Wednesday, January 30, 2013

Operation Tangguh

Salam semua....

Aku dah masuk wad 16/01/2013 baru ni. Tapi amatlah sedih sebab operation nak buang ketumbuhan belakang rahim aku ni terpaksa tangguh. Doktor kata aku kurang darah dalam badan & hospital pulak kurang bekalan darah. Aku darah jenis B+...maybe susah nak dapatkan kot...huhu...

 So sempat duduk wad 3 hari 2 malam "penginapan" giteww...tapi aku yang tak berapa sakit jadi sakit pulak masuk hospital tu...betulla kata orang sebab suasana orang sakit..kita pun jadi sakitla...

Ramai tanya aku "awak ketumbuhan Fibroid ke Cyst? "....sebenarnya dua-dua bukan...penyakit aku ni jenis Endometriosis...

Macam mana ia terjadi? aku ade jugak wat kajian tahap amatur pasal sakit aku ni...cewah padahal tengok video kt Youtube je...haha aku tengok video Dr. Hamid Arshad...doktor sakit puan yang terkenal & terhandal kat Malaysia ni....korang leh search kt Youtube ye....

Ketumbuhan Endometriosis terjadi disebabkan darah haid yang tertumpah ke belakang rahim. Tisu darah haid yang dikenali sebagai endometrium yang masih aktif telah melekat di belakang rahim lalu tumbuh. Tetapi ia berbahaya kerana tisu-tisu yang kotor itu beracun....jika tidak dirawat ia boleh merosakkan peranakan wanita.

Sementara nak tunggu operation aku yang ditangguh ke bulan 3...doktor beri aku makan ubat Danazol. Ubat ini dapat menyekat ketumbuhan daripada terus membesar....

Ada lagi ubat yang aku makan...tp nantilah aku cerita...hari semalam aku dah start kerja semula selepas 2 minggu diberi MC...kena tambah darahla...makan kerang, bayam, hati dan doktor sarankan minum air Ribena untuk tambah darah....huhu....

bye....