Tuesday, March 20, 2012

Mentaliti Orang Melayu Pasal Kenduri


Majlis kenduri ni memang sinonim dengan masyarakat kita. Mungkin sifat orang melayu ni yang pemurah dan hidup bermuafakat agaknya. Tapi zaman sekarang aku tak pasti pulak sejauh mana sifat tu. Sebab keadaan sekarang bila buat kenduri je ramai yang gunakan khidmat katering. Termasuklah aku..hehe... 

Senang bayar je duit semua ditanggung beres. Tak macam zaman nenek atuk dan mak ayah kita dulu. Mana ada katering bagai ni. Satu kampung tolong menolong sediakan makanan kenduri. Memang meriahlah. Okey kita lupakan bab itu.

Sekarang ni yang jadi persoalan di benak fikiran aku ialah bila ada je kenduri ramai mak ayah akan angkut semua anak-anak ke majlis tu. Alasannya mudah bagi si mak ialah " Senang anak-anak makan, tak penat aku nak masak untuk korang". (Mak jugak yang salah...ayah ?) Itu memang realitinya zaman kini. Kamu jangan cuba menidakkan hal itu ya...

Nenek aku pernah cakap yang zaman dulu kalau ada jemputan kenduri yang datang hanya mak ayah je. Mereka takkan bawak anak-anak. Sebab malu dengan orang nak angkut ramai-ramai macam orang tak cukup makan je. Anak-anak tinggal kat umah sambil tunggu jika ada mak ayah bawak balik pape dari kenduri. Ni nenek aku yang cakap. Bukan aku. Jangan salah anggap ye. Bila difikirkan balik betul jugak.

Macam mana tuan rumah kenduri tu nak buat bajet kalau tak tahu isi rumah jemputan tu berapa...Kadang-kadang tersalah bajet..Tempah @ buat makanan untuk seribu jemputan tapi yang datang jadi 2 atau 3 kali ganda..

So timbul pulak isu tak cukup makanan..kalau tetamu tu jenis open minded dan tak kisah tak dapat makan takpelah...kalau yang jenis merungut pastu jaja satu kampung yang kenduri orang tu tak cukup makan macam mana pulak?...buat niaya tuan rumah...

Bukanlah aku nak marah kalau tetamu tu nak angkut ramai-ramai ahli keluarga...tapi sepatutnya berpada-pada lah...kita tengok tuan rumah tu jenis ekonomi dia...kalau yang kaya raya walaupun hari tak raya bolehlah kita serbu berjemaah...tapi kalau jenis yang biasa je memadailah hanya ibu ayah atau ketua keluarga saja yang hadir...

Yang penting adalah untuk meraikan majlis tu dan memenuhi jemputan...bukan fikir janji perut aku & anak-anak aku penuh...thats just my opinion...kalau korang tak setuju dengan aku ikut suka koranglah kan....sekadar cebisan entri blog tak femes je...hehe...

9 comments:

Ckin Kembaq said...

pegi je...hehe jgn risau makanan tak cukup....yg mknn jadik tak cukup tu, tu maknanya ujian utknya la....kena dtg awal...mmg niat tuan rumah nak bgi org makan..dah tak ckup, telebih pulak org dtg, nak bt mcm mana,.dia dah cuba sedaya upaya.. ^_^

p/s : mentaliti suka jaja kat satu kg sebb mknn tak ckup tu, sangat tak bagus....jgn mgata org, kelak jadi kat diri sendiri..ye dak?hehe

LydSunshine said...

Orang2 lama dulu sangat-sangat beradab betul tak? Kalau derang nak buat apa2, mmg akan selalu memikirkan tentang org lain. Saya rasa betul kot, org2 dulu mmg tak bawak anak2 pegi kenduri. Sbb saya ingat dulu, saya jarang ikut mak pegi kenduri. Kecuali kalau mak menolong.

Cik Aya said...

haha..sekarang memang kena pandai bajet kan..biar lebih jgn kurang

Makwe Kintan said...

Nampaknye kne kwin dgn tokey balak lah...barulah kenduri tu meriah...eceh...takde motif...^__^

nenek said...

tetamu dan tuan rumah memainkan peranan penting.tuan rumah niat bagi orang makan sedekah,jangan niat nak pulangan pulak :)

nenek said...

tetamu dan tuanrumah memainkan peranan penting. tuan rumah pulak niat sedekah bagi orang makan ,jangan nak pulangan :)

are_lin@yu said...

zaman sekrang..hehehe..xda duit mmg xbuat..klu buat tkt xckp..huhuhu

lady scooter said...

ade citer seram ye? share lah kat pembaca...

Makwe Kintan said...

Lady scooter nak tau gak ke...?...nti sy fikirkan lu...^__^