Wednesday, May 30, 2012

Hasil Selepas Sebulan Guna MaryKay Product


Sebelum penggunaan MaryKay Product








Selepas Sebulan dengan penggunaan Marykay Product



Maaflah kalau gambar kurang memuaskan. Ini je yang mampu. Ini muka natural ye tanpa mekap. Kang korang cakap "Ala tepek bedak tebal la tu"... 

Aku bukan pakai handphone mahal macam korang. Takde Blackberry. Takde iPhone. Takde iPad. Tak mampu dooo...keje makan gaji ginila...

Tapi Alhamdulillah guna produk ni memang berbaloi. Bukan nak suggest atau promote. Cuma aku mahu share yang aku rasa bagus saja. Dulu kulit berminyak,sensetif & mudah naik jerawat. Kulit aku bukan boleh guna produk sebarangan. Mula la naik merah-merah atau radang.

Bila dah sebulan guna MaryKay ni kulit kurang dah berminyak dan jerawat pun hilang. Cuma tinggal parut-parut jela sikit.

Memang puas hati..Walaupun harganya agak mahal satu set dekat RM300 jugak..tapi tahan sampai 4 5 bulan tau..pakai pun perlu sikit-sikit je...tak payah banyak-banyak..

Suami aku orang pertama yang tegur perubahan muka ni. Yelah lagipun aku memang nak cantik untuk suami je. Bukan untuk orang lain. Suka lah dia.....

Anyway kalau korang nak tahu aku pakai set produk yang mana boleh KLIK SINI..





So skang aku tambah lagi 1 produk iaitu...






Untuk penjagaan bibir aku guna yang ini....


Pilihan colour aku Mango sebab ia sesuai dengan warna kulit aku...aku pun suka yang simple je...nak keluar jalan dengan En. Suami senang pakai ini je..Ada SPF 15 untuk lindung bibir dari matahari lagi....

Just wanna share with you dear...

Monday, May 28, 2012

Asyik Tukar Header .........


Aku tukar header baru.
Motif tukar header? Entah tak tahu.
Motif pakai muka sendiri ? Entah lagilah tak tahu.
Bajet muka lawa la ye tepek gambar muka gedabak.
Agaknya lah kot. PERASAN !!!

Friday, May 25, 2012

I Love Cartoon !!!

Aku suka menonton kartun. Doreamon, Sin Chan, Utraman, Power Rangers, Detective Conan, Sailormoon, Dragon Ball, Ninja Boy dan banyak lagi.

Tapi kali ni aku nak share satu lagi kartun yang aku paling suka..kira Top 10 la dalam hidup aku ni....walaupun dah tua bangka tapi masih lagi tegok kartun macam budak tadika KEMAS...boleh ?....

Thats my love....."Pingu..Pingu...Nyut Nyut.."

The Pingu's Family

Kartun ni tak bercakap. Tapi asyik terjerit-jerit je...Paling aku suka tengok adik pingu yang kecik tu...suka sangat sakat si Pingu...sampai Pingu jadi geram & marah mesti gaduh....Kalau mak dia backup adik, si pingu pun marahkan mak dia skali...kira merajukla kan...Yang ayah pulak wat bodoh je...hahaha.....

Setiap hari ahad jam 8.00 pagi konfem aku yang paling depan ambil bantal mengadap tv. Taik mata pun bertepek lagi.

Sampai mak aku bising "Anak dara pagi-pagi duduk dapur..Bukan ngadap tv oiii! "...aku pun pekakkan telinga je...kadang aku menjawab gak..."Ala mak 8.30 kang orang masukla dapur..." itu time sebelum kahwin la....

Sekarang aku tak pastilah kartun ni ada lagi tak tayang kat tv....tapi yang penting aku suka kartun ni....

Expressions of Pingu

"Hoi budak kecik !!..asyik aku je tolak ko..sedaplah ko..turun skang aku naik ko tolak plak"

"Inilah orang kg saya..Yang kelabu tu Zombie Kg Pisang"

"Thank you watching me...bye !!! "

Thursday, May 24, 2012

Siapa Kata Blogger Popular Sombong ?

Sepanjang aku berblogging, ada juga blogger - blogger yang baru nak naik ni cakap blogger femes kebanyakannya sombong. Susah betul nak masuk dan baca blog-blog baru nak naik ni. Apatah lagi tinggalkan komen. Mentang-mentanglah dah jadi retis. Berlagak lah, apa lah...macam-macamlah...

Aku tak setuju sangat dengan pendapat tu. Sebab sebenarnya blogger yang dah popular satu Malaysia ni pun ada juga masa untuk blogwalking dan jenguk blog orang lain. Kadang-kadang cuma kita je yang tak tahu mereka sebenarnya baca entry blog kita. Jangan buruk sangka pada orang lain ye.

Masa aku baru-baru ada blog dulu, Blogger yang pertama komen entry blog aku ialah.....................

Kenalkan siapa kat dia ni?...kalau tak kenal aku tak tahulah nak kenalkan camne lagi....

Cik Epal salah seorang blogger terfemes Malaya....sudi singgah baca entry aku...lagipun aku cerita pasal dia dalam entry tu....

kalau nak tahu entry tu pasal apa BACA SINI....

Dan lagi seorang blogger retis yang penah tinggalkan jejaknya di blog MK ni si dia..............................

Nampak kan....tak caya KLIK SINI.....

Dan ramai lagi blogger yang sudah popular tapi masih lagi merendah diri...

Macam Ben Ashaari, Hasrul Hassan, Fatin Suhana, Annas Easkey, Fatin Liyana,  dan ramailah...cuma kadang-kadang mungkin mereka sibuk dengan hal masing-masing itu saja...

Mungkin mereka ni dah pernah singgah dan baca entry kita...siapa tahu kan? Kemungkinan juga mereka tak mahu kehadiran mereka dikesan...kira macam mata-mata gelap jugaklah....banyaknye mungkin aku..haha...

MEN IN BLACK 3 dah dekat ni...aku nak ajak En. Suami pegi tengoklah nanti....

Okey Cau Cin Cau....................

Tuesday, May 22, 2012

Aku Jadi Model Dan Pelakon ?

Gambar Hiasan


Mungkin entry aku ni agak bikin panas walaupun aku je yang rasa ia panas.

Minggu lepas aku ditawarkan untuk bertemu dengan satu pihak production yang agak famous kat Malaysia ni.

Sebab aku ada contact orang tu yang aku berminat untuk jadi model muslimah kerana pada mulanya pihak mereka memerlukan model muslimah untuk butik-butik mereka.

Dan petang semalam pihak production itu call aku. Tapi aku tak sempat nak angkat sebab dalam bilik air tengah "bersiram macam tuan puteri raja yang mengada-ngada".

So mereka hantar mesej pada aku....

" Esok U diminta hadir ke tempat ujibakat. Kita buka office jam 11.30..Kita bole tunggu dalam jam 7.00 ptg. Kita ambil model & pelakon...Esok...Nama U I dah anta pada pihak atas diminta datang untuk kenalkan diri. So jam berapa U boleh datang ? I nak set kan..."

Sehingga hari ini aku tak reply lagi mesej tu...why ?

Hari ini aku kerja dan aku pernah beritahu dia dulu yang aku hanya ada masa sabtu & ahad sahaja. Lagipun KL tu jauh dengan tempat aku. Perlukan kos & perancangan awal. Dia pulak hari ini nak jumpa aku tapi semalam baru anta mesej. Apa jadah ?

Lagipun aku cuma berminat untuk jadi model muslimah butik-butik tu dan bukan ujibakat untuk jadi pelakon.

Walaupun ada lecturer aku masa blaja dulu cakap, aku ada bakat dalam bidang lakonan & nyanyian. Tapi aku tak mahu jadikan itu sebagai kerjaya. Sebab aku dah ada kerjaya tetap dan aku sukakannya.

Aku cuma teringin nak jadi model muslimah tapi secara sambilan sahaja. Memenuhi masa lapang & aku minat fesyen sebenarnya.

En. Suami pun hanya benarkan aku terlibat dengan model muslimah sahaja. Kalau lakonan & nyanyian yang pernah aku buat dari kecik sampai sebelum kahwin dulu dia tak izinkan dah.

So what can I do ? Apa yang aku harapkan tidak seperti yang dirancang. Terserahlah.......

Mungkin peluang yang aku mahu akan tiba nanti..bila ? wait & see aje...


p/s: "pstt...Nama production terpaksa dirahsiakan. Takut diaibkan pula."

Thursday, May 17, 2012

PANAS ! Fatin Liyana Dalam Ebook Seks ?

WOW !!!
Memang gempak lah...
kalah cerita Fasha Sandha pregnant..( opss...Fasha lagi..) haha...



Apa pun aku tau ada orang dah curi gambar Fatin Liyana ni dan gunakan untuk kepentingan peribadi. Taa patut...taa patut...ini kes aniaya ni...dah jatuhkan maruah orang lain...

Well Fatin Liyana...I simpati dengan U ye...U saman je orang tu.. tapi orang mana ye ?..ermmm...


sumber : CLICK HERE

Tuesday, May 15, 2012

Mari Menutup Aurat Sayang

 
Mungkin isu ni dah basi dan lapuk dek ditelan isu Fasha Sandha yang disahkan hamil 2 minggu. Tahniah Fasha & Welcome to Mummy Club.
 
Tapi bukanlah aku nak kupas isu si Paca Sandarrr...
 
"I Saman U MK !..U sengaja salah eja nama I tau..huh"... Alamak Fasha sound aku lah...hahaha
 
Berbalik pada story asal...Yatt berubah sebab dah dapat petunjuk daripada Allah swt. Alhamdulillah bukan semua antara kita dipilih oleh Yang Maha Esa untuk ditunjuki-Nya. Yatt antara yang terpilih dan bertuah..
 
Kita pula bagaimana ? Dimana petunjuk buat kita..Allah swt memberi petunjuk kerna Dia masih sayangkan hamba-Nya.. Namun dimana petunjuk buat kita ?
 
Sebenarnya petunjuk Allah swt sudahpun berada dihadapan mata. Nah ! lihat saja kejadian disekeliling kita. adakah kita memikirkannya?
 
Dulu aku juga seperti kamu. Seperti yang macam mana ? Tidak menutup aurat kerana mahu berfesyen uptodate & selalu melalaikan solat.
 
Tiap kali ibu ku bising aku pekakkan telinga & keraskan hati.
 
Namun aku sudah berubah. Dan terus berusaha untuk berubah. Gara-gara mimpi. Mimpi apa? Sudikanlah membaca ENTRY INI...baru kalian mengerti mengapa aku berhijrah.
 
Semasa aku bercinta dengan suamiku sebelum menikah, dia banyak mengajar aku ke arah kebaikan. Setiap kali dia ke Kelantan atau Terengganu kerana tugasan. Pasti dia belikan aku tudung bawal.
 
Disuruhnya aku berbaju kurung tiap kali keluar berdating. Katanya aku lebih manis jika bertudung & berbaju kurung. Menutup aurat itu tuntutan syarak. Dia kata berfesyen tidak salah, namun perlu ikut tatacara agama kita. 
 
Alhamdulillah sokongan dialah yang menyebabkan aku berubah. Kini dia suamiku. Dan aku sayangkan suamiku. Syukur pada-Mu Tuhan atas petunjuk-Mu..
 
 
 
 

Tuesday, May 8, 2012

Segmen : Entry Blogger by Arra Ahmad


Segmen lagi dan lagi dan lagi....

Siapa mahu join klik banner la...

Dan entry ini adalah yang ke 205...

Saya blogger baru tahun lepas sebab tu entry hanya ratusan saja...

Saya tag semua yang baca blog saya...

Kalau tiada yang baca maknanya ........eceh sedih konon...

p/s : " siapa suka blog saya boleh tinggalkan komen tak? nak buat bancian"

Monday, May 7, 2012

1st Giveaway By Iena Eliena


FOCUS.....


Saya telah dijemput oleh Iena Eliena yang sangat gojes untuk join 1st GA dia.

Dengan gumbiranya saya mahu join.

Thanks sebab invite saya ye.

You all kalau nak join jugak klik Banner kat atas...

Close Date : 7 June 2012

Dan saya mahu tag kamu-kamu...






p/s: "Berharap ada tuah untuk GA ini...hehe"

Thursday, May 3, 2012

Edisi Review Blog By booBlogs.com

Saya tertarik untuk join...Kenapa saya mahu direview ye ?

Sebab saya adalah blogger baru...dan mahukan kenalan serta tunjuk ajar dari blogger senior boleh?

Saya jugak join booBlogs ni sebab ia boleh dijadikan pusat pengumpulan data bagi info blog yang ada kat Malaysia ni...cewah !!!

Dan booBlogs ini mempunyai banyak info yang menarik untuk saya baca.

Saya berblog hanyalah kerana personal & perkara random yang mahu dikongsi dengan semua.

Memulakan karier sebagai blogger sambilan pada Julai 2011.

Pada mulanya hanya berminat untuk membaca blog orang lain sahaja. Lama kelamaan tertarik pulak untuk miliki blog sendiri.

Memang tak susah nak jadi blogger. Namun untuk mencipta blogger yang beridentiti sendiri itu yang sukar. Perlukan pengalaman & ilmu yang mencukupi.

Untuk menjadi blogger yang dikenali sudah tentu perlu memiliki sikap rendah diri, berusaha untuk belajar, bersabar & rajin bertanya pada yang lebih berpengalaman. Dan yang penting "Jangan Syok Sendiri"....hehe

Saya juga memegang prinsip "TIDAK AKAN PUTUS ASA"...
Sebab itu pada header blog saya letakkan kata-kata peransang supaya boleh memberi semangat kepada pembaca yang sudi singgah ke blog saya.


" Hidup ini umpama Pendakian Gunung Everest. Matlamat hanya satu, untuk sampai ke puncak. Namun seribu rintangan dan cabaran yang perlu ditempuh. Andai jatuh dan tersungkur, bangkitlah dan teruskan mendaki. Walaupun terpaksa merangkak. Teruskan juga. Jangan sekali-kali berpatah balik. Jangan berputus asa. Kejayaan pasti milik kita...." **Makwe Kintan **


Terima kasih semua...

Wednesday, May 2, 2012

MABUK


Malam tadi semasa perjalanan pulang ke rumah. Setelah berfoya-foya holiday selama 4 hari dirumah bonda tercinta. Tapi still rasa tak puas bercuti.

Kenapalah kerja kerajaan ni tak ada cuti macam cuti sekolah. Cikgu jugak yang untungkan. Anak murid cuti cikgu pun sengeh-sengeh cuti jugak. Lama pulak tu. Kalau hujung tahun mau 2 bulan cuti...adoiiii besnyo lah !!!

Yeah meronggeng naik motor dengan suami malam tadi. Ada sebuah kereta proton ni kami follow dibelakangnya.

Pastu kejap break, kejap break...apa lah minat sangat tekan break tu? Padahal jalan lurus. Suami aku takut terus slow sikit bawak motor. Follow tak rapat sangat. Takut kang pemandu tu break tak pasal-pasal kami sondol belakang dia.

Perhatikan jelah dari jauh. Kereta tu mula dah terhuyung-hayang. Lampu break memang afcouse nyala sokmo..ishh...

Aku cakap kat suami.."Apa masalah kereta depan tu, main break pulak. Baru belajar drive ke?" 

Suami aku jawab..."Entahlah. Dia test break kot. Ke lampu motor abang ni tinggi sangat?..takut orang depan tu silau je..."

Bagus jugak suami aku ni selalu prasangka baik je kat orang. Namun kami tetap konfius dengan kereta tu.

Tiba di satu kawasan lapang, kereta tu pun berhenti tepi jalan. Pemandu bukak pintu dan baringkan kerusi. Masa kami lalu melintasi kereta tu nampak ada 3 hingga 4 orang lelaki muda sedang melalut...

Suami aku pun cakap..."Orang mabuklah sayang..bahaya tol"... (sambil geleng kepala)

segala persoalan tadi dah terjawab.

Kesimpulan disini...

1) Kau mabuk tapi kau memandu. Kalau kau nak bahaya diri sendiri lantak korangla..tapi pengguna jalan raya lain perlu kau fikir. Nyawa tiada ganti tau.

2) Kau melayu dik dan dah tentu kau Islam. Ahh malas aku nak sekolahkan kau. Pandailah jawab kat Akhirat esok.

3) Kau muda lagi dik tapi kenapa kau jebakkan diri dengan "Kencing Syaiton" tu...sayang...sayang...kot ye pun nak enjoy perlu ada batas...

4) Dik kau tak sayang mak bapak ye?...



p/s : "Orang Lelaki suka Mabuk Janda..haha"