Wednesday, October 12, 2011

BELAJAR ACCA !!!


Dah 3 tahun aku kerja. Kiranya aku dah lama tinggalkan bidang belajar ni. Penuh sawang dan berabuk kepala otak fikiran aku ni. Dulu aku dah target nak kerja dulu baru sambung belajar balik. Cari pengalaman kerja lah dulu. Alhamdulillah dah 3 tahun aku kerja dengan kerajaan ni.  

Sebelum ini aku graduan dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (POLISAS). Ambil jurusan Diploma Akauntansi. Aku habis belajar Jun 2008. Pastu aku dapat tawaran lanjutkan lagi pengajian ke peringkat Degree Accounting kat Universiti Putra Malaysia (UPM). Tapi biasalah, aku bukan anak orang senang. Keluarga aku susah dan aku anak paling tua sekali. Jadi kenalah hold dulu study. Cari duit bantu family sikit-sikit. Lagipun nak bagi peluang pada adik-adik aku sambung study dulu. Kang dia orang cakap asyik muka aku je yang dapat belajar. Tak adil pulak kan. Aku pun taknak susahkan parent lagi. Kalau nak study guna duit hasil titik peluh sendiri lah. So lepas aku tolak je tawaran degree tu, Alhamdulillah aku diterima kerja dengan kerajaan sebagai Accountant Assistent. Aku memang nak sambung belajar lagi tapi kena tunggu 3 tahun kerja dulu baru boleh apply cuti untuk study full-time ni.

Bulan september baru ni pun aku dapat tawaran study lagi. Buat degree kat Universiti Teknologi Petronas (UTP). Sekali lagi aku terpaksa tolak sebab masa tu belum cukup tempoh 3 tahun kerja. Confirm kerajaan takkan luluskan cuti study aku. Memang terasa rugi sebab bukan mudah nak masuk UTP ni. Semua budak pandai tahap gaban lah kan. Tapi takpelah mungkin bukan rezeki aku lagi. So dah 2 kali aku tolak tawaran study..wuwuwuuwuuuuuuuuuu.........nangis lah sangat!!!

Panjang bebenor intro aku kan..hahahhaha padan muka korang!!!

Baru-baru ni pulak aku try apply untuk ambil program profesional accounting iaitu ACCA kat Kolej Poly-Tech MARA(KPTM). Saje gatal nak apply..hahaha. ACCA ialah Association of Chartered Certified Accountants. Ia adalah satu badan akauntan bertauliah yang berdaftar di United Kingdom (UK) dan diiktiraf di 170 buah negara termasuk Malaysia ni. ACCA adalah untuk mereka yang mahu bergelar Akauntan Bertauliah. Kalau ikutkan ia juga diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam dan setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang ada kat IPTA.

Aku dah kaji sikit pasal benda ni. Apa kelebihan program profesional berbanding degree? Antara maklumat yang aku dapat ialah :-

1. Jika buat Degree selama 4 tahun dan nak jadi akauntan bertauliah kena belajar ACCA selama 1 tahun 6 bulan. So tempoh yang akan diambil ialah selama 5 tahun 6 bulan kan.

2. Tapi jika aku ambil ACCA terus hanya makan masa 4 tahun sahaja dan aku akan boleh bergelar Akauntan Bertauliah. Dah jimat 1 tahun 6 bulan kan. Pulak tu aku ada diploma dan mungkin ada paper yang aku tak payah ambil dah. Lagi jimat masa mungkin dalam  setahun kot. Lagipun kalau buat ACCA, student jugak akan dapat degree yang dikeluarkan oleh Universiti Oxford. So Two In One lah...

Tapi kalau pada adik-adik yang tengah SPM dan mahu jadi akauntan. Bila dah dapat result spm nanti, aku sarankan ambil program profesional CAT (Certificate Accountant Technician) selama 1 tahun 6 bulan dan terus ambil ACCA dalam 3 tahun. Jadi masa 4 tahun 6 bulan akan terus bergelar akauntan bertauliah. So bayangkan kalau study umur 18 tahun dan habis 23 tahun. Umur muda tapi dah dapat title Akauntan Bertauliah dan diiktiraf. Nak mintak kerja pun senang terutama di 4 buah company accounting terbesar dunia.

Lagipun kalau study program profesional ni, pihak MARA akan taja. Sama ada anda boleh apply loan atau biasiswa dari MARA. Ha kan tak payah fikir dah bab duit ni.

Semalam pulak aku dah check result apply study kat KPTM tu..Alhamdulillah aku dapat tawaran buat ACCA kat KPTM. Cuma sekarang aku confius la..dapat pergi atau tak..kang takut Goverment tak lulus pulak cuti study aku..so aku kena confirm kan dulu lah..kalau ok semuanya aku pergi dengan senang hati. Sebab aku tak sabar nak belajar balik. Aku memang suka belajar dan cintakan ilmu ni. Tak kira lah ilmu pape pun janji yang baik. Ilmu Fardu Ain ofcouse lah wajib tuntut kan. Fardu kifayah pun wajib tuntut gak kan. Hehehe...

Tapi yang buatkan aku sedih ialah tak ramai pelajar melayu yang tahu pasal program profesional ni berbanding kaum Cina. Dia orang cuma tahu buat diploma, degree, master, PhD dan lain-lainlah. Padahal ada jalan pintas untuk jadi akauntan bertauliah pada usia muda. Pulak tu kalau yang tahu pun mereka takut nak ambil. Sebab cakap susahlah, kena tumpu betul2 lah..macam-macam. tapi pada aku belum cuba belum tahu kan. Lagipun belajar pape pun mana ada senang. Sumer susah dan kena beri tumpuan yang tinggi. Huhh pelik aku...aku bukan cakap besar ok...just my opinion je..janganlah marah..aku pun bukan pandai sangat..kalau pandai buat apa aku apply study sana sini..hurmmm...

Pulak tu IPT kat Malaysia ni tak banyak yang tawarkan program profesional berbanding oversea. So mungkin itu punca kita kurangnya pengetahuan pasal program ni selain sikap tak endah kita sendiri. Kalau kat IPTA pun hanya UiTM sahaja yang tawarkan program profesional dan salah satu IPTS ialah KPTM lah..Tapi dua-dua IPT ni khas buat bumiputra je.. IPTA lain entahlah takde plak aku tengok yang tawarkan program ni...Jadi aku nak cadangkan pihak berwajib tolong canang-canangkan hal ini. Untuk masa depan negara dan bangsa juga kan. Dunia yang semakin maju dengan pertumbuhan pesat ekonomi memerlukan akauntan bertauliah.

Sekarang ni kerajaan sudah meletakkan sasaran bahawa Malaysia akan mempunyai 65,000 orang akauntan bertauliah pada tahun 2020. Tapi setakat ni statistik masih lagi kurang 20,000 orang akauntan bertauliah. (Kalau tak silaplah. Sumber pun dari internet jugak.) Dan majoriti ialah kaum cina. So sempat ke kita nak realisasikan hasrat negara ni?..Lagi 9 tahun mungkin negara kita berstatus negara maju. Sempat ke nak lahirkan akauntan bertauliah seramai 45,000 orang lagi dalam jangka masa 9 tahun? Bagi aku tak mustahil kalau rakyat Malaysia berfikiran terbuka kan.

Selain dari ACCA, korang boleh jugak apply study kat CPA, CIMA dan sebagainya. Kalau yang Malaysia pun ada iaitu MIA dan MACPA..Jadi rajin-rajinlah terjah cari maklumat sendiri..Kalau sumer aku nak cerita kat sini naik lemak berkrim disukai ramai lah korang..cantik muka..hahahahha....

Pada kalian sumer yang tahu maklumat lanjut pasal program profesional lain atau ACCA ni lehla share kat aku pada halaman komen ye...Ok tu jelah nak share kat korang..nanti sambung balik ye..tataaaaaaaa!!!