Selalunya "Cantik" kita akan kaitkan dengan wanita. Namun pada zaman serba urban sekarang, kaum lelaki juga tidak ketinggalan mahu "Cantik". Lelaki "CANTIK" ? Lelaki "NYAH" ke? Bukanlah..
Aku saja guna perkataan cantik untuk lelaki kerana cantik itu subjektif. Tidak ada hukum hakam alam didunia ini mewajibkan perkataan cantik hanya untuk wanita. Cuma mentaliti majoriti dari masyarakat kita akan kata "Oh Cantik Hanya Untuk Wanita".
Apa itu Lelaki Cantik ? Lelaki cantik ialah lelaki yang menjaga penampilan dirinya. Namun ada juga lelaki mempunyai sifat terlalu obses untuk kelihatan "CANTIK". Buktinya lihatlah iklan-iklan dimedia cetak & elektronik. Produk penjagaan diri wanita dan lelaki kini seimbang. Kalau dahulu produk kecantikan muka hanya untuk wanita. Model iklan juga wanita. Namun kini produk tersebut juga dikeluarkan untuk lelaki dan modelnya ofcouselah lelaki. Takkan pompuan pulak....
![]() |
Kan Dah Kata Lelaki Juga "CANTIK" |
Permintaan yang tinggi dikalangan lelaki menjurus kepada pengeluaran produk penjagaan diri untuk mereka. Tapi memanglah tak salah kalau lelaki gunakan produk perempuan. Cuma kang ada pulak orang sangka buruk. Contohnya " Eh Leman, gua tengok lu kacak betul skang. Lu pakai susuk ke?!!....Pastu Leman jawab " Taklah. Gua guna "Fair & Lovely" je. Putih gebu kulit gua..." Okey mana yang tak sporting tu memang akan gelak berdekah-dekahlah kat leman kan.
Sebab tulah ada produk Nivea for men, SG Men ..macam-macamlah...Lagipun jenis kulit lelaki dengan wanita kan berbeza...Kulit lelaki agak kasar sikit. Kulit perempuan lembut. Tapi kalau kulit jantan pun lembut aku rasa dia suntik botok ngan kologen tu...haha...
Yang penting kalau Lelaki 'CANTIK' itu selalunya Lelaki Maskulin. Yeke ?...hee...
Obses atau tidak itu terpulang pada individu. Cuma yang obses ni terlalu sangat menjaga penampilannya. Kalau jantan tu lalu depan awek-aweks konfem kontrol kacak. Bajet macam dia lah lelaki paling kacak dalam Malaya...kalah Aaron Aziz...
Apapun obses cantik bukan untuk wanita saja, malah lelaki pun sama. Semua orang mahu cantikkan ? Saya mahu, anda mahu, mereka juga mahu. Ada ke yang tak mahu "CANTIK"????
![]() |
Maso mudo dulu eden "CANTIK" bonar. Kalah Brad Pit.... |