Tuesday, January 27, 2015

Jangan Cakap "Puas"

Tadi makcik cleaner kat office aku tanya "awak tak pergi berubat ke bagi mengandung ?"
Aku jawab "dah puas makcik.."
Lepas tu dia pun balas "Jangan cakap 'puas', tak elok. Awak patut usaha lagi."

Ermmm... barangkali makcik ni tak faham maksud 'puas' yang aku sebut tu. 
Mungkin dia ingat aku dah berputus asa. Sebenarnya tak pun. 

'Puas' yang aku maksudkan ialah dah macam-macam cara. Dah macam-macam aku makan. Dah macam-macam doa. Dah macam-macam tempat. Dah macam-macam ikhtiar. Pendek kata dah macam-macamlah.

 Dan kini aku hanya berserah pada takdir. Inshaa Allah ada rezeki ada. Tapi bukan putus asa tau. Aku tak pernah berhenti untuk cuba.

Lagipun soalan dia tu tak spesifik sangat. "awak tak pergi berubat". So aku pun buat andaian soalan dia tu tanya aku ni tak berusaha lansung ke. 


p/s : Atau mungkin juga aku yang salah faham dengan soalan dia.

Thursday, January 22, 2015

Fibroid Malaysia





Selepas aku menubuhkan kumpulan khusus untuk pesakit Endometriosis Malaysia. Alhamdulillah kini kami sudahpun mempunyai lebih 3 ribu ahli yang rata-rata penghidap endometriosis dan adenomyosis.

Kini aku telahpun mengorak langkah menubuhkan satu lagi kumpulan khusus bagi pesakit fibroid dikalangan wanita Malaysia iaitu FIBROID MALAYSIA. 

Aku ambil pendekatan ini kerana aku salah seorang dari wanita yang mempunyai ketumbuhan fibroid rahim selain mempunyai penyakit endometriosis.




Jangan salah anggap ye. Fibroid bukan hanya tumbuh pada organ rahim saja tetapi boleh tumbuh pada bahagian badan yang lain seperti payudara dan sebagainya. Adik-adik perempuan aku semuanya mempunyai fibroid di payudara. Hanya aku seorang saja yang punya fibroid pada rahim. 

Jadi kumpulan Fibroid Malaysia ini bukan spesifik untuk mereka yang mempunyai fibroid pada rahim saja malah yang tumbuh pada bahagian lain juga.

Cuma syaratnya kumpulan ini khas untuk KAUM HAWA. Para lelaki termasuk suami tidak dibenarkan menyertai. Kerana kami akan ada perbincangan isu-isu sensetif yang kami rasa tidak selesa untuk para lelaki membacanya. hehe sorry ye.




Okey jika anda penghidap fibroid mari sertai kami di link dibawah. Kita berkongsi segala suka duka, ilmu, rawatan. perubatan, pemakanan, pengalaman sepanjang menjadi pesakit fibroid atau apa saja yang berkaitan dengan penyakit fibroid. Moga group ini memberi manfaat kepada kita semua. Yang penting "Never Give Up !" (n_____n)




Wednesday, January 21, 2015

Sebenarnya Tangguh

Ramai sangat yang tanya aku IUI yang sepatutnya aku buat bulan nov tahun lepas jadi ke tak.
Jawapan tak. Sebabnya tak sempat nak ambil clomid kat hospital datang bulan pulak. So tangguh ke bulan dis.

Sampai bulan dis bila time nak buat, test dulu sperm suami.
Result kuantiti normal 13juta, bentuk normal 50% tapi keaktifan 0%.
Maknanya apa ? sperm tak berenang lansung. Doktor cakap maybe sperm terkena jangkitan kuman. So doktor bagi suami aku antibiotik suruh makan.
Tangguh lagi.

Kemudian ditimpa musibah banjir. Kereta habis tenggelam. Masih bersyukur sebab orang lain lebih teruk kerugian.
Aku pulak terkepung kat rumah mak time banjir. Tak dapat pergi kerja.
Dalam masa itu lah aku banyak berfikir. Mungkin juga bermain perasaan.
Mungkin juga hasutan syaitan iblis.
Perlu ke aku teruskan usaha untuk dapatkan anak bersama suami ?
 Ada sebab kenapa aku bertanya sendiri. Dan soalan tu masih bermain difikiran aku hingga kini.

Doktor dah sahkan aku memang boleh hamil sebab tiub fallopio dah ok, hormon FSH, LH, Progesterone dan  lain-lain hormon semua normal, Ovulasi setiap bulan ada, Ovum keluar saiz yang normal walaupun aku masih ada penyakit endometriosis, cyst ovari kiri 3cm & fibroid 4 biji semua bersaiz 2cmX2cm. 

Doktor asyik cakap awak kena hamil cepat sebelum sakit awak melarat lagi & menjejaskan rahim. 
Tapi masalahnya suami aku pula yang bermasalah. Tak tahu apa punca.

Tadi dia beritahu kencingnya berdarah.
Aku cuba google punca kencing berdarah. Ada banyak sebab. Antaranya kencing kotor atau jangkitan kuman pada pundi kencing, batu karang dan kanser prostat. Aku kena pujuk suami jumpa doktor cepat-cepat. Dia ni memang susah nak ke klinik. Macam-macam alasan. Ubat pun susah nak makan. Nak kena aku suapkan barula dia telan. Kalau tak dia buat lupa je. 

Tunggulah apa result doktor untuk suami aku tu nanti. okey.

Oh ye bulan ni aku amalkan minum jus daun belalai gajah buat sendiri je. Mak aku tanam pokok tu belakang rumah. So aku ambil daunnya bersihkan, kisar dengan air suam dan minum. aku tak rebus pun. Tapi aku buat seminggu 2-3 kali je taklah setiap hari. Alhamdulillah period kali ni tiada senggugut dan tak sakit sangat. Bulan lepas aku sakit perut sampai seminggu tak bangun, muntah-muntah. Penangan period pain.

Nanti nak jumpa pakar O&G balik. Scan berapa dah saiz "anak-anak" dalam perut ni. Hope mengecil.