Thursday, September 8, 2011

Aku Dan Roh !!!


Makwe Kintan & Jennifer Love Hewitt Ada Persamaanlah!!!
 Haihss...mood minggu ini adalah mood mistik. Aku nak cerita kat kalian pasal pengalaman aku tentang ghost whisperer ni. Betul!!! aku tak tipu korang. Aku rasa macam dah nak sama dengan Jennifer Love Hewitt kat dalam movie Ghost Whisperer tu. Kan dia boleh nampak dan berinteraksi dengan roh. Aku suka gak cite ni.Hehehe...(gelak pulak..gila MK ni)

Nak kongsi pasal satu kisah yang pernah terjadi pada aku awal tahun 2011 ni. Mula-mula aku selalu mimpi seorang perempuan yang memegang pisau dan telah membunuh. Kawasan tu berbukit. Di puncak bukit tu penuh dengan darah. Perempuan yang membunuh tu kejar aku dengan pisau dan nak bunuh aku. Dia asyik cakap pada aku "Ni Semua Salah Kau". Bila bangun pagi je mesti badan aku sakit-sakit terutama bahagian belakang pinggang dan tengkuk serta tulang belakang. Aku jugak selalu mimpi seorang bayi lelaki selalu datang padaku.

Aku pun tak tau kenapa setiap malam mimpi yang sama je. Lepas dah berbulan-bulan mimpi yang sama, satu malam masa aku tidur di rumah mertuaku. Dalam keadaan gelap gelita aku tersedar sebab terdengar suara perempuan berbisik kt telinga aku. Dalam jam 1.00 pagi jugak la. Tiba-tiba aku nampak kelibat putih lalu depan mata aku. Seram sejuk dibuatnya. Aku cuba kejutkan suami aku a.k.a Pakwe Kintan. Tapi orang tua tu tak bangun plak. Tidur mati agaknya. Aku takut sampai nak terkencing dah ni. Tapi tahan jela weiii!!!..

Lepas tu aku cuba tidur balik. Tak boleh lena dah. Benda tu asyik kacau aku je. Aku jadi naik geram. Rasa takut tadi tiba-tiba hilang. Aku jadi berani plak dalam keadaan gelap macam tu. Aku jadi nak marahlah kan. Dahla letih ngantok nak tidur. Pastu dia kacau plak aku. Memang nak kena ni.

Aku beranikan diri memanggil 'Benda' tu. Dialog kat bawah ni...

Aku : Siapa kau ni?
         Kalau berani keluarla tunjukkan diri kau?
         kalau tak keluar aku bunuh kau!!!

Roh : *Tiba-tiba menjelma sambil berdiri di penjuru bilik tidur.
           Berpakaian putih dan berambut panjang.
           Rupa agak samar-samar sebab keadaan bilik gelap gelita.*

Aku : Siapa kau? Kenapa suka ganggu aku ha?!!

Roh : Aku mahu kau tolong aku..(Tiba-tiba bersuara)..

Aku : Tolong apa? Kenapa aku pulak yang kau pilih?Siapa Kau?!!

Roh : Aku roh yang tidak aman.
        Langit dan bumi tidak menerima aku atas dosaku yang lampau.
        Aku mati dibunuh oleh orang yang aku sayang.

Aku : (terkejut) Apa dosa kau dah buat sampai langit
         dan bumi taknak terima kau?

Roh : Dulu semasa aku hidup, aku telah berbuat dosa besar.
         Berzina dengan teman lelaki aku sehingga aku mengandung
         anak diluar nikah.
         Bila dia dapat tau aku mengandung, dia suruh aku gugurkan.
         Tapi aku tak mahu. Aku taknak buat dosa lagi dengan membunuh.
         Dia tidak mahu menanggung malu.
         Lalu membunuh aku dengan benda keras.
         Dia hentak benda tu kat belakang badan dan tengkuk aku
         sehingga aku mati.
         Sekarang aku tidak aman sehingga hari kiamat.
         Tuhan tidak mahu ampunkan dosaku.
         Aku mahu cari anak yang pernah ada dalam perutku dulu.
         Aku tak jumpa anak aku.
         Aku tahu anak aku selalu jumpa dengan kau.
        Tolong aku. Aku nak anak aku..

Aku : Patutlah aku selalu sakit belakang badan dan tengkuk.
         Rupanya kau dibunuh dengan cara itu.
         Jadi bayi lelaki tu anak kau lah ya.
         Aku tak boleh nak tolong kau. Aku hanya manusia biasa.
         Aku tidak ada kuasa apa-apa.
         Tapi aku akan berdoa pada Allah SWT
         supaya ampunkan dosa kau dan
         supaya langit terima kau kembali.
         Nanti kau boleh jumpa anak kau balik.
         Tapi aku mintak  kau jangan ganggu aku lagi lepas ni.
         Aku tak dapat nak tolong kau.

Roh : Tak mengapa. Aku pergi dulu...

Tiba-tiba roh perempuan tu terus hilang. Dan sekarang aku dah tak mimpi atau kena ganggu dengan Roh tu lagi. Aku pun tak percaya aku bercakap dengan benda macam tu. Aku tak tau apa tujuan sebenar benda tu. Sama ada betul atau tak apa yang dia cerita pada aku..Wallahualam...
Tapi yang penting ia jadi pengajaran pada aku dan harap pada kalian jugak. Yelah sebelum maut menjemput kita lebih baiklah bertaubat nasuha cepat-cepat. Takut nanti jadi macam roh ni. Bumi dan langit taknak terima kerana dosa kita yang telah kita buat.

Lagi satu pada firasat aku lah kan, mungkin dia tak dapat jumpa dengan roh anaknya sebab bayi itu tidak bersalah. Maksudnya bayi tiada dosa. Jadi tak dapatlah dia jumpa dengan anaknya sebab dia kan dah melakukan perkara mungkar.

Untuk pengetahuan kalian, cerita ni aku tak pernah lagi cerita pada sapa-sapa pun. Termasuk pada suami dan keluarga aku. Aku taknak dia orang semua fikir yang bukan-bukan pulak. Selama ni cerita ni aku simpan kemas dalam diari hidup aku. Tapi kali ni aku nak berkongsi dengan kalian agar jadikan iktibar. Aku sebenarnya memang boleh nampak cikit-cikit benda ghaib ni. Sejak sekolah rendah lagi. Aku pun tak tau kenapa. Tapi pernah ada benda halus datang pada aku dan nak ber'Tuan' kan aku. Dia mengaku aku 'tuan' dia. Tapi aku taknak. Syirik kalau aku bela benda-benda gini. Ibarat menyekutukan Allah SWT pulak. Insyaallah selagi aku kuat akan aku bertahan dari godaan makhluk halus ni. Bila dia orang nak ganggu atau masuk dalam tubuh badan aku, cepat-cepat aku baca Surah Al-fatihah, Surah Kursi dan Surah Tiga Qul. Jadi benda tu lari la. Tak jadi nak masuk dalam badan aku.

Sekarang aku tengah berubat dekat Pusat Perubatan Islam DaruSyiffa kat cawangan Mentakab. Ustaz bagi tahu suami aku yang memang aku boleh nampak alam ghaib. Tapi itu biasalah. Perkara ghaib memang wujud dan kita sebagai umat Islam wajib mempercayainya. Lagipun Ustaz cakap aku ada Saka Harimau Jadian yang telah aku dapat dari keturunan ayahku. Mungkin sebab tu aku boleh nampak makhluk halus kot. Nanti entry yang lain aku akan kongsi pasal penyakit Saka aku ni ye. Jadi terpulanglah pada kalian nak percaya atau tak cerita aku ni. Sebab aku tau ada dikalangan manusia tak percaya pada benda ghaib ni. Mereka fikir ni semua karut. Siapa yang pernah alami macam aku ni tau lah macam mana seksanya. Suami aku yang dulu tak pernah percaya pun sekarang dah percaya bila tengok keadaan aku. Mungkin ni semua ujian Tuhan. Aku terima dengan redha. Aku tahu semua ni ada hikmahnya. Semua perkara yang berlaku ni atas keizinan Allah SWT. Kun Fayakun...Ok nanti jumpa lagi..babaiiii...

Scary tak?? Cilok dari En. Google!