Thursday, May 3, 2012

Edisi Review Blog By booBlogs.com

Saya tertarik untuk join...Kenapa saya mahu direview ye ?

Sebab saya adalah blogger baru...dan mahukan kenalan serta tunjuk ajar dari blogger senior boleh?

Saya jugak join booBlogs ni sebab ia boleh dijadikan pusat pengumpulan data bagi info blog yang ada kat Malaysia ni...cewah !!!

Dan booBlogs ini mempunyai banyak info yang menarik untuk saya baca.

Saya berblog hanyalah kerana personal & perkara random yang mahu dikongsi dengan semua.

Memulakan karier sebagai blogger sambilan pada Julai 2011.

Pada mulanya hanya berminat untuk membaca blog orang lain sahaja. Lama kelamaan tertarik pulak untuk miliki blog sendiri.

Memang tak susah nak jadi blogger. Namun untuk mencipta blogger yang beridentiti sendiri itu yang sukar. Perlukan pengalaman & ilmu yang mencukupi.

Untuk menjadi blogger yang dikenali sudah tentu perlu memiliki sikap rendah diri, berusaha untuk belajar, bersabar & rajin bertanya pada yang lebih berpengalaman. Dan yang penting "Jangan Syok Sendiri"....hehe

Saya juga memegang prinsip "TIDAK AKAN PUTUS ASA"...
Sebab itu pada header blog saya letakkan kata-kata peransang supaya boleh memberi semangat kepada pembaca yang sudi singgah ke blog saya.


" Hidup ini umpama Pendakian Gunung Everest. Matlamat hanya satu, untuk sampai ke puncak. Namun seribu rintangan dan cabaran yang perlu ditempuh. Andai jatuh dan tersungkur, bangkitlah dan teruskan mendaki. Walaupun terpaksa merangkak. Teruskan juga. Jangan sekali-kali berpatah balik. Jangan berputus asa. Kejayaan pasti milik kita...." **Makwe Kintan **


Terima kasih semua...