Wednesday, January 30, 2013

Operation Tangguh

Salam semua....

Aku dah masuk wad 16/01/2013 baru ni. Tapi amatlah sedih sebab operation nak buang ketumbuhan belakang rahim aku ni terpaksa tangguh. Doktor kata aku kurang darah dalam badan & hospital pulak kurang bekalan darah. Aku darah jenis B+...maybe susah nak dapatkan kot...huhu...

 So sempat duduk wad 3 hari 2 malam "penginapan" giteww...tapi aku yang tak berapa sakit jadi sakit pulak masuk hospital tu...betulla kata orang sebab suasana orang sakit..kita pun jadi sakitla...

Ramai tanya aku "awak ketumbuhan Fibroid ke Cyst? "....sebenarnya dua-dua bukan...penyakit aku ni jenis Endometriosis...

Macam mana ia terjadi? aku ade jugak wat kajian tahap amatur pasal sakit aku ni...cewah padahal tengok video kt Youtube je...haha aku tengok video Dr. Hamid Arshad...doktor sakit puan yang terkenal & terhandal kat Malaysia ni....korang leh search kt Youtube ye....

Ketumbuhan Endometriosis terjadi disebabkan darah haid yang tertumpah ke belakang rahim. Tisu darah haid yang dikenali sebagai endometrium yang masih aktif telah melekat di belakang rahim lalu tumbuh. Tetapi ia berbahaya kerana tisu-tisu yang kotor itu beracun....jika tidak dirawat ia boleh merosakkan peranakan wanita.

Sementara nak tunggu operation aku yang ditangguh ke bulan 3...doktor beri aku makan ubat Danazol. Ubat ini dapat menyekat ketumbuhan daripada terus membesar....

Ada lagi ubat yang aku makan...tp nantilah aku cerita...hari semalam aku dah start kerja semula selepas 2 minggu diberi MC...kena tambah darahla...makan kerang, bayam, hati dan doktor sarankan minum air Ribena untuk tambah darah....huhu....

bye....

Wednesday, January 9, 2013

Saya Menang Tudung Rekaan Norjuma

Permulaan tahun 2013 ni agak sedih sikit bagi aku. Yelah bila dapat tau ada ketumbuhan pada rahim dan akan dibedah...waaa awal tahu dah kena "Honeymoon" kat hospital...baru je rancang nak bercuti dengan suami pergi ke Port Dickson....tak jadi la nampaknya..tangguh jela...

Tapi semalam ada perkara yang buatkan aku senyum dari petang sampai ke malam...

Saja je bukak Facebook tengahari semalam..join contest Datin Norjuma...dia kan ada bisnes tudung sendiri skang ni...Lawa gak rekaan dia...




Aku saja je join...tak harapkan pape pun...selama ni bila aku join apa-apa contest memang tak penah menang....

Tapi semalam Alhamdulillah...rezeki Allah swt nak bagi siapa akan sangka....akhirnya Datin Norjuma pilih aku sebagai pemenang...best nya....




Eceh comment aku paling gempak kononnya..Tudung AIDIJUMA "Terukir Di Bintang"...hok aloh tiru lagu Yuna nampak !!!...hehe amik berkat Yuna ni....terasa lagi bahang AJL 2012 tu...

Senang je kalau korang nak join...syaratnya just LIKE Fanpage & Picture dia (pic akan berubah tiap hari), SHARE & COMMENT kat Pic tu....

Cepat tau sebab contest ni selama sebulan je dari 7/1/2013 hingga 7/2/2013. Mane tau korang pun bertuah macam aku jugak ...cewah bertuahlah sangat !!!(SENTAP)

Yahoo dapat tudung free.....!!!

Nak join KLIK SINI...

p/s : "Aizat nyanyi lagu Yuna best kan..tapi yang aku tergoda ialah "Misainya"...huhu.."



Thursday, January 3, 2013

Ketumbuhan ? Oh hati Janganlah Pilu....

Maafkan aku jika aku sekarang kurang untuk update entry baru. Aku tak seaktif dulu dah..kurang idea barangkali..

Aku lebih fikirkan keadaan diri sendiri sekarang ni..nak luahkan apa pun tak tau dah...sibuk nak selesaikan apa yang patut aku selesaikan. Rasa nak menitik air mata ni..tapi tahankan saja sebak dada...

Minggu lepas aku ke Klinik Pakar Obstetrik & Ginekologi HOSHAS. Kalau paramedik taulah apa mende tu..alah klinik pakar sakit puan la...

Doktor sahkan aku ada ketumbuhan pada belakang tiub falopio rahim. Ketumbuhan tu sebesar 7cm dan telah menyekat kedua-dua tiub rahim aku. 

Sebab tu aku tak dapat mengandung sampai sekarang. Perjalanan sperma ke ovum tersekat selama ini. Maka tidak berlakulah persenyawaan..fuhhh cakap macam budak blaja medic je..yelah dulu cita-cita aku nak jadi Jururawat..tapi mak tak bagi..nasiblah...

So 16/01/2013 ni aku akan masuk wad dan 18/01/2013 ialah tarikh aku akan jalani pembedahan..

Memang aku doakan semuanya selamat & berjalan lancar...tapi hati aku hari-hari terasa hiba sangat..

Cuma aku taknak tunjukkan pada orang sekeliling aku yang aku tengah sedih & runsing sebenarnya..aku buat muka bodoh je...ada jugak kawan aku pelik tengok aku dan tanya "Eh kau ni relaks je..macam tak risau pun"....aku jawab " Abis takkan aku nak meroyan plak"...hahaha

Suami aku plak cuba hiburkan hati aku..dia sedaya upaya tunaikan apa yang aku nak...aku cakap je nak apa & nak makan pe..mesti dia belikan...best gak kadang...aku tau dia risaukan aku...walaupun dia cuba buat muka se"happy" nya dan seperti tiada pape berlaku...aku tau dia cuma taknak aku sedih je...

Yang aku lebih risau bila doktor kata dia tak dapat nak pastikan sama ada tiub aku tu masih elok atau sudah rosak..kalau rosak maka peluang untuk aku dapatkan anak hanya melalui cara Tabung Uji (IVF) yang sudah sah makan kos RM10 ribu....

Aku redha dugaan yang Allah swt berikan pada aku & suami.. Jika aku ditakdirkan tiada anak didunia ni..aku cuma harap akan ada anak di akhirat nanti..Insyaallah kalau mampu kami nak ambil anak yatim untuk dijaga...

Aku tak mahu berputus asa lagi...Aku hanya mampu berdoa pada Allah swt supaya tiub tidak rosak...aku cuma kesian pada suami je..dia memang mahukan zuriat bersamaku...

Suami aku kata " Abang tak kisah kalau takde anak..takpelah kalau tu sudah takdir Tuhan kita terima saja...tapi abang taknak kehilangan sayang..abang taktau nak hidup macam mana kalau sayang takde nanti..."

Tapi jujur aku katakan..aku kini setiap saat teringatkan MATI....ajal maut ditangan-Nya....

Aku mahu lebih dekat dengan Maha Pencipta...Dia lebih tahu segalanya...Kerana aku tahu aku layak aku insan dipilih-Nya untuk pikul ujian ini..Terima Kasih Ya Allah...

Ketenangan
p/s : Kata Imam Syafie..."Berapa ramai manusia yang dalam kelalaian sedangkan kain kapannya terus ditenun"...