Friday, May 20, 2016

Banding

Hidup ini jangan buat perbandingan antara kau dengan orang lain. Kau sakit dia sakit. Kau kata kau boleh kuat. Lalu kau soal kenapa dia tak boleh kuat macam kau ? Kau lupa satu sebenarnya. "Kemampuan". Tahap mampu kau takkan sama dengan tahap mampu dia. Walau situasi kau alami sama dengan dia, tapi mampu tu takkan sama. Rumah lain-lain, diri pun lain-lain. Betul ujian Allah atas kemampuan masing-masing. Tapi untuk jadi setabah sekuat sesiapa pun akan ambil masa wei ! Sabar adalah pembelajaran sepanjang hayat. Bersyukurlah kau mampu kuat dengan cepat. Ada orang ambil masa lama nak jadi sekuat kau.

Tuesday, January 27, 2015

Jangan Cakap "Puas"

Tadi makcik cleaner kat office aku tanya "awak tak pergi berubat ke bagi mengandung ?"
Aku jawab "dah puas makcik.."
Lepas tu dia pun balas "Jangan cakap 'puas', tak elok. Awak patut usaha lagi."

Ermmm... barangkali makcik ni tak faham maksud 'puas' yang aku sebut tu. 
Mungkin dia ingat aku dah berputus asa. Sebenarnya tak pun. 

'Puas' yang aku maksudkan ialah dah macam-macam cara. Dah macam-macam aku makan. Dah macam-macam doa. Dah macam-macam tempat. Dah macam-macam ikhtiar. Pendek kata dah macam-macamlah.

 Dan kini aku hanya berserah pada takdir. Inshaa Allah ada rezeki ada. Tapi bukan putus asa tau. Aku tak pernah berhenti untuk cuba.

Lagipun soalan dia tu tak spesifik sangat. "awak tak pergi berubat". So aku pun buat andaian soalan dia tu tanya aku ni tak berusaha lansung ke. 


p/s : Atau mungkin juga aku yang salah faham dengan soalan dia.

Thursday, January 22, 2015

Fibroid Malaysia





Selepas aku menubuhkan kumpulan khusus untuk pesakit Endometriosis Malaysia. Alhamdulillah kini kami sudahpun mempunyai lebih 3 ribu ahli yang rata-rata penghidap endometriosis dan adenomyosis.

Kini aku telahpun mengorak langkah menubuhkan satu lagi kumpulan khusus bagi pesakit fibroid dikalangan wanita Malaysia iaitu FIBROID MALAYSIA. 

Aku ambil pendekatan ini kerana aku salah seorang dari wanita yang mempunyai ketumbuhan fibroid rahim selain mempunyai penyakit endometriosis.




Jangan salah anggap ye. Fibroid bukan hanya tumbuh pada organ rahim saja tetapi boleh tumbuh pada bahagian badan yang lain seperti payudara dan sebagainya. Adik-adik perempuan aku semuanya mempunyai fibroid di payudara. Hanya aku seorang saja yang punya fibroid pada rahim. 

Jadi kumpulan Fibroid Malaysia ini bukan spesifik untuk mereka yang mempunyai fibroid pada rahim saja malah yang tumbuh pada bahagian lain juga.

Cuma syaratnya kumpulan ini khas untuk KAUM HAWA. Para lelaki termasuk suami tidak dibenarkan menyertai. Kerana kami akan ada perbincangan isu-isu sensetif yang kami rasa tidak selesa untuk para lelaki membacanya. hehe sorry ye.




Okey jika anda penghidap fibroid mari sertai kami di link dibawah. Kita berkongsi segala suka duka, ilmu, rawatan. perubatan, pemakanan, pengalaman sepanjang menjadi pesakit fibroid atau apa saja yang berkaitan dengan penyakit fibroid. Moga group ini memberi manfaat kepada kita semua. Yang penting "Never Give Up !" (n_____n)