Thursday, December 19, 2013

Mimpi Semalam

Malam tadi aku mimpi aku jadi seorang jururawat. Pakai uniform putih tudung line biru. Kerja dalam wad perempuan bersalin. Fuh terasa penat ooo jadi jururawat. Lenguh kaki aku rasa berjalan kehulur kehilir dari 1 katil ke 1 katil. Dalam mimpi pun letih, kalau yang memang keje jururawat didunia realiti tu camne ? memang wa respek lu kakak-kakak nurse.. heee... Lepas tu ada discussion pulak dengan nurse-nurse yang lain. Best tapi dalam hati aku kata " kenapalah aku tinggalkan bidang akaun ye ? penatlah keje ni.." hehe boleh pulak merungut.. Bila terjaga baru sedar rupanya mimpi semata-mata..ceh.. haha..



Pagi ni aku try search apa makna  mimpi aku tu. Aku ni macam biasalah suka cari maksud tersirat mimpi yang aku alami. Nak tahu apa yang aku jumpa ? 


Kalau bertemu dengan jururawat atau berbicara dengannya tafsirannya ialah..............

" Satu alamat akan dapat kebahagiaan peribadi anda. "


Dan Kalau kita bermimpi jadi jururawat tafsirannya ialah..................

" Akan memperoleh jodoh yang menyenangkan "


Ermmm... sebenarnya aku ada something nak cerita.. tapi nanti-nantilah ye.. lain kali..

Monday, December 2, 2013

Hujan


Sini hujan. Allah turunkan rahmat-Nya. Hujan bermula hari jumaat lepas. Orang tua-tua kata kalau turun hujan hari jumaat, maka susah nak berhenti. Mungkin ada betulnya. Hari ni Isnin hujan masih tak berhenti. Alhamdulillah itu tandanya Allah mahu turunkan rahmat-Nya tanpa henti. 

Aku suka hujan, part yang paling aku suka sekali "tidur dalam gebor...."