Saturday, February 22, 2014

MAK


Hari ini 22/02/2014 hari lahir mak saya yang ke-54 tahun. Selamat hari lahir mak. Along sayang mak. Ya Allah, Kau kurniakan syurga-Mu utknya, lindungilah ibuku dari azab-Mu, murahkan rezeki & panjangkan umur dia. Berilah kesihatan yg baik buatnya, dan aku berharap agar Kau pinjamkan kembali penglihatan kpd ibuku. Aku mahu mata ibuku dapat melihat semula, dapat menatap wajah anak2, menantu2 & cucu2 nya nanti sebelum Kau ambil ibuku menghadap-Mu Ya Rabb. Pulihkan saraf matanya. Sembuhkan penyakit ketumbuhan otaknya. kami syg dia sepenuh jiwa raga kami.. aamiin.

Mak..Terima kasih kerna telah melahirkan, membesarkan & mendidik kami 8 beradik ni. Setia bersusah payah utk kami. Sudi menjadi penghibur hati kami, mendengar kisah duka kami, menasihati kami saat kami alpa dgn dunia ini. Begitu besar pengorbanan mak & takkan mampu kami anak2 membalasnya.. Sudah kami janjikan dulu bahawa anak2 mak akan belajar setingginya, menjadi insan berguna. kami sentiasa ingat pesan mak "hanya ilmu saja yg dapat mengubah nasib kita.." Kami sedang buktikan utk mak. Kami mahu bahagiakan mak.. & Along janji pada mak, sebagai anak sulung, along akan pastikan adik-adik along semuanya berjaya.. In shaa Allah.. dulu mak ckp "along tanggungjawab kau berat.. kau harapan mak.." maafkan along mak, jika saat ini along masih belum berjaya pikul sepenuhnya amanah mak itu, kadang kala bahu along tak termampu menanggu bebanan.. saat ini Tuhan juga berikan ujian utk along. Terasa payah nak melangkah, tapi bila along lihat muka mak, along gagahkan juga utk hidup..

Dulu masa along sekolah, macam2 kerja mak buat semata2 nak cari belanja utk keluarga kita. Pernah mak kerja di kebun sayur, berpanas hari2 sampai kulit mak dari putih jadi hitam mcm kena bakar.. kesian along tgk mak.. Mak juga pernah kerja cleaner dekat hospital temerloh, mak balik kerja penat sikit pun mak tak penah mengadu mak letih. tapi dari air muka & riak wajah mak, along tau mak penat. Merata-rata mak kerja dulu kan demi besarkan kami 8 beradik ni. Terima kasih mak.

Along ingat lagi, waktu dihospital temerloh, saat kali pertama doktor kata mak sakit ketumbuhan otak yg kritikal, perlu dihantar malam tu juga ke hospital kuala lumpur utk dibedah, doktor tak jamin pembedahan itu akan berjaya sebab risiko mungkin mak lumpuh seluruh anggota badan atau maut. Masa tu mak dah tak mampu bangun, dunia mak dah gelap, mata mak dah buta. Walaupun itu bukanlah pembedahan kali pertama buat mak, sebab mak pernah bedah payudara & tiroid sebelum ni.. tapi kata2 doktor itu buat along rasa tulang lutut ni longgar, berderai airmata along. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah ayah tiada disisi kami. kini mak pula jadi begini. Along rasa seolah-olah hilang tmpat bergantung harap.

Along masih dalam belajar semester 4 & sedang praktikal. Hampir saja patah hati, mengenangkan adik2. mak dah tak boleh bekerja, along memikirkan nasib adik2 yg masih sekolah, siapa pula yg akan menanggung mereka ? Maka along buat keputusan utk berhenti belajar, cari kerja & tanggung adik2.. Tapi mak tak izinkan along berhenti belajar. Mak kata "walau apa pun terjadi kau jgn berhenti belajar along, teruskan.. hanya tinggal 2 semester saja lagi.. kau harapan mak along, mak nak tgk kau berjaya".. maka along serahkan pada Allah utk menentukan nasib kami 8 beradik ni. Rezeki Allah yg beri. Hanya mampu doa & tawakal saja.

Dengan berat hati, pilu sedih, along gagahkan juga. setiap sabtu & ahad along naik bas dari pahang ke KL utk jenguk mak kat sana. Along naik bas pagi2 lagi & akan balik malam ke pahang. Nasib baik uda ada jaga mak disana. Along pulak jaga adik2 dirumah. Lebih sebulan rasanya mak kat sana & along ulang alik. Yang ada dlm hati along cuma risau akan mak. Tengok mak terlantar dlm wad neurologi, kepala mak botak, luka bedah pd kepala mak panjang doktor jahit. suku tempurung kepala mak doktor buang. Mak tak boleh makan. mak cuma boleh minum susu itupun pakai tiub. Seluruh anggota sebelah kanan mak lemah sebab semua saraf kanan dari kepala smpai badan tak berapa berfungsi lagi. Mata mak kedua2 buta. Telinga kanan mak pekak. Muka pipi sebelah kanan mak jatuh, mulut kanan mak pun senget. Pilu hati along mak. Dulu along tgk mak sihat, bagi along mak wanita cantik dlm hidup along. Tapi bila along tgk mak mcm tu, tak trgambar lg kesedihan ini. Along tau bagaimana rasanya hati mak, saat mak melaluinya.. walaupun mak tak pernah tunjuk kesedihan tu pd kami, walaupun mak sentiasa kuat semangat depan kami, tp kami dpt rasakan kesedihan mak.

Bila masuk semester ke-5, along janji dgn diri sendiri utk berikan keputusan yg terbaik utk mak. Alhamdulillah semester itu along berjaya lonjakkan pointer along 3.87 & menduduki tangga ke-2 dlm kelas along utk semester tu... berhempas pulas pada masa itu along belajar siang dan malam.. berkat doa mak juga, habis study kemudian masa konvokesyen diploma, along salah seorang pelajar yg memakai pingat pelajar cemerlang CGPA 3.5 keatas. Walaupun bukanlah pelajar paling cemerlang tapi masih lagi dikalangan terbaik. Dalam dewan mak duduk antara barisan hadapan. Betapa gembiranya along masa itu bila tgk wajah mak senyum.

Habis diploma accounting, along dapat tawaran degree accounting di UPM. Tapi apakan daya kita org susah mak, along taknak bebankan mak lagi, adik2 semua masih belajar. Along tolak tawaran tu. Yuran degree tu agak mahal bg along. Along nk kerja. 3 bulan saja along jadi pengganggur, kemudian along ditawarkan keje kerajaan. Walaupun hanya berjawatan rendah dgn gaji yg kecil, tapi along bersyukur sekurang-kurang along ada kerja. Boleh bayar hutang PTPTN tu kan.. Along nk ringankan beban mak. Tak byk sedikit pun jadilah. Sekarang dah lebih 5 tahun along kerja, walaupun masih jawatan yg sama tapi along bersyukur sebab along dpt byk ilmu & pengalaman. Sudah bawah 2 kementerian along kerja. Tawaran demi tawaran belajar di UTP, ACCA MARA, UMT & UiTM, semua dapat tapi along tetap tolak kerna byk kekangannya yg tak dpt along elakkan, masalah kewangan, masa demi tugas & kesihatan. Along dah niat, nak sambung study nti fulltime, along tak mampu buat byk rutin dlm 1 masa. Sebab tu along tak boleh lagi tinggalkan kerja along mak, along taknak tinggalkan kerja dlm keadaan beri masalah pd org lain. Along nak jadi org bertanggungjawab pd kerja. Sebab inilah mata pencarian along sekarang. Rezeki yg Allah beri along taknak sia2 kan..

Mak janganlah risau, along tau mak nak tengok along belajar lebih tinggi lagi. Along tak penah padamkan matlamat along utk sambung study tu. Kan along penah cakap pada mak, suatu hari nanti along nak belajar sampai pegang PhD. Along nak buat ACCA juga. Along nak jadi Akauntan bertauliah & berdaftar dgn badan profesional. Along nak jawat jawatan tinggi dalam kerajaan. Dulu masa sekolah along bagitau mak yg along nak jadi Gabenor Bank Negara mcm Dato' Zety Akhtar Aziz tu.. Nak tandatangan pada duit malaysia.. tp apakan daya along minta kerja dgn bank negara sampai sekarang tak dapat.. ermmm... Bukan rezeki along kat situ agaknya. Dan along sekarang tukar cita2 nak jadi Akauntan Negara Turus III sebelum along pencen nti. Itupun jika panjang umur & rezeki yg Allah beri. Walaupun ada org ckp pada along ia mustahil. Mereka ketawakan along. Tapi along takkan putus asa & tak endahkan kata2 sinis org lain sebab along nak berikan yg terbaik utk mak. In shaa Allah.

Doa mak sajalah penguat semangat along kini. Along tetap teruskan usaha menggapai bintang dilangit. Bagi along "Hidup ini umpama pendakian gunung everest, matlamat hanya 1 utk sampai ke puncak gunung. Namun seribu satu cabaran & dugaan perlu ditempuh. Andai jatuh, bangkitlah teruskan perjuangan, jangan mengalah, jangan berputus asa, teruskan langkah mendaki walaupun terpaksa merangkak. Yakinlah suatu masa nanti, kejayaan itu pasti milik kita.." You'll always be my 'mom'.. Mak, I Love you till Jannah. The End.

Anakmu ~ Nurul Farihah Binti Mahalil ~