Friday, July 13, 2012

TAHNIAH ! Untuk Aku ...

See See...dah semak tadi...Alhamdulillah...


Maklumlah dah 4 tahun abis diploma. Baru ni la nak sambung study balik. Malu dengan adik-adik..hehe Adikku sekalian, akak mu ini sudah tua baru nak sambung study tau...

Dulu aku dah pernah tolak 3 tawaran study. Dengan UPM serdang, Universiti Teknologi Petronas, & ACCA. Sebab masalah macam-macam.

Tapi kali ni aku keliru lagi. Bulan depan aku terlibat interview naik pangkat. Kalau pergi study ni pastu dapat naik pangkat. Tak pasal-pasal aku kena berhenti belajar pulak. Baru nak start dah berhenti. Tapi naik pangkat tu belum tentu dapat lagi. Macam confident dapat je aku ni.

Time aku berkobar-kobar nak sambung belaja time tulah pulak dapat interview naik pangkat. Aku selalu kena macam ni. Pastu mulalah keliru nak pilih mana satu. Dulu masa aku ditawarkan study kat UPM aku jugak dapat tawaran kerje kerajaan yang aku jawat sekarang ni. Hadoiiiii !!!

Suami aku no hal. Dia cakap, apa yang aku rasa terbaik untuk aku & masa depan aku, pilihlah yang itu. Dia sentiasa support apa yang aku buat. sebab dia tahu aku akan fikir sedalamnya & pilih yang terbaik sekali.

Dan mak aku pulak beri nasihat "Kalau keliru buatlah Solat Istiharah"...

Yelah mak nanti anak mak ni buat ye. Semoga Allah swt memberiku petunjuk-Nya. amin...