Monday, May 20, 2013

Suntikan Lucrin Depot



Bulan ini bermulah perjalanan sebagai wanita yang dihentikan kitaran haid untuk beberapa ketika sehingga bulan 9 nanti. Huhu macam-macam perasaan ada. Sedih, pilu, lega, seronok ? (What I want talking about ?)

Doktor dah inject lucrin start lepas operation lagi masa bulan Mac.. tapi period still on.. Dan bulan April juga period on.. Tapi bulan mei period dah "Offline" .. redha jelah.. ubat lucrin lambat effect kt badan saya.. 

Effect selain tak datang period, badan panas melampau.. sehari 5-6 kali aku mandi.. walawehhh.. rasa nak berendam dalam besen taknak bangun dah.. tapi Alhamdulillah setakat ni Cervical Mucus (CM) ada lagi. So kalau nak BD (Bersama) dengan suami tu kira ok tak sakit lah.. sebab ada orang akan kering Miss V sampai nk BD dgn husband pun kena beli gel kat farmasi untuk bagi licin.. Mintak-mintaklah aku ni sampai abis tempoh lucrin ade CM..huhu.. Lain-lain effect berat badan aku turun dengan mendadak.. 10kg turun dalam masa 2 bulan.skang berat 40kg je..aiyakkk kurus kering patik jadinya...

Untuk kawal panas badan doc bagi ubat estrogens & untuk naikkan berat badan lalu menambahkan selera makan ini doc bagi Asid Folik.. Apa pun tak boleh !!!

Aku bagitau Doctor aku makan Ubat Herba Bidan Kampung & endometriosis semua keluar.. Doc kata walaupun rahim aku dah bersih luar dalam, endo & cyst dah takde tapi lucrin still kena inject.. bimbang jadi balik endo dalam masa terdekat.Maklumlah endometriosis Stage III .So tersekatlah harapan aku nak pregnant cepat-cepat..sedih weii..

Yelah aku tak sampai 2 kali cycle plan pregnant cara BBT Chart.. a..pastu tak boleh diteruskan..kena berehat seketika... 

Ni ha cycle aku yang tah pape.. macam vongek je rasa.. suhu ni maybe effect lucrin..huhu

Lain kali aku update pasal Fertility Friend ni ye. Banyak benda dalam kepala ni. Tapi yang best sekali tahun ni In Shaa Allah aku akan dapat puasa Ramadhan penuh lah.. Yelah dah takde period.. best2 tahun depan tak payah ganti2.. Nikmat Allah Beri Alhamdulillah... (n__n)

Thursday, May 9, 2013

Sedapnya Susu Kambing Dan Kurma

Kini aku dan suami sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri. Berusaha untuk hamil. Maklumlah dah 3 tahun berkahwin. Terasa dah nak cepat-cepat ada anak. Boleh jadi penghibur kami berdua. Best Best !

2 malam lepas aku dan suami bersungguh-sungguh membuat petua "SUSU KAMBING + KURMA".

Mula-mula ambil 4 biji kurma. Aku genggam 2 biji suami pun genggam 2 biji. Kami baca Bismillah dan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW 3 kali. Lepas tu buangkan biji kurma dan kisarkan bersama susu kambing.

Kami amalkan minum susu kambing Higoat. Series susu ini memang sedap. Pulak bila dicampur dengan kurma. Terasa seperti minum air float susu lemak-lemak manis. Memang betul-betul sedap wooo !!!


Alhamdulillah kebetulan ada kawan kat pejabat aku baru balik dari Mekah. So dia sedekah kurma & air zamzam dari Mekah sikit sorang. hehe .. Kurma itu lah aku buat blender dengan susu kambing Higoat.

Dah siap kisar bahagi 2 gelas untuk aku & suami minum. Moga lepas ni adalah rezeki kami untuk dapat zuriat secepat mungkin...Aamiin.. Tak sabar nak ada anak..hehe...

Kami juga amalkan Doa Nabi Zakaria a.s. Setiap kali lepas solat amalkan baca ini. Ataupun ketika hujan lebat ke, sebelum tidur ke, bila-bila masa yang teringat lah.. 

In Shaa Allah aku yakin dengan kekuasaan Allah SWT.


Friday, May 3, 2013

Penyakit Endometriosis Dan Ovari Cyst Sembuh

Assalammualaikum semua... (n____________n)
 
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT....

Pertengahan bulan lepas aku masuk wad balik.Tapi kejap je. Gara-gara sakit pinggang sebab kencing kotor. Takde pape pun sebenarnya tapi sebab baru sebulan lepas operation endometriosis & ovari cyst kan. So doktor pun risau kalau-kalau ada jangkitan kuman pada rahim & luka pembedahan. Kenalah aku bermalam kat wad hospital 2 hari. Nurse bagi makan antibiotik je terus kencing ok.. Hilang sakit pinggang..hihihiii ngada-ngadalah tu nak duduk hospital makan free...



Masa dalam wad doktor buat CT Scan pada rahim aku ni ha.. & Aku rasa sangat terkejut bila doktor kata " Rahim awak dah bersih luar dalam. Endometriosis & cyst ovari pun dah takde"...

Syukur sangat-sangat. Allah makbulkan doa aku supaya disembuhkan penyakit ini. Aku sebenarnya tak tahu pun sakit aku ni dah stage berapa. Kalau orang tanya memang aku taktahu nak bagi jawapan apa. "Eh awak sakit dah stage bape?" jawapan aku "Entahlah..seteruk bebenor kot"..huhu

Mana tak teruknya. Dulu asal datang period je konfem trauma. Sakit senggugut tak dapat nak ceritalah.. Sakit sangat sangat sangat. Bangun tak boleh, duduk tak kena, baring susah.. hishhh teruk teruk...

Darah haid pulak memang banyak keluar. sehari selalunya 4 hingga 5 pad overnight. Itupun melimpah ruah lagi.. perhhhhh tak boleh ingat tak boleh ingat...

Dan macam mana boleh sembuh ? dalam masa sebulan je ? itu semua kehendak Allah sebenarnya. Aku cuma berikhtiar je. Sejak doktor pakar gynea detect aku sakit endo & ovari cyst ni bulan 12/2012, aku memang banyak search kat internet. Cari punca, penawar dan macam-macamlah. Selama ini tak pernah tahu lansung. Sampailah ada kawan kat office aku suggest makan ubat kampung ni ha...Aku ada story kat entry yang lepas. Nak tahu kisah lepas TEKAN SINI...


Ubat Herba Bidan Kampung ni sebenarnya ubat yang diperbuat dari herba akar kayu 100%. Kegunaannya untuk kesihatan wanita terutama peranakan. Tapi lelaki pun boleh makan juga. Ia untuk semua lah.. Tapi wanita hamil tak boleh makan sebab ubat herba ni panas kata bidan tu lah.. aku makan biasa je tak rasa plak panas-panas ni..ataupun aku yang tak perasan..hehe

Tapi yang paling best ialah lepas makan ubat ni senggugut aku takde lansung dah. Period bulan ni memang terasa heaven gilerr!! sakit senggugut takde & darah haid normal. Tak banyak macam dulu. Just pakai pad slim je sehari tu pun tak penuh.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Ubat Herba Bidan Kampung ni boleh ke Page FB ni ha. http://www.facebook.com/ubatbidan

Aku admin.. haha oleh kerana aku rasa bertanggungjawab untuk berkongsi kebaikan ubat ni, so aku amik order lah.. kalau nak order boleh ke page tu ye.. In Shaa Allah aku sedia membantu. Sebab aku nak tengok ramai wanita sihat & sembuh terutama mereka yang mengalami sakit seperti aku.

Wanita yang sakit fibroid, cyst, senggugut, keputihan, period tak teratur, yang inginkan zuriat juga boleh amalkan ubat ini. Aku pun meneruskan pengambilan ubat ni sebab aku nak anak.. dah 3 tahun kahwin takde anak lagi..Takpe nanti adelah tu kan. Allah lebih tahu bila tiba masanya.

Yang penting sekarang aku kena jaga kesihatan. Makan makanan seimbang & berzat. Bersenam & yang paling penting JANGAN STRESS!!! (~___^)