yang berminat dalam bidang sains kesihatan, Akak Kintan nak cadangkan supaya anda semua mohon belajar bidang sains kesihatan yang ditaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jika anda mahu menjadi pelatih KKM ini ada beberapa bidang yang boleh anda pohon bertaraf Diploma dan Sijil.

Antara latihan yang dijalankan ialah :-

1) Latihan Bertaraf Diploma :-

- Jurupulih Perubatan Anggota
- Jurupulih Perubatan Cara Kerja
- Jururawat
- Jururawat Pergigian
- Juruteknologi Makmal Perubatan
- Juruteknologi Pergigian
- Juru X-Ray
- Penolong Pegawai Farmasi
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Penolong Pegawai Perubatan

2) Latihan Bertaraf Sijil :-

- Jururawat Masyarakat
- Pembantu Kesihatan Awam
- Pembantu Pembedahan Pergigian

Syarat-syarat kelayakannya untuk adik-adik memohon latihan, biasiswa, Gaji dan tugas-tugas sila layari http://www.spa.gov.my atau http://www.moh.gov.my

Wednesday, March 21, 2012

Segmen Blog Baru - Follow Kami Motivasikan Kami

Rajinnya Makwe Kintan join segmenkan...sebab aku tau dan sedar diri yang aku hanyalah blogger hindustan...eh hingusan...

Banyak nak kena kutip ilmu dari para blogger otai ni..kalau sudi kita share-share...kalau tak sudi, sudi-sudikan lah...kalau tak sudi jugak, aku akan mintak sampai sudi...hehehe

Segmen ni ditaja oleh Hasrul Hassan...cewah ditaja tu...dia suruh berikan maklumat pasal diri blogger baru cam aku ni...

Aku tanya HH..."En. HH, saya kena buat resume macam nak mintak keje ke...?"

HH cakap..."Jangan jadi minah poyo leh tak !!!"..(tu pun kalau korang nak cayalah)

Nama Blogger : Makwe Kintan...nama betul tak payah taulah dak?

Usia Blogger : 25 Tahun...

Usia Blog : 8 bulan baru...

Berblog dari : Pahang negeri Tok Gajah..orang Temerloh bandar Ikan Patin...

Kandungan utama blog : cerita koleksi personal...apa saja isu yang aku nak bangkitkan..hehe...

Blog aku ni bukan blog politik ye...bukan apa taknak gaduh-gaduh...sebab dalam malaysia ni banyak puak...

Ada puak dacing timbang sama berat...ada puak bulan purnama terang benderang..ada puak bulan sabit dua belah....ish macam-macam...malas aku nak cerita bab gini..takmo ye...

Yang penting kita jangan kacau orang dah...salam perkenalan semua...^__^


Liyana Jasmay Si Budak Comot ?

"kiut miut tak saya...?"

Hahahaha...tajuk tak menahan...ni bukan aku yang bagi title pada pelakon kecik molek tu...En.Suami la punya angkara...aku memang peminat fanatik Liyana Jasmay..aku suka lakonan dia...sweet-sweet gitu...dia pun comel-comel...


"tergamak kau cakap aku budak comot..."(muka nak nangis)

Tapi suami aku tak suka sangat pelakon ni...sebab dia cakap bibir Liyana Jasmay tu tak cantik...macam " budak comot "...perhhh...kalau Liyana dengar ni mau laki aku kena tampar laju-laju edisi Liyana Jasmay ....hahaha...tapi aku rasa part bibir dia yang aku paling suka...seksi gitu...


"Tengok bibir I seksi kan.."

Malam tadi pun aku dah tengok drama terbarunya dengan Shahrizal Jazle..Drama 3 Janji di TV3..okey jugakla...cuma jalan cerita tu agak hambar sedikit...tapi aku tak boleh buat kesimpulan awal-awal untuk nilai drama tu...so kena tunggu episod minggu depan dan seterusnya...harap drama ni akan meninggalkan kesan dramatik dalam hatiku...cewah....


"Yeh ! I Love Makwe Kintan..."


" Thanks Makwe Kintan sebab selitkan pic I dalam entri U...I kan jejaka kacak malaya..euww"
(buat pose poyo)


p/s : " Gurau-gurau suara garau hang pi duduk suraula makwe kintan"

Tuesday, March 20, 2012

Mentaliti Orang Melayu Pasal Kenduri


Majlis kenduri ni memang sinonim dengan masyarakat kita. Mungkin sifat orang melayu ni yang pemurah dan hidup bermuafakat agaknya. Tapi zaman sekarang aku tak pasti pulak sejauh mana sifat tu. Sebab keadaan sekarang bila buat kenduri je ramai yang gunakan khidmat katering. Termasuklah aku..hehe... 

Senang bayar je duit semua ditanggung beres. Tak macam zaman nenek atuk dan mak ayah kita dulu. Mana ada katering bagai ni. Satu kampung tolong menolong sediakan makanan kenduri. Memang meriahlah. Okey kita lupakan bab itu.

Sekarang ni yang jadi persoalan di benak fikiran aku ialah bila ada je kenduri ramai mak ayah akan angkut semua anak-anak ke majlis tu. Alasannya mudah bagi si mak ialah " Senang anak-anak makan, tak penat aku nak masak untuk korang". (Mak jugak yang salah...ayah ?) Itu memang realitinya zaman kini. Kamu jangan cuba menidakkan hal itu ya...

Nenek aku pernah cakap yang zaman dulu kalau ada jemputan kenduri yang datang hanya mak ayah je. Mereka takkan bawak anak-anak. Sebab malu dengan orang nak angkut ramai-ramai macam orang tak cukup makan je. Anak-anak tinggal kat umah sambil tunggu jika ada mak ayah bawak balik pape dari kenduri. Ni nenek aku yang cakap. Bukan aku. Jangan salah anggap ye. Bila difikirkan balik betul jugak.

Macam mana tuan rumah kenduri tu nak buat bajet kalau tak tahu isi rumah jemputan tu berapa...Kadang-kadang tersalah bajet..Tempah @ buat makanan untuk seribu jemputan tapi yang datang jadi 2 atau 3 kali ganda..

So timbul pulak isu tak cukup makanan..kalau tetamu tu jenis open minded dan tak kisah tak dapat makan takpelah...kalau yang jenis merungut pastu jaja satu kampung yang kenduri orang tu tak cukup makan macam mana pulak?...buat niaya tuan rumah...

Bukanlah aku nak marah kalau tetamu tu nak angkut ramai-ramai ahli keluarga...tapi sepatutnya berpada-pada lah...kita tengok tuan rumah tu jenis ekonomi dia...kalau yang kaya raya walaupun hari tak raya bolehlah kita serbu berjemaah...tapi kalau jenis yang biasa je memadailah hanya ibu ayah atau ketua keluarga saja yang hadir...

Yang penting adalah untuk meraikan majlis tu dan memenuhi jemputan...bukan fikir janji perut aku & anak-anak aku penuh...thats just my opinion...kalau korang tak setuju dengan aku ikut suka koranglah kan....sekadar cebisan entri blog tak femes je...hehe...

Monday, March 19, 2012

Ladang Bunga Tulip, Belanda

Gambar ni aku kredit dari Karyawan Bisu sebab aku tertarik dengan warnanya...











Dan aku konfius...betul ke ni ladang bunga tulip ?

Aku tengok macam "Kek Lapis Sarawak"...sedapnya !!!

Sunday, March 18, 2012

Warkah Cinta Mat Rock....TERBAIK !!!

Hahahaha....drama TV3 yang aku rasa beri kesan mendalam pada aku...tak kering gusi aku gelak malam tadi...kelakar habis jugaklah....

Part yang aku paling suka sekali masa buat Konsert Syok Sendiri...yang aku berair mata tengok si Nabil main gitar bass tapi jari still rockers....tiap kali petik tali gitar tu mesti buat simbol rockers tu...adoi...mengelepar aku suka...ok la sebab malam tadi suami aku keje so aku duduk sorang la kat rumah...memang layanla....

Pastu pulak part yang si Nabil bagitahu Fathia yang Eddie (Ni nama hero cerita..nama betul mamat tu gua tak ingat bro) ...eksiden....perhhhh....Nabil nangis tapi tangan still simbol rockers sambil tutup muka...siap kuar ayat " Gua rockers mana boleh nangis "....hahahaha......

Overall story memang gua layan la kan...4/5 gua kasi mark untuk cerita ni...

Friday, March 16, 2012

LOL : Cara Bodek Bos


Yang bawah cium bontot,
Yang tengah cium kaki,
Yang atas cium tangan,
Yang atas sekali kembang hidung...

p/s : " Yang cium bontot bos tu pasai apa ? Wangi ka ? Silap-silap bos kentutkan hang baru padan muka !!! "

Jawapan Hilal Asyraf Kepada Tun Mahathir

Semalam aku telah buat entri Tun Mahathir Tunggu Jawapan Daripada Hilal Asyraf..dan seorang Anonymous memberikan komen padaku untuk beri link blog tersebut.


Korang nak tahu jawapan Hilal Asyraf baca blog di link http://langitilahi.com/7734...

Terima kasih adik Hilal Asyraf sebab sudi berkongsi ilmu & manfaatnya pada semua... 

Serba sedikit mengenai Hilal Asyraf :-



Thursday, March 15, 2012

Tun Mahathir Tunggu Jawapan Daripada Hilal Asyraf

"Saya menunggu jawapan daripada adik Hilal Asyraf supaya dapat saya betulkan diri saya."
Kenyataan ini aku petik daripada Blog Tun Mahathir...adik Hilal Asyraf sebelum ini telah membuat teguran terhadap ucapan Tun Mahathir di UNIMAS baru-baru ini mengenai Hukum Hudud. Tun Mahathir pun mengemukakan beberapa soalan kepada adik Hilal Asyraf. Apa jadi ye? Aku pun nak tahu jugak apa yang bakal terjadi seterusnya lepas ni..

Antara soalan  yang ditanya oleh Tun Mahathir ialah :-

i) Punca ajaran agama Islam ialah Al-Quran, Hadith, fatwa, ajaran ulama’-ulama’ dan guru-guru agama. Diantara punca-punca ini yang mana satukah yang diutamakan?

ii) Sekiranya terdapat perlanggaran atau percanggahan antara hadith, fatwa, pendapat ulama’ dan guru-guru agama dengan apa yang terdapat dalam Al-Quran, apakah kita harus tolak Al-Quran (terutama ayat-ayat yang jelas) dan terima hadith, fatwa dan lain-lain?

iii) Ada pihak yang mendakwa bahawa Al-Bukhari telah mengkaji sebanyak 600,000 hadith tetapi menerima hanya 7000 sebagai sahih.

iv) Apakah kesahihan hadith-hadith ini semuanya sama dengan sahih pengkaji hadith lain termasuk Muslim, Tarmizi dan lain-lain. Apakah kita harus tolak kajian-kajian lain dari Bukhari?

v) Apakah ingatan manusia lebih tepat dan kekal dari catitan, seperti wahyu dari Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. dicatit, kemudian dibukukan sebagai Al-Quran.

vi) Bukhari membuat kajian hadithnya 200 tahun selepas wafat Nabi. Apakah orang pertama yang melihat atau mendengar Nabi bersabda mencatat apa yang dilihat dan didengar dan catitan ini disimpan sehingga Bukhari mengkajinya? Atau apakah Bukhari bergantung kepada riwayat yang diperturunkan melalui beberapa generasi sehingga sampai kepada Al-Bukhari?

(Di sini jangan mula cap saya sebagai anti-hadith. Saya pegang kuat kepada hadith asalkan ia tidak berbeza, bercanggah dan menafi ayat-ayat Al-Quran. Saya sedar saya tak mungkin tahu bagaimana sembahyang jika saya pegang semata-mata kepada ayat-ayat dalam Al-Quran. Menuduh seseorang itu anti-hadith seperti menuduh seseorang itu kafir adalah cara mereka yang tidak dapat pertahan kefahaman dan pendapat mereka).

vii) Tuhan menjadikan manusia berbeza dengan haiwan kerana manusia diberi akal fikiran. Apakah agama Islam melarang manusia dari mengguna akal dan berfikir?

p/s : TUNGGUUUUUU!!!!!!!!

Tuesday, March 13, 2012

Tukar Background..Cer Komen !

Dulu



Kini


Komenlah Sikit..Nak Tau Pendapat Awak...
Atau Kalau Awak Ada Background Cantik Share Dengan Saya Boleh Kan...^__^

Blog Aku Jadi Pilihan ?

Ini cerita lama tak lama jugaklah. Bukan nak buat gempak apa pun. Cuma saja nak mengada sikit..boleh? Blogger hasrulhassan.com telah memilih blog aku antara blog pilihannya untuk tahun Februari 2012.

Agak terkejut jugak aku masa tengok entri dia dulu. Aku memang hari-hari jenguk blog dia. Memang tak disangka lansung. Aku tak tahu apa yang istimewanya blog aku ni. Blog biasa je.

Cerita sensasi takde sangat. Hampir 100% entri kisah peribadi. Buat korang yang baca bosan je kan? betul?..hehe...But aku percaya setiap orang ada identiti sendiri. Citarasa pembaca jugak tak sama...so terima kasih pada HH sebab sudi pilih blog berkarat ni jadi pilihan...hehe...



Blog Saya Pilihan HH...oh Teruja !!


Rupa baru Blog Aku..ehem nak tukar background la..kasi bunga besar2..



Ok dah tu jelah....

Monday, March 12, 2012

Padah Keluar Malam !

Short Story Only & I Promise..*wink-wink*. Tetiba tersedar yang aku ni selalu buat entri panjang lebau macam karangan budak SPM...Huhu...

Macam ni pada minggu lepas aku dah tak ingat tarikhnya dan hari apa. Suami aku sudah bagitau awal-awal yang dia takkan balik malam tu. Sebab kerja yang tidak dapat dielakkan. So malam tu aku kena tidur seorang lah. Sedih Woi..Wuwuwu..tak dapat tidur berimpit dengan suami..cis...

Aku pun malaslah masak malam tu. Kiranya nak on diet lah cekonon..Pastu jam 10.30 malam perut aku bunyik gendang gendut tarian chacha pulak. Nak makan burger kat luar tepi jalan tu. Aku pun apa lagi tukar baju turun cepat-cepat. Bukan apa takut kang kedai adik jual burger tu tutup pulak. Dah kempunan leleh ayak liur.....

Gumbira rasa hati dapat beli burger. Masa perjalanan balik nak ke rumah aku tu jalan gelap. Lampu jalan pun rosak. So gelap gulita jadinya. Tiba-tiba ada satu bau yang telah menusuk hidungku. Kembang kempis kembang kempis lubang hidung ni. Dalam hati cakap "Bau wangi...bau apa ye?"...

Baunya macam bau bunga. Kuat betul bau tu. Aku jeling-jeling jugak kiri kanan kot ada pokok bunga ke. Takde pulak. Aku main teka-teki teka-tekuk...macam bunga melur...tapi macam bukan...dan teringatlah aku bau bunga "Harum Sundal Malam"...yes kali ni pasti...

Berdiri tegak terus bulu romaku termasuk bulu hidung....apa lagi jalan laju-laju lah..pecut jalan kaki tanpa toleh mana-mana dah...Sampai rumah terus cepat bukak pintu dan istigfar banyak-banyak...Sebab aku rasa ada benda ikut aku tadi dari belakang...Malam tu memang filem aku lah..Tajuknya "Jangan Pusing Belakang"..

Orang tua-tua cakap kalau bau camtu mungkin Cik Ponti @ "Ponti anak Leman"...Mungkin nak berkenalan dengan aku kot..hehe...padan muka aku..kuar malam lagi..nak sangat makan burger budak kedai depan tu..Macam sedap sangat..Mahal pulak tu..Baik aku pergi beli burger McDonald puas hati...

Nampaknya aku mungkir janji jugak kali ni...entry aku panjang jugak..tak reti nak pendekkan dah..."taye mintak mahap laaaa.."


"Ini Miah Karim bukan Maya Karin"


Friday, March 9, 2012

Bunga Melur


Dihujung sana tempatmu Bunga Melur,
Bukan ditaman yang indah Bunga Melur,
Hanya disudut halaman,
Tiada dihiasi jambangan indah permai.


Tapi warnamu yang putih Bunga Melur,
Tandanya suci dan murni Bunga Melur,
Walaupun ditiup debu,
Warnamu dan baumu tetap memikat kalbu.


Ibarat gadis desa Bunga Melur sederhana,
Walau kering tak bercahaya Bunga Melur,
Baumu memikat jiwa.


Semoga sabar dahulu Bunga Melur,
Pada disuatu ketika Bunga Melur,
Masanya akan menjelma,
Disanjung dan dipuja oleh gadis remaja.

Dimana Pelangi ?



Setahun sudah berlalu. Saat aku dilanda hujan dan badai masih lagi bergelora lautnya hingga kini. Tidak mahu kuceritakan apa sebenarnya yang terjadi. Biarlah hatiku ini menyimpan seribu satu rahsia itu.

Ujian demi ujian diturunkan oleh Yang Maha Agung kepada aku dan suami. Satu persatu terpaksa kami tempuh bersama. Mereka disekeliling ada yang tahu. Namun berapa kerat sangat yang memahami. Selebihnya hanya memberikan keputusan supaya mahligai yang kami bina dirobohkan serta merta.

Aku tidak faham apa muslihat mereka. Tuduhan demi tuduhan dilemparkan kepada suamiku walaupun belum pasti dia lakukannya. Hati isteri mana yang tidak hancur luluh disaat melihat air mata suaminya jatuh berlinangan dek fitnah dan tohmahan bermacam-macam.

Tidaklah aku pantas untuk percaya semua omongan mereka itu. Kerana aku isterinya lebih mengenali hati budi si suami.

Ibarat hujan disertai guruh bersama petir. Maka dilanda "BAH" istana kami. Salah siapa? Puncanya apa? Itu tidak penting lagi. Tapi bagaimana mahu kami surutkan banjir ini ? Apa yang perlu kami lakukan untuk merayu pada sang hujan supaya berhenti tangisannya ?

Sememangnya kami impikan pelangi indah itu. Seandainya tidak diberikan pelangi, cukuplah cerah selepas hujan. Tapi bilakan masanya itu akan terjadi ?

Mungkin Yang Maha Mengetahui masih lagi rindukan suara kami. Masih lagi rindukan sedu sedan tangis kami. Masih lagi rindukan rintihan kami yang meminta pertolongan. Sudah pasti kami tidak akan berhenti menadah tangan dan bersujud menghinakan diri ini yang memerlukan-Nya.

Badai belum berakhir, petir masih sambar menyambar, guruh masih berdentum, hujan masih menangis, awan masih berarak kelabu. Aku yakin malah pasti semua ini bakal berakhir bila sudah sampai waktu itu. Percayalah pada "Kun Fayakun"...

Thursday, March 8, 2012

Isi Kandungan Pengumuman Perdana Menteri



Bagi mereka yang terlepas dengan Pengumuman Perdana Menteri pagi tadi terutama penjawat awam, aku ada maklumat yang dikeluarkan oleh Laman Web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ini isi kandungan pengumuman PM secara terperinci.




Sumber : www.jpa.gov.my

SBPA Dibatalkan, SSM Dipertingkatkan...

Pengumuman oleh Perdana Mentei sudah dibuat kepada 1.4 juta penjawat Awam. Segala teka-teki sudah terjawab. Gred 1 hingga 54 naik gaji 13  peratus. Dan kumpulan JUSA 8 peratus.

Syukur pada Allah swt. Walaupun tidak dapat seperti yang diharapkan, namun masih lagi diberi rezeki kan. Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) pun naik RM50..jadilah...

Yang penting semua penjawat awam macam aku ni kena kerja lebih kuat..prestasi kena tingkatkan..bagi cemerlang...dan layan pelanggan dengan senyuman lebar hehe...sadau diri ku...

Apa pun terima kasih kerajaan...tunggakan akan dibayar mulai gaji bulan Jan 2012...banyaklah dapat nanti ye...

Hari ni pun berita gembira buatku ialah BR1M yang aku mohon dah lulus...Alhamdulillah hujung bulan ni dapatlah rezeki duit poket RM500. Syukur...

Senyum Lebau Lah !!!

Wednesday, March 7, 2012

MegaGiveAway by Penmerah.com


Join...join mari join..join...join...

60 hadiah diberi pada pemenang...banyak tu...

Moh la Weh!!!

Mangsa aku untuk ditag ialah....




Hahaha...padan muka korang...aku paksa korang join...

Klik banner untuk join ye...mekacih!!

Fan Page Macam Ni Pun Ada ? Adoiiii !!!

Bila dah terjumpa fanpage gini...gulppp..telan air liur jelah

Mungkin bagi mereka yang "terlalu" open minded..tarak hal kot...

Tapi bagi aku banyak hal...hehe...

Pilihan dijari ikut citarasa sendiri...

Apakadahal ?


p/s : "Dosa Pahala Tanggung Sendiri...peace.."

Tuesday, March 6, 2012

BEN ASHAARI AJAK KORANG KRITIK BLOG AKU


Join segmen sekadar ingin tahu.

Saya blogger baru. Masih lagi mentah dan banyak perlu dipelajari.

Harap anda yang sudi singgah di blog saya dapat memberi kritikan membina untuk blog saya secara keseluruhan.

Tidak kira dari segi apa pun.

Saya akan terima dengan hati terbuka.

Terima kasih...

Simpan Impian Hamil Kembar


Setiap pasangan suami isteri menginginkan zuriat yang soleh dan baik. Aku juga begitu. Sudah hampir 2 tahun aku mendirikan mahligai bersama suami. Namun masih lagi belum dikurniakan zuriat daripada Ilahi. Kerana aku tahu yang anak itu amanah-Nya yang mesti dipelihara sebaik-baiknya. Semua ibu dan bapa juga mengimpikan anak-anak yang baik.

Namun aku mempunyai impianku sendiri. Aku mahu anakku kembar dan lelaki. Jika suatu hari nanti, Allah SWT memakbulkan doaku untuk hamil kembar lelaki, maka aku akan namakan anak-anak itu MUHAMMAD JIBRAIL & MUHAMMAD MIKAIL.

Bukan itu sahaja, malah aku akan cuba terapkan kepada anak-anakku supaya minat menyertai bidang ketenteraan dewasa kelak. Untuk berjuang pertahankan Agama, Bangsa & Negara. Kalau boleh biarlah mereka menjadi juruterbang pesawat pejuang TUDM. 

Muhammad bermaksud Yang Terpuji. Ia juga merupakan nama kepada Rasul dan Nabi yang terakhir. Jibrail pula ialah malaikat yang menyampaikan Wahyu Allah SWT kepada para rasul. Perihal lanjut Malaikat Jibrail anda baca SINI. Mikail ialah malaikat yang menyampaikan rezeki. Perihal lanjut Malaikat Mikail pula anda baca SINI.

Akan tetapi impian aku yang terbesar ialah supaya ada dikalangan keturunanku dari anak cucuku termasuk dalam golongan orang-orang soleh yang memperjuangkan dan menegakkan Islam di bumi ini. Aku sentiasa berdoa supaya akan ada dikalangan anak cucuku yang akan meyertai Panji-panji hitam yang keluar dari timur membawa kalimah Lailahaillallah pada akhir zaman nanti bersama Imam Mahdi dan disaat Nabi Isa Al Masih anak Maryam diturunkan kembali ke bumi untuk memperbetulkan akidah kaum Nasrani dan umat Islam serta umat manusia yang sudah jauh tersesat serta menghapuskan Dajjal dan kuncu-kuncunya sebelum tiba hari kehancuran.

Kerana impian inilah aku berjanji kepada diriku sendiri jika aku dikurniakan anak kembar lelaki maka akan aku didik dan berikan ilmu agama secukupnya kepada mereka. Fardu ain dan fardu kifayah akan aku seiringkan supaya ilmu-ilmu itu diperturunkan kepada keturunanku nanti. Aku sanggup korbankan harta dunia semata-mata untuk pendidikan anak-anakku kelak.

Aku tahu semua ini hanyalah perancangan aku sahaja. Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui kemampuan hamba-Nya. Namun jika aku dikurniakan anak selain dari impianku itu. Aku tetap akan bersujud dan bersyukur akan nikmat-Nya. Wallahualam...

Monday, March 5, 2012

Patutkah Aku Persoalkan ?


Allah SWT mengurniakan aku akal yang waras. Namun jujur aku katakan dahulunya aku sering persoalkan kenapa itu dan kenapa macam ni. Aku tidak pertikaikan segala kejadian ciptaan Tuhan. Cuma yang selalu aku persoalkan bagaimana semua ini boleh terjadi.

Contohnya macam mana Tuhan ciptakan langit yang biru. Aku sering mendongak keatas dan memerhatikan betapa indahnya biru langit terbentang luas. Aku pernah menonton dokumentari mengenai angkasawan berlepas ke angkasa. Tapi aku tak nampak pun mereka melintasi langit warna biru itu. Tau-tau je dah ada kat angkasa dan langit sudah tukar warna hitam.

Bagaimana ini terjadi ? persoalan demi persoalan. Tidak juga aku jumpa jawapan. Aku cuba cari dalam internet juga tidak jumpa jawapannya. Aku tanya kawan-kawan. Jawapannya menghampakan aku. Aku tak berani tanya orang alim. Khuatir akan disalah anggap pula. Aku mula membaca Kitab Tafsir Al-Quran. Jawapannya...? syhhhh...

Mungkin aku tak patut mencari itu. Tapi bila aku tidak ketemu jawapannya, aku sedar yang mungkin aku tak patut mempersoalkan. Kerana ia boleh jadikan aku gila.

Ini diluar kewarasan akal manusia. Kerana manusia hanyalah makhluk ciptaan-Nya. Kebijaksanaan kita tidak akan sama dengan Yang Maha Bijaksana. Kalau langit yang biru selalu kita lihatpun, aku buntu fikirkan. Inikan pula 6 lagi lapisan langit diatas sana.

Jangan aku tanya lagi bagaimana ia terjadi. Itu semua rahsia Allah SWT. Biarkanlah ia menjadi rahsia sehingga Hari Kebangkitan Abadi. Makanya jangan aku persoalkan lagi rahsia Tuhan yang tidak akan sampai dek kewarasan akalku. Ternyata ianya terbatas...

p/s : "Dah 3 bulan aku baca & cuba fahami Kitab Tafsir Al-Quran..tapi baru semalam aku habiskan bab Surah An Nissak yakni perempuan-perempuan..Insyaallah aku akan berusaha habiskan jua"