Tuesday, May 22, 2012

Aku Jadi Model Dan Pelakon ?

Gambar Hiasan


Mungkin entry aku ni agak bikin panas walaupun aku je yang rasa ia panas.

Minggu lepas aku ditawarkan untuk bertemu dengan satu pihak production yang agak famous kat Malaysia ni.

Sebab aku ada contact orang tu yang aku berminat untuk jadi model muslimah kerana pada mulanya pihak mereka memerlukan model muslimah untuk butik-butik mereka.

Dan petang semalam pihak production itu call aku. Tapi aku tak sempat nak angkat sebab dalam bilik air tengah "bersiram macam tuan puteri raja yang mengada-ngada".

So mereka hantar mesej pada aku....

" Esok U diminta hadir ke tempat ujibakat. Kita buka office jam 11.30..Kita bole tunggu dalam jam 7.00 ptg. Kita ambil model & pelakon...Esok...Nama U I dah anta pada pihak atas diminta datang untuk kenalkan diri. So jam berapa U boleh datang ? I nak set kan..."

Sehingga hari ini aku tak reply lagi mesej tu...why ?

Hari ini aku kerja dan aku pernah beritahu dia dulu yang aku hanya ada masa sabtu & ahad sahaja. Lagipun KL tu jauh dengan tempat aku. Perlukan kos & perancangan awal. Dia pulak hari ini nak jumpa aku tapi semalam baru anta mesej. Apa jadah ?

Lagipun aku cuma berminat untuk jadi model muslimah butik-butik tu dan bukan ujibakat untuk jadi pelakon.

Walaupun ada lecturer aku masa blaja dulu cakap, aku ada bakat dalam bidang lakonan & nyanyian. Tapi aku tak mahu jadikan itu sebagai kerjaya. Sebab aku dah ada kerjaya tetap dan aku sukakannya.

Aku cuma teringin nak jadi model muslimah tapi secara sambilan sahaja. Memenuhi masa lapang & aku minat fesyen sebenarnya.

En. Suami pun hanya benarkan aku terlibat dengan model muslimah sahaja. Kalau lakonan & nyanyian yang pernah aku buat dari kecik sampai sebelum kahwin dulu dia tak izinkan dah.

So what can I do ? Apa yang aku harapkan tidak seperti yang dirancang. Terserahlah.......

Mungkin peluang yang aku mahu akan tiba nanti..bila ? wait & see aje...


p/s: "pstt...Nama production terpaksa dirahsiakan. Takut diaibkan pula."