Friday, December 30, 2011

Dialog Suami Isteri : Petua Untuk Mudah Melahirkan Anak

Baru ni aku berborak dengan suami aku...cerita macam-macam....

Sampailah bab mengandung dan melahirkan anak pun jadi topik....

Suami aku pulak bagi satu petua @ tips untuk diamalkan oleh wanita mengandung...

Petua ni supaya wanita mudah melahirkan anak....

Ikuti perbualan kami.....




Aku :  Abang , semalam kawan sayang cerita ada sedara dia seksa nak bersalin...
          dekat seminggu sakit...tapi tak beranak jugak....last-last doktor bedah....aduiiii aiiiii......

Suami : Alah mesti dia tak amalkan petua lah tu...tu yang seksa nak beranak tu....

Aku : Aik abang , macam ada secret je...abang dulu pak bidan ye....hahaha...
         Abang tau ke macam mana perempuan tu nak mudah beranak?

Suami : Apa pulak tak tau...
              petuanya " Sentiasa Taat Pada Suami Selagi Tak Langgar Syarak"....
              Insyaallah mudahlah bersalin nanti....ha sayang kalau nak senang beranak nanti
              jangan lawan cakap abang ye....hehe....

Aku : Gulp....(sambil telan ayak liur)



Moral of the story : Dont Play-play with your husband ha....

Thursday, December 29, 2011

Tutorial Nak Tengok Youtube Tanpa Guna Internet...

Beli Sticker youtube kat mana2 kedai runcit berhampiran....
 
 
Buka lekatan tersebut..

Dan akhir sekali....lekatkan he3..SENANG...
 

Note: Nak masuk tandas lowyat pon RM2.00, ni nak youtube free..memang tak dapat la..laen la kalau lepak kedai mamak or hack internet rumah orang hu3
 
sumber KLIK SINI..

Tuesday, December 27, 2011

Harga Blog Ben Ashaari Cecah RM 200 K !!!

Hahaha...aku saja suka-suka...

Test check nilai harga blog orang...

Aku try untuk blog yang femes emes tu...

Santai Bersama Ben Ashaari...

Sekali result....hambek kau....mahal tol blog abg Ben ye...

Boleh beli Toyota Estima 2 bijik tu abg Ben...Tak caya tengok ni.......



Ha kan dah cakap...yang aku bulatkan merah tu...tu harga dia la tu...

Bolehlah mintak abg Ben belanja makan pasni...mahal tu blog dia....

Mana mau cari maaa!!!

Aku pun try check untuk blog Cik Epal jugak...ni hasilnya...



Ha ni lagi sorang jutawan amatur...CE pasni kau boleh belanjo den makan yo...

Mahal bonar blog ekau...lobeh seratuih ribu....ekau pakai jampi tok bomoh siam ko apo?

Pastu aku pun try check blog aku yang buruk lagi hudoh ni....hasilnya wuwuwuwuuuuu.....



Nak nangih raso....dapek soribu jo....ok lah kan pada takde nilai lansung...

Ni kalau jual lepasla untuk gaji aku sebulan....hahahaha...

Betul ke tak betul entahlah....

Tapi kalau korang nak try check nilai harga blog korang boleh

klik kat BIZ Information ni ye....sekadar suka-suka...Ok Bye!!!

Preview Blog Follower Ke-100 !!!

Today i would like to write the simple entry...

Okey nak preview pasal follower saya ke-100...

Wah 100 sudah...

Walaupun blog saya baru saja bertapak selama 5 bulan

Walaupun blog saya blog cikai-cikai...

Walaupun follower tak ribu riban lagi...tapi ...

Saya nak ucap terima kasih kepada follower yang sudi follow blog ni....

So i hope you can get the interactive about some information in my blog  ...

That's All...TQ...

Saya promosikan blog dia...dia follower saya ke-100...TQ awak!!!



Klik Header dia tu ye...Lilyhyun....aku dah terjah...menarik gak blog dia....^__^

Jom Kita Sergah Dia !!!

Friday, December 23, 2011

Aku Sayang Kerajaan !!!

Kali ni aku nak cerita panjang. Sapa yang taknak baca sila tinggalkan blog aku ye.
Macam-macam kisah aku dengar sekarang. Macam-macam perangai rakyat Malaysia sekarang.
Semua nak tunjuk pandai. Semua nak buat hal. Maki hamun, caci pemerintahan sekarang. Terbaru mahasiswa buat hal pulak. Tak setuju pasal AUKU.entahla apa nak jadi....
Soalan yang sering aku tertanya-tanya? Teruk sangat ke pemimpin kerajaan kita ni?
Pada pendapat aku tak lah teruk sangat.Okey je. Nak yang macam mana lagi?

Yang paling aku hairan sekali ramai penjawat awam anti kerajaan. Terutama anggota Polis dan Tentera.
Golongan diaorang yang ramai sekali sokong pembangkang. Tapi aku tak nafikan sebabnya majoriti diantara anggota Polis dan Tentera adalah dari negeri Kedah dan Kelantan. Tak caya? Try masuk kem askar.
Dialek 'Kelate' & Utara yang banyak didengar. Aku taulah sebab cik abang aku pun mat terap (askar) jugak. Aku pun kerja Gomen jugak.

Ya aku faham kita sebagai rakyat berhak untuk pilih mana-mana pemimpin yang kita suka. Mungkin kamu semua nak tukar parti yang memerintah. Sebab dah bosan dengan parti yang berkuasa sekarang. Dari zaman mula-mula merdeka sampai lah skang. Dah 54 tahun asyik parti tu je ye. So korang nak tukarlah kan.

Tapi satu soalan aku nak tanya korang, andai kita pakat undi parti pembangkang dan naik jadi kerajaan pada masa akan datang. Adakah mereka akan jadi pemimpin lebih baik dari pemimpin yang berkuasa sekarang ni? Adakah mereka akan bela nasib kita golongan bawahan? Adakah mereka akan mentadbir ekonomi negara jadi lebih maju dan hebat? Apakah tidak akan wujud diskriminasi kaum dan agama? Apakah bangsa kita akan lebih maju kehadapan? banyak lagi persoalan yang aku nak utarakan tapi cukuplah sekadar ini untuk aku bawa kalian fikirkan.

Pernah aku terbaca komen seorang pembaca di laman sosial. Dia menyeru supaya pada pilihanraya nanti kita pakat undi pihak pembangkang. Pakat tukar kerajaan yang baru. Kalau tak okey bila tiba pilihanraya lain kita tukar balik yang lama. Ibarat 'Try and Error" lah. Persoalan aku adalah ini berhubung pentadbiran negara. Eh Hello ...Benda ni bukan benda kecil. Melibatkan hal besar. Ekonomi, pertahanan, pengurusan, kesihatan, dan pelbagai lagi. Patut ke main "Try and Error" macam budak sekolah tengah jawab soalan exam tapi tak tahu jawapan. So main try tembak je. Kalau betul tembak dapat markah lebih. Kalau salah tembak gagal exam. Hal pentadbiran negara tak boleh buat main tembak-tembak je macam kau jawab soalan kuiz.

Sepatutnya kita fikir dalam-dalam. Nilai balik pemimpin sekarang. Jangan simpan benda negatif je dalam kepala otak korang pasal pemimpin skang ni. Nilai jugak kebaikan yang dah pemimpin sekarang buat. Cuba fikir dan timbangkan. Berapa banyak kebaikan dan berapa banyak keburukan pemimpin sekarang. Lepas tu baru pilih kamu nak sokong sapa. Bukan main ikut-ikut kawan je. Jangan kita senang dimanipulasikan. Kalau dengar satu cerita negatif tu. Jangan lekas percaya. Tapi selidik sedalamnya. Kalau mampu carilah bukti yang sahih. Jangan terus tuduh melulu tanpa berfikir panjang. Bukan apa dikhuatiri fitnah. Kang saja je tambah dosa free sebab sebar fitnah dan aniaya orang yang tak salah.

Buat penjawat awam semua. Aku tau kita jugak rakyat. Bebas untuk pilih siapa kita nak sokong. Tapi korang tak rasa ke seperti korang "pengkianat kerajaan"? Maaflah aku guna bahasa kasar. Yelah kerajaan sekarang ni kan majikan kita. Orang atasan kita. Kita keje kerajaan tapi tak sokong kerajaan. Malunya dengan orang yang bukan keje gomen. Padahal tugas kita sebagai penjawat awam adalah untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Kita adalah orang tengah diantara Kerajaan dan Rakyat. Kita pembawa dan pelaksana dasar untuk rakyat. Kalau kita tak sokong aku rasa lebih baik berhenti kerja kerajaan. Berniaga keje sendiri lagi bagus. Lagipun bukan kerajaan yang datang umah melutut suruh kita keje untuk kerajaan. Kita yang terhegeh-hegeh isi borang & terkinja-kinja pergi temuduga sambil buat muka seposen dengan harapan kerajaan ambil kita bekerja. So jangan jadi "Musuh dalam Selimut" kerajaan. Jangan Jadi " Duri dalam Daging" kepada kerajaan. Korang keje kerajaan tapi tak sokong apa kerajaan buat. Pastu tiap-tiap tahun mintak habuan macam-macam. Nak naik gaji. Nak elaun lebih. Tapi tugas laksanakan dengan ikhlas dan bersungguh tak? Entah-entah Cincai je. Kadang tu tugas hakiki kita pun kita pas kat orang lain suruh buatkan. Kalau kita keje bagus, kenapa title "Kuat Ngulor" tu diberikan pada kita yang keje gomen ni? Orang luar pun pandai nilai kitakan. Sepatutnya kita sama-sama jaga nama baik kerajaan. Betulkan persepsi masyarakat terhadap orang gomen. Dan kita sepatutnya ceritakan kebaikan kerajaan. Bukan menjaja buruk kerajaan saja. Kitakan Pelaksana Dasar. Pegang prinsip "Rahsiakan Rahsia Kerajaan".

Aku tahu akan ada yang marah dan melenting bila aku buat entry gini. Ni pendapat aku. Kalau korang tak boleh terima terpulanglah. Aku tak hasut dan paksa korang untuk pilih kekalkan kerajaan sekarang. Korang ada akal kan. Fikirlah sebaiknya.

Aku ingat lagi masa zaman Tun Mahathir jadi PM dulu. Masa tu aku sekolah menengah. Orang kutuk macam-macam. Itu tak betul dan ini tak kena. Tapi bila dia dah bersara baru orang nak pandang kebaikan yang dah dia bawa kepada negara. Baru orang nak nilai kebijaksanaan dia dalam memajukan negara. Boleh pulak bandingkan dia dengan pemimpin sekarang. Dan cakap zaman Mahathir dulu lebih baik dari sekarang ini. Dulu masa dia mula-mula cadang bina Litar Sepang. Pembangkang cakap "Mahathir Mahabazir". Tapi itulah salah satu yang jana ekonomi kita sampai skang. Memang nak buat habis berbilion duit rakyat. Tapi pulangan jangkapanjang nya berbaloi untuk rakyat jugak. Orang luar datang bawa matawang mereka yang nilai berkali ganda. Kita jugak yang dapat untungkan.

Kita dapat pendidikan yang bagus. Kita dapat hidup yang aman. Kita sebenarnya mewah. Kat Malaysia ni senang nak cari makan. Pokok pangkal kena usaha je.Takde lagi yang kebulur teruk macam kat afrika. Dan tak dinafikan masih ada golongan susah dalam negara kita. Tapi kita sebagai orang yang senang patut bantu mereka yang susah. Kita jadilah perantara mereka untuk dapatkan bantuan kepada kerajaan. Ini tak kita wat dek je. Pastu cakap kerajaan yang zalim tak bantu orang susah. Apa salahnya kita menolong. Kadang2 orang yang susah ni kurang ilmu. Tak tahu prosedur untuk minta bantuan kebajikan.  Kita rakyat pun mainlah peranan.

Ye aku tau Mahasiswa pulak ramai menganggur. Tapi kejekan boleh cari. Jangan demand pilih kerja. Apa yang dapat tu keje dulu. Mungkin tak setaraf dengan kelulusan. Tapi pengalaman pertama itu penting. Aku pun ada kelulusan tapi aku masih lagi keje sebagai kerani dah lebih 3 tahun pun. Pengalaman aku ni akan aku bawa bila aku dapat jawatan yang setaraf dengan kelulusan aku nanti. Sambil keje kita usaha ubah nasib kita. Kita perjuangkan nasib kita sendiri. Bukan tunggu orang lain berjuang untuk kita. Yelah bak kata pepatah melayu " Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Kalau negara kita tak bagus...kenapa berjuta rakyat Indonesia datang negara kita cari makan? Kita sepatutnya bersyukur.

Aku rasa dah terlalu panjang aku merepek kan...entah bawa manfaat atau tak...tapi ini adalah pandangan aku sahaja. Aku suka tengok gelagat dan persekitaran. Aku nilai balik. Mana yang baik aku ikut. Tak baik aku buang.

Cuma aku berani mengaku yang aku sayang kerajaan sekarang. Aku sayang pemimpin sekarang. Aku suka pemimpin yang berpandangan jauh ke hadapan demi kebaikan negara. Tapi untuk korang terpulanglah nak pilih sapa pun. Lepas ni kalau ada yang komen nak kutuk aku, nak maki aku buatlah...aku hanya baca dan senyum je...jangan marah ye...bye...


Website Dia Disable Right Click ? Boleh Settle lah...

Ramai antara blogger atau tuan punya website buat disable right click.

Supaya orang lain tak boleh copy atau save sesuka hati maklumat dalam blog @ website mereka...

Tapi aku ada cara untuk enable kan disable tu...
Aku bagi 3 cara...

Cara 1 : Guna Internet Explorer Browser
  1. Pergi kat Tools>Internet options>Security
  2. Pastu klik kat Custom Level
  3. Pastu disable Active Scripting. Ini akan disable kan JavaScript dengan vbscript dalam browser.
  4. Tekan OK.
  5. Restart balik Internet Explorer


Cara 2 : Guna Mozilla Firefox Browser ( cara ni aku paling suka. mudah)
  1. Pergi kat Tools>Options>Content
  2. Uncheck dalam kotak yg Enable JavaScript
  3. Tekan Ok
  4. Pastu bolehlah test buka website yg block right click tu..


Kalau Guna Google Chrome Browser
  1. Klik dekat Wrench Icon (gambo spanar) kat atas sekali sebelah kanan.
  2. Tekan Options
  3. Pastu pergi kat Under the Hood punya seksyen.
  4. Tekan Content Setings pastu tekan la yg dia tulis "do not allow" kat seksyen JavaScript
  5. Pastu buka la website yg block right click tu.
so faham kan...hope korang suka...bye *__*

    Segmen Jom Serbu Blog Ini..Menarik Beb !!! Dah Tutup....

    Segmen : Jom Serbu Blog Ini..Menarik Beb !!!

    Dah aku TUTUP tepat jam 12.00 tengahari tadi...

    Dapat sambutan oleh 2 orang blogger yang sporting untuk support segmen ni...

    TQ you alls...blog yang dia orang listkan pun memang betul-betul menarik....

    So aku jemput korang semua terjah blog dia orang berdua yang awesome tu ye....


    Thursday, December 22, 2011

    Giveaway Akhir Tahun Lahhhh!!!


    Hip Hip Horeyyy!!!

    Hari ini aku nak kasi gegar satu dunia boleh tak awak....

    Auuww sentap mak nak....hahaha (sumpahtaklawak)

    Wei korang nak tau tak...ada blogger buat giveaway lah....(sambil gedik-gedik)

    Aku join...korang taknak join kerrrr?

    Aku excited sangat weiiii...sebab hadiahnya misteri...

    tak taulah blogger tu nak bagi hadiah apa...

    Untuk 5 orang pulak tu....

    Wow !!! Teruja tau....

    Nak join tak?...nak lah...nak lah...

    Syarat mudah je....

    • Buat satu entri yang simple untuk Giveaway Akhir Tahun
    • Letakkan banner ni di side bar
    • Tinggalkan link URL Giveaway di entri ini.
    • Tarikh tutup giveaway adalah pada 01 Januari 2012
    • InsyaAllah jika ada rezeki lebih hadiahnya mungkin akan ditambah.
    • Pemenang akan diumumkan pada 07.01.2012

       
    Laaaa....lupa pulak nak bagitau...

    Blogger yang buat giveaway ni semestinya

    KAK JIEDA yang tersangatlah ayunya...(ceh ampu nampak) hehehe...

    Jangan marah ye kak...lekas kedut kulit nanti...

    Okey korang boleh KLIK SINI untuk sertai...

    Apa tunggu lagi...jangan fikir panjang sangat...

    Hey Hoo Lets Go !!!

    **PERINGATAN : Entry gedik gelenya ini hanya dialam maya sahaja. Bukan sifat sebenar
                                   penulis. Sila Betulkan Tanggapan.Ok Bye...**

    Pantun Sindir Suami Isteri ...

    Bagaimana Lutung Takkan Berang ,
    Lebah Menderu Babi Meluru ,
    Bagaimana Hidung Takkan Kembang ,
    Rumah Baru Bini Pun Baru .



    Ada Untungnya Membeli Pelita ,
    Hari Gelap Dinyalakan Sumbu ,
    Ada Untungnya Berbini Buta ,
    Laki Berkurap Dia Tak Tahu .



    Bagaimana Jala Tidakkan Koyak ,
    Tali Pengikat Kena Ke Ranting ,
    Bagaimana Kepala Tidakkan Botak ,
    Bini Empat Semuanya Bunting .

    Wednesday, December 21, 2011

    Segmen : Jom Serbu Blog Ini..Menarik Beb !!!

    Hari ni aku nak buat segmen boleh?...cewah...bajet retis lettewww!!!

    Segmen ni untuk mengeratkan lagi ukhwah antara blogger...

    Lagipun aku tak sabar blogwalking...

    Aku jemput kamu yang ada blog untuk memeriahkan segmen aku ni...sudilah ye...*wink-wink*




    Syarat - syarat mudah je...

    1. FOLLOW Blog & LIKE Page FB aku kalau sudi...tak nak takpe...tiada paksaan...

    2. Buat entry dengan tajuk Jom Serbu Blog Ini..Menarik Beb !!!

    3. Letak HEADER blog aku dan linkkan entry segmen ni...

    4. Pastu LIST seberapa banyak blog yang korang rasa menarik untuk diserbu secara berjemaah...

    5. Cerita secara ringkas kenapa blog tu menarik & menjadi pilihan korang..

    6. Siap? bagi link entry korang tadi kat ruangan komen di bawah ni ye..mudah aku nak buat list nanti...





    Itu je syarat nye...so apa tunggu lagi...kalau sudi mehla join...

    Segmen ni akan TUTUP pada hari JUMAAT (23/12/2011) jam 12.00 Tengahari...

    Selamat Men'JOIN'...hehehe ^__^ TQ...

    Tuesday, December 20, 2011

    Khas Buat Kaum Hawa : "Sanggup Kamu Hancurkan Hati Wanita Lain ?"

    Wow...aku bukan nak buat kontroversi...
    Dan bukan jugak nak cari publisiti murahan...
    Serta bukan untuk jadi over acting ok....

    Just my opinion only...
    Kita sebagai wanita...punya hati dan perasaan bukan?

    Cinta sememangnya anugerah Ilahi untuk hamba-Nya...
    Namun jangan salahkan cinta hanya kerana mahu kan si dia yang sudah tentu milik orang lain...

    Memang jodoh di tangan Tuhan..tapi boleh berfikir panjang sewarasnya...
    Sudah fikir masak-masak untuk tempuh hidup "berkongsi"?

    Tak kiralah apa nama hubungan itu sekalipun...
    Baru bercinta, sudah bertunang, atau sudah berkahwin...

    Bagi wanita yang sedang mencari pasangan abadi aku nasihatkan hindar dari terpilih hak orang lain...

    Sama ada Pakwe orang, Tunang Orang, atau suami Orang....(Duda orang takpe)

    Cuba kita bayangkan hak kita dirampas orang...apa perasaan?
    Marah, dendam, nak mengamuk, nak bunuh perempuan tu kan...

    Macam tu jugak hati perasaan wanita yang kita sakiti itu kerana kita mengambil hak nya...
    Kita sesama wanita sepatutnya lebih memahami...
    Tapi aku tau banyak alasan terkeluar oleh wanita sebegitu...

    " Alah, baru jadi pakwe dia pun..so kalau aku ambil pun takde hal...pat pat lah sape cepat dia dapat"

    atau

    " Baru tunang je kot...orang kawin pun leh bercerai...nak kisah apa...dah jodoh"

    atau

    "Laki kan boleh kawin 4..so apa salahnya aku jadi isteri muda..janji suami adil"

    Aku bukanlah mahu melarang...tapi "Fikir dulu sebelum buang eh salah..buat keputusan"

    Hal lelaki boleh pasang ramai-ramai itu biarlah dia orang yang setelkan...
    Yang penting kita wanita ni kena jaga diri...bila dah jadi huru-hara, orang akan salahkan kita jugak...

    Contoh : "eh si minah tu nampak je baik..tapi rupanya suka goda hak orang!!!"

    Ha mulut orang memang kita tak boleh tutupkan...so kita yang jaga diri dulu...jangan mudah cair dengan ayat-ayat cinta si lelaki hak milik orang lain...

    Mak aku selalu pesan.." Jangan Ambil Hak Orang, Nanti Orang Ambil Hak Kita Balik "

    Cuma hal ni setakat ni takde lagi kaitan dengan aku..dan mintak-mintak dijauhkanlah...hehehe

    Itu saja aku nak merapu hari ni...thanks sudi baca aku termengarut...wassalam...

    SEGMEN | 5 Blog Lelaki Pilihan Saya !


    5 Blog Lelaki Pilihan Saya...






    Blog diatas menjadi pilihan kerana Awesome, Superb, Simple, Enjoy...
    Ok itu saja...

    P/S : Thanks Lyssa sebab buat segmen ni...^__^

    Pantun Kita ...


    Hidup Melayu !!!

    Angkara "CINTA TERAGUNG" !!!

    Semalam tak dapat nak lena...
    Semalam resah hati aku dibuatnya...
    Semalam tak tentu arah jadinya...

    Gara-gara nak siapkan novel pertama aku...
    " CINTA TERAGUNG "

    Idea...idea...idea...tak kunjung tiba...
    Payah sangat ke jalan ceritanya...buntu aku...

    Mungkin orang akan cakap aku ciluk tajuk lagu Hazama...
    Tapi sebenarnya aku dapat dalam mimpi...
    Ada orang tua berjubah putih datang dalam mimpi dan sebut perkataan tu...

    Tu pun kalau korang nak cayalah...hahahaha....

    Tapi tajuk ni aku pernah pertaruhkan untuk contest blog Bicara Mak Dara...
    Tak menang pun...sekadar dapat top 25 je...syukur...

    Berangan nak hantar karya aku ni kat company ALAF21...
    Entah terima ke tak...ntah ntah campak je dalam tong sampah...

    Takpe yang penting aku nak siapkan jugak...

    ok...bye...

    Blogger Ni Kuat Merepek, Tapi Best La Baca






    Link blog kat atas tu...

    Blog yang suka merepek tapi best dan aku suka baca...

    Kadang pe'el blogger tu buat kita sakit hati tapi masih lagi buat kita tersenyum...

    Trademark blogger zulhilmi ni bila blogwalking kat blog orang mesti dia akan kentut sesuka hati...

    Sakit hati tapi kelakar...

    Entry pun merepek-repek je tapi nak baca jugak...

    "Ke ko pakai jampi tok bomoh ha zul ?"

    dan selalu bajet kacak budak ni...

    Korang kalau nak tau pegi jenguk sendiri lah...

    Aku malas citer panjang....hahaha...

    P/S: TQ Topimagine buat segmen ni...^__^

    Friday, December 16, 2011

    Nak Tengok Gambar Bangang ? Jilaka Betul Ada !!!


    Aku promosi blog ni kat korang...

    saja gatal-gatal....

    Antara entry dia macam kat bawah ni....
    -
    -
    -


    Jilaka Pesen Budak Suka Merayap



    Benda ni gua tak heran dah. budak budak lepak bandar memang selebet rupa diorang. jadi ini memang contoh bangang untuk anda sekalian. lagi satu, kalau jumpa budak budak macam ni, terajang aje

    Aku rasa blog dia best sebab dia publish gambar pastu kutuk kaw-kaw punya...

    Hahahaha...korang sumer jangan tangkap gambar tah pape...

    Pastu publish tak tentu pasal...kang termasuk pulak dalam kompilasi jilaka ni...

    Tak pepasal 1 malaysia tau...malu wooooo!!!

    nak tau lagi? jom terjah...

    korang tekan je gambar atas tu...aku dah link kan pun...

    Ayark !!! Pasal Burger Pun Mau Gaduh Ka ...


    Tuan-tuan dan puan-puan saya mempersembahkan...................
    Double Zinger Burger Combo yang tak jadi FREE ...........
    Hahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......
    Guling-guling aku gelakkan korang........(sumpahtaklawak)

    Sakit perut aku gelak...bila baca komen-komen kat Facebook KFC...
    Marah benor depa ni tak dapat burger FREE....
    Yelahkan baru 5 jam pihak KFC buat promote tup..tup..tarik balik...

    Pada yang marah sangat tu tak payahlah korang beriya sangat...
    Mana ada benda percuma dah kat dunia skang ni...fikir logik jela...
    Kalau ada pun mesti ada something jugak yang kita kena bayar...
    Masuk jamban pun 30 sen ( kalau kat tempat akulah)...
    Air masak kedai mamak pun kena caj...

    Alah kalau ada duit tu apa salah pegi beli...tak payah tunggu free-free la...
    Aku rasa lebih baik korang pegi makan burger yang jual kat tepi jalan tu...
    Murah pun murah...jimat pun jimat...tolong bangunkan bisnes bangsa sendiri lagi...
    Korang pegi marah atok janggut putih tu pun dapat apa?...dia kaya...korang?dapat kayap?...

    Lebih baik korang pegi marahkan Israel yang dah rampas tanah milik Palestin tu...
    Komen secara berjemaah....
    Sekurang-kurangnya ada jugak sumbangan korang untuk pertahankan saudara sesama agama...
    Okey...bye....

    CUEPACS minta 1.4 juta Penjawat Awam Tidak Tandatangan Opsyen SBPA !!!

    Macam - macam hal lah dalam gomen ni...(Ceh macamlah aku tak keje gomen)
    Buat skim baru...pastu tak bagi tandatangan pulak...
    sebabnya banyak perkara kurang jelas dalam skim saraan baru bagi kakitangan awam ni...

    Tapi ada kelebihan dan kekurangan dalam opsyen baru ni...
    Cuma yang aku pasti ialah pasal prestasi kakitangan awam...
    Kalau pilih opsyen baru ni pastikan semua penjawat awam jaga laporan prestasi masing-masing ye...

    markah 95% dan keatas - kenaikan gaji tahunan 15%
    markah 85% dan keatas - kenaikan gaji tahunan 8%
    markah 75% dan keatas - tiada kenaikan gaji tahunan
    markah 70% dan kebawah - Dinasihatkan berhenti...

    Ye...kena jaga markah prestasi...tapi pada aku lah kan....makin kena pandai mengampulah...
    Ampu pegawai atas...dapat markah lebih...hehehe...^__^

    Masing-masing kena pandai jaga periuk nasi..
    bukan apa takut kang jadi periuk api plak...meletop sapa nak jawab?...

    Mungkin kerajaan nak kurangkan pekerja kot...nak buang pekerja yang tak produktiviti dan mahu tingkatkan prestasi dan kualiti penjawat awam...AMEK KAW!!!

    Kerja keras lagi lah pasni ye semua orang gomen !!!...

    Beberapa opsyen SPBA dibantah
    CUEPACS minta 1.4 juta kakitangan awam tidak tandatangan surat tawaran JPA

    KANGAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam membantah pelaksanaan beberapa opsyen Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang didakwanya kurang jelas, selain tempoh terlalu singkat diberikan kepada penjawat awam untuk menerima tawaran itu.

    Serentak itu, kongres berkenaan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani surat tawaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi SBPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya skim berkenaan.
    Keputusan itu dibuat hasil undian sebulat suara 125 perwakilan CUEPACS seluruh negara yang berhimpun selama dua hari bermula kelmarin membincangkan isu pelaksanaan SBPA pada Mesyuarat Kongres Khas yang berlangsung di Hotel Putra Brasmana, di sini.

    Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata keputusan membantah opsyen SBPA dibuat pada mesyuarat itu berdasarkan kepada pertimbangan wajar 125 perwakilan, sebagai mewakili isi hati 1.4 juta penjawat awam seluruh negara.

    Katanya, lima inti pati digariskan melalui bantahan untuk dimajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijangka ditemui pada 19 Disember ini, antara lain meliputi desakan pembatalan Exit Policy selain penjelasan kedudukan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus seperti diumumkan melalui SBPA baru-baru ini.

    “Buat masa sekarang, kita membantah pelaksanaan beberapa opsyen SBPA dan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatanganinya terlebih dulu sebelum rundingan antara CUEPACS dan Perdana Menteri diadakan.
    “Kita akan tetapkan temu janji pada 19 Disember ini, yang mana semua 125 perwakilan kongres seluruh

    negara dijangka menemui Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya bagi membincangkan secara terperinci permintaan serta desakan CUEPACS dalam SBPA,” katanya.

    SBPA diumumkan Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu dijangka membawa pelbagai faedah dan insentif kepada kakitangan awam yang dilaksanakan mulai tahun depan dengan beberapa perubahan seperti skim pencen, gaji dan elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan yang dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.

    Ditanya mengenai lima tuntutan terbabit, Omar berkata selain pembatalan Exit Policy dan penjelasan mengenai kedudukan pelarasan gaji, CUEPACS turut mendakwa tiada sebarang rundingan bersama diadakan antara kongres itu dan JPA yang dilihat memungkinkan wujudnya unsur berat sebelah.

    “Kita juga nasihatkan pihak lain yang tiada kaitan dengan CUEPACS supaya tidak campur tangan dalam soal perjuangan kongres kerana ini hak kami untuk pertahankan kepentingan semua penjawat awam,” katanya.

    "Ambil handphone ku ini & hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik dineraka jahanam untukku,"

    Assalamualaikum, buat iktibar bagi kita  yang selalu leka... Kisah ini diambil dari majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM".-

    Menurut majalah tersebut, pada hari kejadian, gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat itu menaiki sebuah mikrobas/bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis & seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20thn.

    Didalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya... Wahai pemudi ... alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran & adat serta agama Islam kamu... "Itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki... " nasihat org tua itu.

    Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan sinis/mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua?Apakah ditangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka.?

    Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, sigadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil h/phone ku ini & hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik dineraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

    Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari sigadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

    Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk serta para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.

    Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi sigadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh kepinggir jalan.

    Orang ramai segera turun untuk mengangkat jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku dijalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar oleh api. Tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas & hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh simayat.

    Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik dineraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah.

    Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa diatas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah & mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau ejekan.

    Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yg sangat biadab & menghina Allah, pencipta seluruh alam.

    "sambungannya KLIK SINI "

    Terima Kasih Awak - Awak Sumer !!!

    Semalam saya ke Kuantan menjalankan tugas rasmi.
    Biasalah orang keje gomen.
    Hujung tahun je banyaklah benda yang nak kena kejar.
    Tak hilang lagi letih semalam.
    Maklumlah saya ke Kuantan naik motor dengan suami.
    Minah REMPIT la !!!...hahahaha...

    Kejang otot pinggang ni...
    Macam mana tak kejang..3 jam atas motor dari jam 7.00 pagi sampai 10.00 pagi...
    Pastu balik 3 jam lagi perjalanan...haduhhhh...seksa tapi demi tugas kuatkan jugak...
    Hehehe...lupakan rungutan saya tu...

    Pagi ni baru je dapat bukak blog...TANJAT BOBOI !!!
    Follower bertambah dan komen pun banyak...

    Alhamdulillah...tak sia-sia saya join 4 segmen dalam masa 2 hari lepas...
    Saya ni blogger baru so ambil masa nak promosikan blog...

    Saya nak ucap terima kasih banyak-banyak pada awak sumer yang sudi join blog buruk ni...
    Blog saya ni tak menarik sangat pun...story personal banyak lah...

    Saya janji akan follow awak sumer balik (sambil angkat tangan)...tapi slow-slow lah ye...
    Saya ni komitmen banyak..nak jadi isteri, pekerja dan sebagainya...
    So amik masa sikitlah ye...hope awak sumer tak marah & bersabar dgn saya...hehehe...

    Saya pun nak ucap terima kasih pada abg Ben, Mak Dara dan Jiwa Rosak sebab buat segmen gini...

    I Love U All...hehehe...^__^

    Wednesday, December 14, 2011

    Segmen : 5 blog wanita pilihan ku 2011



    Saya sertai segmen abang Ben buat kali kedua...

    Ok saya ringkaskan jelah ye...

    Tahun 2011 antara blog wanita yang menjadi pilihan hatiku ialah...






    Ok untuk tahun ni blog di atas menjadi pilihan saya kerana...

    Ada Stail , menarik dan elegant...entry membawa manfaat...
    Tidak lokek berkongsi ilmu...

    isu semasa diketengahkan...sifat kewanitaan terserlah dalam blognya (macam kelakar je ayat)

    yang penting semuanya comel-comel kiut miut...hahaha


    Harapan saya supaya mereka menghasilkan entry yang bagus-bagus dimasa akan datang...

    Dan semoga mereka memberikan impak yang lebih baik untuk dunia blog...


    "Jom Kasi Gegar Dunia Blog"

    Wassalam...

    Tuesday, December 13, 2011

    Jom Join Blogwalking 2012 by JiwarOsak



    Lagi dan lagi dan lagi aku sengaja join segmen...

    Hari ni saja dah 3 segmen aku join termasuk lah ini...

    Blogger Makwe Kintan ni asalnya orang Temerloh, Pahang...

    Sapa orang Temerloh @ Pahang?...SILA ANGKAT HIDUNG SEKARANG!!!...haahhaha...

    Ok aku kena tag kat 5 orang kawan...sapa ye???ermmm....

    Ahah...5 Awesome Guys yang aku pilih untuk tag ialah....


    hihihi...bye...TQ Blog JIWA ROSAK AKHLAK...hahaha...

    Jom Naikkan Trafik Blog!


    Saya dengan sengaja sertai Segmen yang dibawakan khas oleh Blogger Mak Dara...
    Sentap Mak Dara Baca....hahaha...
    HAI Mak Dara !!! Saya Makwe Kintan..hehe...(Kuak Mu Ampu)
    Saja aku join suka-suka je...nak tambahkan list peserta dalam blog Mak Dara...

    Okey..blog saya tiada lah yang istimewa sangat...
    Blog ini lebih kepada blog personal lah kan...
    So saya suka kongsi cerita apa sahaja yang saya rasakan menarik...

    Bermakna ikut suka hati I lah nak tenyeh apa pun dalam blog I yang TAK MANTOP ni...
    Tapi saya juga akan fikir sensitiviti orang lain dulu sebelum buat entry...
    Bukan sewenang-wenang je saya buat...

    Kiranya kita blogger & pembaca kena faham isi hati sesama kita...
    Cuma kadang-kadang berbeza pendapat itu biasalah dalam dunia blog ni...
    Yang penting jangan cari gaduh sesama kita dahla ye...

    Tapi kalau orang beri pendapat atau kritikan membina tu saya dengan hati terbuka menerima dengan ikhlas...

    Bagi saya blog ini saya ibaratkan seperti sebuah negara...saya adalah pemerintah blog ni..hehehe..perasan...
    Cuma bagi saya " Blog Ekspresi Diri"...
    Okey bye...TQ MAK DARA..^__^

    Segmen : 5 Blog Cool Pilihan Ku 2011



    Genap entry ke-100 untuk blog aku ni...
    So aku join segmen yang dibawakan khas oleh blogger Ben Ashaari...
    Kalau korang nak sertai pun boleh...aku dah link kat tajuk atas tu ha..tekan jelah...
    Okey 5 Blog yang aku pilih untuk tahun 2011 ni aku listkan sebab aku hari-hari godam...hahaha...


     



    5 blog ni bagi aku COOL..sebab..
    - Selalu update blog..
    - Intipati Entry menarik..
    - Gaya penceritaan tersendiri...
    - Ketengah isu-isu terkini...
    - Boleh dijadikan tauladan...

    Banyak lagi sebab..tapi aku buat simple jela ye...TQ abg BEN...^__^
         

    Bersatulah Wahai Bangsa Melayu !!!


    Aku bukanlah nak bersifat perkauman...
    Tapi sebagai generasi muda pelapis masa depan...
    Aku merasakan bangsa kita perlu bersatu padu untuk mengukuhkan kedudukan kita...

    Sampai bila kita mahu berbalah? Dek politik mainan dunia pun sanggup kita bertelagah..
    Atau kita mahu orang asing campur tangan untuk betulkan kita?
    Yang mana mungkin orang asing ini mudah ambil kesempatan atas kita...

    Sepertimana yang terjadi kepada Melaka satu ketika dulu...baca & fahamlah sejarah Melaka bagaimana negeri yang kaya dan punya sistem pertahanan yang baik akhirnya dengan mudah jatuh ke tangan Portugis.

    Kerana tiada perpaduan yang kuat dikalangan Melayu serta Rasuah yang yang menular maka tumbanglah kerajaan GAH empayar Melaka...

    Dulunya rakyat Melaka kaya. Ada mitos yang mengatakan matawang Melaka dikenali sebagai Bahar.
    So aku try kira anggaran isi pendapatan satu keluarga pada masa empayar Melaka dulu...
    Betul atau tak Wallahualam ye...ini mengikut sumber yang aku dapatlah...

    1 Bahar = 3,200 kg emas...
    Purata bagi 1 keluarga = 4 Bahar...
    4 Bahar X 3200 kg emas = 12,800 kg emas
    12,800 kg emas X RM 160 per gram (anggaran purata harga emas) = RM 2,048,000

    Wow !!!...adakah duit kita sekarang sebanyak ini?...Lebih RM 2 juta tu...
    Kiranya kalau zaman kini duit banyak tu boleh masuk kategori jutawan amatur..
    (suka hati aku je cipta kategori sendiri hehe)

    Tapi sekarang pun kita patut bersyukur...kita jugak senang berbanding negara-negara lain...
    Pentingnya perpaduan adalah untuk kemajuan negara...Jangan kita alpa dengan kemewahan yang ada sekarang...

    Mahu ke kita dijajah semula? Mahukah kekayaan kita sewenang-wenang diambil orang asing seperti penjajah dulu membawa pulang hasil bumi Tanah Melayu ke negara mereka?
    Apa yang akan tinggal untuk anak cucu kita akan datang?

    Aku mahu ajak kalian semua supaya fikir-fikirkan lah...

    Semoga sejarah dijadikan tauladan & iktibar...bye...

    Monday, December 12, 2011

    Nak Komplen Sikit Boleh !!!

    Sapa tau lagu Chantek by Altimet ni ? Lagu lama dah ni...Moh sama-sama nyanyi dulu....

    Hey wanita
    Gembira dapat berjumpa
    Teringat kembali kali pertama kita bersua
    Ingat bila kita bersepatu serupa
    Tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa

    Kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
    Kau paling menyerlah di antara mereka
    Rambut hitam warna cokelat anak mataMembuat aku kurang fasih bila bicara

    Apakata kita ambil sedikit masa
    Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
    Dan jika kau rasa apa yang ku rasa
    Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya

    Chantek
    Dirimu buat ku tertarik
    Menghilang segala prasangka
    Di jiwa
    Ohh chantek
    Sungguh aku cinta kamu

    Dia
    Pandai menjaga hati ayah dan ibunya
    Kelakuannya sama dengan orang tuaku juga
    Dia
    Bisa cipta yg gula dari yang cuka
    Pandai menukar yg duka kepada suka
    Dia
    Bijak mengatur acara dan juga masa
    Cekap memasak garam gula secukup rasa
    Dia
    Pandai menjaga harta dan juga duitnya
    Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnyaDia
    Setia pada Yang Esa satu-satunyaMemenuhi tanggungjawab 5 waktunyaDia
    Punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
    Tak usah lengah
    Ayuh kita berumah tangga

    Chantek
    Sechantek suria menyinar
    Seindah bunga yang di taman..mekar
    Chantek
    Dirimu buat ku tertarik
    Menghilang segala prasangka
    Di jiwa
    Oohhh chantekk
    Sungguh aku cinta kamu

    Aku
    Melihat kita bersama di hari tua
    Dia
    Masih satu tiada empat tiga atau dua
    Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
    Kau tetap cantik padaku aku tak lupa
    Kita bersama di anjung luangkan masa
    Kewangan kita merdeka mampu bersara
    Hasil usaha kita dari masa dahulu
    Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
    Hidup santai tak perlu terburu-buru
    Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
    Anak kita dan ayahya semua sebulu
    Aku bilang kau chantek dan mereka setuju

    Chantek
    Sechantek suria menyinar
    Seindah bunga yang di taman..mekar
    Chantek
    Dirimu buat ku tertarik
    Menghilang segala prasangka di jiwa
    Ohh chantek
    Sungguh aku cinta kamu

    Lirik Lagu Chantek - Altimet/Adeep (Fabulous Cats)

    Bestkan lagu ni kan..kan..
    Lirik pun boleh tahan kan..kan...
    Tapi aku tak puas hati pada certain lirik yang aku highlight colour merah ni...

    1.Rambut hitam warna cokelat anak mata
    2.Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
    3.Setia pada Yang Esa satu-satunya

    4.Memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
    Okey aku nak start komplen ni....
     Kalau dari overal lirik lagu ni punya lah sebaik-baik perempuan....kira wanita terbaiklah...
    tapi kan...kalau baik..mesti tutup aurat...so lelaki tu takkan tau rambut perempuan tu warna apa...

    Maknanya perempuan tu freehair lah kan...jadi kalau tak dedah kulit tapi dedah rambut...rasanya lebih kurang je dosa...hehe...

    Pastu setia pada Yang Esa dan tak tinggal solat...memang bagus...tapi kalau setia pada Yang Esa mesti kena tutup aurat jugakkan...

    Ermmmm...entahlah...mungkin pada sesetengah orang cakap tak semestinya tutup aurat tu baik dan tak semestinya dedah aurat tu jahat...tapi tutup aurat tu wajib dalam Agama kita...

    Dalam Islam jika kita wanita dedah aurat automatik dapat dosakan....so renungkanlah ye...setuju ke tak setuju ke ni pendapat aku...hehehe

    Jangan marahlah kalau aku ter'over' komplen....^__^

    Friday, December 9, 2011

    " Kalau Dah Tak Mampu, Buatlah Cara Tak Mampu !!! "

    Tajuk entry agak dasyat bukan ? tak ke? tak takpelah.....
    Aku nak tuju pada siapa ? takde sape-sape...

    Cuma nak kongsi pengalaman hidup saja....

    Sebenarnya inilah antara kata-kata hina yang pernah dihamburkan kepada aku dan adik-adikku suatu ketika dulu...

    Dihamburkan oleh manusia yang punya hati busuk kerana lepas sorang-sorang adik beradik kami belajar ke menara gading...

    Maklumlah kami dulu asal keluarga susah...

    Mak cuma seorang tukang cuci di hospital.. Ayah ? entahlah...bukan aku nak memburukkan ayah aku...

    Tapi dia tinggalkan mak dan kami 8 beradik gara-gara berkahwin dengan perempuan lain....

    Mungkin dia lupa tanggungjawabnya sebagai seorang suami & ayah kepada 8 orang anaknya...

    Bayangkanlah...masa tu umur aku 9 tahun..adik aku yang bongsu dalam perut lagi...ayah dah tinggalkan kami...

    Tapi aku tak pernah benci ayah...malah aku sayang sangat pada ayah..walaupun dia hanya jaga aku sampai umurku 9 tahun je...

    Dan aku pernah katakan pada ibu tiriku .......

    " Jangan buang ayah andai dia sudah tua & tak mampu nak bekerja lagi...jangan hantar ayah ke rumah kebajikan orang tua...jangan campak ayah di kaki lima...jangan humban ayah ke mana-mana pun...tapi tolong hantar ayah kepadaku...aku akan jaga ayah dengan penuh kasih sayang hingga ke akhir hayatnya selagi aku termampu...."

    Kenapa aku cakap begini? sebab 1 prinsip saja yang aku pegang....

    " Janganlah kita membenci orang lain kerana satu kejahatannya sahaja, tapi fikirkan seberapa banyak kebaikan yang telah orang itu lakukan..."

    Sebab tu aku tak benci ayah...walaupun dia tinggalkan kami...namun kebaikan ayah pada kami masa dia bersama kami dulu sentiasa aku ingat....

    Ibu tiri aku memang tak suka sangat pada kami anak-anak ayah ni...aku pernah bertekak dengan mak tiri aku...gara-gara aku minta duit belanja dari ayah untuk beli lampin mak....

    Ibu tiri aku cakap kiteorang adik-beradik ni mengganggu hidup dia & ayah aku...
    Aku pelik sapa ganggu sapa ni?...

    Aku geram sangat...aku balas " Makcik dengan ayah boleh berpisah...tapi kami anak dia takkan putus hubungan dunia & akhirat"

    Mak aku sebenarnya sakit...Ketumbuhan dalam otak atau brain tumor....sebab penyakitnya mak aku sekarang sudah buta dan hilang penglihatan sampai kini kerna saraf mata nya rosak akibat ketumbuhan itu...mukanya senget sebelah kanan kerana saraf muka sudah kurang berfungsi...anggota lain yang sebelah kanan pun sudah lemah...dah 2 kali mak operation...

    Sejak tu mak tak boleh bekerja lagi...tapi alhamdulillah..ada yang sudi bantu kami...mak pun dapat bantuan zakat dari Pejabat Agama Islam & Bantuan Kebajikan Masyarakat...aku berterima kasih jugak pada pihak kerajaan sebab sudi bantu kami...walaupun tak banyak tapi sekurang-kurang ringan sedikit beban mak...

    Dah sedih pulak aku teringat kisah lama ... menitik air mata dah ni... ni yang malas cerita bab dulu-dulu ni...ok lupakan pasal ayah jap....

    Sejak pada ayah kami tinggalkan kami...keluarga hidup susah la....
    Nak makan pun susah...pernah jugaklah mak takde duit...jadi kami yang masih kecik ni hanya makan bubur nasi dengan garam je....

    Aku bukan nak mohon simpati sesiapa...dan aku tau ada orang hidup lebih susah pada kami lagi...

    Tapikan lain orang lain ujian nya....Itu yang Allah swt berikan dugaan pada kami...aku tau Allah swt uji kita sebab Dia sayangkan kita..Tu tanda Dia ingat pada kita...betul tak?...

    Jadi kami adik beradik tanamkan azam untuk belajar sampai menara gading...nak bantu mak...nak banggakan mak...

    Tapi masa aku & adik-adik dapt sambung belajar kat IPTA adalah mulut manusia yang berbunyi kurang enak didengar..." Kalau dah tak mampu, buatlah cara tak mampu "...

    Bukan itu saja malah pernah ada orang cakap pada kami " Alah kau tu bukan miskin..kalau miskin mesti pakai baju koyak-koyak..."

    Dan ada jugak yang cakap " Alah korang anak-anak takde ayah...mesti dah besar takkan jadi orang..rosak belake..."

     
    Tapi ayat ni menjadi penyuntik semangat kami adik beradik untuk berusaha mengubah nasib hidup kami...

    Alhamdulillah...sekarang hidup kami ok sikit pada dulu....bolehlah nak makan mewah sekali sekala...

    Cuma aku nak pesan pada manusia yang selalu hina & pandang rendah pada orang lain....

    " Hidup di dunia hanya pentas drama dan tidak kekal...yang akhirat itu abadi "

    Korang janganlah salah faham ye...aku buat entry ni untuk jadikan iktibar pada kita semua...

    Yang baik jadikan tauladan & Yang buruk jadikan sempadan....

    Bye semua...