Tuesday, December 13, 2011

Bersatulah Wahai Bangsa Melayu !!!


Aku bukanlah nak bersifat perkauman...
Tapi sebagai generasi muda pelapis masa depan...
Aku merasakan bangsa kita perlu bersatu padu untuk mengukuhkan kedudukan kita...

Sampai bila kita mahu berbalah? Dek politik mainan dunia pun sanggup kita bertelagah..
Atau kita mahu orang asing campur tangan untuk betulkan kita?
Yang mana mungkin orang asing ini mudah ambil kesempatan atas kita...

Sepertimana yang terjadi kepada Melaka satu ketika dulu...baca & fahamlah sejarah Melaka bagaimana negeri yang kaya dan punya sistem pertahanan yang baik akhirnya dengan mudah jatuh ke tangan Portugis.

Kerana tiada perpaduan yang kuat dikalangan Melayu serta Rasuah yang yang menular maka tumbanglah kerajaan GAH empayar Melaka...

Dulunya rakyat Melaka kaya. Ada mitos yang mengatakan matawang Melaka dikenali sebagai Bahar.
So aku try kira anggaran isi pendapatan satu keluarga pada masa empayar Melaka dulu...
Betul atau tak Wallahualam ye...ini mengikut sumber yang aku dapatlah...

1 Bahar = 3,200 kg emas...
Purata bagi 1 keluarga = 4 Bahar...
4 Bahar X 3200 kg emas = 12,800 kg emas
12,800 kg emas X RM 160 per gram (anggaran purata harga emas) = RM 2,048,000

Wow !!!...adakah duit kita sekarang sebanyak ini?...Lebih RM 2 juta tu...
Kiranya kalau zaman kini duit banyak tu boleh masuk kategori jutawan amatur..
(suka hati aku je cipta kategori sendiri hehe)

Tapi sekarang pun kita patut bersyukur...kita jugak senang berbanding negara-negara lain...
Pentingnya perpaduan adalah untuk kemajuan negara...Jangan kita alpa dengan kemewahan yang ada sekarang...

Mahu ke kita dijajah semula? Mahukah kekayaan kita sewenang-wenang diambil orang asing seperti penjajah dulu membawa pulang hasil bumi Tanah Melayu ke negara mereka?
Apa yang akan tinggal untuk anak cucu kita akan datang?

Aku mahu ajak kalian semua supaya fikir-fikirkan lah...

Semoga sejarah dijadikan tauladan & iktibar...bye...

1 comment:

LydSunshine said...

Sejarah melaka yg kita baca tu pun ntah ye ntah tidak. Rasanya dulu Melaka dan tanah malaya ni di bawah naungan Turki Uthmaniyah juga. Iaitu negara Khilafah. Tapi mungkin ada yg menyembunyikan fakta tu. Wahh.. kalo ada lagi matawang bahar tu... huhu... harga saya cuma ada 0.0000001 bahar je kot.