Friday, February 24, 2012

Langit Bergulung



Sudah berapa lama kamu semua hidup didunia ini ? macam-macam angkakan. Dan seumur hidup kamu, pernah tak lihat langit bergulung umpama kita menggulung tikar mengkuang ? Tak pernahkan. Tapi itulah yang dialami oleh seorang sahabat ni.

Dia telah berjabat tangan dan ustaz berjubah putih yang tidak dikenali. Seraya ustaz itu berkata "Engkau Layak"..terpinga-pinga sahabat ni. Sejak dari kejadian itu dia menjadi seakan-akan orang gila. Menjerit meminta tolong.. Diri tak terurus lansung. Masa dia sakit dulu dia selalu menjerit " Allahuakhbar !!!! " dan " Dunia nak kiamat !!! "...

Satu kampung kami anggap dia sudah gila..kadang-kadang dia mengamuk pada pokok...pelik bertambah pelik..sehinggalah keluarganya membawa dia berubat dengan seorang alim ulamak...terus dia sembuh dan kembali normal...

Baru-baru adik aku bercerita tentang sahabat yang dianggap gila dulu..Adik aku tanya dia..

Adikku : " Kenapa kau menjerit bertakbir kuat-kuat dulu ?..abis satu kampung kecoh..."

Sahabat : " Kalau kau nampak apa yang aku nampak..kau jugak akan jadi macam aku."

Adikku : " Kau nampak apa ? ceritalah aku nak tau jugak..."

Sahabat : " Aku nampak langit biru tu (sambil tunjuk kat atas) bergulung-gulung macam
                    kita gulung tikar sampai nampak langit hitam. Bunyi kuat berdentum-dentum 
                    rasa pecah gegedang telinga aku. Tanah yang kita pijak ni merekah-rekah
                    macam gempa bumi..Orang yang tak beriman semua terjatuh dalam tanah tu
                    lalu tanah tu pun tertutup. Menjerit-jerit diaorang mintak tolong...
                    sebab tu aku bertakbir kuat-kuat...aku takut..."

Adikku : " Setiap hari kau nampak benda gitu ke?"

Sahabat : " Ya...setiap hari bila aku celik mata bangun pagi sampailah aku pejam
                    mata untuk tidur..."

Kini sahabat kami tu alhamdulillah dah sihat dah sudah berkeluarga pun...makin alim...tak lekang ke masjid..bagi aku sahabat ni bukan gila dulu...tapi Allah SWT memberi petunjuk kepadanya...Dia Manusia Terpilih.


CUEPACS BERI AMARAN ? SBPA TERUS SELESAI ?

" Jangan cari pasal dengan golongan ini. Mereka ialah kumpulan pelaksana dan tulang belakang kepada dasar-dasar kerajaan. Jika mereka marah mereka boleh bertukar warna menjadi Mr. Blue atau Mr. Green seperti dalam watak filem Incredible Hulk. Dan itu amat bahaya." - dipetik dari Blog Cuepacs.

Berikut antara petikan yang agak keras dikeluarkan oleh Cuepacs apabila masalah SBPA masih belum mendapat kata putus sebelum ini. Namun semalam masa aku tonton Buletin Utama TV3, SBPA sudah pun diselesaikan dan akan diumumkan sendiri oleh YAB Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Kepada semua Penjawat Awam tunggu dan lihat sajalah. "Untung sabut timbul, untung batu tenggelam" (pepatah bagi sedap hati je).



PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan 45 minit den
gan Perdana Menteri di pejabatnya di sini hari ini.

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

"Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam," katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan itu.

Omar berkata Cuepacs sendiri akan menyambut baik apa sahaja perkara yang bakal diumumkan serta mengucapkan terima kasih di atas kesudian serta kesediaan Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan dan mendengar cadangan demi kebaikan penjawat awam.

"Pertemuan hari ini menyentuh mengenai secara keseluruhan apa tuntutan serta pandangan yang dikemukakan Cuepacs selama ini berhubung permasalahan penjawat awam termasuk mengenai isu SBPA," katanya.

Omar berkata Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran yang akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Mac depan.

-- BERNAMA

Pantun 2 Kerat Pagi Jumaat


Biar Muka Macam Kartun,

Janji Perangai Sopan - Santun.


Kucing Pun Reti Duduk Sopan... :-)